18.10.13

My Trip To Singapore 2013 : Saree Shopping, Tulang Merah and The Best Murtabak in The World!!

Hello u olls,

Dah habis dah cerita we olls jalan-jalan dalam Universiti di Singapore.  Hebak - hebak kan?  Baiklah,  habis cerita pasai kerja semua u olls.  So hari ni akak nak cerita beberapa kesempatan kami berjalan-jalan di kota Singapura.  Walaupun penat dan masa yang ada sangat suntuk.  Tapi okay la.....akak dapat juga berjalan-jalan dan meng-observe kota dan penghuni negara Singa ini.

Jom tengok cerita Saree Shopping,  Tulang Merah and The Best Murtabak in The World!!!


My boss,  Dr.  Anees memberikan pose meletops kepada camera Blog Jumie Samsudin.Com.  Setiap hari,  kami akan lalu pasar ini yang terletak berdekatan dengan MRT hentian Little India.  Akak suka dan kagum melihat sayur-sayur kat sini.  Sayur dia sangat gemok-gemok dan cantek-cantek dan segar.  So happy melihat sayur mayur ini semua.

Sapa boleh setuju dengan teori akak  : Semua sayur first class di Malaysia diterbangkan ke Singapura dan negara jiran lain?  Sayur second class baru dijual untuk rakyat Malaysia?

Who can confirm this?








Beberapa gambar yang akak rakam di sebuah jalan yang terletak di tengah-tengah Little India.  Perhiasan perayaa Deepavali untuk tahun ini menyerikan jalan yang sibuk ini.  Tapi sibuk macam mana pun,  akak tak nampak pun motorsikal memandu macam orang gila ataupun kereta yang memecut tanpa mengikut lane yang tak ketahuan.  Semuanya nampak laju tapi tak caca marba.

And yes,  macam kat Little India di Penang.  Bau rempah dan wangi-wangian kayu cendana tetap sama macam di Little India Singapore ni juga.  And the smell welcomes you as you arrive at the Little India MRT station.  Mejik u olls!





Perhiasan bunga malai yang sangat cantek!!  Wangi dan sungguh bewarna warni!!

Saree Shopping in Little India



Later on,  secara tak sengaja,  akak menemani Dr.  Pitt untuk shopping saree for his wife di Little India.  Kami punya buka satu persatu.  Macam fesyen dan trend yang ada.  Akak sempat memberikan beberapa tips berguna kepada Dr.  Pitt dalam membeli kain saree yang meletops.  Jenis kain,  jenis warna,  kebebasan untuk menggunakan saree untuk dua atau tiga pasang baju dikongsi dengan lelaki anak dua ini.

At last,  kami settle down dengan sepasang saree yang sungguh meletops.  Ada embroderi.  Ada manik dan ada lace.  Warna yang agak garang tapi seingat akak,  sesuai untuk isterinya (akak ingat dan pernah tengok isteri Dr.  Pitt dalam gambar beliau yang berlambak-lambak di pejabat Dr.  Pitt).

Kami dapat SGD101.  Dr.  Pitt berkeras duk minta diskaun dengan abang tu.

"Dr....takpayah minta diskaun pun takpa....saree macam ni...kalau kat Penang ...mau nak kena RM450!!  Tapi ini lagi meriah.....baru RM200 kot,"

Dr.  Pitt ikut cakap akak dan dia berpuas hati dengan pembelian beliau pada hari itu.  Hadiah yang cukup bermakna buat isteri yang penat menjaga anak-anak tersayang di rumah.





Kisah Tulang Merah

Seperti Penang,  Singapura juga sebuah kota yang popular dengan street foodnya.  Akak ternanti-nanti untuk rasa dan makan makanan yang hebat-hebat di Singapura ini.  Sebagai peminat TLC,  AFC dan Asian Food Network,  akak selalu disajikan dengan pelbagai informasi tentang street food di Singapore yang sedap sedap belaka.  Ada similariti dengan hawker's food in Penang,  tapi olahan orang Singapore adalah berlainan.  

Ketika makan malam di sebuah kedai mamak yang terletak berdekatan dengan hotel kami iaitu Arianna Hotel dan Lofi Inn,  akak telah memesan Tulang Merah satu pinggan dengan roti.  Tulang merah adalah gear box (tulang kaki lembu) yang dimasak dalam kuah bewarna merah macam kuah pasembor kat Penang.  Malu alah akak apabila semua kawan-kawan macam amazed dan terkejut dengan pesanan akak yang gah itu "Wehsss....Jumie!  Hang order apa tu.................."  Malah Dr.  Pitt pun order satu set untuk meja depa.

Tapi perasaan akak bercampur gaur.....pada satu point akak rasa macam bangga sebab akak order macam local people gitu berbanding kawan-kawan akak yang duk order benda benda cliche seperti nasi dan mee goreng,  pada point yang lain,  akak tersangatlah SEGAN DAN RASA MACAM NAK TENDANG MUKA AKAK SENDIRI apabila rakan sebilik akak yang duduk semeja dengan akak adalah Kausi,  seorang wanita beragama Hindu.  Hindus tidak makan lembu!!  Akak rasa sangat biadap kerana meng-order makanan itu.  Akak curi-curi melihat lirik mata Kausi yang sangat cuba untuk be cool.  Belum sempat akak berkata apa,  Kak Roslina mencelah "Sorry ya Kausi...hope Kausi tak kisah kami makan ni...."

Kausi pun geleng-geleng kepala dan kata "Its okay...."

Thank you Kausi.  Oh sampai lani rasa bersalah kat wanita ini.  Dahla baru nak berkawan-kawan rapat dengan teman sepejabat.  Apalah kau ni JUMIZAH!

Tips  :  Hidangan tulang merah ni ada dua jenis.  One is sup tulang and one is tulang merah.  If you order tulang merah,  so u akan dapat macam yang akak beli ni.  Kalau u beli sup tulang,  dia ada banyak lagi gravy.  Best eat with tangan :)  Jangan malu untuk jilat. Terdapat di banyak kedai-kedai ala mamak stall di Singapura.  Tapi yang kami makan di MBS Muslim Thai Food Restaurants Little India adalah sangat sedap.  Harga lebih kurang SGD8 dan ke atas.



Posing dalam segan.

Akhirnya ranap juga

The Best Murtabak in The World!!

In one of our night in Singapore,  Dr.  Anees sekali kali mengarahkan kami berjalan beramai-ramai untuk makan kat satu lokasi yang dikatakan menyajikan murtabak tersedap di dunia.  En.  Khafi adalah peminat murtabak no 1.  Kalau pi mana-mana dan ternampak orang jual murtabak,  harus beli bawak balik.  For me,  the best murtabak in the world adalah murtabak Kedai Mubarak di Sungai Pinang,  Penang.

Tapi bila Dr.  Anees kata "Jom kita pi makan the best murtabak in the world,"  akak macam sentap sat bagi pihak my best friend Nizal Ashrif iaitu anak kepada pemilik Kedai Murtabak Mubarak di Sungai Pinang.

Tapi bila dah sampai kat Restaurant Tasneem yang terletak di 709 North Bridge Road,  berdekatan Arab Street.  Betul betul depan Masjid Sultan,  Kampung Glam.  Kami semuanya yang sedang kelaparan seperti singa pun mengorder murtabak daging dan ayam.  Ada juga murtabak rusa,  tapi i tak tau pasai pa takdak sapa pun kami yang order.

Dan apabila murtabak sampai...........MASYA ALLAH....punya sedap.  Rasa dia sangat different.  U can rasa the daging,  the bawang,  and the tepung tanpa diganggu dengan minyak / planta.  Sebenarnya,  murtabak Tasneem dimasak dengan minyak zaitun.  Kerlasss noksss!

Tips  :  Satu murtabak ayam / daging harga 5SGD.  Boleh share dua / 3 orang.  

Sultan Mosque in Kampong Glam – Singapore


Zack gila dan Dr. Pitt.

I ordered nasi briyani dia juga.  Sedap..........tapi rasa macam menyesai makan sebab i olls terlalu kenyang! Sampai sebu.


Begitulah hendaknya akak mengakhiri artikel ini dengan gambar-gambar murtabak yang sungguh menyayat hati.  Minta maaf kepada u olls-u olls yang membaca blog akak ini dalam keadaan lapar.  HAHAHA baru ampa ada akai.  Aku suruh komen kedekut..maka terimalah gambar makanan yang sedap.

Sekian,  nantikan catatan pasai USS dan kesimpulan pasai Singapura :)

Love,
Jumie Samsudin

2 comments:

  1. perghhhhhhhhh..sedap nyeeeeeee...terliur liur ni..rasa cam nak jilat screen komputer ni....
    huhuhuuuuu

    ReplyDelete
  2. hat tulang merah tu..hgpa sedut pakai STRAW dak masa makan dia?? hehehe

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...