3.9.13

Behind The Scene : Kuih Kacang Mazola by Jumiess

Hello semua,

Sorry lama sungguh tidak bersiaran.  Macam-macam jadi.  Malas la nak story.  Apa pun, thank you kepada semua kerana tidak menggesa saya untuk menulis dan sebagainya.  Kalau dah tak boleh nak buat apa tu,  hang suruh tulis apa pun tak boleh menjadi u olls.

Hari ini,  saya nak stroy yang ringan-ringan dahulu.  Pasai cerita BTS untuk pembuatan Kuih Kacang Mazola by Jumiess yang dijalankan secara kecil-kecilan pada hari raya yang lalu.  Actually kita dah start buat business ni sejak tahun lepas.  Not only for hari raya,  kami memang buat secara berterusan.  Tapi untuk hari raya,  memang tempahan lebih banyak la.  3 kali ganda daripada bulan bulan biasa.

Nak cerita sikit macam mana kami buat kuih kacang tu....BUKAN RESEPI YA.  :)  Yang tu rahsia la.  Actually bukan saya yang gelintir kuih kacang tu hari hari.  Stok bahan-bahan kuih,  balang dan sebagainya diuruskan oleh En.  Khafi. And every day,  production kuih (bancuh,  bakar dan packing) dijalankan oleh beberapa rakan saya yang bersetuju untuk menjadi pembantu kami dengan sedikit bayaran gaji :)  Selalunya kami buat pada waktu malam from 6-10pm di rumah saya kat Ayer Itam Penang.  Tapi untuk hari raya kami buat dua shift iaitu siang (11am -2pm) and malam 6pm -10 pm.


Selepas siap semua tempahan hari raya Aidilfitri baru baru ni,  tibalah masanya untuk kami bergembira,  makan-makan dan bagi gaji depa.  So these are the happy pictures untuk tatapan ampa semua.  Muka muka inilah penggelintir KUIH KACANG MAZOLA by JUMIESS yang ramai duk puji kata sedap sangat tu.

Tempahan masih dan sentiasa di buka.  Kalau nak tempah untuk HARI RAYA HAJI pun dah boleh!!

Tempahan untuk lokasi Penang sahaja.

Please wassap / SMS to me your details  : Nama,  no tel,  jumlah order,  lokasi pick up,  tarikh pick up ke no telefon saya di +012 413 0060

Harga Kuih Kacang Mazola by Jumiess
RM20 untuk 60 biji (Penang)



 

Wawa and Lenny.  Wawa adalah seorang penggelintir yang hebat.  Dia buat laju.  Yang sebelah tu nama dia Lenny.  Dia tak reti buat bulat sangat.  Senget senget.  Kepakaran dia..........menghiburkan hati kami bila buat kuih kacang :)

Makanan :)



Depa dua ni adalah staf shift siang.  Arafat and Dinie.  Tapi Arafat kadang-kadang dia mai juga malam.  Dinie buat kerja baguih.  Untuk pengetahuan ampa,  Dinie la pembuat shortbread yang I tolong jual tu.  Memang sedap puas hati.  Arafat tu pulak,  kalau buat kerja ada JUMIE SAMSUDIN kat sebelah...bukan dia nak buat kerja lagi laju,  tapi dia lagi main main.

Deni dapat gaji paling banyak sebab dia rajin mai kerja siang and malam :)



Yang tengah tu nama dia Wan a.k.a Ridhuan Shariff.  Dia seorang pekerja yang bagus dan multitasking.  Kelebihan Wan adalah dia bukan sahaja pandai gelintir kuih kacang,  malah dia juga pernah membintangi sebuah video clip lagu Indonesia.  HAHAHA ampa tak percaya nanti ampa boleh tengok kat bawah.  Steady Wan.  Haaa satu lagi baguihnya Wan ni,  dia bukan saja mai buat kuih kacang,  dia juga duk tolong buat sales kuih kacang iaitu dengan memaksa Bangla dan Nepal yang kerja kat kilang dia bekerja.  "Wehs...esok hang bawak RM20 beli kuih aku!!" Hahahaha pastu esok mamat Bangla and Nepal tu pun bawak la duit beli kuih kacang kami.  

Akhir kata,  thank you so much kepada Wawa,  Lenny,  Wan,  Dinie and Arafat kerana sudi membantu kami membuat business Kuih Kacang pada tahun ini.  Hope tahun depan ampa setia dan tolong kami lagi.  Bukan senang nak latih pekerja jadi mahir.  Akhir kata,  jangan pi jual resepi kuih kacang aku,  aku tak berkat hidup ampa.

Terimalah video clip lakonan Wan Kuih Kacang Mazola.




 Love,
Jumie Samsudin

3 comments:

  1. Dapat pembantu hebat senang hati Jumie kan? Ini kalau buat kerja dpt pembantu cam pahat sekali tukul baru jalan mampoihhhh...woiii...ekekekeee...

    ReplyDelete
  2. Entri carutan di kejauhan sana... Good staff, deserve better treatment from bos...

    ReplyDelete
  3. baru ada masa membaca entry nie....
    sangat menarik kerana mempunyai cerita saya. gak hehehe...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...