Sequin Fabric for Sale


FABRIC FOR SALE!!!!!

65th Emmy Awards 2013: Red Carpet Arrival Photos

Hello u olls semua,

Beberapa minggu yang lalu berlangsunglah Emmy Awards 2013 di Nokia Teather.  LA.  Thank you to my loyal reader Masrizal Ahmad Emridzal yang memberikan link yang amat berguna ini dan beliau memperingatkan akak untuk menulis review fesyen untuk event ini.

Sorry took me so long untuk menulis blog.  Seperti yang dijanjikan,  lepasni.....lebih banyak artikel daripada akak kerana akak telah membeli sebuah laptop baru :) (tapi second hand la u olls).  Acer Aspire u olls.  Ram 2gig.  Kau ada?

Okay tak mau berletiak,  marilah kita tengok baju baju yang boring dan baju baju yang meletops yang telah akak susun mengikut warna :)




Isteri Mat Yo Meroyan Dengan Pak Guard

Holla,

Sorry sorry sorry to all!  Yes...kita lama tak bersiaran.  Karena selama ini apabila saya berblogging,  saya berblogging di rumah menggunakan laptop PP Sains Kemasyarakan (my old office) yang selalu saya pinjam bawa balik rumah dengan penuh rasa tanggungjawab :)

Tapi bila dah pindah office,  kenala pulangkan semua harta benda yang school pinjam kepada kita termasuk Ipad 2 yang amat berguna dan menghiburkan itu.

But dont worry,  kita telah memberi laptop baru,  second hand,  but very good condition! So im back to blogging again!  Ampa semua tunguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....


So malam ni,  nak cerita pasai kes isteri Mat Yo seorang pemain bola yang hebak daripada Kelantan tapi lani dah pi Johor.  Di mana isteri beliau meroyan dan marah-marah dengan pak guard yang menghalang beliau untuk memparking di kawasan terlarang di airport Subang.

So the story goes like this  :

THE USM Peace Week 2013 dengan tema "Peace is Our Culture" : Pengalaman Menyanyi Dengan Ramli Sarip

Hello u olls!

Minggu lalu,  Pusat Penyelidikan dan Pendidikan untuk Perdamaian ataupun PEACE UNIT USM telah menganjurkan THE USM Peace Week 2013 dengan tema "Peace is Our Culture".  Macam-macam aktiviti yang dijalankan dalam minggu itu.  Syarahan,  forum,  malam kebudayaan dan akhir sekali Konsert Perdamaian yang menampilkan penyanyi yang amatlah tersohor di Malaysia ini iaitu PAPA ROCK MALAYSIA,  Mr.  Ramli Sarip.


Minggu Perdamaian ini memang selalu diraikan pada bulan September bersempena Hari Keamanan Antarabangsa Sedunia (International Peace Day) yang jatuh pada 21 September setiap tahun.  Tapi sebab 21 September,  USM sedang berkonvo so Peace Unit USM telah merancang Minggu Perdamaian ini awal seminggu.

Kawan Saya Bercinta dengan Lelaki Kayu Tiga

Kak Jumie,
Nak tanye pendapat siket.
Ade sorang kawan saye ni. Dia clash dengan bf dia dalam 2 tahun lepas. Sejak tu dia dah jatuh cinta banyak kali tapi semua jantan yang dia duk feeling tu hipokrit. Depan kawan saye semua jantan tu buat baik kat depan tapi kat belakang duk mengate. Kawan saye ni jenis ketegaq. Kitorang cakap jangan duk pecaye jantan dia tak nak dengar.  
Dipendekkan cerita yang terlebih panjang, kami membawa haluan masing-masing tahun ni.

Baru-baru ni dia duk mai cerite kat saye,  dia ade crush baru and depa saling mencintai tapi tak kapel, hanya kawan. Saye pun tanye la awat kawan je. Dia pun cerite crush dia yang mengaku cintakan dia tu sedang ade awek lain. Dia sayang awek dia dan pada masa yang same sayang kawan saye ni jugak.
Crush dia ni bagi alasan awek dia keluar dengan jantan lain dan depa duk kontek jarang-jarang sebab tu dia boleh kontek and sayang kawan saye ni.
Masalahnye dia tak nak lepaih awek dia tuh tapi dia nak kawan saye tunggu dia. Maknenye kalau dia clash, kawan saye ade sebagai spare part.
Kak Jumie ade ayat penawar dak nak pi semboq kawan saye ni?
Betui ka apa dia buat ni? 
Yang benar,
Raisha
Pose Dato Siti dengan apel hijau.

Protege Jumie Samsudin : The Voice of Convex'13 USM

Hello u olls,

Sapa yang duk follow Facebook and Twitter akak mesti ampa tau yang baru baru ini akak telah diberikan peluang untuk menjadi juri untuk program pertandingan nyanyian ala-ala The Voice AXN tapi yang ini versi USM punya.  Kerlas adik-adik Convex USM very the berani buat event event international macam ni.

So,  selain akak,  Azhar Jalil (pengarah and pelakon teater yang menaikkan nama akak...gituuuu) and Achai adalah juri juri lain dalam pertandingan ini.


Kalau dalam The Voice AXN,  masa blind audition,  para juri akan duduk atas kerusi besar warna merah and bila depa tekan ja button secara otomatik,  kerusi itu akan berpusing sendiri.  Tapi untuk The Voice of Convex'13 USM,  juri duduk atas kerusi khas,  tapi kami kena pusing kerusi tu sendiri dengan kaki kami!  HAHAHAh kerlasss kan????


Potong Rambut

Hello semua,

Saja la nak share cerita ni.  Sebab takdak apa nak cerita lately.  Ada bahan,  tapi takdak point best nak bercerita.  Tapi thanks ampa semua sudi mengkepo kat blog saya from time to time.

Anyway,  baru baru ini saya telah mempotong rambut.  Untuk pengetahuan ampa semua,  sejak berkahwin,  saya tidak pernah memotong rambut.  Oleh itu,  apabila sudah 2 tahun berkahwin,  rambut saya yang semulajadi kepok kepok bahasa ini telah memanjang dan menggerbang seperti singa jantan.

Fesyen Rambut Kembang

Wanita singa bersama anak menakan,  Farihin.


Berulang kali saya bertanya kepada En.  Khafi,  "Boleh tak saya potong rambut?"

Jalan Jalan Kuala Lipis | Fieja and Jojos Wedding

Holla,

Hari tu during weekend Merdeka.  Akak,  suami dan dua orang kawan iaitu Amedo Miziko and Lan Cantek telah bertolak ke Kuala Lipis untuk menghadiri majlis perkahwinan my bestfriend iaitu Piejah and Jojo.

US.  Depan Tanjung Inn,  Kuala Lipis.  Pemandangan yang cantek. 

Dari Penang,  kami drove up to KL untuk ambil my husband Khafi yang duk ada kat rumah bapanya di Taman Wahyu, Jalan Ipoh. Kami sampai around 1 am, and later on, barulah kami akan bertolak ke Kuala Lipis untuk wedding my best friend.

Disebabkan waktu malam and i tak berapa familiar dengan jalan kat sana, i tersilap pusing and masuk ke Segambut. Di sana, kami ditahan oleh pihak polis dalam satu roadblock.

Bila tengok nombor plate Penang and kami tiga orang muka macam baru bangun tidur, pihak Polis terus suruh kami ke tepi. Depa minta semua IC kami dan depa tunjuk kat pegawai besar depa untuk checking.

We remained dalam kereta. Depa suruh buka tingkap, buka lampu dalam kereta and dua pegawai polis suruh lampu ke muka kami. Seorang pegawai polis terus buka dashboard kereta I. And sorang lagi bertanya tentang hala tuju kami.

Tak sempat kami jawab lebih lanjut, pegawai polis yang ambil IC kami tadi kembali and serahkan semula IC kepada kami sambil berkata "Clearr...clear...."

OMG saya sangat takut pada ketika itu. I understand that they are doing their work. And glad that kami tidak dibawa tahan sampai ke balai polis dan sebagainya.

Lepas dapat clearance tu,  barulah kami bergerak dan selamat sampai ke rumah bapak mertua ku di KL.  Lepas rehat sekejap,  kami berempat pun bertolak ke Kuala Lipis.  First time drove dari KL ke Kuala Lipis sendiri.  Dulu akak pergi naik bas dari Pekeliling.  This time drove sendiri.  Tapi Khafi la yang drive.  

Movie Review : Anonymous

Hello semua,

Adakah ampa suka menonton filem filem orang putih macam akak?  Yes.  Akak sangat feeling suka tengok filem mat salleh.  Bukan sebab filem Melayu tak bagus u olls.   Nooo no....Tapi sebab filem mat salleh ni pelbagai.  Ada sci fi,  ada adaptasi, ada lawak,  ada love,  ada macam-macam.  Cerita Melayu ni semua pasai love,  gangster dan hantu.

So hari ini akak nak cerita pasai sebuah filem Inggeris yang telah mengubah cara akak untuk berfikir tentang William Shakespeare.  Teori identiti sebenar penulis agung ini telah diceritakan dalam filem dengan cara yang amat mengganggu hati akak.

Memang sejak dulu akak memang suka tengok cerita mat salleh yang digambarkan ala-ala zaman Kings and Queens of England.  Memang suka tengok cara depa cakap,  cara depa punya props,  baju depa dan macam-macam lagi.  Pembikin filem barat memang amat particular kalau buat cerita cerita yang menunjukkan zaman tahun tahun lampau.

Lepas ampa baca review ini,  mungkin ampa boleh cari dan tengok dalam Astro Movie Channel.  Ampa search sendiri kat Astro Guide.

Cerita ini menceritakan teori bahawa The Virgin Queen,  Queen Elizabeth I telah melakukan sumbang mahram dengan anaknya sendiri.  Dan William Shakespeare bukanlah orang sebenar yang menulis karya karya agung tetapi ditulis oleh seorang lelaki bangsawan Edward de Vere, 17th Earl of Oxford.


Kotak Pelacuran di Zurich, Switzerland

Hello u olls,

Rasa macam BLOG SERIUS pulak sebab nak paparkan gambar dan cerita macam ni.  Tapi takpalah,  nak share juga dengan ampa.  Kat negara Switzerland,  depa buat 'sex boxes' ataupun kotak pelacuran yang dibina khas untuk memberi ruang kepada para pekerja seksual (in social work term,  we call it sex worker) untuk bekerja dalam suasana yang sihat dan selamat.  Ini adalah salah satu langkah kerajaan negara ini bagi mengelakkan pekerja sosial bersepah di jalan jalan bandaraya Zurich.

As we know,  negara - negara Eropah memang mengutamakan hak asasi manusia.  Maybe u olls pernah tengok Halden Prison,  Norway yang sangat cantek gila rasa macam duduk dalam pangsapuri yang lengkap dengan para perabot ala-ala IKEA yang jauh lebih cantek daripada rumah kita kita yang bukan penjara ni.  See here  :  World's poshest prison? Cells with en-suite bathrooms and no window bars (plus £1m Banksy-style art)

Sebab depa percaya bahawa,  kalau para banduan diberikan layanan yang baik dengan penuh kemanusiaan,  banduan itu akan keluar menjadi insan yang lebih berguna dan rasa dirinya dihargai.  Suatu percubaan psikologi yang bagus.

Mungkin ini juga yang cuba dilakukan oleh kerajaan Zurich.  Selain para pekerja seksual mempunyai lokasi yang bersih dan baik,  depa juga kena beli 'permit' perniagaan yang berjumlah hanya UK Pound 3.5.  So lebih kurang RM15.  'Pengiktirafan' kepada perniagaan/pekerjaan tertua di dunia ini adalah sebagai satu langkah untuk mengawal jumlah pekerja seksual agar dapat menjalankan kerja mereka dengan kondisi yang lebih selamat and at the same time kerajaan depa juga educate tentang seks yang selamat.

Michael Herzig, director of social services for sex workers in the city, said: 'Prostitution is a business basically. 
'We cannot prohibit it, so we want to control it in favour of the sex workers and the population because if we do not control it, organised crime is taking over, and the pimps are taking over.'


Apa pendapat ampa pasai ni?

Kotak kotak kayu ini terbahagi kepada ruang dinding.  Seorang pekerja sosial akan berdiri di setiap kotak,  kereta yang melalui jalan ini boleh memandu perlahan-lahan untuk tengok pekerja pilihannya.

Goodbye School of Social Sciences USM :( Hello International Office USM :)

Hello semua,

Kawan-kawan USM yang tak tau lagi...lani saya dah pindah office.  Saya dah pindah ke International Office USM.  Lokasi di bangunan C09 ni.  Sedihnya,  saya bukan 'bintang' di Soc Sc lagi.  8 tahun berkhidmat di Soc Sc.  Suka duka kat sana dengan kawan-kawan dan students.  Saya belajar banyak benda kat sana.  Sepanjang kat sana,  saya dah serve 5 bosses,  Dr.  Normee Che Sab,  Dr.  Reevany Bustami,  Dr.  Nor Malina Malek,  Dr.  Chin Yee Whah and Dr.  Mohammad Zaini Abu Bakar.

Gambar tahun 2009,  canteknya aku macam Zakiah Anas.  From left Roslina,  Kak Sue,  Suzana,  me,  Faezah and Gaik Lan.

The Conjuring : Takut Tapi Berjaya Menengoknya Tanpa Balik Rumah Dan Mengigau Malam

Sapa suka tengok cerita hantu?  Saya suka.  Walaupun saya penakut BESAKKKK tapi saya suka tengok.  Memandangkan pada 2 September yang lalu,  akak dan En.  Khafi meraikan malam annivesary kami ke 2,  maka En.  Khafi yang dah banyak kali menolak pelawaan tengok cerita The Conjuring, akhirnya akur dan teman juga isterinya untuk menonton cerita ini.


Filem yang dihasilkan oleh pengarah yang sama James Wan,  lelaki kelahiran Sarawak Malaysia (tapi berpindah ke Australia) juga adalah pengarah yang sama buat filem Insidous.  Ampa baca kat sini  :  Insidious - Filem Hantu Orang Putih Yang Celaka Paling Menakutkan untuk Jumie Samsudin

Kepada kawan kawan pembaca blog ni semua,  yang tak tengok lagi cerita ni,  ampa harus tengok.  Yes....memang cerita ni takut gila.  Lebih takut daripada Insidous,  so jom baca sinopsis dan juga beberapa fakta best pasai cerita ni.

Behind The Scene : Kuih Kacang Mazola by Jumiess

Hello semua,

Sorry lama sungguh tidak bersiaran.  Macam-macam jadi.  Malas la nak story.  Apa pun, thank you kepada semua kerana tidak menggesa saya untuk menulis dan sebagainya.  Kalau dah tak boleh nak buat apa tu,  hang suruh tulis apa pun tak boleh menjadi u olls.

Hari ini,  saya nak stroy yang ringan-ringan dahulu.  Pasai cerita BTS untuk pembuatan Kuih Kacang Mazola by Jumiess yang dijalankan secara kecil-kecilan pada hari raya yang lalu.  Actually kita dah start buat business ni sejak tahun lepas.  Not only for hari raya,  kami memang buat secara berterusan.  Tapi untuk hari raya,  memang tempahan lebih banyak la.  3 kali ganda daripada bulan bulan biasa.

Nak cerita sikit macam mana kami buat kuih kacang tu....BUKAN RESEPI YA.  :)  Yang tu rahsia la.  Actually bukan saya yang gelintir kuih kacang tu hari hari.  Stok bahan-bahan kuih,  balang dan sebagainya diuruskan oleh En.  Khafi. And every day,  production kuih (bancuh,  bakar dan packing) dijalankan oleh beberapa rakan saya yang bersetuju untuk menjadi pembantu kami dengan sedikit bayaran gaji :)  Selalunya kami buat pada waktu malam from 6-10pm di rumah saya kat Ayer Itam Penang.  Tapi untuk hari raya kami buat dua shift iaitu siang (11am -2pm) and malam 6pm -10 pm.


Selepas siap semua tempahan hari raya Aidilfitri baru baru ni,  tibalah masanya untuk kami bergembira,  makan-makan dan bagi gaji depa.  So these are the happy pictures untuk tatapan ampa semua.  Muka muka inilah penggelintir KUIH KACANG MAZOLA by JUMIESS yang ramai duk puji kata sedap sangat tu.

Tempahan masih dan sentiasa di buka.  Kalau nak tempah untuk HARI RAYA HAJI pun dah boleh!!

Tempahan untuk lokasi Penang sahaja.

Please wassap / SMS to me your details  : Nama,  no tel,  jumlah order,  lokasi pick up,  tarikh pick up ke no telefon saya di +012 413 0060

Harga Kuih Kacang Mazola by Jumiess
RM20 untuk 60 biji (Penang)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...