1.10.13

Adab Menziarah Rumah Baru

Salam Jumie,

Saya nak share something dengan u dan juga pembaca blog u.  Maybe u can help to share your thoughts and maybe your reader can share depa punya experience juga.  I dan suami baru sahaja membeli sebuah rumah dua tingkat di kawasan perumahan baru yang merupakan impian kami sekeluarga (we have two kids and the other one is coming soon!).  Bagi saya rumah ini memang cantik dan kami suami isteri dah buat yang terbaik untuk menjadi rumah kami ini HOME SWEET HOME.
 
Lepas siap mengecat dan renovation,  kami pun berpindah ke rumah baru kami ini.  Seperti biasa,  kami pun buat kenduri doa selamat dan menjemput sanak saudara mai menziarah ala-ala house warming party itu.  Bukanlah niat untuk menunjuk atau sebagainya,  tapi kalau tak jemput nanti depa kata "Bila nak panggil aku mai rumah hang? Awat kedekut sangat.....teringin nak tengok rumah baru hampa tu..."
Tapi apabila dah dijemput semua sanak saudara,  lain pula ceritanya.  Siriesly I cakap,  I sangat meluat apabila melihatgelagat adik bradik I.  Depa mai rumah dok komen pasai rumah I.  
 
"Why u renovate macam ni?  Why u paint colour ni?  Why u tak buat auto gate....." dan 1001 komen lagi yang betul betul membuatkan i rasa macam rimas sangat.
Jumie,  kalau I banyak duit,  tak payah habak I nak buat macam mana,  I terus hire arkitek dan segala maknena interior designer untuk design rumah I persis Istana Negara.  
 
Lagi satu,  I seorang yang sangat menghormati taste dan pilihan orang.  Bila I tengok orang renovate rumah dengan cara tertentu,  I tak cepat-cepat mengkritik tapi I selalu kata,  "Maybe orang tu taste macam tu....maybe taste kami tak macam ni.  Maybe taste kami macam ni, tak sesuai dgn depa..kalau depa berkenan dengan idea depa ...why no?" 
Kami tau rumah kami bukan lawa mana.  Buat sekadar mana yang mampu.
So Jumie,  can u please ulas sikit pasai cerita dan pengalaman saya ni.  
 
Love,
Fatimah




Hello u olls,

Thank you for sharing this.  Satu perkongsian yang bagus.  At this age (25-30s) ramai antara kita dah berlumba lumba nak beli rumah sendiri.  Untuk harta dan pelaburan masa depan.  Akak pun sedang berkira-kira untuk membeli rumah.  Tapi taula...Kat Penang ni!!  Harga rumah sangatlah tak munasabah.  Tapi takpa....slow slow.  Doakan saya dan suami akan menjumpai rumah idaman kami.  Biarlah rumah itu tidak besar dan tidak semegah mana,  janji rumah itu menjadi santuary untuk kami seisi keluarga.

Actually,  kes yang terjadi kat u ni,  bukan sebab u tak reti nak mengrenovate rumah,  adik beradik u tu,   jangan kata rumah u olls,  Agong jemput depa pi Istana Negara pun depa akan feeling komen sana sini "Pasaipa boh chandelier colour ni? Pasai pa karpet ni tak cukup kuning?  Pasaipa bau air cond kat dalam dewan ni macam hapak?"  Haaa gituuuu!  Tak percaya...u cuba tulis emel kat Agong suruh Agong jemput depa pi sambutan Birthday Agong nanti.

Bukanlah akak nak kata depa dengki or  hasad ka apa sebab tengok u beli rumah dua tingkat,  tapi sebenarnya hakikat memang sebahagian kita orang Melayu memang tidak mempunyai adab ketika menziarah ke kenduri house warming.

Mungkin cara mak and bapak depa kalau pi rumah orang,  depa suka mengomen,  so bila mai kat anak-anak,  depa akan jadi sikap yang sama.  Sebab tu akak sangat suka kata-kata kawan akak intan Norafzan dalam Twitter beliau tidak lama dulu "Sedih melihat perempuan muda yang stylo tapi bersikap makcik-makcik"  HAHAHA kan??????  Sangat sedih.

Sekarang ni,  ramai kawan kawan akak yang dah beli rumah macam u olls.  Dua tingkat.  Ada yang beli kondo,  ada sumingfu.  Ada yang renovate rumah bagai penuh barangan IKEA.  Ada yang buat walk in wardrobe (BESTTT) dan macam macam style lagi.  Ada yang bubuh marmar seluruh rumah.  Ada yang bubuh parquet kayu.  Ada yang pasang carpet seluruh rumah siap bubuh aircond lagi.

Hati mana yang tak kecik u olls.  Kecik sangat hati akak bila tengok kawan kawan yang sama umur dan sama sekolah dengan akak dulu dan mampu beli rumah cantek-cantek.  Tapi nak beli rumah bukan macam nak beli motor scooter u olls!  Pi kedai motor,  tengok mana berkenan,  teruih bayak cash RM4k! Siap.  Nak beli rumah ni,  banyak kisah dia,  u olls kena ada aura suka pada rumah itu dan rumah itu pun macam boleh cakap kat hati u "I sukaaa kat uuuuu...jadi lah tuan rumah ini..."  Kalau sapa-sapa nak belajar pasai prosedur beli rumah,  sila baca sini  :  Tips Membeli Rumah by Asmaa Aljuned

Sorry akak membebel pulak.  Actually apa yang akak nak kata adalah,  walaupun kita jealous dengan rumah rumah cantek kawan kawan kita beli ni,  takkan bila kita nak pi rumah dia dan dengan penuh rasa takdak classnya kita kutuk dan bagi komen serba serbi????

Kita cari sampai sekecik kecik kesalahan dan kelemahan dan kita pun tanya kat depa macam depa tu tak mampu langsung untuk membuat sesuai hiasan / pilihan / renovation mengikut citarasa yang u rasa paling baguih!  Tolong ingat bahawa itu adalah rumah depa,  duit depa.  And mungkin duit depa tak sama dengan duit u.  And tak semesterinya taste depa sama dengan taste u.

Bagi akak,  bila akak pi rumah baru kawan-kawan akak,  akak lebih suka bertanya tentang tips,  contact details,  cara depa buat research,  how depa dapat idea untuk buat certain renovation dan sebagainya.  Dengan cara ini,  akak bukan sahaja seperti 'compliment' cara depa membuat pilihan malah membuatkan depa rasa bangga sebab kita sebagai kawan seolah menghargai dan tumpang happy dengan susah payah depa membina rumah impian depa itu.

Contohnya  "Wow....canteknya walking wardrobe hang ni Asmaa....Hang beli semua ni kat IKEA ka?  Mahai dak?"  tanya akak kepada Asmaa dulu.  Ini adalah perbualan contoh la.

So Asmaa pun akan reply "Actually semua orang kalau dengak IKEA orang akan rasa macam mahal gila.  Tapi actually,  sebelum kami pi IKEA,  kami amik ukuran penuh bilik kami ni,  pastu masa kami pi IKEA,  kami jumpa sales person depa dan tunjuk ukuran bilik ni,  and bagitau keperluan kami dan bagitau juga bajet kami iaitu around ..... Lepas tu,  sales person tu pun buat lay out dan bagi beberapa idea.  Actually,  bila dia bagi pilihan tu dan suggestion,  kami dapat sangat murah separuh daripada bajet kami.  Then bawa balik kami pasang la sendiri,"  terang Asmaa.

"Siriesly!  Tak sangka kan.  Siriesly sangat cantek.  Pandai ampa dorang.  Nanti aku pun nak buat macam ni la...."

Haaa itulah contoh perbualan kami!  Kalau ampa jadi Asmaa macam kat atas tu.  Mesti ampa akan rasa kembang kan?  Dan apa salahnya ampa jadi macam akak dalam perbualan kat atas tu kan?  Sikik pun class diri u olls tak menjatuh hanya kerana u olls memuji kawan u olls itu malah akak mendapat info yang baru!!

So kepada u olls-u olls yang baru membeli dan membina rumah baru,  ada yang suka berkongsi di Facebook dan blog dan sebagainya,  dan ada pula yang suka sembunyikan kecuali kalau kita dijemput secara private ke rumah beliau.  Semua itu,  tepuk dada tanya selera.  Harta kita....pencapaian kita.....nak menunjuk ataupun nak rahsiakan...ikut cara tersendiri.  Tapi kita yang nak tayang ni,  takpayahla nak tayang banyak-banyak sangat,  kadang-kadang dalam 10 yang puji,  bukan semuanya puji ikhlas kan?  Dan kepada yang tak boleh nak tengok orang lebih,  apa kata tak payah tengok langsung!!!  Duduk sengap sengap tengok Astro Ria.

Sekian sahaja.  Akak mendoakan agar kita semua dapat beli rumah best dan cantek macam Fatimah!!

Love,
Jumie Samsudin

2 comments:

  1. amin kak..moga kita semua mampu utk mikiki rumah sendiri

    ReplyDelete
  2. Huhu... Mcm aku komen kat link hg letak kat fb laa... Aku ni, org ajak aku p rumah dia pun dah kira besar rahmat dah... Lebih2 lagi kalo tak sesat cari rumah dia (well, hg tau la aku cemana kan? Hahaa)

    Aku pun tak suka komplen sangat... Layan je la umah orang, kurang2 dia mampu kot nak beli rumah mcm dia dok dan aku ni masih lagi stay kat umah peninggalan arwah ayah aku... Tumpang kagum kan...

    Sebab nak beli rumah ni komitmen dia lagi besaq dari dok pikiaq nak beli keta... Walaupun nak beli keta tu pun nak kumpul downpayment kdg2 cam jahanam la jugak kan sbb nak elak loan yg banyak dgn bank serta insurans yg ikut value loan kemudian2nye...

    Aku rajin nak bagi pendapat kalo time tu dia tengah plan nak renovate rumah. Kalo area2 tertentu, leh jugak aku rekemen sedara2 aku yg amik kontrak renovate rumah... Hihi...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...