30.9.13

65th Emmy Awards 2013: Red Carpet Arrival Photos

Hello u olls semua,

Beberapa minggu yang lalu berlangsunglah Emmy Awards 2013 di Nokia Teather.  LA.  Thank you to my loyal reader Masrizal Ahmad Emridzal yang memberikan link yang amat berguna ini dan beliau memperingatkan akak untuk menulis review fesyen untuk event ini.

Sorry took me so long untuk menulis blog.  Seperti yang dijanjikan,  lepasni.....lebih banyak artikel daripada akak kerana akak telah membeli sebuah laptop baru :) (tapi second hand la u olls).  Acer Aspire u olls.  Ram 2gig.  Kau ada?

Okay tak mau berletiak,  marilah kita tengok baju baju yang boring dan baju baju yang meletops yang telah akak susun mengikut warna :)







Jane Krakowski
Simple jer.  And i like her with this hair.  Dia nampak lebih muda.  Selalu dia akan buat rambut panjang kepok kepok bahasa.



Lena Dunham in Prada
Walaupun dress ini adalah daripada Prada tetapi tidak ubah seperti sebuah cadar katil tahun 80 an.  Unsur avant garde seperti ini tidak meletops untuk beliau.




Nancy O'Dell
Kalau akak dijemput ke red carpet Emmy Award,  inilah contoh dress yang akak nak pakai.....walaupunnnnn......HAHAHA




Emily Deschanel in Houghton.  
Tersengap sat tengok dress ni.  Ada juga orang amik lace keraih ni buat dress.  Akak ingat selalunya orang buat kain ni untuk buat kotak tissue.




Mayim Bialik
Dress ni sangat seperti dibuat oleh designer designer Malaysia kan?  Ala-ala play safe gitu.




Anna Chlumsky
Dress ni okay...kerlas.  Cuma rambut tu macam tak sesuai untuk dia.  Nampak macam tak siap langsung.



Sarah Hyland in CH by Carolina Herrera 
Merletopsss sangat.  Very classic.  I like.  NEXT!



Carrie Underwood in Romona Kaveza
Biasalah...wanita ini selalu tampil dengan gown gown prom night yang tidak menghampakan.




Allison Janney
Akak suka pilihan warna dan design dress ini membuatkan aunty ini nampak lebih muda.  And i like her shoes.  Very the simple and light light gitu.  Cumanya,  kalau dia buat baju lengan panjang lebih elok kot,  sebab lengan dia tak cantek.  Dah geleber geleber gitu.



Melissa Rauch
Nothing much untuk akak carut.  NEXT



Mindy Kaling in Georges Chakra
I dont like this colour on her.  Wanita berkulit gelap seperti beliau harus mengenakan warna2 yang lebih menyerlah macam oren,  kuning,  hijau pucuk pisang....




Alyson Hannigan
Meletops perempuan ini mengenakan dress kepok kepok.  Untuk seorang pelakon yang selalu dressap simple simple ala nerd,  its good untuk dia glammed up macam ni!




Al Pacino and Lucila Sola
Nak menangis akak tengok GF Al Pacino ni....dress gf dia agak menarik.  Simple tapi seksi.  Sofistikated gitu.





Michelle Dockery in Prada
Macam pelik sangat dress ini.  Kombinasi warna pun macam pelik.  And bahagian atas dress ini membuatkan badan dia nampak macam pelik dan panjang. Kan?





Heidi Klum in Versace
Akak tengok show ini secara live (rakam kat Astro).  Masa Guliana Rancic interview makcik ni kat red carpet,  akak macam YA RABBBIIIII apa yang makcik ni pakai?  Memang sangat pelik u olls.  Kerana baju ini nampak sangat Las Vegas show girl.  Tambahan pula...make up dia sangat nipis macam tak make up langsung and for hair?  Nampak macam Kak Jumie ikat rambut ala-ala pi office gitu.  Tak kemaih langsung.  Sedihla....



Kelly Osbourne in Jenny Packham
Kalau bukan sebab rambut dia yang pelik ungu itu....dia akan nampak sangat adorable!






Carla Gugino in Georges Chakra
Biasa ja ....next!




Kaley Cuoco in Vera Wang
Dress Vera Wang ini memang tidak menghampakan.  Structure atas dress ini mencantikkan tubuh badan beliau dan kombinasi ruffle dan deraian organza membuatkan beliau sungguh elegen.  LIKE!



Morena Baccarin
Meletopsnyaaaa perempuan ni.  Walaupun mengandung tapi tetap meletopsss!!  I like her clutch!



Sofia Vergara in Vera Wang
Sembah ratu step 70 tarian asyik mak yong.  Kerlas sangat! 




Linda Cardellini in Donna Karan Atelier
Lama tak tengok dress ropol ropol gamat ni.  Kan??? Klasik!





Laura Dern
Dress ini cantek.  Rasanya macam pernah tengok Guliana Rancic pakai dress ini tapi dengan warna yang berlainan.  Orang kurus dan panjang cantek pakai dress lace penuh macam ni.  Kalau wanita tubuh badan macam akak?  U olls akan nampak lebih gemok.




Jewel
Tak suka perempuan ni.  But anyway.....baju ni cantek.


Alfre Woodard
Walaupun lace penuh,  tapi dengan potongan dan design yang sesuai,  u olls akan nampak meletops walaupun badan u olls adalah sedikit agam.



Sarah Paulson
Aiyooooo takdak cleavage tapi...........................tetap.



Rose Byrne
Meletops pelakon Insidious ni.  Cut out kat area perut tu sangat meletops.  Untuk wanita takdak perut macam dia elokla....cuba bagi pakai dress macamni kat akak...terus dress ni akan nampak macam saree.  Kan???


Ariel Winter in Lorena Sarbu
Feeling prom night jaa....next!!



Cobie Smulders in  J. Mendel
Potongan dress ini memang nampak simple tapi ampa tengok kat bahagian atas dress ini sangat cantek dan dipotong kemas.  Meleeeps.



Kiernan Shipka in Delpozo
Baju ini sangat pelik.  Tapi disebabkan dia muda dan nampak sangat belasan tahun,  so i maafkan beliau.



Zosia Mamet in Honor
Frock ini sangat meletops untuk anak remaja macam beliau.  I really like pada bahagian tetek itu.  Tiba tiba ada hitam kan.  Kerlas...



LL Cool J
All time classic.  Cayalah.





Kit Harington
Potongan suit classic tapi tetap ranggi.  Eloook.


Constance Zimmer in Chagoury 
Sapa tengok gambar Man Laksa?  Kan ada scene masa last sekali Saloma mai nyanyi lagu "anak punai anak rebah......"  HAHAHAHA kan?? Macam dress ni kan???



Sarah Silverman
Sarah Silverman adalah seorang comedian wanita yang disegani.  Selalunya dia ni ala ala serabai sikit.  Tapi dia nampak elegen dalam dress ni.  Tapi the fact that ini adalah event red carpet yang setaraf Academy Award,  akak mengharapkan beliau pakai something yang labuh labuh sikit.



Amy Poehler in Basler
Dress ini sangat simple.  :(



Jane Lynch
Selalunya beliau pakai dress...why kali ni dia tak pakai?  Sedihlaa.... :(




Vera Farmiga
Pelakon  The Conjuring ini nampak sangat elegen dengan dress hitam kembang ni.  Kelassss!!




Jessica Lange
Simple and classic.  Nothing much to say.  



Leslie Mann and Judd Apatow
Leslie Mann pakai dress yang sangat playful tapi sangat elegen.  Laki dia pun nampak kemas.



Jason Bateman and Amanda Anka
Amanda Anka dress ini nampak sangat pelik.  And tiba tiba ada poket.




Morgan Saylor
Deni umur 18 tahun tapi pakai baju macam orang tua tua.



Cat Deeley
Pelik sungguh dress dia ni.  Tiba tiba macam ada pungkok macam mana ka.  Sangat pelik.




Robin Wright in Ralph Lauren Collection
Boring nextttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt



Aubrey Plaza in Marios Schwab
Dress ni nampak macam baju tidok pulak.  Maybe sebab long sleeve dia kot.  Kalau bubuh head gear ala ala topi sikik teruih boleh pi gereja tengok orang mati.



Shaun Robinson
Peliknya deni nampak macam kepala dia lagi besak daripada badan dia.



Christina Hendricks in Christian Siriano
Kerlas kakak tetek besak ni.....sangat elegen.  Simple tapi meletops.


Merritt Wever
NEXT!!!!


Elisabeth Moss in Andrew Gn gown
NEXT!!!!!!!!



Lena Headey
Aiiiyooo meletops sangat.  Dia nampak sangat yakin dan elegen dengan dress ni. Tapi i dont like her shoes.  Tiba tiba kasut dia ala-ala staff nurse pulak kan?



David Benioff and Amanda Peet
Amanda Peet pakai baju nak dekat sama dengan Rachel Weis pakai macam Academy Award hari tu.  But i think yang ni elok lagi.



Carrie Ann Inaba
Sapa sapa nak nampak lebih curvy sila buat dress banyak drapping keliling macam ni.  Memang meletops.  Bila kita berjalan akan nampak macam enjelss gitu.  



Katrina Bowden
Badan punya cantek tapi sayang pakai baju punyala play safe! Boriam.




Giuliana Rancic in MIKAEL D
Ke-stylo-an Guliana Rancic di red carpet memang tidak dapat nak dinafikan.  Beliau adalah fashion trender.  Walaupun dia kuruih kedekiang dan muka dia pelik gila kalau takdak make up,  tapi akak akui beliau adalah seorang wanita yang sangat stylo.


Maria Menounos
Meletopss.........


Tina Fey in Narciso Rodriguez
Dulu deni selalu pakai baju tak elok ala aunty aunty...tapi tengok lani....kerlassss!!!



Allison Williams in Ralph Lauren Collection
Boriamla Ralph Lauren semua very the minimal.  Sangat playsafe takboleh nak carut. Boriam.





Margo Martindale
Steadyyy auntyyyy! (takmau carut...tak baik...)




Edie Falco
Baju deni nampak macma baju mandi pastu sambung dengan dress.  Halter kat bahagian leher dia pelik.



Jessica ParĂ© 
Arrghsss boringanya tengok baju ni.  Takdak apa yang nak dicarut laaa......



Anna Faris
Aiiiyoooooooo warna yang sangatttttttttttttt vooom!




Betsy Brandt in Alice and Olivia gown
Baju ni nampak keras diperbuat daripada kain tarpan.  Ampa nak tau kain tarpan tu apa?  Ampa pi google sendiri.




January Jones
Baju dia ni sekali tengok macam kek kawen 3 tingkat.


Kerry Washington in Marchesa
Kerry Washington selalu pakai baju macam pelik pelik sikik.  Walaupun daripada designer tersohor tapi dia tetap akan pilih design yang akak pelik sikik.  I dont think dress ini cantek untuk warna kulit beliau dan perlukah bunga bunga itu????


Roma Downey
Nice tapi takdak apa yang akak nak carut kat baju ni....boriammm!



Alec and Ireland Baldwin
Kerlas deni mai dengan anak perempuan ni.  Classy.



Julie Bowen in Zac Posen
Tengok sekali pun kita boleh tau ni baju Zac Posen.  Structed tapi tetap ada ropol ropol :)




Julia Louis-Dreyfus in Monique Lhuillier
Dah ramai orang pakai....NEXT!!!! 




Anna Gunn in Romona Keveza
Dress ini cantek and tempekan lace hitam di bahagian atas dress ini membuatkan baju ini macam naik!






Kristen Connolly
Meletops baju ni.  Sangat runway gitu.  Tapi orang kuruih badan elok pakai meletops la.  Kalau orang badan curvy pakai....pun meletops juga.  Akan nampak lebih curvy.  Tapi kalau akak pakai......semua binantang karnivor kat Africa akan berdiri deret kat sepanjang Red Carpet ni...tunggu nak terkam dan makan akak...



Malin Akerman
Bagi hand bouquet teruih deni jadi pengantin.  Kan....................




Sandrine Holt in Honor
Dress ni macam pelik.  Macam dua jenis baju yang lain tiba tiba digabung jadi satu dress.  Rasa macam pi kutip baju pelik pelik kat kedai bundle pastu bubuh clorox bagi jadi putih serlah pastu pakai ...jadilah satu dress. 



Julianna Margulies
Dress ni punya simple macam amik kain pastu buat kemban.....kan??



Zac Posen and Gia Coppola
Zac Posen adalah lelaki dalam gambar ni.  Dia adalah seorang fashion designer tersohor.  Komen En.  Khafi "Awat nama dia Zac Posen?  Macam Zac Ponen....hahaha"  Akak rasa macam nak tumbuk En.  Khafi.  And akak rasa Gia Coppola sebelah dia pakai dress yang didesign oleh Zac Posen sendiri sebab rasa memang macam style dia.  I like that dress,  very strong tapi tetap nampak macam fun and comels.  Ang what i like the most is those shoes.....................kerlas sangat. 


Harry Hamlin and Lisa Rinna
Makcik Lisa Rinna ni...ambooiiii......mulut dan pipi very the!  Lebih menyerlah daripada baju dia.




Padma Lakshmi in Kaufman Franco
One thing for sure,  pompuan ni dah kurus balik :)  Akak suka dia ni sebab the classic wanita India.  En.  Khafi tak percaya deni Indian.  Dia kata nampak macam mat salleh.  Apa pun,  i like her bracelet di lengan itu.  Wanita lengan sasa macam akak tak bolehla berangan nak pakai macam tu.  AHAHAHA



Zooey Deschanel in  J. Mendel
Simple nice :) NEXT!!!!





Lily Rabe in Vionnet
Baju ini sangat pelik.  Dia nak buat macam seksi seksi gitu,  tapi akak rasa macam baju ini terbelah di bahagian yang tak sepatutnya.  


Kate Mara
Macam nila yang anak anak gadis harus pakai.  Something fun,  edgy and still nampak elegen.  Kan???



Taylor Schilling in Thakoon
Boringlaaa....takdak apa pun nak kata kat dress ni.  Dah banyak dah orang pakai lagu ni.

7 comments:

  1. Baju yang Sofia vergara by Vera Wang itu sangatlah sahya suka..top dia ala lingerie...kalo tambah lengan dah mcm kebaya dan boleh dipakai di hari raya haji..hehehehehe...

    ReplyDelete
  2. wow....akhirnyaaaa....ulasan red carpet emmy yg ditunggu2 ..tq jumie...u made my day..siap mentioned nama iols...hahaha
    by the way...Gia Coppola mmg sah2 pakai baju Zac PONEN ittew...Karolina Kurkova penah pakai dress yg sama tak silap dlm The Face S1 refer: http://media.vogue.com/files/filecheck/2012/09/10/supermodels-at-shows-karolina-kurkova_012249741784.jpg_article_gallery_slideshow_v2.jpg

    Best Dress should go to Sofia Vergara & Worst Dress for Zosia Mamet in that Honor gown...apakah motip setepek hitam kat area dada itteww?? mcm saja kasi censored puting gitew la kot kann...btw, Zosia claimed that Honor made that gown just for her but its actually from runway Honor Resort 2014 Collection....sian denii ;)
    refer: http://www.redcarpet-fashionawards.com/wp-content/uploads/2013/09/Zosia-Mamet-In-Honor-2013-Emmy-Awards.jpg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks babe for the input. :) Nanti share lagi apa apa dengan kita.

      Delete
  3. seriously, tak nampak yang betul-betul boleh 'WOW'. tengok banyak plak yang pakai tailing macam mermaid tapi rasanya tak ramai yang boleh 'carry' that kind of dress.

    ulasan yang bagus. cuma aku ni dekat-dekat nak habeh tu memang aku dah nak lelap tutup mata dah tengok gambar-gambar semua :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui u olls...not all mengeWOW kan....tula makin boring la rasanya fesyen fesyen lani....

      Delete
  4. saye mmg tgu post2 cegini dr kak jumi...memey kerlas komen2 yg dibagi

    ReplyDelete
  5. Jumie, I sangat jatuh cinta dengan color yang Jane Krakowski pakai. A pa nama co lor tuh ek?
    Pernah nampak g own kawen color tu sangat g o jes!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...