21.10.13

Hati Yang Lara.....feeeling satt.....

Hello u olls,

Baru baru ini,  i think last week (some where hari Rabu / Khamis) i olls pun mengonline malam-malam menggunakan laptop baru yang I olls beli ini.  Cewah...lani dah ada laptop sendiri.  Dulu online / blogging kat rumah guna laptop office yang dipinjam bawak balik rumah.

I olls pun menulis banyak status sendu sendi tentang kesedihan tentang nasib yang tidak baik dan perasaan yang hampa apabila melihat persahabatan terputus.  I olls juga meluahkan rasa tentang macam mana kita tidak boleh membagi nasihat kat orang tak pasai-pasai.  Requote balik apa yang Kak PJ tulis  "Nasihat is only meant and meaningful given when asked! Not so much about BAGI!"  i olls setuju dengan komen beliau itu.




Apabila i olls menulis artikel artikel seolah-olah cuba meluahkan hati yang lara,  ramai kawan-kawan Wassap dan FB inbox i olls untuk bertanya khabar dan menawarkan telinga untuk menjadi tempat luahan.  I olls sangat terharu dengan 'ambil berat' yang ditunjukkan oleh kawan-kawan i olls ini.  Please do not worry about me.  I olls okay.....sangat okay.

Sebenarnya,  kalau I olls betui betui dalam keadaan sedih dan sengsara.  I olls akan sengap dan memulaukan diri sendiri.  Apatah lagi nak menulis dan meluahkan segalanya dalam Facebook or Twitter.  Those days were gone.  So next time,  kalau tengok I olls diam dan takdak khabar berita dan update dalam Facebook / Blog or where so ever...that's the time u should get worried. Okay?

Yes,  tahun ini bukanlah tahun yang baik untuk akak.  Siriesly, u may all know that i lost my mother in law this year.  Kehilangan itu memberikan effect yang besar dalam hidup akak dan suami.  Selain itu,  kami juga lalui pelbagai masalah dan konflik yang akak tidak catat dan tulis dalam blog ini.  Sampai masanya yang sesuai,  akak akan kongsikan dengan u olls.  Tapi alhamdulillah,  sampai lani kami masih mampu tersenyum dan teruskan hidup.  Like Mama Regina always ask me when im down about something "Dunia terhentikah sayang?"


Ya...terasa seperti terhenti seketika tapi saya kena teruskan juga mama.

Saya harap kawan-kawan yang membaca blog ini juga berasa begitu.  Bila kita ada masalah,  saya doakan kalian semua menjumpai jalan yang terbaik untuk selesaikannya.  Always remember,  at the end of the day,  Allah selalu ada dengan kita.

And i am smiling again to my laptop baru ini :)

So,  i wrote in my Facebook  :

This year is not a good year for me. 
Banyak persahabatan yang terputus tiba-tiba, tali persaudaraan yang tiba tiba hilang. Duit dan bajet yang tiba tiba lari. 
Masa yang tiba tiba tidak cukup (selalu). Masalah yang tiba tiba datang. Kerjaya yang tiba-tiba ada cabaran yang tidak pernah teramal. 
Tapi terima kasih Allah kerana sudi menguji ku. 
Ayat-ayat pasrah di malam hari....ampa layan la sat..........

Ramai yang membalas status akak dengan kata-kata semangat dan dorongan.  Ada juga yang turut meluahkan perasaan mereka yang lebih kurang sama dengan akak.  Tapi Abang Rasselan,  ada komen kat status akak macam  ni  :

Salam...sebenarnya tiada detik,tiada waktu,tiada hari ataupun tiada tahun yang tak baik dalam Islam.Setiap kesusahan yg Allah bagi pada kita...kita perlu redha.Kita perlu bersyukur kerana kita adalah orang yang terpilih oleh Allah utk sesuatu yg menimpa.Ingatlah Allah sayang kita sebab itu kita dipandang Allah melalui ujian ini semua.Sebenarnya ada sesuatu yang lebih yang Allah nak bagi kat kita.Moga sama2 kita mendapat nikmatNya...Amin

Abang Lan,  i hope u are reading this.  Please dont take what i said too literally.  Maksud saya,  please jangan ambil seketoi-seketoi penulisan saya mengikut kefahaman tatabahasa.  Seikhlasnya,  apabila saya baca komen Abang Lan,  saya rasa macam sedikit 'offended' dan 'terasa' kerana komen Abang Lan seolah-olah merendahkan cara pemikiran saya.  Adakah saya terlalu liberal dengan mengatakan yang TAHUN INI BUKAN TAHUN YANG BAIK UNTUK SAYA?  Kerana yes,  selalunya orang Cina yang akan claimed "Aiyaa...this year i got no ONG laa...."


Saya terdiam dan keep that feeling to myself.  Till i luahkan to my bestfriend,  my brother,  Mr.  Mamu.  He said "Actually Kak Jumie,  jangan sedih.  Abang tu tak bermaksud nak sakitkan hati kak Jumie.  Maybe he took what u said too literally.  Sebenarnya,  dalam Islam,  memang ada TAHUN KESEDIHAN.  Iaitu pada tahun sebelum hijrah dimana Rasulullah kehilangan pakcik dan isteri kesayangan Nya pada tahun yang sama.  So apabila dua insan terkuat dalam hidup baginda sudah tiada,  Rasulullah macam hilang tempat meluahkan rasa.  Dia mendapat banyak tekanan daripada pihak musuh yang tidak mahu Islam terus berkembang....so tahun itu....dikenali dalam kalangan pengkaji sejarah Islam sebagai The Year of Sorrow,"

Read this  :  The Year of Sorrow



Thanks Mamu.  Tidak tahu sama ada tahun kesedihan itu diiktiraf dalam hadis, sunnah atau Quran.  Tapi yang pasti,  Rasulullah,  kekasih Allah pun diuji begitu hebat ada ups and downs.....apatah lagi kita yang penuh dengan dosa ni....

Mungkin sebab inilah apabila I olls ada masalah,  i olls lebih suka mendiamkan diri dan menyimpannya.  Tidak semua orang diluar sana memahami dan betul betul empati dengan apa yang kita hadapi. The only person yang I olls can trust now is my husband.  But sometimes,  bila kami dorang pun berselisih faham,  i felt so down.  

 Empati adalah perasaan yang tidak semua orang boleh ada.  Ada suatu ketika,  somewhere in Jun,  saya mempunyai masalah tekanan perasaan yang sangat hebat.  I cannot go up to work.  I cannot meet people.  I cannot see the word USM.  Saya rasa sangat down,  tiada dorongan,  tiada semangat dan rasa macam nak bunuh diri selalu datang dalam mimpi dan fikiran saya.  

I didnt go to work for 13 fucking days.  Saya tidak boleh salahkan mana-mana pihak.  Tapi U OLLS TAK AKAN FAHAM PERASAAN YANG SAYA ALAMI INI SELAGI U OLLS SENDIRI TIDAK BERADA DI TEMPAT SAYA.  


I did not know what i was thinking.  Saya tak boleh nak figure out what was my problem.  What i know is that...i dont want to live.  Fikiran saya juga berpecah belah dan tak stabil.  Dengan certain people,  i can be very very normal and happy.  And with some other people...nak dengar nama depa pun rasa macam berhantu.  

Ramai kawan yang cuba membantu.  Alhamdulillah,  tanpa meraka saya pun tidak akan berdiri di sini.  Tapi ada juga insan-insan yang cuba untuk membantu tapi niat dan semangat yang berkobar-kobar mereka itu tidak membantu untuk membantu saya dengan cara yang betul.  Faham?

Pengalaman inilah yang saya catatkan sebagai :

Hello u olls,

Kalaupun kita rapat dengan seseorang tu, tapi tak semestinya kalau kita pi nasihat dia tak pasai-pasai dia boleh terima. Nasihat akan jadi sesuatu yang bernilai sekiranya dipinta dengan ikhlas. Kalau tak pasai-pasai mai bagi ceramah kat telinga kita, silap haribulan kata-kata kita boleh menjadi punca seseorang tu jadi lagi down dan tiada dorongan.

Kepada u olls-u olls yang suka memberikan nasihat tak tentu fasal....(termasuk diri ku)...lebih baik kita mendiamkan diri dan lebih baik muhasabah diri sendiri apabila melihat satu kejadian di depan mata.

Love u olls!
So whenever u know,  u heard or u sees people with problem......this is my simple tips  :

  1. Cari masa yang paling sesuai untuk tanya mereka.  Tak semestinya secara berdepan.  Teknologi maklumat seperti wassap / call boleh dijadikan media pengantara.

  2. Be polite dan simple.  Tak payah nak berfura-fura.....

    "Hello u olls...lately i heard/sees/tengok u olls ni macam lain sangat.  Macam ada masalah...ada apa-apa yang u olls nak share dengan i?"

    Janganla macam ni...."Hello u olls...canteknya u olls hari ni....ermm....dah makan??? Erm....rindula kat u olls...ehk...awat u olls tak mau makan? Tak lalu ka?  Laa...pasai pa tak lalu makan?  Ada masalah ka? Cerita mai...cerita mai....." SANGAT JARUM!


  3. If that person refuse to tell her/ his problem.  Jangan paksa.  Just kata "Its okay....aku faham mesti susah hang nak luah.  Tapi apa pun...hang kalau nak cari kawan...aku kan ada...."


  4. Jangan tiba tiba terus bagi nasihat ala-ala ceramah.  Lebih teruk kalau tiba-tiba u olls masukkan bab-bab Allah dan agama.  Bukanlah tak bagus,  tapi cara itu tanpa disedari boleh membuatkan seseorang itu rasa sangat sensitif dan lebih  rasa berdosa.  So daripada u olls nak bagi ceramah agama....terus secara tak sengaja menyebabkan peratusan sesorang itu untuk bunuh diri naik sebanyak 349834%.




  5. If u heard a friend of friend is having a problem.  U are not close to him / her.  Tapi u have a work connection to her/his.  I know u are concern with her / his problems...tapi please treat dia normally.  Jangan treat dia macam dia ada masalah besar.


    Sebab dia (yang sakit tu) tak pernah bagitau pun kat u sendiri yang dia bermasalah.....u pun dengar daripada orang kan?  Tahukah u olls,  kalau u olls layan dia secara normal....orang itu akan rasa lebih bersemangat dan rasa 'masih diterima' di dunia ini.  
  6. Senyap sahaja dan jangan sebar cerita.  Ini adalah masalah society.  Kita memang suka gossip dan skandal.  So benda benda macam ni memang hebat disembangkan.  Kalaupun u olls rasa,  benda tu tak ada masalah pun kalau nak cerita kepada rakan kepada rakan di pejabat yang lain,  tapi siriesly...u takkan tahu betapa kecilnya dunia ini.  Saya harap u olls bayangkan,  u olls berada di tempat si pesakit.  "U olls nak tak cerita u olls disebar kepada semua orang?"

So i thinks that's the thing that i can share something yang maybe tidak ada dalam mana-mana buku psikologi.  Siriesly,  seorang ahli psikologi,  tak perlukan master degree ataupun Ph.D. untuk menjadi seorang pakar dalam bicara hati.  Dengan keikhlasan dan rasa rendah diri adalah teras paling penting untuk menjadi seorang ahli psikologi yang baik.  

I remember when i was in my 'dark hours'....seorang gadis berkata kepada akak "Kami tak sangka ampa boleh down macam ni...selama ni kami ingat ampa kuat.  Ampa selalu bagi semangat kat orang.  Ampa selalu tolong orang...tapi awat bila ampa down.....ampa jadi macam ni,"

Kata-kata gadis itu macam pedang samurai yang menusuk masuk dalam jantung akak.

Tapi dia tak salah.  I never salahkan dia.  Pikir balik...apa yang dia kata kat akak ni memang macam satu pujian.  Cuma dia lupa...Doctors pun boleh dapat demam :)


To all of my friends who were with me semasa di bawah....hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian semua.  To my beloved husband,  En.  Khafi......mungkin ini bukan masa kita lagi.  Dan kepada kawan-kawan yang sudah pergi dari hidup saya....im going to miss u and i doakan u olls always yang terbaik dalam hidup mu.  I olls mungkin tak faham mengapa kita boleh jadi macam ni,  or mungkin i olls faham.  Tapi biarlah masa heals everything antara kita.  Actually lebih baik u olls pergi dan mendiamkan diri daripada jenis kawan yang BILA SUSAH DAN NAK SESUATU....BARU NAK MAI CARI KITA MACAM KAWAN BAIK.  Musibat semua tu.....

ps/  At the end of the day,  Allah ada dengan kita.

Love,
Jumie Samsudin

2 comments:

  1. aku feeling sangat apa yg kau rasa jumizah....i mean i've been through kinda same situation rite now in this time of life...apa yg aku mampu buat hanyalah..diamkan diri & cuba ignore saja segala negativiti itu...aku harap kau tabah & kuat senantiasa...do more things that makes u happy! ada pepatah inggrish mengatakan.."weak people revenge,strong people forgive,intelligent people ignore"...cuba renungkan dgn mendalam maksudnya...luv u jumie---M.A.E

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...