19.9.13

Kawan Saya Bercinta dengan Lelaki Kayu Tiga

Kak Jumie,
Nak tanye pendapat siket.
Ade sorang kawan saye ni. Dia clash dengan bf dia dalam 2 tahun lepas. Sejak tu dia dah jatuh cinta banyak kali tapi semua jantan yang dia duk feeling tu hipokrit. Depan kawan saye semua jantan tu buat baik kat depan tapi kat belakang duk mengate. Kawan saye ni jenis ketegaq. Kitorang cakap jangan duk pecaye jantan dia tak nak dengar.  
Dipendekkan cerita yang terlebih panjang, kami membawa haluan masing-masing tahun ni.

Baru-baru ni dia duk mai cerite kat saye,  dia ade crush baru and depa saling mencintai tapi tak kapel, hanya kawan. Saye pun tanye la awat kawan je. Dia pun cerite crush dia yang mengaku cintakan dia tu sedang ade awek lain. Dia sayang awek dia dan pada masa yang same sayang kawan saye ni jugak.
Crush dia ni bagi alasan awek dia keluar dengan jantan lain dan depa duk kontek jarang-jarang sebab tu dia boleh kontek and sayang kawan saye ni.
Masalahnye dia tak nak lepaih awek dia tuh tapi dia nak kawan saye tunggu dia. Maknenye kalau dia clash, kawan saye ade sebagai spare part.
Kak Jumie ade ayat penawar dak nak pi semboq kawan saye ni?
Betui ka apa dia buat ni? 
Yang benar,
Raisha
Pose Dato Siti dengan apel hijau.


Helllo Raisha,

Thank you for emailing this story to me.  Actually topik topik macam ni dah banyak akak kupas dalam artikel artikel yang dulu.  Ampa search saja kat label DEAR KAK JANZ dan lain-lain.

Sorry to say,  bagi akak,  kawan hang ni actually dia agak desperate jugak la.  Sampai sanggup berkawan dengan lelaki yang sudah ada GF lain.  Bukan isteri pun,  tapi GF sahaja.  Kalau isteri lain,  mungkin ada reason tertentu kenapa lelaki itu bersedia untuk kawen isteri kedua,  tapi ini baru feeling couple couple,  sanggup pulak sediakan GF kedua sebagai spare part.  

Persoalan akak,  elok sangat kah jantan tu?  Kalau setakat muka ala-ala Banjar feeling Chinese look tak payahlah.  And apa pekerjaan laki tu?  Mejistret?  Loyer?  Doktor?  Pemandu F1?  Kalau setakat kerja kerajaan N17, tak payahla deknon nak korban korban cinta sambil feeling gantung apple hijau nyanyi lagu Wajah-wajah Kekasih ala Dato' Siti.

Benda ni simple ja,  dua dua orang ni,  si jantan and kawan hang ni getis.  Depa tak tau pun apa yang depa nak dalam hidup depa and depa sendiri duk hegeh nak bercinta and berkapel macam orang lain.  Padahal dua dua masih tak matang dan sanggup membuat keputusan dan percaturan hidup yang mengharukan orang lain.

Orang-orang macam nila yang sampai bila pun hang tengok life depa tak sunyi dengan keharuan dan kecelaruan.  Orang lain lepas kawen,  relaks santai dan mengharungi bibit cinta dan susah payah berkahwin dengan penuh positiviti,  depa depa nila insan-insan yang nanti feeling nak bercerai berai,  feeling nak cari orang ke 2 ,  7 dan sebagainya.

Hang nak ayat penawar?  Haa mai sini aku nak bagi kat hang.  Ayat dia adalah "Sekian...assalamualaikum,"

Haaaa....hang faham?  Maksudnya,  sila bagi salam and belah daripada kisah tragedi cinta kawan hang itu.  Yes,  hang boleh jadi kawan dia,  keluar makan,  lepak shopping,  tapi bab-bab personal dia,  buat tak tau la.  Tak payah hang pening kepala nak tolong bagi setel ni semua.  Kalau hang tak mau dengar pun lagi bagus,  tunjuk tapak tangan kat dia and kata "Talk to the hand"

Takdak maknanya hang nak nasihat berbuih.  Better hang jaga diri hang sendiri.  

Selalunya girls,  suka sangat duk buat concern dan pening kepala lebih lebih pasai masalah kawan depa.  Sampai depa sendiri pening kepala dan meletakkan emosi emosi yang tak perlu pada perkara ini.  Nanti last-last,  silap haribulan,  hang pulak kena tuduh sebagai penyebar cerita dan fitnah.  TAK PASAI.

Sekian, Tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi, berdiri atas bakat sendiri!

Love,
Jumie Samsudin

7 comments:

  1. amboi kak..seronok sgt dengar pendapat akak jumie..me heart u la kak jumie..:)

    ReplyDelete
  2. i rasa benda tu bukan jadi kat kawan dia. jadi kat dia sendiri hehehehe

    ReplyDelete
  3. Simple je komen kita. Benda ni bukan masalah besar pun. Cuma kita yang nak harukan hidup kita buat apa. Touch touch and catwalk...sudeeee

    ReplyDelete
  4. saya ade sorg kawan serupa masalah mcm ni..awal2 lagi as friend kami suh die blah je...bt ape tempah bala..yg laki tu pn klo btul x suke pilihan kluarga awat x mtk putus tunang dgn famili tp still dok dgn tunang tu...dlm masa yg sama suh kwn sy ni tunggu die..then kami xamik tau dah..tup2 kwn ni bgtau laki tu dh kawen pn dgn tunang yg kononnye x suke last month...dh kawen tp bg harapan kt kawan saya...tp kwn sya pndai die xnak amik risiko yg lebih besaq then lari dari laki tu...laki tu??..ttp mengejar konon x blh terima bini..blh percaya ke ikan depan mata kot xkan x berselera...hahahahah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Babe....sampaikan salam takziah akak kepada kawan akak. Sekian.

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...