13.9.13

Potong Rambut

Hello semua,

Saja la nak share cerita ni.  Sebab takdak apa nak cerita lately.  Ada bahan,  tapi takdak point best nak bercerita.  Tapi thanks ampa semua sudi mengkepo kat blog saya from time to time.

Anyway,  baru baru ini saya telah mempotong rambut.  Untuk pengetahuan ampa semua,  sejak berkahwin,  saya tidak pernah memotong rambut.  Oleh itu,  apabila sudah 2 tahun berkahwin,  rambut saya yang semulajadi kepok kepok bahasa ini telah memanjang dan menggerbang seperti singa jantan.

Fesyen Rambut Kembang

Wanita singa bersama anak menakan,  Farihin.


Berulang kali saya bertanya kepada En.  Khafi,  "Boleh tak saya potong rambut?"

Dia akan membalas "Hang jangan duk potong rambut.  Muka hang tak elok rambut pendek.  Hang dah la gemok,"

OKAY FAINNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!

Memanglah saya gemok dan bermuka bulat.  Tapi saya adalah lambang kecantikan.  KAN???

Saya dah banyak kali pujuk minta kebenaran nak potong rambut.  Alasan saya,  nak maintain rambut panjang adalah susah.  Duk kena basuh and kena blow elok-elok.  Setiap kali nak basuh rambut,  i need at least 1 hour untuk blow rambut agar nampak kemas and jinak. (GITU RAMBUT PUN PERLU DIJINAKKAN).  Selain itu,  cuaca panas dan dahaga ini juga akan menyebabkan rambut saya cepat kejung dan tidak cantek akibat daripada peluh kepala.  Walaupun rambut saya tidak berbau busuk,  tapi muka saya yang awalnya seperti Eva Longoria selepas memblow rambut terus bertugar menjadi Macy Gray selepas beberapa ketika.  Sila lihat iklan Sunsilk sebagai contoh.
Rambut Kembang yang Cantek

Manehhhhh

3R


Rambut Kembang Berserunguih
Di rumah bersama anak anak menakan lepas balik kerja.
Fesyen menyinga bersama Razzi Musa.



Fesyen Sumo
(perhatikan dahi saya bentuk petak)







Oleh itu,  saya selalu end up ikat rambut (pony tail) yang akan menampakkan saya seperti seorang sumo.  Kerana saya mempunyai permukaan dahi yang luas dan petak.  Saya tidak suka fesyen ini.

Baru-baru ini,  saya bertegas juga ingin memotong rambut.  Ketika itu,  suami saya ada di KL.  And dia pun duk wassap dengan saya.

"Abiang,  bagila aku potong rambut,"  kata akak

"Hang nak potong macam mana?"  tanya suami akak

"Alaaa.........abiang bagi kelulusan saja.  Nanti ya tau la nak buat macam mana!!!!"

Selepas beberapa ketika,  dia pun memberikan GREEN LIGHT kepada saya.

Lantas,  hari itu juga,  selepas waktu kerja,  akak terus bergegas pulang dan mencari lokasi memotong rambut yang available.  Akak pun jumpa satu kedai rambut di Jelutong yang menggunakan product Sheseido (jarang kedai guna product ni).  And dia pun bagi harga yang bagus kat saya iaitu,  potong,  soft rebonding and treatment RM200.  Saya setuju.

Maka kita pun potonglah rambut.  Hasilnya,  pada permulaan memang muka akak tidak ubah seperti terung unggu gemok yang diletakkan sedikit sabut kelapa.  Tapi lama kelamaan,  after like 2 weeks,  baru akak macam yakin dengan fesyen rambut ini.  Memang pun,  kalau kita potong rambut,  after two weeks,  baru rambut kita tu akan nampak elok sikit.

I know,  beberapa rakan pun komen kata "Badan hang nampak lagi besak sebab rambut hang kecut tak kepok kepok,"  akak terima komen sadis itu.

Tapi yang penting,  akak nampak kemas dan jinak.  Itu lebih penting.


Rambut Baru

Rambut baru usia 1 hari. Kawan-kawan office paksa suruh amik gambar dalam toilet.  Sebab i olls kat kursus.


Wanita Pinoy.

Sekian,  salam sayang untuk ampa semua.

ps/  Tapi sampai lani Khafi tak komen apa-apa pun pasai rambut akak.  HAHAH tak suka la tu!

Love,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan

9 comments:

  1. akak, straighten kan eh? klw kembang lg cantikkkkkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa takpa noks...nanti lama lama dia akan kembang sikik lagi meletops.

      Delete
  2. Hahaha lawa aihhh Kak Jumie potong lagu tu , nampak kuruih cikit. Hihih

    ReplyDelete
  3. tak leh baca la blog you kalau tgh minum kopi... boleh tersedak dibuatnya... terung unggu gemok yang diletakkan sedikit sabut kelapa kahkhakhakah!!
    anyway, husband i pun tak bg rambut pendek, tapi dia tak cakap pula sebab apa, maybe sebab yg laki u cakap tu kot mybe husband i tak terluah nak cakap hahahaha..

    ReplyDelete
  4. Kami aritu lagi lama tak potong rambut. Since arwah ayah meninggal sampai laa last month baru p potong. Tu pun pasai rambut dok mai kejung2 kat ujung. Dekat 5 taon tak potong. Haha. Last2 potong mcm rambut ampa jugak. Cuma tahan 8 jam sebelum tido je la pasai kami tak buat rebonding. Nanti2 la nak try buat. Sebab tak yakin dengan diri sendiri nak jaga rambut rebonding ni :(

    ReplyDelete
  5. wei jumie! kakmona smp dua kali dok ulang baca ayat "tidak ubah seperti terung unggu gemok yang diletakkan sedikit sabut kelapa" sambil imagine! ceh hang ni jumie.. haha
    agak-agak la imagine hang hahaha comei!

    ReplyDelete
  6. http://thedailywhatever.files.wordpress.com/2012/05/vidal_sassoon_hair_thumb.jpg

    jumie..uols try la camni...pastu uols nampak lebih edgy & chic...i like...ala2 coco rocha gitewww

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...