17.10.13

My Trip To Singapore 2013 : Nanyang Technology University

Hello u olls,

The last universiti yang kami pergi adalah Nanyang Technology University.  Terletak jauh di kawasan perumahan Jurong,  Singapura dan merupakan sebuah universiti yang bagi saya begitu mengalu-alukan ketibaan kami.  Menaiki MRT East West Line,  kami turun di Pioneer.  And seperti biasa,  kami menaiki shuttle bus untuk masuk ke kawasan universiti.  Dalam perjalanan kami melalui beberapa kawasan perumahan Jurong yang sungguh kemas dan teratur.  And yes of course,  bersih.


Dari MRT Pioneer,  kami boleh nampak bangunan ini.  Sungguh besar bangunan untuk Kelab Alumni mereka.  




Apabila kami masuk kat dalam kawasan Universiti,  kami nampak banyak bangunan yang besar-besar dan ada satu bangunan yang sangat unik.  Bangunan ini menjadi mercu tanda kepada Nanyang Technology Universiti sepertimana KLCC menjadi mercu tanda kepada Malaysia.  Akak tidak dapat ambil gambar dengan cantek sebab banyak pokok dan kedudukan akak sangat tak sesuai.  So akak cilok satu gambar ni dalam Internet.  Ampa tengok ni.

School of Art, Design, and Media

Bangunan yang sungguh unik dan cantek ini merupakan bangunan untuk School of Art, Design, and Media.  Sangat sesuai!  Bangunan ini mempunyai bumbung berumput!  Bukan saja-saja untuk orang naik atas tidur tidur atas rumput tu,  tetapi juga untuk menyejukkan seluruh bangunan.  Bangunan ini sangat popular,  mendapat review yang baik daripada peminat senibina dan tidak pelik apabila kami dimaklumkan bahawa bangunan ini telah mendapat banyak anugerah dalam pertandingan senibina di peringkat antarabangsa.





Setelah sampai di bangunan pentadbiran,  kami diberikan penerangan oleh pegawai mereka tentang lokasi-lokasi bangunan dan sebagainya menggunakan mini model of NTU.  Mudah sungguh buat model macam ni.  So kami tak pergi jalan-jalan dah.  Tak larattt dah u olllls!  Siriesly,  kaki dah macam nak terkeluar.  Kalau bukan sebab kena menapak sana sini naik MRT dan most of the time kena berdiri dalam train sebab takdak tempat duduk.........kami boleh kot buat tarian ballet satu kampus.



Pendek cerita,  kami masuk meeting.  Bla bla.  Yang tu takpayah la cerita kat ampa kan.  


Akhir sekali,  terimalah gambar akak posing dengan kasut Mizz Nina.  Sekian!  Esok ampa tunggu akak cerita pasai jalan-jalan lain di Singapore.

Love,
Jumie Samsudin

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...