28.10.13

Dear Jumie : Kewangan yang Kukuh

Hai Jumie, 

Saya dah bekerja selama beberapa tahun. Tapi saya tak tahu sama ada kewangan saya kukuh atau tidak. Simpanan memang ada, tapi tak tahu sama ada jumlah yang ada tu dikira kukuh atau tidak. Berapa agaknya jumlah simpanan yang dikira kukuh? atau, adakah faktor-faktor lain yang membantu pengukuhkan kewangan seseorang individu? Soalan yang agak dumb, tapi nak juga tahu pandangan.  

Dafrina

Wasalam,

Pada pendapat saya, soalan anda ini tidak DUMB. Thank you for the question and i am happy to answer to you.

Jumlah kewangan sama ada kukuh atau tidak ....adalah terlalu subjektif kerana kita semua mempunyai cara hidup yang berbeza. Kalau seseorang itu mempunyai banyak tanggungan, komitmen dan tanggungjawab....jumlah simpanan yang kukuh baginya perlulah tinggi. Manakala seseorang yang mempunyai tanggungan, komitmen dan tanggungjawab yang kurang of course tidak memerlukan beliau mempunyai simpanan yang terlalu tinggi. Kelebihan kepada seseorang seperti ini ialah mereka mempunyai pilihan / kebebasan berbanding mereka yang mempunyai tanggungan, komitmen dan tanggungjawab.

Tanggungan adalah contohnya, isteri dan anak-anak. Suami selalunya kenalah memastikan anak-anak dan isteri beliau diberikan makan minum dan tempat tinggal yang selesa. Keperluan seperti itu menjadi tanggungan beliau.

Komitmen adalah hutang-hutang penting seperti kereta, rumah, insurance dan sebagainya yang mana seseorang itu perlu membayarnya pada setiap bulan.

Tanggungjawab pula adalah seperti kita perlu bagi duit kepada keluarga terutamanya ibu dan bapa. Ini adalah contoh paling simple yang kita bole bagi.

So kalau orang yang tak kawen, ataupun anak yakim piatu...depa mungkin terikat dengan KOMITMEN sahaja.

So at the end of the day, kita kena juga buat simpanan. Saya tidak boleh bagitau apakah jumlah minimum ataupun maksimum duit yang perlu saudari simpan. Kerana dalam dunia yang sangat demanding ini, kadang-kadang memang amat sukar untuk kita membuat simpanan. Tapi bapa saya selalu pesan, simpanlah paling busuk pun RM30 sebulan. Takpa....

Kesimpulannya, apa yang penting sekali dalam membuat simpanan yang baik adalah supaya kita tidak perlu berhutang dengan orang lain / bank apabila memerlukan.  Kalau nak hutang bank tu...untuk urusan besar-besar la.  Kalau nak pi Singapore pun minta pinjam kawan....haaa.....something is wrong la.

Love,
Jumie Samsudin

1 comment:

  1. Kak Jumie yg gojes, bile the best time untuk beli rumah? pAs kawen? pas keje?

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...