18.9.13

Protege Jumie Samsudin : The Voice of Convex'13 USM

Hello u olls,

Sapa yang duk follow Facebook and Twitter akak mesti ampa tau yang baru baru ini akak telah diberikan peluang untuk menjadi juri untuk program pertandingan nyanyian ala-ala The Voice AXN tapi yang ini versi USM punya.  Kerlas adik-adik Convex USM very the berani buat event event international macam ni.

So,  selain akak,  Azhar Jalil (pengarah and pelakon teater yang menaikkan nama akak...gituuuu) and Achai adalah juri juri lain dalam pertandingan ini.


Kalau dalam The Voice AXN,  masa blind audition,  para juri akan duduk atas kerusi besar warna merah and bila depa tekan ja button secara otomatik,  kerusi itu akan berpusing sendiri.  Tapi untuk The Voice of Convex'13 USM,  juri duduk atas kerusi khas,  tapi kami kena pusing kerusi tu sendiri dengan kaki kami!  HAHAHAh kerlasss kan????



Ramai yang try nasib depa pada malam tu kat Dewan Kuliah L,  USM.  So,  bila penyanyi duk nyanyi,  kami juri juri ni pun kena la kalih kot belakang.  Kalau kami suka,  kami akan kalih!!  Tapi if more than 1 juri yang kalih,  peserta boleh pilih,  depa nak protege mana.  Nasib baik tiada masalah pertumbangan darah berlaku akibat terbertuh paha.  HAHAHA.

Ada yang mai nyanyi solo,  ada yang nyanyi dengan gitar.  Ada yang mai nyanyi siap buat muzik sendiri "teng teng teng...teng teng teng..."  hahaha aku tak boleh lupa pak imam tu.  Dia mai nyanyi lagu nasyid okay.  Memang supporting la brother tu.

Ada juga yang mai nyanyi lagu Sampai Menutup Mata....akak pun rasa macam nak tutup mataaa daaaaa....punya la lembut dia nyanyi.  Thank you sangat for coming,  apa pun......kami happy la sebab tiga-tiga juri diberi peluang untuk bagi komen pada para peserta yang mai mencuba bakat.

Okay,  so i choose 7 proteges.  Macam mana akak pilih depa?  Kalau nak compare dengan protege-protege daripada team lain,  protege team I adalah yang paling senyap and low profile.  Depa ni macam cool-cool sikik.  And suara depa,  akak akui,  bukanlah yang terlantang dan terkuat ala-ala Jaqueline Victor.  Tapi akak pilih depa ni semua,  sebab suara depa sangat unik and merupakan suara-suara yang budak budak zaman sekarang suka.  Its not about PIC/NOTE paling tinggi,  tapi keunikan tone.

Kami dah berlatih pada Isnin yang lalu.  And i hope depa berlatih bersungguh sungguh sendiri. Kerana pada Khamis ini (19 September 2013) jam 2pm,  depa bertujuh akan berentap di pentas utama Convex USM 2013 untuk merebut satu-satunya tempat bagi mewakili team Jumie!  And kami akan lawan dengan team Azhar and Achai kelak.

Jom berkenalan dengan para protege I yang elok-elok berlaka!




Amyra 
Amyra ni wanita agam macam I.  Haa...kerlas.  She is one of the first contestant yang I olls pilih.  And yes,  bila kita pilih dia sebab suara dia ada weight and tone yang meletops.  Cuma,  of course dia kena prektis breathing.  Nanti,  Amyra akan bertanding dengan Jass pada pusingan battle.  Harap Amyra prektis baik baik dan berkuatkan keyakinan beliau sebab Jass bukanlah protege yang biasa biasa ya.  Suara mantaps jantan tu!


Fami 
Fahmi adalah budak first year di Sollat.  Most of the contestant yang masuk ni adalah budak budak first year.  Suara budak ni sangat meleps.  Dia husky tapi berlenggok.  Tak boleh lupa,  i suruh dia nyanyi lagu kedua,  dia nyanyi lagu Justin Bieber.  Pastu akak kata "Kerlas adik nyanyi lagu Justin Timberlake"  HAHAHAH pastu satu dewan gelak kat aku.  Tula Jumie Gemok over confident....hahahaha.  Fami,  satu saja pesanan akak...sila break free!


Kita tak ada masalah dengan Jass.  Suara dia memang sedap.  Profesional singer! And dia boleh main guitar.  Sebutan English dia memang kerlas.  Tak boleh nak kata la...budak ENGLISH FOR PROFESIONAL kot....haruslah kerlas kan!  Dia akan teamed up dengan Amyra masa Battle nanti.  

Yuss adalah salah seorang anak ayam USM yang berdaftar secara sah di bawah Persatuan Ibu Ayam Agam Jumie Samsudin dan Co.  Gitu!!  I know he can sing and pernah masuk pertandingan tapi tak sangka dia mai masuk ujibakat malam tu.  Masa Yuss menyanyi,  ketiga-tiga juri memang nak kalih and pilih dia sebab suara dia memang sedap.  Tapi ketiga tiga juri masa tu dah ada 6 protege (did i mentioned that he was the last contestant malam tu?)  So while Yuss still singing,  producer mai cakap dengan kami tiga-tiga juri.  Dia kata "Terpulang kalau salah satu juri nak terima dia...cuma nanti kita kena set out untuk sessi batte kerana maybe ada pair yang kena battle secara bertiga"

So bila kaleh-kaleh ja...nenjiaaaaa!! Host tanya "Siapa u nak pilih sebagai protege since ketiga tiga juri pilih u?"

Of course la dia pilih mak ayam Jumie.  Kalau dia tak pilih secara otomatik dia akan dipanah petir.  He will be pairing with Anas,  dua dua depa suara mantap!


Kecik-kecik cili api ni.  Ampa letak Jumie Samsudin sebelah Syuhada Azam,  ampa akan rasa macam cendawan butang dengan labu Cinderella yang dah tukar jadi kereta kuda.  She is small woman.  Tapi suara dia sangat sangat unik.  I like the way dia melenggokkan suara dia.  Anyway,  i hope dia tidak tenggelam hanya kerana size dia kecik kerana dia akan digandingkan dengan ahli pasukan yang sama iaitu Fami dan Ilannee.  Depa bertiga akan nyanyi lagu Stay by Rihanna.


Haa...elok tak?  Mesti ramai yang tengah baca blog akak sekarang ni,  bila tengok gambar Anas terus rasa merembes-rembes kan.  Budak cute ini mempunyai suara yang sangat lantang.  And akak pilih dia sebab dia mempunyai feeling yang meletops dalam nyanyian dia.  Beliau akan bergandingan dengan Yuss untuk sessi battle dan depa akan nyanyi lagu "BUNGA BUNGA CINTA!"  Original key from Misha Omar.  Kau mampu?


Bila dia menyanyi................akak dan Azhar merebut untuk kalih.  Siriesly suara dia memang sedap.  Ala-ala country singer gitu.  Not the Malay-Malay style tarik kan.  Tapi syukur dia pilih akak sebagai mentor dia.  Sanagt terharu.  Hope sangat dia memberikan nyanyian yang bertenaga pada 19 September

ini.



Baiklah,  dah tengok semua nama depa and cerita pasai depa.  Lani ampa tengok video depa.  Kerlas tak budak budak Convex USM.  Buat video bagai for this pertandingan.  Anyway,  depa baru buat semalam kot.  Isnin shoot,  Selasa dah publish.  Kau mampu?





Baiklah,  dah tengok video depa?  Sedap tak suara suara depa.  Lain dari lain kan?  Yes...tak kisahlah team kami menang ke tak,  yang penting,  kita menang pengalaman dan ilmu.  Harap ampa semua mai tengok kami battle nanti 19 September 2013!!

Kalau nak tau more about aktivit-aktiviti team Convex USM'13 ampa tengok sini   :  https://www.facebook.com/ConvExUSM

Love,
Jumie Samsudin

1 comment:

  1. What an honor dapat brguru ngan Jumie, iols pun nak jugak!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...