10.9.13

Jalan Jalan Kuala Lipis | Fieja and Jojos Wedding

Holla,

Hari tu during weekend Merdeka.  Akak,  suami dan dua orang kawan iaitu Amedo Miziko and Lan Cantek telah bertolak ke Kuala Lipis untuk menghadiri majlis perkahwinan my bestfriend iaitu Piejah and Jojo.

US.  Depan Tanjung Inn,  Kuala Lipis.  Pemandangan yang cantek. 

Dari Penang,  kami drove up to KL untuk ambil my husband Khafi yang duk ada kat rumah bapanya di Taman Wahyu, Jalan Ipoh. Kami sampai around 1 am, and later on, barulah kami akan bertolak ke Kuala Lipis untuk wedding my best friend.

Disebabkan waktu malam and i tak berapa familiar dengan jalan kat sana, i tersilap pusing and masuk ke Segambut. Di sana, kami ditahan oleh pihak polis dalam satu roadblock.

Bila tengok nombor plate Penang and kami tiga orang muka macam baru bangun tidur, pihak Polis terus suruh kami ke tepi. Depa minta semua IC kami dan depa tunjuk kat pegawai besar depa untuk checking.

We remained dalam kereta. Depa suruh buka tingkap, buka lampu dalam kereta and dua pegawai polis suruh lampu ke muka kami. Seorang pegawai polis terus buka dashboard kereta I. And sorang lagi bertanya tentang hala tuju kami.

Tak sempat kami jawab lebih lanjut, pegawai polis yang ambil IC kami tadi kembali and serahkan semula IC kepada kami sambil berkata "Clearr...clear...."

OMG saya sangat takut pada ketika itu. I understand that they are doing their work. And glad that kami tidak dibawa tahan sampai ke balai polis dan sebagainya.

Lepas dapat clearance tu,  barulah kami bergerak dan selamat sampai ke rumah bapak mertua ku di KL.  Lepas rehat sekejap,  kami berempat pun bertolak ke Kuala Lipis.  First time drove dari KL ke Kuala Lipis sendiri.  Dulu akak pergi naik bas dari Pekeliling.  This time drove sendiri.  Tapi Khafi la yang drive.  

Suasana memang dingin and gelap.  At certain point bila melalui kawasan hutan,  kami terpaksa perlahankan pemanduan sebab kabus yang tebal.  Tiba-tiba kat satu kawasan, bunyi tup! Macam terlanggar sesuatu. Saya tanya Khafi, apa tu? Khafi kata...takdak apa, muka dia siries. Maybe dia pun rasa macam seriau. Sekali bila kami selamat sampai Kuala Lipis...nenjia anak betmen melekat kat bonet depan kereta. Arwah dah......

Anak kelawar yang sudah arwah.

At 5.12am,  kami selamat sampai di Kuala Lipis Plaza Inn,  hotel ni terletak betul betul tengah bandar Kuala Lipis.  Dekat dengan dewan pengantin Fieza nak kawen esok.  Hotel ni bersih and service dia bagus.  Harga pun sangat murah iaitu RM100 satu malam.  Bila selamat sampai hotel, akak dan En.  Khafi tak terus tidur,  kami tolong buat bunga tangan dulu untuk Fieza.  Bunga segar dibawa khas dari Penang.

Bunga yang siap digubah oleh akak.
MIc test!!

At 9am,  akak dan Abang Lan Cantik memulakan tugas untuk mendandan Miss Fieza.  Make up simple and nipis sahaja.  Kuala Lipis memang sangat panas berkuap u olls.  Tapi hari itu,  rezeki Fieza agaknya,  Cuaca tak berapa nak panas. 

For more info,  please click here  :  http://makeup-by-jumie.blogspot.com/

Majlis persandingan Fieza dan Jojo diadakan dengan meriahnya di sebuah dewan di Kuala Lipis.  Yang bestnya,  dewan itu adalah BER-EKON!!  Yes....memang best.  Akak makan kenduri dengan Mizi.  Abang Lan and Khafi tidur kat bilik hotel.  Dua dua penat sebab semalaman tak tidur.  Bila akak bersalam-salaman dengan kakak pengantin,  semua duk tanya "Ni En.  Khafi ka?"  hahahahah.  

Akak pesan kat Mizi yang pertama kali mai Kuala Lipis.  "Hang please pay attention kat cara orang Kuala Lipis ni sembang.  Depa sembang lain.  Perak + Kelantan,"  kata akak kepada Mizi.  

So masa makan kat meja tu,  kami pun beramah mesra dengan tetamu lain.  Pastu Mizi pun pay attention la bila makcik makcik tu duk bersembang.  "Betul la Jumie...depa sembang cara lain..."  kata Mizi.

Sajian di majlis kenduri Fieza memang best,  nasik putih,  sayur kacang panjang etc masak lemak,  perut lembu masak sambal and lemak,  ayam goreng masak merah,  daging masak lauk kawah,  sayur mayur and ulam ulaman and sambal belacan.  SEKIAN TERIMA KASIH.  Akak makan tak banyak takut lemau and malas berjalan di kemudian hari.  Sungguh rugi rasanya mengambil keputusan makan sikik.  Tapi nak buat macam mana.
Fieza and Jojo atas pelamin.

Masa majlis persandingan itu,  upacara majlis diserikan oleh MC a.k.a DJ bernama Abang Salleh.  Abang Salleh ni macam happening jugak la.  Ala-ala Aznil Hj Nawawi versi Kuala Lipis la.  Dia ni memang banyak menyerikan majlis la.  Dia la menyanyi,  dia la pengacara.  Pastu semua orang dia duk perli dan kacau.  Dari family pengantin lelaki,  ke family pengantin perempuan and orang angkat pinggan...semua dia nak perli.
Yang kanan tu macam over sikit.

Masa last-last sekali,  dia duk buat lawak wehs.  Dia panggil kedua-dua pengantin and duk buat sesi soal jawab ala-ala Tom Tom Bak Aznil gitu.  Habislah Jojo and Fieza kena soal jawab dengan Abang Salleh ni.  Pastu dia panggil photographer (Fakhrul Akmal from Titian Songo Studio).  Pastu tak tau la macam mana ka,  dia panggil aku naik ke depan pentas.  Dia duk tanya la macam-macam pasai aku.  Bila dia tau saja kita dari Penang...dan dan ...Abang Salleh pun cakap UTAGHA...

"Saya ni....mai dari Parit Buntak...."  kata Abang Salleh.   Haaa laa tiba tibalaa...Pastu tau tak apa I kata?

"Orang Parit Buntak memang jalan terketak-ketak..." satu dewan gelak kat dia.  HAHAHAHAHAHHAH.  Abang Salleh bara kat akak.  Pastu dia suruh akak nyanyi.  Dia tanya nak nyanyi lagu apa?  Akak pun cari cari cepat punya (banyak lagu karaoke dia zaman 60an)...tapi terselit lagi Siti Nurhaliza,  Percayalah.  Sekali akak nyanyi....hahahah ...nenjiaaaa tersengap ABANG SALLEH.  Haaa Abang Salleh....jangan disangka air yang tenang takdak buaya naa.

Habis sesi berkenduri kendara,  kami pun follow pengantin dan photographer untuk sesi outdoor photoshoot.  Mizi yang first time mai Kuala Lipis pun ikut.  Tapi disebabkan oleh hujan renyai kami hanya pi Bangunan Pahang Club and Sekolah Clifford.  So here are the pictures.

Semua gambar ni adalah diambil oleh camera akak.

Mr.  Fakhrul Akmal,  dia peminat K Town Klan.  

Akak sedang tolong Fieza cucuk balik bunga yang terkeluar. 




Deni pun nak amik gambak jugak.....

Masa amik gambar ni,  Mizi kata..."Hang mesti nak amik gambar pokok kan?  Tapi hang buat saja saja nak amik gambar aku buat amik ati..." hahahaha

Fieza bersama dua anak buah dia atas pelantar Pahang Club.

Akak posing school of rock depan Sekolah Menenangah Clifford,  Kuala Lipis.  

Akak tabik spring kepada pihak sekolah yang masih mengekalkan ciri ciri asli bangunan bersejarah ini.  Most of sekolah lama di Penang telah diubah suai mengikut ciri-ciri modern untuk mengurangkan kos selenggaraan maybe.  Contohnya kat St George Girl School,  banyak sangat renovate sana sini,  dah hilang ciri ciri heritage.  :(


Budak budak ni,  pantang tala camera...terus posing.  These are the girls yang bersekolah kat sini.  Depa sanagt used with pelancong rasanya.




Bergambar depan sekolah,  rasa macam amik gambar kat Australia.  Kan?????









Mizi suruh aku posiong macam ni.  Sorrylah rambut masih penyapu.  Yes...kiter potong rambut.  Masa ni masih lagi kayu.  Tunggu nanti panjang sikit baru nampak macam Charlize Theron.



Sungai Lipis yang terletak di sebelah sekolah Clifford.  Inilah pemandangan setiap hari para pelajar masa rehat okay!! Korang jeles tak???



Abang kektes.

Kalau ampa nak tengok gambar yang diambil oleh our talented Fakhrul Akmal from Titian Songo, please click here and check out his other work. He is a very pleasant and cool person to work with. Selalu dapat invitation sejauh Singapura ya. Jojo + Fieza from Titian Songo FB
Kami punya last shooting session adalah di hadapan Tanjung Inn,  sebuah villa yang terletak atas bukit di Kuala Lipis ni.  Kat Kuala Lipis ni,  memang ada banyak hotel hotel and villa atas bukit.  Ala-ala Cameron Highland u olls.  So masa shooting kat atas bukit ni,  ampa boleh tengok dalam photo album kat atas,  kami didekati oleh seorang wanita.  Dia tanya,  "U olls semua nak makan kat mana lepas ni?"  Kami pun semua cakap no idea lagi.

Pastu dia pun introduced diri dia and suruh kami makan kat restaurant dia yang terletak dalam villa ni.  Kami pun tengok menu semua meletops,  so kami cakap takpa,  kami balik dulu,  lepas maghrib kami mai balik.



Memang seperti dijanjikan,  malam tu,  kami pun mai balik untuk makan malam.  Orang lain semua order nasi goreng and tomyam,  tapi akak dan Abang Lan order ikan patin masak lemak tempoyak,  sambal tempoyak and petai jeruk.  ARGHSSSSSS sedap gilaaa wehssssssssss sumpah wallahhi.  So sapa-sapa nak mai Kuala Lipis,  please contact Chef Ina and make your reservation kerana bila menjelang malam hari,  makin ramai orang yang mai makan kat restoren ni.



Later on,  lepas dinner,  kami pun lepak lepak sat kat hotel,  and malam tu,  barulah akak,  En Khafi and Mizi berhajat nak ronda ronda.  Memang takdak apa pun malam-malam kat sini.  Hajat nak cari la kedai bundle ke,  ataupun kedai makan yang ada karaoke kampung tu,  tapi kami tak jumpa pun,  maybe kami tak berapa tau sangat kot...  so kami ronda ronda and duduk di tepi Sungai Kuala Lipis yang sepi.









Dah malam baru nampak gambar dengan suami aku kan?  Haa...deni memang species nocturnal.  

Us dengan kereta VIVA biru Penang Hot Mama di belakang.  

Itulah sahaja cerita kami di Kuala Lipis.  Lepas ni,  kami menanti Fakhrul Akmal and Fieza and Jojo pulak mai Penang.  Kita GIMME THE UGH kat Gurney pulak okay!

Love,
Jumie Samsudin





No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...