19.8.13

Belasah Isteri Dalam Lift : Saya Mohon Maaf Kerana Tak Sengaja

Hello u olls,

Masa raya baru baru ni,  kita semua dikejutkan dengan perkongsian video seorang suami memukul isterinya dalam lift di sebuah hospital di Pulau Pinang.  Video itu jadi viral dalam Facebook dan akhirnya lelaki itu menyerah diri.

Akak pun busy nak raya-raya ni.  And actually something happened to me and En.  Khafi sehari sebelum raya.  Nanti akak akan ceritakan dalam blog.  Sapa-sapa yang add me on Facebook pasti tahu apa kisahnya.

Tapi takpa,  malam ni akak nak story pasai kes ini dulu.




Seorang wanita bernama Khadijah kena pukul dengan suaminya dalam sebuah lift.  Depan anak-anak.  Kena tumbuk kat kepala sampai tudung terbuka.  Pastu laki tu tendang dia sampai tersungkur depan pintu lift.

Pastu wanita ini pi buat laporan polis.  Tapi polis kata,  tak boleh amik apa-apa tindakan kerana tidak mendatangkan sebarang kecederaan kekal.  APAKAH?  Okay semua orang jangan salahkan PDRM,  i think PEGAWAI POLIS yang handle kes ni yang tak reti sikit.  Dia tak sensitif dengan issue ni dan pandang ringan dengan aduan yang dibuat.

Adik lelaki kepada mangsa telah mendapatkan rakaman kejadian ini (TERIMA KASIH KEPADA PIHAK YANG MENG-RELEASE-KAN RAKAMAN VIDEO INI KEPADA KELUARGA MANGSA) and adik lelaki mangsa telah berkongsi video ini dalam laman Facebook. Satu Malaysia naik marah apabila melihat video ini.

Akhirnya,  sekarang barulah pihak polis menahan lelaki tersebut dan memanggil mangsa untuk keterangan kedua.

Akak mengucapkan tahniah kepada Mohd Yunus AR iaitu adik lelaki kepada mangsa atas inisiatif yang dilakukan.  YES,  power of the people.

Banyak yang kita boleh belajar daripada kes ini  :


  1. Pegawai polis ataupun mana-mana pegawai kerajaan yang bertugas di bahagian kebajikan masyarakat kena adalah sikap TERLEBIH PEKA / TERLEBIH SENSITIF sikit pada kes-kes yang melibatkan kewanitaan,  perkauman,  keagamaan dan juga kenegaraan.  Memanglah kita buat kerja ikut tatacara dan undang-undang,  tapi ingat....undang undang paling besar kat dunia ini adalah undang undang kemanusiaan yang tidak tertulis dalam mana-mana buku.  Kita sendiri kena tau!
  2. Semua orang pastinya bila tengok video ni akan kata....SEMUA LELAKI KAT DUNIA NI JAHAT.  Ataupun....SEMUA LELAKI SAMA SAHAJA!  Tak baik kita generelizedkan semua kaum Adam macam tu.  Kalau bukan sebab kebaikan seorang insan lelaki bernama Mohd Yunus iaitu adik kepada mangsa....pastinya nasib Siti Khadijah tidak akan terbela.

  3. Sharing viral videos dalam Facebook.  Tak semestinya benda itu membawa kepada keburukan.  Tengok macam kes ni...sangat baguih :)  Semuanya menggunakan kebijaksanaan kita.
Kat bawah ini ada dua gambar screen capture daripada Facebook adik mangsa.









Selepas ditangkap oleh pihak polis,  pesalah yang bernama Mohamad Affandi Ismail seorang pegawai veterinari daripada Jerantut Pahang telah membuat public statement.  Dia kata "Saya memohon maaf kepada semua wanita.  Saya tidak sengaja mengajar isteri saya macam itu,"

Akak sebagai Presiden Persatuan Wanita Agam memaafkan beliau.  Dan pada masa yang sama akak mengucapkan takziah kepada beliau kerana tak tau la nasib beliau apabila masuk penjara nanti.  Kih kih kih.  :)

Yela....awak tak sengaja kan?  Jangan jatuhkan sabun secara tak sengaja di tempat mandi masa kat penjara ya.

3 comments:

  1. Salam Puan, untuk pengetahuan Puan saya telah pautkan blog Puan dalam blog saya http://mediagagak.blogspot.com/, mohon dipautkan kembali, terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Lelaki tak berhati perut memang macam tu, ketuk kepala pompuan dengan kayu golf la, batang besi la, tumbuk la. Lelaki macam nie sesuai membujang sampai ke tua, tak reti nak jaga hati pompuan, buduss. Moga beliau sentiasa jatuh sabun semasa dalam tandas di penjara, biar dia tau pompuan punya hidup macam mana. Hahaha.

    Kepada polis yang mengambil laporan pada kali pertama tu pon satu hal, penyebab kepada ramai lagi wanita tidak mendapat pengadilan sewajarnya. Moga ada tindakkan tatatertib kepada anggota polis tersebut.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...