8.9.13

Movie Review : Anonymous

Hello semua,

Adakah ampa suka menonton filem filem orang putih macam akak?  Yes.  Akak sangat feeling suka tengok filem mat salleh.  Bukan sebab filem Melayu tak bagus u olls.   Nooo no....Tapi sebab filem mat salleh ni pelbagai.  Ada sci fi,  ada adaptasi, ada lawak,  ada love,  ada macam-macam.  Cerita Melayu ni semua pasai love,  gangster dan hantu.

So hari ini akak nak cerita pasai sebuah filem Inggeris yang telah mengubah cara akak untuk berfikir tentang William Shakespeare.  Teori identiti sebenar penulis agung ini telah diceritakan dalam filem dengan cara yang amat mengganggu hati akak.

Memang sejak dulu akak memang suka tengok cerita mat salleh yang digambarkan ala-ala zaman Kings and Queens of England.  Memang suka tengok cara depa cakap,  cara depa punya props,  baju depa dan macam-macam lagi.  Pembikin filem barat memang amat particular kalau buat cerita cerita yang menunjukkan zaman tahun tahun lampau.

Lepas ampa baca review ini,  mungkin ampa boleh cari dan tengok dalam Astro Movie Channel.  Ampa search sendiri kat Astro Guide.

Cerita ini menceritakan teori bahawa The Virgin Queen,  Queen Elizabeth I telah melakukan sumbang mahram dengan anaknya sendiri.  Dan William Shakespeare bukanlah orang sebenar yang menulis karya karya agung tetapi ditulis oleh seorang lelaki bangsawan Edward de Vere, 17th Earl of Oxford.



The story goes like this.  Mula mula depa tunjuk Queen Elizabeth yang masih muda sedang menonton pementasan A Midsummer Night's Dream yang ditulis oleh seorang budak lelaki kecil yang juga seorang bangsawan bernama Edward de Vere, 17th Earl of Oxford.  Queen Elizabeth amat tersentuh dan suka dengan kebijakan budak lelaki kecil ini berkata-kata dan mereka berdua mempunyai minat yang sama dalam seni sastera.


Queen Elizabeth masa muda sedang menonton persembahan Midsummer Nights Dream ketika Edward De Vere masih sangat muda.

Lepas tu,  tunjuk scene budak Edward de Vere diminta untuk pindah duduk dengan orang kanan / penasihat Queen Elizabeth iaitu William Cecil, 1st Earl of Salisbury.  Dia pun diajar macam-macam ilmu bahasa,  perang,  geografi dan macam-macam lagi.

Edward de Vere dah besar sikik.  Dia duduk serumah dengan Sir William Cecil.

Edward yang makin besar dan dewasa menjadi rapat dengan Queen Elizabeth dan akhirnya depa dorang pun bercinta dan berjimak.  Perkara ini telah sampai ke telingat William Cecil,  dan dia pun mencari jalan untuk selesaikan perkara ini.  Tak tau kenapa,  tetapi dia tak suka perhubungan Edward de Vere dan juga Queen Elizabeth.  Dua dua kan bangsawan kan?

Perhubungan incest.......

Tapi Edward de Vere mengagak bahawa William Cecil tak mau de Vere kawen dengan Queen sebab dia nak bagi de Vere kawen dengan anak perempuan dia sendiri dan bolehlah depa tumpang senang/kekayaan.

Perhubungan antara Edward de Vere and Queen Elizabeth terlalu intim sampai Queen mengandung.


William Cecil dapat pisahkan juga pasangan terlarang ini apabila Edward de Vere terbunuh seorang pengintip di rumah William Cecil.  Sepatutnya Edward dah boleh kena hukum.  Tapi sebab William Cecil ada perancangan dia sendiri,  dia pun paksa Edward de Vere kawen dengan anak perempuannya sebagai mengelak dia daripada kena hukum.

Edward de Vere kena kawen dengan anak William Cecil.

Edward de Vere menurut permintaan ini.  Dan dia juga terpaksa menurut satu lagi syarat iaitu dia tidak boleh bertemu dengan Queen Elizabeth lagi kalau tidak 'anak' mereka akan dibunuh.


Sejak itu,  Edward de Vere terus hidup dengan isterinya menjadi suami 'sengsara' keluarga Cecil.  Dia tidak suka berniaga ataupun menjalankan hidup hidup seperti bangsawan yang lain.  Edward lebih suka menulis karya karya sasternya.  Perkara ini adalah taboo untuk seorang bangsawan pada ketika itu.
Edward de Vere yang sudah kertu tapi masih aktif menulis.
Secara senyap-senyap,  penulisan Edward de Vere telah dipentaskan secara Anonymous dengan bantuan seorang karyawan muda yang hidupnya agak susah iaitu Ben Johnson.  Cerita yang dipentaskan oleh lelaki ANONYMOUS ini mendapat perhatian rakyat ketika itu kerana kisahnya banyak berkisar tentang politik,  skandal dan juga suntikan semangat dalam kalangan rakyat yang kebanyakannya tertindas.

Ben Johnson,  kanan sekali sedang panas hati bila William Shakespeare duk buat hebat dengan kekayaan dan kemasyuran dia sekarang.
Sampailah suatu hari,  penonton memberontak dan nak tau sangat sangat siapa sebenarnya ANONYMOUS yang menulis kisah kisah hebat ini.  Masa tu la...seorang pelakon bernama William Shakespeare tampil dipentas dan mengakui dirinya adalah PENULIS bagi kisah kisah hebat ini.

Cerita ini jadi lebih complicated bila William Shakespeare sendiri dah tau tentang penulis sebenar dan dia sendiri telah berjumpa dengan Edward de Vere untuk meminta wang ugutan.  Sungguh celaka lelaki ini.


Ting tong tiang.  Dipendekkan cerita,  akhirnya Edward de Vere berdepan sendiri dengan Queen Elizabeth and depa dorang jadi sangat ackward kerana pada ketika itu,  Robert Cecil (anak kepada William Cecil yang menjadi penasihat Queen Elizabeth sekarang) telah mendedahkan rahsia besar dan perancangan bapanya.
Sebenarnya William Cecil memang nak jauhkan Edward de Vere dengan Queen Elizabeth sebab Edward de Vere itu adalah anak luar nikah Queen Elizabeth.  The reason dia memelihara Edward dalam rumahnya sendiri dan mengajar beliau pelbagai ilmu pengetahuan kerana beliau merancang untuk mengangkat Edward de Vere untuk menjadi King of England suatu hari nanti apabila Queen Elizabeth meninggal dunia.  Kerana depa tak mau institusi diraja itu jatuh ke tangan The House of Stuart.  Depa nak institusi diraja itu diteruskan oleh keturunan House of Tudor.


Begitulah kisahnya u olls semua.  Kisah ini memang mengganggu otak dan fikiran aku.  And i will not ever look at William Shakespeare in the same way again.  GITUUUU...macamlah aku duk jumpa dia hari hari kan?

So sapa sapa yang tak pernah tengok Anonymous...u should try tengok cerita ni.

2 comments:

  1. uols, baca review ni pun otak aku dh bersimpang siur. hahahaha. nk carik la nnt!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...