24.10.13

Movie Review : The Intouchables

Hello u olls,

Cerita ini akak tengok dalam HBO.  Lani ada juga duk ulang dua tiga kali.  Sorrylah baru lani nak share dengan ampa.  Memang betuila kawan akak maki akak  "Hang lani pemalaih nak update...hang kena kongsisten,"  kata Nonie kuruih....ermm...sabarrr jer laaa!!

Okay,  so cerita The Intouchables ini adalah filem bahasa Perancis yang merupakan bahasa ibunda untuk Mama Regina.  HEHEHE.  Kan????  So why i like this story?  Jom baca more.



Sinopsis :

  1. Cerita ini mengisahkan tentang Philippe Pozzo di Borgo seorang duda aristokrat Perancis yang paralyzed seluruh badan kecuali leher dan kepala.  Dia paralyzed sebab kemalangan ketika paraglyding bersama isterinya.  Dia ada rumah agam yang besar dan mempunyai ramai pembantu di rumah.  Tapi dia nak cari lagi sorang pembantu / nurse untuk jaga dan duduk dengan dia.



  2. Macam mana ka,  masa sesi temuduga terbuka dijalankan dirumahnya yang besar,  maila seorang lelaki kulit hitam yang macam penyanyi hiphop masuk ke dalam bilik temuduga.  Dia bukan mai nak minta kerja,  tapi dia nak tandatangan daripada pihak Philippe untuk mengesahkan dia 'cuba mai minta kerja kat sini tapi tak berjaya".  Tandatangan dan pengesahan ini adalah penting untuk orang yang menganggur macam Driss (oh..nama dia Driss) untuk mendapat bantuan elaun daripada kerajaan.


  3. Keberanian dan cara Driss bercakap dengan Phillipe menyebabkan Phillipe secara sinis mencabar Driss bahawa dia tidak mampu untuk tahan kerja di sini selama 2 minggu.  Atas cabaran itu,  Driss pun bekerja sebagai nurse untuk Phillipe.

  4. Selama dua minggu itu,  dia bagi mandi Phillipe,  suap makan,  buka surat,  pergi jalan-jalan dan macam-macam lagi.  Lepas cukup 2 minggu,  Phillipe pun terima Driss sebagai pekerja tetap.  And bermulalah pelbagai advencer antara depa berdua.



  5. Ada rakan-rakan yang juga aristorat juga cuba memberikan warning kepada Phillipe tentang identiti sebenar Driss.  Depa dedahkan bahawa Driss adalah seorang bekas banduan dan pernah buat macam macam aktiviti jenayah.  Tapi Phillipe tak kisah,  dia kata,  selagi dia buat kerja dengan elok.  Aku tetap akan bagi dia kerja dengan aku.


  6. Lama-kelamaan,  masalah keluarga Driss membuatkan Driss rasa serba salah untuk terus tinggal dan bekerja dengan Phillipe.  Dengan hati yang berat,  Phillipe melepaskan Driss untuk kembali menjaga keluarganya (ibu dan adik-adik).  Driss yang dulunya seorang yang tak bertanggungjawab dan suka melepak,  kini jadi seorang abang yang baik dan mencari pekerjaan yang lain untuk menjaga keluarganya.


  7. Phillipe pulak...sejak Driss takdak....dia jadi down.  Macam-macam nurse mai ganti tempat beliau.  Tapi semuanya tidak tahan lama.  Sampailah satu hari,  Phillipe mengalami masalah pernafasan pada waktu malam dan terus menghubungi Driss dengan kadar segera.


  8. Scene cerita ini berakhir apabila Driss bawa Philippe untuk keluar makan tengahari dengan seorang rakan pena perempuan yang sangat HOT!!




Kenapa I olls suka cerita ini?
  1. Of course sebab banyak pengajaran yang kita boleh ambil daripada cerita ini.  I olls sangat sensitif dengan hal-hal OKU.  I olls rasa sangat dekat dengan cerita ini.

  2. Omar Sy pelakon yang memegang watak Driss dalam cerita ini menang banyak anugerah.  Malah dia menang anugerah pelakon lelaki terbaik dalam César Award 2012
    mengalahkan François Cluzet yang memegang watak Phillipe dalam cerita yang sama.

     Abdel Sellou dan Philippe Pozzo di Borgo.

  3. Real person dalam kisah benar ini adalah Philippe Pozzo di Borgo dan Abdel Sellou. Tapi, Abdel Sellou adalah seorang French- Algerian. Dia bukan African macam dalam cerita ini. Depa amik juga Omar Sy untuk pegang watak ini kerana Omar Sy adalah pelakon komedi yang hebat sekarang di Perancis. Ala-ala Zizan Razak la kat Malaysia.

  4. One of the biggest thing yang diajar dalam cerita ini adalah Phillipe kata "Aku terima Driss sebagai pembantu aku sebab dia layan aku macam biasa...bukan layan aku sebab aku cacat," Haaaa! Sila pikiak sendiri ya u olls.
  5. Cerita ini sangat touching!  Tapi banyak scene funny.  Akak sangat suka cerita ni.  Banyak kali ulang tengok...sebab akak kan ada Astro Decoder gitu. HAHAHA.....

Scene Lawak Dalam Cerita Ini  :

  1. Maserati
    Scene ini adalah lawak tapi mencelakakan.  Kerana,  pada hari pertama Driss nak bawah Phillipe buat check up di hospital (or keluar pi mana-mana i olls tak ingat),  dia disuruh drive kereta yang mesra kerusi roda dengan simbol OKU dibelakang kereta itu.  Driss kata "No...aku tak mau bawak kereta ni....hang gila!!  Ni apa??"  Pastu dia tunjuk kat sebuah kereta berselubung di sebelah.  Kereta itu happened to be sebuah kereta mewah Maserati.  HAHAHAHA...dia teruih dukung Philippe masuk dalam tu and depa pun drive around naik Maserati u olls.






  2. Teko Panas
    Driss ni memang suka main-main.  Dia actually macam endah tak endah sahaja dengan condition Phillipe.  So in one of those days,  dia terbagi jatuh teko panas kat kaki Phillipe yang sedang tidur.  Dia macam terkejut sebab Phillipe macam tak rasa apa and dia duk tidur saja.  Pastu Driss pun buat eksperimen sains...dia tuang ayak panaih kat kaki orang tu.  HAHAHAH...celaka kan??? Sampai Phillipe terjaga dan kata "Hang dah habis dah main?"




  3. Lukisan Mahal
    Satu hari,  Driss teman Philippe pi galeri seni lukis.  Driss macam terkejut sebab Philippe sanggup beli satu lukisan yang sangat simpel ini dengan harga puluhan ribu Euros.  Driss kata "Macam mana hang boleh suka gambar ni?  Aku tengok macam pelukis ni macam dia baling darah hidung dia saja......"  HAHAH celaka kan?  Haa okay.  Pastu ampa perasaan tak Driss duk pegang satu beg plastik kuning.  Beg itu ada cokelat M&M.

    Philippe minta kat dia..."Mintak cokelat satu..."

    Pastu Driss kata "Takdak tangan takdak cokelat...." HAHAHAH siyeee dak???



  4. Tukang Urut Exotic
    Satu hari,  Driss tanya kat Phillipe.. "Hang dah paralized satu badan...so macam mana hang nak rasa terangsang?"  HAHAH bodonya deni berani tanya benda benda macam tu.  Dah la tanya kat boss sendiri kan?  Pastu Phillipe kata,  dia akan rasa terangsang kalau perempuan pegang,  belai atau bisik kat telinga dia.

    So,  Driss hire dua orang tukang urut exotic.  Satu untuk urut dia.  Satu lagi untuk urut telinga Phillipe.  ONLY TELINGA SAHAJA.  HAHAHAHAH




Begitulah kisahnya.  Hope u olls ambil peluang untuk tengok cerita ini. 

ps/  KITA SEMUA ADALAH OKU

Love,
Jumie Samsudin



2 comments:

  1. touching nye baca ulasan jumie td..lps bc ni terus rs akan lebih menghargai orang2 oku ni..

    ReplyDelete
  2. Bestnya uolssss. Harus aku tgk ni.

    Keep on bg review cerita best gini. Hip hip hore

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...