4.9.13

The Conjuring : Takut Tapi Berjaya Menengoknya Tanpa Balik Rumah Dan Mengigau Malam

Sapa suka tengok cerita hantu?  Saya suka.  Walaupun saya penakut BESAKKKK tapi saya suka tengok.  Memandangkan pada 2 September yang lalu,  akak dan En.  Khafi meraikan malam annivesary kami ke 2,  maka En.  Khafi yang dah banyak kali menolak pelawaan tengok cerita The Conjuring, akhirnya akur dan teman juga isterinya untuk menonton cerita ini.


Filem yang dihasilkan oleh pengarah yang sama James Wan,  lelaki kelahiran Sarawak Malaysia (tapi berpindah ke Australia) juga adalah pengarah yang sama buat filem Insidous.  Ampa baca kat sini  :  Insidious - Filem Hantu Orang Putih Yang Celaka Paling Menakutkan untuk Jumie Samsudin

Kepada kawan kawan pembaca blog ni semua,  yang tak tengok lagi cerita ni,  ampa harus tengok.  Yes....memang cerita ni takut gila.  Lebih takut daripada Insidous,  so jom baca sinopsis dan juga beberapa fakta best pasai cerita ni.

Sinopsis  :

  1. Cerita ini bermula dengan nyanyian LAGU NEGARAKU....hahahah best!!  First time masuk wayang (1st Avenue Penang),  kami beli tiket Beaniplex RM44 u olls.  So sebelum cerita start kami semua bangun and nyianyi lagu Negaraku (Dr.  Ilangko kata "Negara Aku").
  2. Then dia mulakan dengan perkenalan kepada pasangan Ed and Lorraine Warren yang memperkenalkan diri depa sebagai demonologist.  Meletops betuila mat salleh ni.  Depa ni adalah penyiasat dan penyelidik pasai paranormal aktiviti ni.  Memang dulu,  akak pernah tanya kat Dr.  Mohd Affandy,  iaitu pensyarah dalam bidang Psikologi kat PP Sains Kemasyarakatan.  "Doktor...bomoh-bomoh ni semua...kat negara Asia sahaja ka yang banyak?"  tanya akak.  Tapi Dr.  Mohd Affandy yang melanjutkan pengajian master and Ph.D di USA berkata "Dak aih.  Amalan ilmu hitam dan sihir ni,  satu dunia ada!  Kalau kita kaji di Eropah dan Amerika Syarikat,  depa punya ilmu hitam dan sihir lagi dahsyat.  Depa memang kaji macam-macam and buat buku pasai benda ni semua,"
    Pelakon Vera Farmiga and Patrick Wilson yang memegang watak Ed and Lorraine Warren.


    Memang betul kata Dr.  Mohd Affandy.  Bila tengok cerita The Conjuring ni,  memang nampak sangat betapa James Wan telah mengupas keprofesionalan pasangan Warren ini yang menyiasat dan membantu menyelesaikan pelbagai kes paranormal yang dilaporkan kepada mereka.

    Depa bukan suka-suka hati macam kat Malaysia.  Bila ada budak budak kena rasuk histeria ka apa ka,  terus call ustaz mana-mana,  ustaz mai,  baca apa-apa sikik,  pastu settle.  Tapi kat sana lain ya.  Aktiviti menyah - hantu ataupun exorcism,  ada prosedur dia.  Iaitu pengumpulan bukti,  lapor pada paderi dan gereja yang boleh buat exorcism,  gereja akan report dan dapatkan kebenaran daripada pihak Vatican,  lepas dapat kelulusan baru boleh perform exorcism.  Gitu!
  3. Then depa cerita pasai patung Annabelle yang sangat menggerunkan.  Patung ni adalah antara benda benda mistik yang disiasat oleh pasangan Warren.  Patung Annabelle style boleh gerak sana sini.  Memang celaka betul la.  Tapi untuk pengetahuan ampa,  patung Annabelle yang digunakan dalam citer ini adalah rekaan ezajeresyen oleh pengarah James Wan,  kalau tengok yang betul betul punya patung Annabelle takdak la takut mana pun.

    Patung Annabelle dulunya disimpan oleh pasangan kawan baik Lou and Donna.  Depa ni macam mana ka 'contact' dengan roh yang duduk dalam rumah sewaan depa (depa kerja jururawat) and membenarkan roh bernama Annabelle itu untuk duduk dalam badan patung milik Donna.  So,  bila pasangan Lorraine and Ed siasat mengenai patung tu,  akhirnya,  depa amik patung tu dan simpan dalam rumah depa.

    Kat rumah Ed and Lorraine adalah bilik khas yang menempatkan pelbagai barangan berpuaka!

    Patung Annabelle ni memang scary.  Sapa yang pi beli patung lagu ni memang ada sesuatu yang betui kat otak ampa.

  4. Lepas tu,  baru masuk cerita pasai family Perron.  Pasangan Perron yang mempunyai 5 orang anak perempuan ini telah membeli sebuah rumah di kawasan perkampungan di Harrisville,  Rhode Island.  Depa semua happy sebab rumah ini sangat besar dan luas untuk anak-anak dia yang ramai.


  5. Tapi lama kelamaan bila depa duduk rumah ini,  macam-macam kejadian aneh berlaku.  Anjing depa mati.  Burung mati patah leher bila mendekati rumah.  Malam malam dengar macam macam bunyi pelik.  Anak perempuan depa sleep walking....(yang ni aku macam nak tergelak sikit sebab anak menakan En.  Khafi kat PD nama dia Puteri,  umur 4 tahun,  dia selalu sleep walking.  Mama dia cerita,  dia sleep walking pi depan peti ais,  pastu dia buat action macam nak makan banyak banyak dengan dua belah tangan dia...hahahaha)
    Kat part ni....aku jerit gilaaa! HAAAA! Dalam panggung wayang.  Pastu En.  Khafi kata "Hang bodo..."


  6. Okay back pada cerita keluarga Perron....kemuncak kepada segala kekacauan adalah apabila anak yang paling sulong sekali iaitu Andrea Perron nampak hantu terbang daripada atas almari and depa satu family jadi takut gila!!
    Dekat scene ni aku tutup mata siap siap!!  This is the only scene aku tutup mata.  Sebab takut nanti duk terbayang saja.


  7. Carolyn Perron,  the mother in this family,  dia pi cari and jumpa dengan pasangan Ed and Lorraine Warren.  Dia pujuk pasangan ini untuk mai tengok rumah dia yang dikatakan ada banyak sangat gangguan.


  8. Bila Ed and Lorraine Warren mai rumah ni,  Lorraine sendiri telah nampak dan rasa semua tenaga tenaga jahat yang menyelubungi rumah ini.  Depa pun  buat siasatan dan depa dapat tahu bahawa rumah ini dahulunya adalah milik sebuah keluarga kaya Sherman pada sekitar kurun ke 19.  Bethsheba Sherman,  iaitu macam maddame besak kat ladang tu adalah seorang wanita yang mengamalkan ilmu sihir.  Anak dia semua mati sebelum menjangkau 7 tahun.  Orang ramai kata dia bunuh anak dia sendiri (bila i Google pasai Bethsheba Sherman ni,  dia memang gila jahat sebab anak dia ada yang mati sebab dalam tengkorak ada jarum!!) tapi pihak berkuasa tak boleh nak amik tindakan undang undang kat dia sebab kekurangan bahan bukti.  Tapi mungkin pada zaman tu,  orang takut nak amik tindakan kat golongan kaya yang berpengaruh.

    Dalam cermin ni....boleh nampak hantu.

    Bethsheba Sherman juga (dalam filem ini) akhirnya membunuh diri di atas pokok depan rumah itu.  Sebab tu rumah tu sangat berpuaka u olls.
  9. Ed and Lorraine dengan seorang pembantu mereka dan seorang polis telah bermalam di rumah Perron ini untuk mengumpul bukti bukti (melalui rakaman filem,  gambar dan audio) untuk dihantar kepada pihak gereja.  Ini adalah prosedur mereka sebelum menjalankan sebarang aktiviti exorcism.  I dah terangkan kat atas.
  10. So masa ni la macam-macam benda yang jadi.  Kelang kelibut.  Roh Bethsheba dah rasuk masuk dalam badan Carolyn!!  And masa ni juga,  tak tau macam mana...patung Annabelle yang lani duk ada dalam rumah Ed and Lorraine bergerak sendiri and mengacau anak perempuan depa kat rumah!! Harre betul la hantu hantu ni...siap contact member depa untuk balas dendam!!

    Time ni agak horror.  Roh Bathsheba memang dah masuk dalam badan Carolyn.  

  11. Pengakhiran cerita,  Carolyn akhirnya dapat diselamatkan daripada roh jahat Bathsheba yang merasuk dirinya untuk bunuh anak-anaknya sendiri.


Why i like this story?
  1. Sebab cerita ni memang best!
  2. Walaupun cerita ni seram gila dan banyak elemen terkejut terkejut,  tetapi saya tak rasa dihantui pun dan tak rasa macam sampai tak boleh tidok malam mengigau (macam dulu tengok Insidous) you know why?  Sebab cerita ini bukan bagi kita takut takut terkejut saja.....tapi pengarah telah berjaya membuatkan kita pikiak tentang percintaan pasangan Ed and Lorraine,  teori dan cara kerja depa and pada masa yang sama pelakon - pelakon semua baguih bagi kita rasa macam mana duk feel takut tu.  

Kesimpulannya,  sila lah pi tengok cerita ini.  :)


Pasangan Warren
Inilah pasangan Warren yang sebenar.  Lorraine and Ed.
Lorraine Warren and Vera Farmiga :)
Lorraine dalam bilik khas di rumahnya yang menyimpan pelbagai barangan mistik.  Bilik ni memang betul betul wujud.












The Perron Family



Buku ini ditulis oleh Andrea Perron anak sulong dalam keluarga ini.






The Conjuring Real House - Harrisville,  Rhodes Island


Annabelle Doll
Yang kiri tu patung Annabelle yang betul...yang kanan tu....macam saja buat horror ja.  Harreee.





Bathsheba Sherman

Kubuk Bethsheba Sherman yang masih wujud di Rhodes Island.

The cast







7 comments:

  1. Tak lorat nak pakai pelakon star pun. Kalau dah cerita bagu, pengarah bagus, pelakon bagus, semua jadi bagus.

    ReplyDelete
  2. iols tgk masa first preview midnight show...x ramai tgk dlm panggung lagi masa tu..mmg meraung dlm panggung le jawbnyer...malam tu tido tak brani tutup lampu uolss..heheheee...penangan Conjuring katanya...apapun lepas tgk film ni terus minat Vera Farmiga...excellent actress persis Meryl Streep! tq atas kupasan yg bagus pasal Conjuring & the Warren ni Jumie! well done!blogger terbaik utk uols!

    ReplyDelete
  3. Kak Jumie, based on cerite betui ka? Aihh seramnye. Dak tu ley lepak kat batu nisan Sherman lak. Yang berlakon jadi Ed Perron tu segakk.

    ReplyDelete
  4. Thank you semua yang komen. Terharu sangat. Sorry lama tak update ampa semua. Hope ampa kembali membaca blog ku yang kudus ini.

    Husna..kalau hang google pasai bethsheba sherman, dia memang sangat popular kat rhodes island. Kubur dia dah macam tempat pelanocongan dah...

    ReplyDelete
  5. Best cter ni kak. Ai bg 5 bintang. Tapi tumpuan ai terganggu budak pmpuan sblah kerusi ai asyik duk jerit je siap latah2 lg kak oi. Ai mcm nak sound kat dia 'dik tunggu cd kuar tengok kat rumah boleh?'. Haha.

    ReplyDelete
  6. Sukaaaaaaaa baca blog Jumie lagi2 kalau pasai review..review la apa pun semua sukaaaa..lama jugak Jumie xreview fashion time award sume ye dak? hehe. Rindu gitu. Sgt tringin nak tgk Conjuring ni tapi sebab peknen jadinya takot terkejut sgt pulak! huhu..baca review pon xpa la, dah cukup excited dah! Dah macam tgk movie dah

    ReplyDelete
  7. Citer ni best gila tengok. Paling layan tang polis tu. dia dok buat lawak pulak time2 org serious. Patung annabelle tu memang takleh blah. Tengok version real tu comel je, tapi yg tu la paling horror skali...

    Tapi tumpuan aku tgk citer ni pon agak terganggu dgn org kerusi sebelah. Awal2 bajet berani abes la hapa. Tapi dia paling banyak dok jerit dlm panggung wayang.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...