6.9.13

Kotak Pelacuran di Zurich, Switzerland

Hello u olls,

Rasa macam BLOG SERIUS pulak sebab nak paparkan gambar dan cerita macam ni.  Tapi takpalah,  nak share juga dengan ampa.  Kat negara Switzerland,  depa buat 'sex boxes' ataupun kotak pelacuran yang dibina khas untuk memberi ruang kepada para pekerja seksual (in social work term,  we call it sex worker) untuk bekerja dalam suasana yang sihat dan selamat.  Ini adalah salah satu langkah kerajaan negara ini bagi mengelakkan pekerja sosial bersepah di jalan jalan bandaraya Zurich.

As we know,  negara - negara Eropah memang mengutamakan hak asasi manusia.  Maybe u olls pernah tengok Halden Prison,  Norway yang sangat cantek gila rasa macam duduk dalam pangsapuri yang lengkap dengan para perabot ala-ala IKEA yang jauh lebih cantek daripada rumah kita kita yang bukan penjara ni.  See here  :  World's poshest prison? Cells with en-suite bathrooms and no window bars (plus £1m Banksy-style art)

Sebab depa percaya bahawa,  kalau para banduan diberikan layanan yang baik dengan penuh kemanusiaan,  banduan itu akan keluar menjadi insan yang lebih berguna dan rasa dirinya dihargai.  Suatu percubaan psikologi yang bagus.

Mungkin ini juga yang cuba dilakukan oleh kerajaan Zurich.  Selain para pekerja seksual mempunyai lokasi yang bersih dan baik,  depa juga kena beli 'permit' perniagaan yang berjumlah hanya UK Pound 3.5.  So lebih kurang RM15.  'Pengiktirafan' kepada perniagaan/pekerjaan tertua di dunia ini adalah sebagai satu langkah untuk mengawal jumlah pekerja seksual agar dapat menjalankan kerja mereka dengan kondisi yang lebih selamat and at the same time kerajaan depa juga educate tentang seks yang selamat.

Michael Herzig, director of social services for sex workers in the city, said: 'Prostitution is a business basically. 
'We cannot prohibit it, so we want to control it in favour of the sex workers and the population because if we do not control it, organised crime is taking over, and the pimps are taking over.'


Apa pendapat ampa pasai ni?

Kotak kotak kayu ini terbahagi kepada ruang dinding.  Seorang pekerja sosial akan berdiri di setiap kotak,  kereta yang melalui jalan ini boleh memandu perlahan-lahan untuk tengok pekerja pilihannya.








Sign board yang atas tu meletops.  

Kan.....

read more about it here  :  http://www.theguardian.com/society/2013/aug/26/zurich-drive-in-garages-prostitutes

1 comment:

  1. Jumie, sorry nak perbetulkan sikit ja kat gambaq tu patutnya pekerja seks bukan pekerja sosial...mampui da kami nanti depa ingat kami kerja apa....hahaha....."...Seorang pekerja sosial akan berdiri di setiap kotak, kereta yang melalui jalan ini boleh memandu perlahan-lahan untuk tengok pekerja pilihannya...." I like ur blog!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...