Dear Jumie : Kewangan yang Kukuh

Hai Jumie, 

Saya dah bekerja selama beberapa tahun. Tapi saya tak tahu sama ada kewangan saya kukuh atau tidak. Simpanan memang ada, tapi tak tahu sama ada jumlah yang ada tu dikira kukuh atau tidak. Berapa agaknya jumlah simpanan yang dikira kukuh? atau, adakah faktor-faktor lain yang membantu pengukuhkan kewangan seseorang individu? Soalan yang agak dumb, tapi nak juga tahu pandangan.  

Dafrina

Video Kahwin Kelly Clarkson and Brandon Blackstock

Hello u olls,

Akak jumpa video ini.  Filem pendek yang merakamkan saat-saat indah perkahwinan penyanyi yang menpopularkan lagu "Because of You" iaitu Kelly Clarkson dengan kekasih hidupnya,  Brandon Blackstock.  This short filem is so beautiful dirakam di sekitar lokasi perkahwinan mereka iaitu Blackberry Farm,  Walland,  Tennessee.  

Click bawah untuk tengok video.

Vlogger Perempuan Mangkak yang Best ...Sila Subscribe Beliau

Hello u olls,

Thanks to En.  Yusof Bakar dan Amirah Azhar kerana mengeshare link ini kepada saya.  After sometime baru ada masa untuk melihat vlog ini.  Ampa tengok ni dulu!!





Movie Review : The Intouchables

Hello u olls,

Cerita ini akak tengok dalam HBO.  Lani ada juga duk ulang dua tiga kali.  Sorrylah baru lani nak share dengan ampa.  Memang betuila kawan akak maki akak  "Hang lani pemalaih nak update...hang kena kongsisten,"  kata Nonie kuruih....ermm...sabarrr jer laaa!!

Okay,  so cerita The Intouchables ini adalah filem bahasa Perancis yang merupakan bahasa ibunda untuk Mama Regina.  HEHEHE.  Kan????  So why i like this story?  Jom baca more.


Sesi Perkongsian Ilmu bersama Jumie Samsudin sempena Hari Terbuka Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang

Hello u olls,

Last few months,  i olls telah dijemput oleh Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan,  Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang untuk memberikan ceramah (or i say...sesi perkongsian ilmu) bersama sama dengan para pelajar di fakulti tersebut sempena dengan Hari Terbuka yang mereka adakan.  Thank you barisan comittee Intan dan rakan-rakan and of course,  the lovely girl Shahira Sahidan yang telah mempromosikan I OLLS kepada ahli exco sampai depa sudi menjemput I olls.

Satu sesi yang i olls rasa merupakan sesi pembelajaran dua pihak.  Sebab i olls pun,  kalau ikut pengalaman sangatlah KECIK DAN SANGAT SEDIKIT.  Tapi dari pengalaman inilah I olls akan boleh mengembangkan ilmu yang ada ini.


I olls kongsikan tentang tips-tips yang sangat simple iaitu,  pembangunan personaliti ataupun personality development.  Daripada cara bercakap,  cara berdiri,  cara makan,  cara berpakaian,  kebersihan diri,  dan lain lain tips yang boleh dijadikan panduan kepada adik-adik yang tidak lama lagi akan menempuh alam pekerjaan.


Movie Review : Insidious Chapter 2

Hello u olls,

Sapa dah tengok Insidious Chapter 2?  Haaa sapa yang tak tengok lagi sila tengok.  If u are peminat cerita hantu.  Harus tengok! Sapa minat James Wan work....haruslah tengok 3 kali.  HAHAHAH  Secara tak sengaja,  dalam kesibukan minggu kerja,  akak,  Mamu,  Ezal dan seorang anak ikan elok bernama Fan telah pergi tengok cerita Insidious Chapter 2 kat TGV First Avenue Penang.  En.  Khafi tak dapat ikut at last minute sebab kerja.  So kami pi berempat.

Kami pi tengok kat Beaniplex.  So akak bawa selimut.  Duduk satu tilam dengan Ezal.  Akak selubung badan dan muka dengan selimut yang akak bawa. Kalau mai dengan En.  Khafi buleh la tidok bawak ketiak dia.  Kalau duduk dengan Ezal mana boleh...kena duk jauh sikik.  Tapi bila mai time seram seram...I jerit kat Ezal "U jangan pi jauh jauh!" hahahahah


Sapa yang tengok cerita Insidious 1 baru akan faham what's happening dalam cerita ni.  Terlalu banyak turn - back - time dan banyak scene-scene yang back to the future.  Most of the kejadian gangguan hantu masa dalam cerita Insidious 1 dijawab dalam Insidious 2.  Akak tak boleh nak cerita kat ampa secara penuh macam akak selalu buat dalam movie review akak.

Yang pastinya cerita ini memang best tapi amat celaka.  Why i said celaka?  Sebab tersangat sangat takut.  Bagi akak lebih takut dan sangat celaka takut daripada The Conjuring.  Sirieslyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.......

So tak mau cakap banyak.  Ampa pi tengok sendiri.  Sebab akak tulis blog ni pada hari Ahad lebih kurang jam 10pm....so rasa macam seram seram sejuk teruih apabila teringat cerita ini.

Apapun,  adalah amat celaka apabila balik rumah suami I olls menggantung selimut putih macam ni dalam toilet.  Dia tolong gantung kain ni...sebab esok senang nak sidai kat luar.  NASIB BAIKA KU TAK SAWANNNNN!!!!

Saranan akak,  pi lah tengok cerita ini.

Sekian,  bye semua.

Hati Yang Lara.....feeeling satt.....

Hello u olls,

Baru baru ini,  i think last week (some where hari Rabu / Khamis) i olls pun mengonline malam-malam menggunakan laptop baru yang I olls beli ini.  Cewah...lani dah ada laptop sendiri.  Dulu online / blogging kat rumah guna laptop office yang dipinjam bawak balik rumah.

I olls pun menulis banyak status sendu sendi tentang kesedihan tentang nasib yang tidak baik dan perasaan yang hampa apabila melihat persahabatan terputus.  I olls juga meluahkan rasa tentang macam mana kita tidak boleh membagi nasihat kat orang tak pasai-pasai.  Requote balik apa yang Kak PJ tulis  "Nasihat is only meant and meaningful given when asked! Not so much about BAGI!"  i olls setuju dengan komen beliau itu.


My Trip To Singapore 2013 : Singapura, Kota Barat dalam Asia

Hello u olls,

So u olls dah tengok dan baca semua kisah kisah akak di Singapura.  Daripada cerita lawatan kerja sampailah makan-makan dan happy di Universal Studio.  Sebagai penutup dan catatan kesimpulan daripada semua pemerhatian yang akak lakukan sepanjang 4 hari di Singapura,  walaupun lawatan akak ini sangat ringkas namun segala tanggapan yang akak catat dalam fikiran akak tentang Singapura telah bertukar.

Kali terakhir akak menjejakkan kaki di kota Singapura ini adalah bersama ibu akak,  Kak Edeh dan adik akak iaitu Cakcing a.k.a Surianie.


Kami ketika itu berusia 9 dan 7 tahun.  Kami datang ke Johor Bahru untuk menziarah Tok Long (belah Kak Edeh) yang menetap di sini.  In one of the day,  Tok Long offer Kak Edeh.  "Kamu ada bawa passport?  Kalau ada jom pi Singapore,"

Esoknya,  kami 4 beranak pun menapak ke Singapura.  Tok Long bawa kami ke Singapura naik bas.  Akak yang masa itu baru 9 tahun merungut kepenatan,  "Mak...pasaipa kita kena beratur panjang nak naik bas,"  Kak Edeh pun menerangkan dengan tenang kepada akak bahawa kerajaan Singapura lain caranya.  Sesiapa yang naik bas tapi tak beratur akan kena denda / saman.  Kita juga tidak boleh memakan gula-gula getah malah tak boleh buang sampah merata-rata.  Akak yang sangat kecil waktu itu rasa macam takut pulak nak mai negara Singapura ni.

Tok Long bawa kami jalan-jalan makan dan tengok shopping mall di area Woodlands.  Kami tak jalan jauh.  Tapi yang paling akak ingat adalah,  akak makan ais kacang yang sebesar sarang anai-anai.  (Besiakkk gilaaa u ollls).  Tak ingatlah sedap atau tidak.  Yang penting rasa best sebab first time tengok ais kacang besar macam tu.

Lepas 20 tahun,  akak datang lagi ke Singapura.  Actually,  Singapura bukanlah salah satu senarai "Tempat yang ingin akak lawati sebelum akak mati".  Walaupun acapkali akak tengok album photo kakak,  saudara mara dan kawan akak yang selalu berlibur di Kota Singa ini.  Depa posing kat Marina Bay,  posing kat big globe Universal Studio dan macam-macam lagi.  Akak dan En.  Khafi lebih suka bercuti di kawasan kampung dan ada keindahan alam sekitar.  Kota-kota bising ni semua......tak payahlah.  Pening kepala sajaa.....

Pernah tak u olls dengar penyataan ini?  "Singapore tu negara Cina u olls!  Orang Cina suka la pi sana.....Cina saja-saja.  Melayu sana mana ada suara,"  gitu penyataannya.  I bet u olls mesti pernah dengar penyataan itu.  Entahlah sama ada u olls sendiri yang pernah menyatakannya sebab u requote apa yang orang kata ataupun u sendiri pernah bermastautin di Singapura.

Tapi bagi akak,  yang menetap di Penang (yang majoritinya Melayu tapi Cina lebih ramai kelihatan di bandar),  akak tak nampak Singapore sebagai sebuah bandar yang CINA!.  Akak nampak Singapura sebagai sebuah bandar yang sungguh barat.  Akak tidak pernah sampai ke Eropah ataupun Amerika.  Tapi akak pernah pergi ke Australia,  kira negara orang Putih la kan.

Kalau banding Singapore dan Perth...lebih kurang sama.  Bersih,  teratur,  maju.  Penduduknya pentingkan kesihatan dan mereka tidak ada masa untuk tengok 'kita Malaysian' atas bawah.  Depa focus,  berjalan pantas melalui lorong-lorong MRT untuk menuju ke destinasi yang diinginkan.  Mereka tidak ada masa untuk sembang kuat-kuat,  buat bising dan ganggu ketenteraman orang awam yang lain.  Peringatan kepada orang Malaysia yang naik escelator (tangga karen),  kalau naik terus rapat ke kiri,  kerana laluan kanan untuk pejalan kaki lain memotong dan jalan lebih laju.

Dulu,  akak pernah get offended kalau kawan-kawan Cina akak berkata "Im Singaporean...." and after being an exchanged student for one semester in one of their universities...depa terus bangga dan buang all the info pasai USM dalam FB they olls.  Akak sangat marah dengan gelagat kawan-kawan akak tu.  Tapi lani,  bila dah tengok negara membangun ini dan kecanggihan universiti mereka,  akak pun rasa macam nak suruh anak-anak akak masuk NUS or SMU nanti!  Gituuuuuuuuuuuuuuuuu.................

Orang kata,  do not stare at Singaporean yang pakai pelik-pelik.  Depa boleh saman kita.  Well....so far akak tak nampak pun yang pakai pelik-pelik.  Tapi yang dressing stylo adalah sangat banyak.  Most of the woman / man kat Singapore,  tak pakai baju ikut trend.  Depa pakai apa yang depa rasa selesa dan depa suka.  Oleh itu,  fesyen tudung Fareeda mungkin sukar mendapat tempat di sini kerana orang Singapore tak layan trend.  HAHAHA......Kat Malaysia ni,  sorang pakai Fareeda,  esok 6 juta lagi orang merebuk pakai Fareeda.

And yes,  kembali kepada kes orang sombong.  Siriesly,  masa akak naik MRT dan jalan-jalan di sekitar Singapura....akak jumpa ramai rakyat Singapore yang sangat tidak sombong.  Tak kisahlah Chinese,  Malay ataupun Indian.  Walaupun mereka tidak sempat untuk bersembang panjang dengan kita.  Tapi depa sempat melontarkan senyuman kepada kita apabila satu hadiah senyuman dilontarkan kepada mereka.  Ada sekali tu,  akak berdiri depan satu budak perempuan Cina yang sedang duduk di atas kerusi dalam MRT.  Akak nampak ayahnya membisikkan sesuatu kepada gadis kecil itu.  Tiba tiba anak kecil itu berdiri dan berkata kepada akak "Miss...would you like to have my seat please?"  Pastu terus budak kecik tu duduk atas riba bapak dia.

Akak rasa sangat terharu u olls.  Dengan ucapan terima kasih akak senyum lebar kepada gadis itu yang kini duduk disebelah akak.  Akak bisik kepada diri akak sendiri  "Depa ni ingat aku mengandung kot...sebab tu depa offer aku duduk...."  HAHAHAHHA

Kesimpulannya di sini,  walaupun akak berada di Singapore untuk 4 hari,  tapi alhamdulilah my stayed had been the pleasant one and i am happy with the city.  Mudah dan senang.  Teratur dan bergaya :)  How i wish Penang akan jadi macam Singapore.  Tapi pesan kawan baru ku daripada Finland,  Toni and Noora  "We like Penang more...because u still maintain the Asianness.  In Singapore...its feels like one of those busy cities in my country..."

Love,
Jumie Samsudin

My Trip To Singapore 2013 : Universal Studio

Hello u olls,

Tak lengkap kalau mai Singapore tapi tak masuk Universal Studio.  Selepas berhempas pulas dua hari setengah kami menapak seluruh Singapore menaiki MRT untuk bermesyuarat kerja dengan 3 buah universiti di sini,  so pada hari terakhir kami di Singapore,  akak dan rakan-rakan pun berkunjung ke Universal Studio a.k.a USS.  Sebagai memudahkan penceritaan,  berikut ada beberapa tips yang boleh akak kongsi dengan u olls sekiranya u olls nak mai USS  :

Shitlah gambar ni ja yang boleh diambil.  Dahla aku minta tolong orang amik...(sebab takdak En.  Khafi) pastu kat belakang stail ramai orang...serrr!

My Trip To Singapore 2013 : Saree Shopping, Tulang Merah and The Best Murtabak in The World!!

Hello u olls,

Dah habis dah cerita we olls jalan-jalan dalam Universiti di Singapore.  Hebak - hebak kan?  Baiklah,  habis cerita pasai kerja semua u olls.  So hari ni akak nak cerita beberapa kesempatan kami berjalan-jalan di kota Singapura.  Walaupun penat dan masa yang ada sangat suntuk.  Tapi okay la.....akak dapat juga berjalan-jalan dan meng-observe kota dan penghuni negara Singa ini.

Jom tengok cerita Saree Shopping,  Tulang Merah and The Best Murtabak in The World!!!


My boss,  Dr.  Anees memberikan pose meletops kepada camera Blog Jumie Samsudin.Com.  Setiap hari,  kami akan lalu pasar ini yang terletak berdekatan dengan MRT hentian Little India.  Akak suka dan kagum melihat sayur-sayur kat sini.  Sayur dia sangat gemok-gemok dan cantek-cantek dan segar.  So happy melihat sayur mayur ini semua.

Sapa boleh setuju dengan teori akak  : Semua sayur first class di Malaysia diterbangkan ke Singapura dan negara jiran lain?  Sayur second class baru dijual untuk rakyat Malaysia?

Who can confirm this?

My Trip To Singapore 2013 : Nanyang Technology University

Hello u olls,

The last universiti yang kami pergi adalah Nanyang Technology University.  Terletak jauh di kawasan perumahan Jurong,  Singapura dan merupakan sebuah universiti yang bagi saya begitu mengalu-alukan ketibaan kami.  Menaiki MRT East West Line,  kami turun di Pioneer.  And seperti biasa,  kami menaiki shuttle bus untuk masuk ke kawasan universiti.  Dalam perjalanan kami melalui beberapa kawasan perumahan Jurong yang sungguh kemas dan teratur.  And yes of course,  bersih.


Dari MRT Pioneer,  kami boleh nampak bangunan ini.  Sungguh besar bangunan untuk Kelab Alumni mereka.  

My Trip To Singapore 2013 : National University of Singapore

Hello u olls,

Baiklah,  semalam ampa dah baca pasai SMU kan?  Hari ni akak nak cerita pasai jalan jalan di National University of Singapore ataupun NUS.  Universiti ini telah ditubuhkan seawal tahun 1905.  Merupakan universiti awal pada zaman Malaya lagi dan melahirkan ramai alumni yang hebat-hebat di Asia antaranya mantan Perdana Menteri Tun Dr.  Mahathir Mohamed yang mendapat latihan dan pendidikan awal dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine,  Singapore yang merupakan sebahagian daripada NUS sekarang.

Daripada Little India,  kami naik MRT menuju ke hentian MRT Yellow Route di Kent Ridge dan kami tiba betul betul di hadapan lobi National University Hospital.  Kelihatan beberapa staf hospital menunggu di satu ruang khas di dalam subway mungkin menunggu ketibaan pesakit yang mempunyai kes kes kecemasan ataupun yang mempunyai kesusahan untuk bergerak sendiri.  Bagus sungguh laaa.....  Bersedia!

Selepas turun keluar daripada subway,  kami pun menuju ke stesen bas terdekat.  Di sini kami boleh naik apa sahaja bus yang menulis NUS.  Kerana bas bas shuttle ini akan angkut sapa saja secara percuma untuk masuk ke dalam kampus.  Bersesaklah kami dan berebutlah kami untuk naik bas bersama sama rakan pelajar NUS.  Aduyai.......itulah kisahnya akak,  Aishah dan Abang Rosli terlepas daripada rombongan Cik Kiah kami.  Sabarr je la....



Pemandangan ruang masuk Hospital NUS yang sungguh cantek dan kemas.


My Trip To Singapore 2013 : Singapore Management University

Hello u olls,

Beberapa minggu yang lalu,  I olls telah mengikuti sebuah program work trip ke Singapore bersama rakan-rakan pejabat baru akak iaitu Pejabat Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa and of course International Office of USM.  Objektif lawatan ini adalah untuk membina jaringan kerja antara staf admin di pejabat yang menguruskan hal ehwal antarabangsa di Universiti-universiti di Singapore selain itu mempromosikan beberapa program pertukaran pelajar yang dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia.

Program kami berlangsung dari Khamis dan Jumaat.  Sabtu kami jalan-jalan Singapore,  and pada hari Ahad kami bertolak balik ke Penang semula.

Pada mulanya,  akak tidak mahu mengikuti program antarabangsa ini kerana akak baruuuuuuuuuuuuuu jer masuk office ni and akak takdak duit sangat chu olls.  Dah gigih pula ke nak datang jauh jauh ni.  At least nak la ada seribu dua dalam tangan.  Baru gembira di hati.  Kalau tak duk rasa fana sahaja.  Tapi atas dorongan my boss,  akak pun rasa macam okaylah!! I followw!! Lagipun....kami dapat duit poket (elaun makan) lebih kurang RM300.  Tukar-tukar dapatlah 100SGD.  Okay why not?


So jom kita bercerita tentang 3 universiti yang akak lawat.  Kerana......maybe u olls semua lagi banyak kali duk pi mai Singapore kan?  Pi USS,  pi Orchard Road,  tengok Singa Duyung...tapi maybe u olls tak pernah pergi masuk universiti-universiti kat Singapore.  Tahukah u olls bahawa,  universiti di Singapore adalah universiti yang bertaraf dunia.  Contohnya,  National University of Singapore adalah universiti ke 25 terbaik di dunia - ranking 2012.  Memang satu pengalaman yang sungguh bagus apabila berpeluang ke sini.


Susu Ibu Yang Banyak

Hello semua,

Kebelakangan ini,  ramai orang duk tayang berapa banyak susu tetek yang depa berjaya kumpul untuk stok anak depa.  Terutama sekali depa-depa yang duk meniaga ubat dan supplement yang boleh menambahkan susu tetek.  Setiap hari ampa duk post kat Facebook and IG gambar peti ais ampa yang penuh dengan botol susu / paket pelastik yang penuh dengan susu tetek.

Ini adalah termasuk adik akak sensidiri iaitu Cakcing yang sangat sebuk meniaga Shaklee.

Well...ini gambar akak jumpa dalam 9Gag.  Kalau sapa boleh celen perempuan ni punya susu tetek........baru ampa betui - betui power!


Akak tak tau sumber dari mana gambar ini.  Taip akak amik daripada 9gag.  Dan akak rasa ini adalah betul!

Love,

Jumie Samsudin

Important Breast Cancer Facts

This month is Breast Cancer awareness month. Breast cancer is one of the worst enemies of women (and also some men) living today. With recent advances, the fight against breast cancer has never been stronger, and part of that is making sure that we the public are well aware of the facts and self exams that we should know and can perform, to provide early detection. The earlier the detection, the better the chances and the less traumatic the side effects to the body.

We will be bringing you these helpful infographics from time to time, which we recommend to share among your female friends to print and remember the important facts that may one day save one of them from this horrible disease.


How much time do we spend (in hours) a year doing various activities? You only need ONE HOUR a year to check yourself for breast cancer! Check out below to see what you need to be checking.

Thanks Nurul Ain Ismail for sharing these info with me.

Love,
Jumie Samsudin


Click read more

Sungei Wang Plaza : Jumbo Queen 2013, Shine Bright Like A Diamond!

Hello u olls semua,

Thanks to my anak ayam Fadzli Zainol yang telah mengshare event pertandingan ratu cantik Jumbo Queen "Shine Bright Like A Diamond!" yang dianjurkan oleh Sungei Wang Plaza,  Kuala Lumpur.  Pertandingan ini bermula sejak awal Oktober  yang lalu dan acara akhir akan berlangsung pada Ahad,  13 Oktober akan datang.  8 peserta telah terpilih daripada ramai gadis-gadis dan wanita agam yang mencuba nasib untuk menjadi Jumbo Queen 2013.

I tell u people...kalau benda ni ada kat Penang.  OF COURSE akak nak masuk.  Alang-alang dapat saguhati pun okay la.  Tapi akak tau....kalau akak masuk,  of course akak akan menjadi pemenang pertama.  Paling teruk pun,  first runner up gitu.  Kan????

So here are some of the pictures akak amik daripada depa punya Facebook Page.  Satu penganjuran yang bagus kerana bagi semangat dan 'boost' of keyakinan kepada wanita-wanita agam yang menyertai pertandingan ini malah kepada wanita wanita agam yang menonton pertandingan ini.  Yes,  walaupun kita AGAM,  with the right attitude....we are the same with the everybody after all.

Tapi apa pun,  ini pendapat dan peringatan kepada diri akak dan kita semua ya.  Yes,  akak wanita agam dan akak seorang yang sangatlah mementingkan keyakinan diri sebagai wanita agam,  tetapi akak tidak menggalakkan u olls untuk terus agam sebegini.  Pertandingan seperti ini dan kempen LOVE YOUR BODY yang akak selalu anjurkan dalam blog akak tidak bermakna akak nak u olls terus agam dan obis selama-lamanya.  Being terlalu gemuk is not a good thing.  If possible kita cubalah menjalani hidup sihat,  exercise and eat healthily.  

Jangan feeling makan ubat Korea dan korset kita akan terus cantek kurus meletops.

Sekian,  jom layan gambar Jumbo Queen 2013!

ps/  GOOD LUCK FOR ALL THE FINALIST!!  Apa pun....nasib baiklah korang akak tak masuk pertandingan ni........




Video Lakonan sebagai Mrs. Rochester dalam Teater Jane The Musical

Hello u olls,

Berbulan yang lalu akak ada cerita yang akak berlakon dalam satu pementasan teater bertajuk Jane The Musical kan?  Haa.....akhirnya setelah beberapa bulan baru akak sempat nak upload video scene scene lakonan akak.  Boleh?  Scene akak jer akak suruh my anak ayam Danny Harmizi amik,  yang lain tu kita tak record pun.  Hehehehe

Hope u olls enjoys!!!



For more info  :  Pengalaman Berlakon sebagai Mrs. Rochester dalam Teater Jane The Musical

Melograno by Donna Anggun Beauty

Hello u olls semua, 

Hari ini kita nak share dengan u olls semua tentang Syarikat DONNA ANGGUN BEAUTY yang baru sahaja diasaskan pada 13 September 2013 yang lalu. Syarikat ini telah diasaskan oleh Puan Siti Sara binti Hj Salim &  Puan Nursalwana binti Hj Tamin, teman sekampung yang berasal dari Sungai Choh, Rawang, Selangor. Bukan sebarangan produk u olls ! Produk mereka telah dirasmikan oleh VIP iaitu Puan Norafidah, Timbalan Pengarah Pembangunan Usahawan MARA. 




Majlis perasmian yang disempurnakan oleh oleh VIP iaitu Puan Norafidah, Timbalan Pengarah Pembangunan Usahawan MARA



Nak Pi Singgapor!

Hello u olls,

Orang selalu duk pi Singgapor kan?  Sana ada Universal Studio dan macam-macam lagi kecantikan pembangunan yang meletops.  Tapi akak tak pernah terpikiak nak pi sana.  Akak ni lebih suka kepada keindahan alam dan fauna......(feeling Snow White sat....)


Tapi one thing masa mula mula mai kerja International Office USM adalah apabila dapat tau yang kumpulan kerja kat sini akan membuat lawatan kerja ke Singapore untuk melawat 3 buah universiti kat sana and of course at the end of the trip, ada sedikit sessi jalan-jalan.  Pada mulanya akak tidak dikira masuk dalam lawatan ini,  tapi pada saat-saat akhir,  akak dan beberapa rakan kerja lain disenaraikan dalam delegasi ini.

YEAAAHOUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!

Kami akan melawat The Singapore University of Technology and Design, National University of Singapore and Nanyang Technological University. Feeeling sat..........................

Walaupun bajet dan kewangan akak agak ketat kebelakangan ini,  tapi tak apa.  Like my boss said "I hope u can join this trip because this is a very good exposure....."

Sekian!!!!  Doa semuanya berjalan lancar.


Akhir kata,  terimalah gambar posing meletops oleh anak ayam akak Azren yang buat gambar dia ni sebagai cover FB dia.  Insya Allah,  nanti dah selamat balik akak akan story pasal jalan-jalan di Singgapor.

Love,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan

Damai Souq @ KL | Welcoming Shoppers and Vendors!

Dear all,

Saya nak tolong promote event yang dipanggil Damai Souq.  Souq dalam bahasa Arab bermaksud pasar.  So...Damai Souq ni maksud dia Pasar Damai la :) Gitu.  Telah beroperasi sejak 21 September yang lalu,  dan akan beroperasi setiap hujung minggu dari jam 10 pagi hingga 7 malam.  Here are the simple words daripada pihak penganjur :

Damai Souq has started on 21 &22 September 2013 and will continue to go on every weekend.  We are proudly bringing in at least 40 vendors. The vendors come from different background and business upbringing. Hence shoppers from all over can shop to their interest. Shoppers can find stuff from women/mens apparel, accessories, DIY stuffs, local brands and others. We have located few F&B booth for those with homemade foodstuff too.
 
There will be few activities to add on to the bazaar. We will list down the activities from time to time. It will involve ex-athletes, local performance and buskers too. We appreciate those who want to join us at Damai Souq @ KL to contact us via email at contactus@damaisouqkl.com. To all shoppers and youth, do drop by at our bazaar every weekend starting from 21 & 21 September 2013 to meet and greet the business owner and obviously to shop too!

Penceraian Di Awal Perkahwinan

Dear all,

Takutnya nak menulis catatan ini.  Tapi nak kena tulis juga point point dan hujah yang bermain dalam hati ku ini.  Sapa yang dah kawen,  mesti akan takut dengan perkataan ini.  CERAI. Ini bukan soal putus putus cinta atau 'break' gitu.  Penceraian antara pasangan suami isteri adalah besar impaknya dan kesannya,  bukan sahaja kepada pasangan yang terlibat,  tapi anak-anak (jika ada),  ibu bapa,  keluarga dan kawan-kawan.

Sebelum akak kawen dahulu,  akak tengok PENCERAIAN dalam cara yang berbeza.  Bila akak tau,  satu satu pasangan bercerai.  Terus akak akan tengok kepada point "SAPA SALAH?"  Its either suami or perempuan.  Mungkin ramai antara kita pun macam tu juga.

"Divorce With Regret" by Emiliano Ponzi

Tapi bila akak dah kawen,  perspektif akak berbeza.  Penceraian bagi akak bukanlah soal SIAPA SALAH tapi sebagai satu jalan penyelesaian yang terbaik.  Bila dua-dua pihak sudah tidak boleh menjumpai cara yang terbaik untuk membahagiakan kedua dua pihak,  berpisah adalah jawapannya.  Apabila dua-dua pihak sudah tidak boleh memberikan kerjasama dan persetujuan,  berpisahlah dengan cara yang terbaik.  Apabila kedua-dua pihak tidak boleh untuk maju kehadapan lagi bersama-sama,  biarlah mereka berdua meneruskan hidup dengan cara dan jalan masing-masing.

Adab Menziarah Rumah Baru

Salam Jumie,

Saya nak share something dengan u dan juga pembaca blog u.  Maybe u can help to share your thoughts and maybe your reader can share depa punya experience juga.  I dan suami baru sahaja membeli sebuah rumah dua tingkat di kawasan perumahan baru yang merupakan impian kami sekeluarga (we have two kids and the other one is coming soon!).  Bagi saya rumah ini memang cantik dan kami suami isteri dah buat yang terbaik untuk menjadi rumah kami ini HOME SWEET HOME.
 
Lepas siap mengecat dan renovation,  kami pun berpindah ke rumah baru kami ini.  Seperti biasa,  kami pun buat kenduri doa selamat dan menjemput sanak saudara mai menziarah ala-ala house warming party itu.  Bukanlah niat untuk menunjuk atau sebagainya,  tapi kalau tak jemput nanti depa kata "Bila nak panggil aku mai rumah hang? Awat kedekut sangat.....teringin nak tengok rumah baru hampa tu..."
Tapi apabila dah dijemput semua sanak saudara,  lain pula ceritanya.  Siriesly I cakap,  I sangat meluat apabila melihatgelagat adik bradik I.  Depa mai rumah dok komen pasai rumah I.  
 
"Why u renovate macam ni?  Why u paint colour ni?  Why u tak buat auto gate....." dan 1001 komen lagi yang betul betul membuatkan i rasa macam rimas sangat.
Jumie,  kalau I banyak duit,  tak payah habak I nak buat macam mana,  I terus hire arkitek dan segala maknena interior designer untuk design rumah I persis Istana Negara.  
 
Lagi satu,  I seorang yang sangat menghormati taste dan pilihan orang.  Bila I tengok orang renovate rumah dengan cara tertentu,  I tak cepat-cepat mengkritik tapi I selalu kata,  "Maybe orang tu taste macam tu....maybe taste kami tak macam ni.  Maybe taste kami macam ni, tak sesuai dgn depa..kalau depa berkenan dengan idea depa ...why no?" 
Kami tau rumah kami bukan lawa mana.  Buat sekadar mana yang mampu.
So Jumie,  can u please ulas sikit pasai cerita dan pengalaman saya ni.  
 
Love,
Fatimah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...