27.9.13

Isteri Mat Yo Meroyan Dengan Pak Guard

Holla,

Sorry sorry sorry to all!  Yes...kita lama tak bersiaran.  Karena selama ini apabila saya berblogging,  saya berblogging di rumah menggunakan laptop PP Sains Kemasyarakan (my old office) yang selalu saya pinjam bawa balik rumah dengan penuh rasa tanggungjawab :)

Tapi bila dah pindah office,  kenala pulangkan semua harta benda yang school pinjam kepada kita termasuk Ipad 2 yang amat berguna dan menghiburkan itu.

But dont worry,  kita telah memberi laptop baru,  second hand,  but very good condition! So im back to blogging again!  Ampa semua tunguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....


So malam ni,  nak cerita pasai kes isteri Mat Yo seorang pemain bola yang hebak daripada Kelantan tapi lani dah pi Johor.  Di mana isteri beliau meroyan dan marah-marah dengan pak guard yang menghalang beliau untuk memparking di kawasan terlarang di airport Subang.

So the story goes like this  :


  1. Bini dia park kat tempat yang dilarang parking di air port tu,  so pakcik guard marah.
  2. So bini dia ni,  sudah rakam pakcik tu marah marah dia,  tapi yang paling obvious bukan pakcik tu marah dia,  tapi AUDIO yang lebih jelas adalah bini Mat Yo duk marah and caci maki pakcik tu.
  3. Mengikut kata seorang saksi dalam komen Facebook,  depa kata isteri Mat Yo tak patut maki maki macam tu and adaka patut dia pi tendang pakcik tu.
  4. Syarikat keselamatan yang juga majikan pakcik tu telah membuat polis report.
  5. Lani semua orang macam bara kat isteri Mat Yo.



 Video isteri Mat Yo marah-marah pakcik.  



Kenyataan saksi dalam Facebook.


Video wartawan NewsHUB menginterview pakcik ni.






Apa kata akak dan kawan-kawan kesayangan akak iaitu sidang penasihat blog Jumie Samsudin,

"Stended laaa pakcik guard suka marah marah orang.  Hang pi mana mana pun pakcik guard memang suka marah marah kan?  Yang serr nya adalah pasaipa kita nak emo sangat dan maki pakcik tu over over.  He was just doing his job.  Kalau nak maki maki sampai amik video tu semua,  apa yang dia nak buktikan?" kata Kak Asmaa.

Totally agreed.

Akak tengok video satu wartawan pi interview pakcik guard tu.   Macam kesian pulak tengok muka pakcik tu.  Mana la kita nak tau apa kesengsaraan dia.  Kerja sebagai pak guard,  berdiri seharian,  making sure kawasan depan airport sentiasa clear dan bergerak lancar.  

Yes,  memang kita kena tunggu suami kita / family kita / kawan kita yang ada urusan di dalam airport.  Kita rasa macam kerja tu sat saja.  Tak perlu nak pi parking bagai,  nanti nak jalan jauh.  But there are reasons why you cannot park secara sesuka hati di depan jalan utama airport (lobi entrance).  
  1. Takmau kesesakan berlaku.
  2. Kalau ada emergency macam ambulance perlu berhenti untuk ambik pesakit or orang nak terberanak dan sebagainya.....kan susah?
  3. Macam mana kalau tiba tiba ada kejadian serangan perompak bersenjata api?  Kes macam tu pernah berlaku kan?? Kat KLIA?  Kan susah kalau ada banyak kenderaan awam yang bersantai kat kawasan tu?
  4. Macam mana kalau VVIP macam Perdana Menteri / Yang Di Pertuan Agong nak mai untuk pi berlepas....
There are so many other significant reasons why kita tak boleh parking lama-lama depan air port entrance tu.  Hanya kerana kita drive kereta besak berkuasa tinggi dan suami kita somebody famous kat Malaysia ni,  kita boleh parking kat mana mana pun.  At the end of the day,  kita perlu sedaya upaya untuk menjadi manusia bersivik!  

Isteri Mat Yo,   Shahrul Aisya

ps/  peace to Isteri Mat Yo,   Shahrul Aisya please chill kakak.  You are beautiful woman.  Jangan mara mara lagi na....

Love,
Jumie Samsudin

5 comments:

  1. katanya dia dah buat permohonan maaf secara terbuka pada rakyat Msia pasal dia maki2 pakcik tu..
    tapi dia dah mintak maaf ka kat pakcik tu secara jujur??
    and dia kata bukan dia yg sebarkan video tu plak..tp dh mmg 100% watak dlm video tu mmg dia takleh nk elak lg dh..yg tak paham..awat smpi nk kena tendang pakcik tu..tau la laki hg tu main bola guna kaki dok tendang bola..
    hg takyah laa dok tendang org di luar padang plak...dunia dunia......

    ReplyDelete
  2. Agreed with kak Asmaa. Plus, kalau pakcik tu tak marah2 kita / halau kita jangan parking situ, sat gi dia pulak kena dengan bos dia / management tempat dia kerja. kan?

    ReplyDelete
  3. buat apa mintak maaf kt rakyat malaysia.. minta maaf kt pakcik tu ptt nya.. apa pnya serrr laaaa

    ReplyDelete
  4. jumie, nama bini mat yo bukan shahrul aisya..tp nama dia siti aisya adam..

    ReplyDelete
  5. Betul tu i sokong.bini mat yo pg jelah mtk maaf kt pkck tu.turunkan la ego yg tggi melangit tu.kita hdp dlm dunia ni xperlu la blagak sombg sb kan harta or pgkat sume tu xblh bwk ke kubor dik ooii.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...