4.8.13

Panduan Membeli Belah Baju Raya Di Musim Perayaan

Hari raya akan menjelang tidak lama lagi.  Im sure u olls semua sedang berkira-kira untuk bershopping di hari raya.  Duit gaji dan duit bonus dah masuk.  So masa inilah juga,  gedung-gedung pasaraya akan membuat 'SALES' atau JUALAN MURAH yang akan mengaburi mata kita.


Sebagai seorang pompuan agam yang agak particular pada bab-bab shopping,  i want to share with u olls a few tips dan peringatan yang harus u olls amik iktibar sebelum menghabiskan wang u olls secara melulu.  Kerana sebagai wanita agam,  akak tidak boleh sesuka hati melabur duit pada baju yang end up - tak mencantikkan tubuh badan dan akhirnya menghabiskan duit begitu sahaja.


Akak harap panduan-panduan ini dapat membantu kalian semua.  

  1. Buat audit wardrobe.
    Sebelum menjelang hari lebaran,  apa kata u olls membuat 'auditing' pada wardrobe / lemari pakaian u olls.  Tengoklah apa baju-baju yang u olls tak pernah pakai lagi,  baju yang jarang pakai,  baju yang pernah pakai sekali tapi perlu di-alter,  baju yang tak boleh dipakai lagi dan harus disedekah.


    Jangan terkejut kalau ada antara baju-baju yang u olls pernah beli dulu,  tapi pakai hanya sekali ataupun dua kali.  Mungkin kerana u olls rasa baju itu tak selesa di pakai (mungkin kerana sendat/ terlalu longgar / ada perincian yang tak cantek / maybe terlalu seksi),  apa kata bawa baju itu kepada tukang jahit untuk dialter.  Kos untuk alter adalah lebih murah daripada u olls beli baju baru kan?

    And of course,  ada juga baju-baju yang u olls beli kerana terlalu ikutkan fashion,  padahal baju itu langsung tidak sesuai untuk tubuh badan u olls,  apa kata u olls sedekahkan sahaja kepada mereka yang memerlukan.  Dapat pahala lebih di Bulan Ramadhan.
  2. Cuba mix and match.
    Selain daripada meng-alter baju- baju yang sedia ada,  akak sangat suka mix and match.  Contohnya,  akak ada sebuah baju kurung modern warna cream polos.  Dulu akak pakai dengan kain sarung batik,  tapi untuk kelainan,  akak pakai dengan kain shiffon warna turqoise yang dipotong ala-ala mermaid.  Bila akak pakai,  orang tanya "Ehkk...baju baru ka?"  Akak senyum je.  "Ehkk..taklah ini baju tahun 2009.  I buat kain baru.  Ala-ala colour blocking u olls,"

    Kan????
    Ini contoh dress yang akak pernah beli kat Reject Shop.  Warna hitam.

    Sebab itu,  apa pun baju yang akak beli,  sama ada baju tradisional / modern,  akak akan pikir...sama ada baju ini boleh di mix and match tak?  Ada satu dress hitam akak beli.  Boleh pakai dress hitam tu sahaja (nampak macam Michelle Obama sat),  kalau pakai dengan seluar hitam nampak macam Benazir Butho (ala-ala Salwa Khamis) and kalau pakai dengan kain,  nampak macam kebaya modern.  Kan????
  3. Tambahan Eksesori
    Daripada membeli baju-baju baru,  i have a friend yang suka meng-revamp kebaya lama milik ibunya  Nama kawan i adalah Haleesa.  Untungnya Haleesa adalah - DIA MEMILIKI TUBUH BADAN YANG CANTEK and masih muat untuk memakai kebaya milik mak dia.  (Tau la orang dulu dulu tubuh badan kecik macam kerengga).

    So,  selalunya Haleesa akan pakai kebaya milik mak dia iaitu Mak Yam.  Memang cantek and sangat classic.  Design memang orang dah jarang pakai,  malah kualiti kain dan juga corak memang sangat unik.  Akak selalu jealous dengan beliau.

    So kepada u olls yang mendapat wasiat baju baju lama daripada nenek,  ibu,  makcik dan lain-lain,  apa kata u olls cuba gayakan baju baju lama ini dengan tambahan eksesori yang meletops baru u olls nampak meriah dan lain daripada orang lain.  :)

    *Tips ini juga sesuai untuk mencantekkan lagi baju baju raya tahun lepas yang masih elok.  :) Daripada beli baju lain,  padankan dengan eksesori baru seperi rantai labuh ataupun selendang.

  4. Set apakah keperluan dan apakah keinginan.
    Apabila dah buat audit dan melihat apakah baju baju yang perlu dibeli baru dan baju yang boleh direcyle,  so masa nila u olls boleh senaraikan pakaian yang u PERLUKAN dan INGINKAN.

    KEPERLUAN - adalah sesuatu yang perlu u belikan kerana memang u tak ada langsung.  Maybe baju  / kasut tu dah lusuh.  So,  dengan bajet baru inilah u olls kena beli yang baru.  Handbag baru mungkin?  Make sure bila dah buat senarai keperluan ni,  review balik elok elok.  Senarai keperluan tak semestinya ada banyak.  Kita kena belajar besederhana.


    Kasut raya saya yang warna gold tu.  Yang atas kanan is for office.  Yang berbunga bunga tu,  casual smart wear.  Semuanya ni RM85.

    KEINGINAN - senarai ini mesti semua orang akan ada :)  Seperti akak,  tahun ini akak beli 3 pasang kasut raya.  Bukan keperluan,  tapi keinginan.  (Tapi i dapat dengan harga yang amat berpatutan.  RM85 untuk 3 pasang.  Daripada jenama yang bagus.  Insya allah boleh pakai the next 2 years).

  5. Rancang kat mana nak beli?  Bagaimana?

    Rancang betul betul nak beli kat mana dan di mana.  Kepada ibu ibu bekerjaya,  salah satu tips yang saya amat suka pada kawan-kawan saya adalah depa akan pi beli pada bulan-bulan sebelum raya dan akan pi beli secara sikit demi sedikit pada waktu lunch (provided tempat kerja kita dekat dengan shopping mall).

    Membeli belah pada ketika sesi jualan murah perayaan adakala membawa kebaikan,  adakala membawa keburukan.  Secara psikologinya,  membeli belah ketika PERUT LAPAR akan membuatkan kita lebih bernafsu dan rasa nak beli belah di luar bajet kita (walaupun barang yang kita nak beli itu adalah baju yang tidak boleh dimakan).

    Kebaikan untuk membeli belah di sesi jualan murah perayaan adalah lebih banyak choices dan boleh didapati dengan harga yang amat murah.

    Satu lagi,  jangan pergi shopping dengan ramai orang.  Nanti macam-macam pendapat yang keluar.  Pastu kita akan mudah terpengaruh kalau salah seorang daripada kawan shopping kita membeli sesuatu - kita pun rasa macam nak beli juga.  Akak suka pergi seorang ataupun bawa seorang saja teman.  En.  Khafi?  Detu tak akan ikut.  HE DONT LIKE SHOPPING.

    Buat survey dengan bertanya kepada kawan-kawan ataupun cari sendiri,  lokasi yang best.  Yang banyak pilihan?  Yang dekat?  Yang mudah parking?  Yang tak ramai orang?  Semua tu kena pertimbangkan.  Ada kawan saya,  dia tak suka pergi shopping di pasar malam bukan sebab dia kekwat,  tapi dia kata,  bila ramai sangat orang,  pekedai selalunya tak layan  kita elok-elok dan kesesakan akan membuatkan dia rasa tak selesa ketika membuat pilihan.

    Ada juga yang suka membeli secara online.  Sekarang ni,  ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk syarikat online yang menjual pelbagai baju untuk kita.  Baju wanita,  perempuan,  lelaki,  kasut,  handbag,  baju baby dan macam macam lagi.  Apa cara I?  Kalau i tak pernah dengar testimoni daripada orang yang i kenali,  i tak akan beli sendiri.  Sampailah ada orang yang i kenal pernah beli dari syarikat tu,  baru i akan beli :)


  6. Jangan bawa duit lebih daripada bajet.
    Ini adalah satu tips penting.  Kalau u punya bajet beli baju adalah RM150,  so bawa hanya RM150 sahaja.  JANGAN BAWA LEBIH.  Kalau u bawa RM300...percayalah u akan perabih semua duit itu ketika shopping.  Sekian.
  7. Jangan terpedaya dengan RTW design daripada Website Shopping / Celebrity Fashion Designer
    Ini adalah mesej penting daripada akak.  Bukan nak menyelar mana-mana pihak,  tapi sebagai pengguna kita ada hak untuk membuat pilihan bijak.

    Lately,  ramai selebriti fashion designer menawarkan koleksi pakaian ready to wear (RTW) dijual secara terus di lokasi-lokasi tertentu ataupun melalui online shopping.  Berikut adalah beberapa perkara yang telah akak observe.

    Gambar contoh.  Tak semestinya baju ni nk kat nampak cantek kat model akan nampak cantek kat kita.

    Kebanyakan design yang ditawarkan oleh mereka adalah sangat tidak praktikal.  Baju kurung modern yang sangat simple dan dihiasi dengan butiran yang kadang kala amat tidak relevan.  (bunga putih yang terlalu besar,  tempekan lace di dada yang nampak murah dan sebagainya).  Tapi apabila baju-baju itu dipakaikan pada model mat saleh berawajah Rose Huntingtong Whiteley,  u olls semua berpusu-pusu membelinya dengan harga paling murah pun RM150 dan ada kalanya mencecah RM500.

    Beberapa rakan saya pernah membeli baju daripada kolek RTW fashion designer ni,  apabila baju sudah diterima,  dia amat kecewa dengan kualiti kain pada baju itu.  Dengan harga RM350 yang dia bayar,  kain yang digunakan ala-ala kain lace untuk buat kain tingkap.  Selain itu,  ada juga kawan saya yang tidak puas hati dengan padanan kain dan baju.  End up,  alter the baju and beli kain lain untuk buat kain sarung.  LAGI BANYAK DUIT KENA LABURKAN.

    Fashion designer ternama selalunya akan membuat baju customized yang mencecah harga belasan ribu untuk sehelai pakaian,  jadi macam mana baju kurung modern simple boleh jadi hanya RM200 sepasang?  Sebab depa buat mass production.  Kita pun tak tau depa pi hantar kat kilang mana.  Satu kelemahan mass production adalah semua baju baju itu dibuat dengan ketatapan size ukur yang tertentu.  And of course,  tak semestinya MUAT kat u!!  So kenala alter pulakkk.

    Tak salah nak beli sehelai dua daripada koleksi tersebut,  dengan syarat,  tubuh badan kamu seindah Kiera Knightly dan mempunyai duit yang banyak macam Neelofa.  Sekian.
  8. Trend Fashion Yang Tidak Relevan

    Satu lagi perkara yang amat menakutkan di musim perayaan adalah trend fashion.  So apakah trend fashion yang membuak-buak pada ketika ini?  Yeas....PEPLUM.  Peplum adalah fashion yang ada payung payung di tengah perut tu.  Seikhlasnya,  peplum hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai tubuh badan MELIDI dan tidak ada pinggul dan pinggang.

    Everything is too much.  The colour,  the tudung,  and what the hell is the ribbons....Sorry Ashanim.

    Kepada anda yang mempunyai pinggu dan panggang ala-ala Beyonce,  harap u olls berhati hati dengan perangkap fashion Peplum ini.  Yes,  saya juga ada baju peplum.  TAPI SAYA JARANG JARANG MEMAKAINYA kerana susah nak padankan dengan cara pemakaian sebab i memang tau yang i akan nampak lebih gemok dengan baju ini.

    Lebih disaster lagi,  baju baju peplum akan diletakkan butiran ala-ala avant garde yang terkadang itu amatlah tidak sesuai langsung dan membuatkan kita kelihatan seperti almari pinggan mangkuk.  Mama Regina duk post banyak fashion-fashion merapu oleh peniaga baju raya kat wall FB dia.  Sapa yang dah beli tu,  please jangan rasa offended.  Kita cakap benda betul.  Nak ikut...tak mau...teruskan.  U kan Lady Gaga.
  9. Less Is More

    Akhir kata,  less is more.  Pesanan akhir ini juga merangkumi cara pemilihan orang orang Melayu yang amat suka pada CORAK MORAK yang adakalanya terlalu meriah.  Why not mencuba memakai pakaian yang polos (1 warna).  Tengok macam mana Queen Elizabeth and Kate Middleton pakai,  depa mana pakai corak corak ni.  Depa selalunya pakai warna polos.  Sebab depa nak tonjolkan diri mereka and not the BAJU.

    Akak tau ramai wanita Melayu suka dressing macam ni.  

    Kepada wanita bertudung,  tetapkan niat u olls dengan baik.  Jangan terlalu mengikut trend fashion.  Gulung punya gulung,  jangan sampai keluar kes "Wanita Muslim Mati Tercekik Ketika Ingin Membuka Hijab Untuk Menunaikan Solat Zohor,"  Dah mati syahid tak pasai pasai.
Sekian,  saya berhenti di sini.  Gunakanlah wang sebaik mungkin.

Love, 
Jumie Samsudin

9 comments:

  1. bagus uols sebut pasal peplum ni. ramai yang membeli ikut trend tanpa "mengukur baju di badan sendiri"...selalu baju macam ni trend nya takkan bertahan lama..

    ReplyDelete
  2. ala.. i was hoping you up entry pasai bagaimana seorang wanita agam nak nampak gah di waktu hari raya... no more black kurung yg boring tew.. anyway this entry pun bagus jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eny, kalau ampa baca tips yang lepas lepas (dalam tagged TIPS FESYEN) banyak kali tulis dah pasai ni. This one kami kupas dalam bahagian lain..

      Delete
  3. Wahaha aku salah sorang yg recycle baju... Hahaha... Pegi alter baju just rm10 saje... Sebab kebaya tu saiz da match dah, tapi tang dada tu kalo duduk je, confirm butang tercabut. Dah penat pakai pin. So suruh auntie kedai jahit tu jahit semua, wat zip tepi. Pastu next year, semua kebaya aku, tak mcm org lain. Haha. Semua ada zip tepi. Tu pun kalo muat pakai kebaya lagi la...

    ReplyDelete
  4. Hi jumie...
    Sebut pasai RTW by designers... yeah I dh tgk baju kurung buatan radzuan radzwil kat jusco... OMG punya laa x elok... kalau ada gak org yg beli maknanya org tu x reti menilai fesyen dan mutu kain... or beli sebab nk berlagak baju tu buatan designers.. ngeri tgk baju tu... tempek lace yg kasaq mcm berus dawai... potongan out... n I setuju pasai peplum... peplum tu utk org yg tubuh kecik molek n bontot kecik... btw mana u beli kasut tu? Cantik

    ReplyDelete
  5. Betui tu uols, last year aku pi tengok baju designer kat Tesco, ayoooo kain dia, so cheap. Pastu seminggu raya tu sepesen ye semua aku jumpa dok pakai baju cap Tesco tu. Hahahaha.

    Baik aku bli kain kat nagoya & tempah. Tak sama dgn org. Siap ada igt baju aku kain mahai, padahal rm5 ja semeter. Kikiki

    ReplyDelete
  6. kak setuju sangat..TOOOOOO MUCCCCHHHHH PEPPLUUUMMMM make me meluat!! hahahhaa iollsss sgt x cantik bila memakai peplum keran pinggul iolss besarrrrrrr..

    RTW pun sama, baju x semenggah tapi mahal ya robbiiiiiiiiiiiii...

    iolls baca belog akak ni pun asyik terangguk-angguk..sebab semuanya iolls setuju....:-) heheheee

    ReplyDelete
  7. yup...sgt setujuk. bj designer tu BURUK sgt...kain murahan tp sebb pkai nama deols, tu yg mahal...

    kasut tu u bli ktne?? murah sgt...85 utk 3 psg kn?? untung sape yg bkaki kecik ni..mcm i size 12, princess jela yg cun n up to date. hahahaha

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...