17.10.13

My Trip To Singapore 2013 : National University of Singapore

Hello u olls,

Baiklah,  semalam ampa dah baca pasai SMU kan?  Hari ni akak nak cerita pasai jalan jalan di National University of Singapore ataupun NUS.  Universiti ini telah ditubuhkan seawal tahun 1905.  Merupakan universiti awal pada zaman Malaya lagi dan melahirkan ramai alumni yang hebat-hebat di Asia antaranya mantan Perdana Menteri Tun Dr.  Mahathir Mohamed yang mendapat latihan dan pendidikan awal dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine,  Singapore yang merupakan sebahagian daripada NUS sekarang.

Daripada Little India,  kami naik MRT menuju ke hentian MRT Yellow Route di Kent Ridge dan kami tiba betul betul di hadapan lobi National University Hospital.  Kelihatan beberapa staf hospital menunggu di satu ruang khas di dalam subway mungkin menunggu ketibaan pesakit yang mempunyai kes kes kecemasan ataupun yang mempunyai kesusahan untuk bergerak sendiri.  Bagus sungguh laaa.....  Bersedia!

Selepas turun keluar daripada subway,  kami pun menuju ke stesen bas terdekat.  Di sini kami boleh naik apa sahaja bus yang menulis NUS.  Kerana bas bas shuttle ini akan angkut sapa saja secara percuma untuk masuk ke dalam kampus.  Bersesaklah kami dan berebutlah kami untuk naik bas bersama sama rakan pelajar NUS.  Aduyai.......itulah kisahnya akak,  Aishah dan Abang Rosli terlepas daripada rombongan Cik Kiah kami.  Sabarr je la....



Pemandangan ruang masuk Hospital NUS yang sungguh cantek dan kemas.





Selepas terlepas lebih kurang 20 minit dibelakang,  kami akhirnya dapat sampai ke bangunan Shaw Foundation,  Alumni House.  Disebabkan lewat,  akak tidak masuk ke bilik meeting. Biarlah they they olls lain yang attend.  Akak tunggu kat bawah.  Later on,  akak follow ikut tour sahaja.


This is Ms.  Carmen (ehk...betul ke nama tu.  Aku ni cipta sahajaa.....) dia bawa kami pusing-pusing campus Bukit Timah yang seluas lebih kurang 1.5 kilometer persegi.  Kalau nak banding dengan Universiti-universiti kat Malaysia ni,  memang depa jauh lebih kecil.  Tapi kalau nak banding dengan USM Kampus Induk lebih kurang je saiz kedua dua kampus ini iaitu 2.3km persegi.  Kedudukan bangunan juga rapat-rapat dan banyak pokok-pokok.



Apabila ditanya tentang pokok-pokok kat dalam NUS,  akak tanya kepada Ms.  Carmen,  pernah tak ada kes pokok tumbang ataupun dahan pokok jatuh atas kereta / bangunan dalam NUS.  Dia cakap,  so far dia tak pernah dengar such cases kerana dia pasti semua pokok-pokok dalam NUS dijaga dengan baik.  Kat USM kita dah selalu dengar pasai pokok tumbang atas kereta dan sebagainya.  Pihak Pembangunan pernah menyatakan,  setiap pokok yang hendak ditebang / di trim kena ada 'kelulusan' khas.  Tapi baru-baru ini sebab musim hujan,  akak buat report kepada pihak Pembangunan suruh mai ushar tengok pokok-pokok besar depan International Office yang mana bila hujan lebat,  banyak ranting-ranting reput yang jatuh ke kawasan tempat letak kereta.

Esoknya,  orang Pembangunan datang dan tanya kat akak "Dahan pokok mana yang nak tumbang?"  Hai...................jenuh jugaklah akak nak kena explain kat pegawai tu.  "Tak ada spesifik pokok yang nak tumbang.  Cumanya,  saya report kepada pihak Pembangunan sekadar berwaspada agar datang periksa pokok-pokok kat sini.  Takut nanti esok lusa sebab hujan tiba tiba ada pokok tumbang atas kereta..."

Sampai lani takdak apa-apa feedback.  Sapa-sapa orang Pembangunan USM yang baca ni,  sila take note.


Seterusnya,  Ms.  Carmen membawa kami ke kawasan yang dipanggil University Town ataupun U Town.  U Town telah dibina sekitar tahun 2011 dan merupakan satu kawasan baru yang menggabungkan kehidupan seharian pelajar dengan pendidikan yang sedia ada di universiti.  Konsep dia sangat simple,  satu kawasan dimana pelajar dan dewan kuliah dan segala kemudahan lain berada di satu tempat yang kondusif dan nyaman.

Kawasan baru ini dilengkapi dengan dua kawasan residensi,  kawasan study area,  dewan kuliah,  riadah dan juga tempat makan.  

Kami semua terlopong besar apabila melihat kecantikan U TOWN ini!!


Kawasan ini adalah macam laluan utama lalu lalang pelajar ke stesyen bus.  Kat sini ada Subway,  satu Korean restaurant dan coming soon - Wendy's.  Kawasan ini tidak panas kerana struktur bangunan secara tidak langsung menjadi teduhan kepada para pelajar.  Selain itu,  struktur bangunan ini juga telah membuatkan kawasan ini berangin!


Kami mulai melangkah masuk ke kawasan U Town.  Tengok noks.......pokok kaduk jadi hiasan gitu.  Akak tanya kat Carmen "Do you know what plant is this?"  Haruslah dia tak tau.  Akak pun explain kat dia.  Dia pun terkejut bila akak bagitau pokok ni boleh dimakan.

Padang ditengah-tengah tu adalah kawasan riadah.  Para pelajar boleh lepak kat situ,  main frisbee,  baca buku or tidur tidur.  And siriesly...padangnya sangat cantek okay!


Keliling padang ini dihubungkan dengan jalan berbumbung.  So...walaupun hujan...no problem u olls!  Akak sangat suka lalu kat bawah ni.  Yes,  jalan di bawah bangunan ini adalah luas dan berangin.  Memang artitek telah bina khas supaya menghala angin secara semulajadi ke dalam bangunan ini.


Kitar semula fabrik!!  


Kakak gemok ni nak tumpang posing sekejab.  Sorry ehk.....





Empat gambar kat atas merupakan beberapa gambar yang menunjukkan kawasan residensi pelajar yang terdapat di U Town.  Ko nak nangis tak noks?  Kalah apartment mewah kat Penang ni ya.  Siap dengan lanskap ala-ala tropika gitu.  

Kepada adik-adik yang duduk kat asrama di USM,  UPM dan sebagainya,  u olls janganlah nak sentap-sentap bagai.  Kau mampu bayar RM20 ribu satu semester.....ko dapatlah asrama cantek gah macam ni.  Pinjam duit PTPTN pun tak mau bayar...takpayahlah nak bising-bising nok.  Syukurlah kita ada juga tempat berteduh yang selesa untuk tidur dan belajar.  


Abang Rosli,  posing depan salah satu dewan khas untuk kegiatan pelajar asrama.



Bangunan kat depan tu......kat situ ada macam-macam lagi kelengkapan pelajar seperti ...haa!  Jom tengok gambar kat bawah.  Tapi kat gambar atas tu,  kanan atas...yang warna biru tu adalah swimming pool!


Indoor rock climbing!  Untuk pelajar dan staff. :)


Abang-abang mat salleh duk catwalk nak pi kelas.  Sajiaaa amik gambar ni.


Haa...cantek tak dinding ni?  Itulah display entrance ke cafe.  Kerlas tak??



Food court U Town!  Sangat meletops.  Bersih dan harganya quite murah.  Ada banyak choices halal kat sini.


Disebabkan akak sental chicken sandwich masa kat Alumni House tadi,  maka akak pun tak boleh la nak melantak lagi.  So akak minum jus mangga ni je.  Harga SGD 1.8.


Satu peranan korporat sosial responsibilities berlaku di sini iaitu kemudahan pengasihan bekas makan untuk makanan halal dan non halal.  


Nurul and Abang Rosli makan di bangku yang melihat kepada pemandangan yang cantek.  Best kan!!


Akak haruslah makan sebelah boss,  Dr.  Anees.  Bodek u olls.



Dr.  Pitt posing depan satu dewan kuliah.  Tapi kami tak masuk.  Lecture in progress katanya.  


Nurul posing atas basikal.  Setiap basikal ni ada dia punya lesen / permit ya.  

Kesimpulan daripada lawatan ini adalah  :

  1. I love the fact that setiap perincian pada pembangunan insfrastruktur di U Town NUS adalah sangat lestari (sustainable).  Tidak bewarna warni,  tidak terlalu trendy and yet,  setiap perincian itu bersebab dan memudahkan malah menyelesakan penghuninya.
  2. Setiap perhubungan pejalan kaki daripada U Town ke kampus utama NUS dihubungkan dengan jalan-jalan berbumbung dan berbukit (bukan bertangga).  Amat menyelesakan pejalan kaki,  menggalakkan pelajar untuk excercise dan paling penting,  memudahkan mobiliti para pelajar OKU.
  3. Mereka tidak ada masalah PARKING!!!!
Sekian sahaja!

Love,

Jumie Samsudin

1 comment:

  1. agreed! kat malaysia ni sume nak meletop, tp sume nak free.. lalalalala~

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...