5.8.13

Putera William dan Kate Middleton Terima Seorang Putera

Hello u olls,

Im sure u olls semua dah tau. Just nak share dengan u olls semua bahawa Prince William and Kate Middleton telahpun mendapat baby pertama mereka iaitu baby boy. Akak sangat sangat teruja dengan kelahiran ini. Ampa pun tau kan? Sejak dulu akak memang suka mengikuti perkembangan dua pasangan ini.

Berikut adalah gambar-gambar dan rentetan cerita sepanjang peristiwa kelahiran baby boy depa yang diberi nama Prince George Alexander Louis. Meletops depa anak depa.  Ada banyak butiran tradisi yang masih dikekalkan oleh keluarga diraja Britain ini selain benda-benda baru yang bukan sahaja memecah tradisi tapi menunjukkan betapa pasangan ini sangat simple and humble.





Tahukah u olls,  sebelum sebelum kelahiran baby ini,  semua para wartawan telah berkampung dihadapan St Mary's Hospital, London.  And all these wartawan dan jurugambar bukan boleh suka-suka hati duduk kat mana pun,  depa ada tempat khas yang telah ditandakan dengan pagar besi dan juga tanda shelotape di lantai.  Setiap bahagian itu mewakili syarikat media tertentu,  so all this wartawan dan jurugambar tak boleh sesuka hati masuk petak orang lain.  



Ini adalah gambar penampilan umum terakhir Duchess of Cambridge pada Trooping the Colour ceremony di kota London,  seminggu sebelum dia melahirkan anak.  




St Mary's Hospital adalah hospital yang sama menjadi tempat kelahiran Prince William 31 tahun dahulu oleh ibunya Mendiang Puteri Diana and Prince Charles.






Selepas kelahiran putera yang dinanti-nantikan ini,  seorang pembantu istana bernama Ed Perkins
keluar daripada Hospital ini membawakan sebuah fail berwarna merah.  Dalam fail itu,  terkandung sebuah mesej yang ditandatangani oleh doktor - doktor yang menyambut kelahiran putera diraja itu.  Dihadapan hospital tersebut,  sebuah kereta istana sedang menanti.  Pegawai-pegawai dalam kereta itu membawakan fail merah itu ke Buckingham Palace.  Kalau ampa tengok dalam Youtube,  bila Ed Perkins ni keluar sahaja daripada pintu hospital,  orang ramai yang menunggu di luar CHEERING UP dengan kuatnya.  



Kereta tadi pun tiba di istana. Tengok tu depan Istana pun penuh dengan orang ramai.  


Apabila pegawai-pegawai itu sampai di perkarangan Buckingham Palace,  depa pun menge-pass fail merah tadi kepada 'Queen's senior Page'.  Mesej ini dibawakan khas terus kepada Queen Elizabeth iaitu nenda kepada Prince William.  So,  sebelum orang lain semua tau,  Queen kena tahu dulu. 








 Akak sangat terharu pada ketika ini kerana walaupun kita semua mempunyai segala kemudahan teknologi terkini seperti Internet,  tapi pihak Istana Buckingham masih mengekalkan cara tradisi yang digunakan turun temurun.  Selepas pihak Istana  Buckingham mendapat perkhabaran baik ini,  sebuah dokumen kertas bersaiz A4 yang dibawa khas daripada Hospital St Mary tadi diletakkan dalam frame khas dan diletakkan di hadapan pintu pagar istana untuk tatapan rakyat jelata.

Pada paparan itu tertulis  "Her Royal Highness The Duchess of Cambridge was safely delivered of a son at 4.24pm today.  Her Royal Highness and her child are both doing well.  Signed"


Sehari lepas kelahiran,  Putera William and Kate Middleton membuat penampilan pertama di hadapan pintu St Mary Hospital.  Kate pakai simple dress polkodot biru daripada Jenny Peckham and Prince William pakai shirt and pants yang sangat smart and casual.  Siap tali pinggang ada motif corak kulit lagi.  Depa kedua duanya tampil dengan baby mereka yang masih dibedung dengan kain putih.  Depa beramah mesra dengan para wartawan dan rakyat yang dah beberapa hari duk tunggu saat-saat ini.  Ramai tanya kat I,  macam mana la Kate Middleton boleh nampak segak bergaya walaupun baru habis beranak.  Rambut pun kepok kepok bahasa.

Well,  let me tell you,  dia admitted masuk ospital antara pembantu khas yang dibawa bersama beliau adalah her official hair dresser.  Okay sekian.  Sapa-sapa lagi nak nampak cantek berseri lepas bersalin,  senang ja...HIRE I AND ABANG ROSLAN CANTEK MASUK LABOUR ROOM sekali dengan u.  Sah sah bila baby dah selamat beranak,  sambil doktor duk jahit u,  i and abang Lan pun buat rambut and make up u.  Kan!!!

Akak respek beliau kerana tidak cuba untuk menyembunyikan perut lepas kelahiran beliau.  

Rambut kepok kepok.  Sekian.


Mendiang Puteri Diana,  31 tahun dahulu.


Putera William and Kate sedang beramah mesra dengan para wartawan.



Yang nilah pecah tradisi,  first time rasanya seorang bakal Raja UK membawa kenderaan sendiri untuk membawa anaknya balik ke Istana.





Sumber maklumat dan gambar  : Daily Mail 1,  Daily Mail 2,  Daily Mail 3

3 comments:

  1. AS Salam
    Hebat la depa.. lepaih beranak ja teruih pakai wedges/high heels... :)

    ReplyDelete
  2. yes, betul...prince drive sendiri je tapi bodyguard kena ada la :)

    ReplyDelete
  3. ini memang bagus jalan ceritanya...barula tau camna diorang umumkan anak. takdela mintak juta2 untuk first baby photo session..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...