15.10.13

My Trip To Singapore 2013 : Singapore Management University

Hello u olls,

Beberapa minggu yang lalu,  I olls telah mengikuti sebuah program work trip ke Singapore bersama rakan-rakan pejabat baru akak iaitu Pejabat Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa and of course International Office of USM.  Objektif lawatan ini adalah untuk membina jaringan kerja antara staf admin di pejabat yang menguruskan hal ehwal antarabangsa di Universiti-universiti di Singapore selain itu mempromosikan beberapa program pertukaran pelajar yang dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia.

Program kami berlangsung dari Khamis dan Jumaat.  Sabtu kami jalan-jalan Singapore,  and pada hari Ahad kami bertolak balik ke Penang semula.

Pada mulanya,  akak tidak mahu mengikuti program antarabangsa ini kerana akak baruuuuuuuuuuuuuu jer masuk office ni and akak takdak duit sangat chu olls.  Dah gigih pula ke nak datang jauh jauh ni.  At least nak la ada seribu dua dalam tangan.  Baru gembira di hati.  Kalau tak duk rasa fana sahaja.  Tapi atas dorongan my boss,  akak pun rasa macam okaylah!! I followw!! Lagipun....kami dapat duit poket (elaun makan) lebih kurang RM300.  Tukar-tukar dapatlah 100SGD.  Okay why not?


So jom kita bercerita tentang 3 universiti yang akak lawat.  Kerana......maybe u olls semua lagi banyak kali duk pi mai Singapore kan?  Pi USS,  pi Orchard Road,  tengok Singa Duyung...tapi maybe u olls tak pernah pergi masuk universiti-universiti kat Singapore.  Tahukah u olls bahawa,  universiti di Singapore adalah universiti yang bertaraf dunia.  Contohnya,  National University of Singapore adalah universiti ke 25 terbaik di dunia - ranking 2012.  Memang satu pengalaman yang sungguh bagus apabila berpeluang ke sini.


Singapore Management University

Apabila kami mula-mula tiba di Terminal 1,  Cangi Airport kami pun naik bus dan terus ke Little India,  lokasi hotel kami.  Lepas punggah letak semua bagasi,  kami pun terus naik MRT dari Little India ke Bras Basah.  Kami tiba betul-betul di dalam subway di bawah bangunan pentadbiran Singapore Management University (SMU).  Kerlas noks.....sangat kat New York mak rasa.  Turun MRT terus naik tangga macam mana ka and terus sampai kat bangunan pentadbiran depa.

SMU terletak di Bras Basah,  betul betul di tengah bandar Singapura.  Kalau kat Malaysia,  kita biasa tengok bangunan universiti terletak dalam lokasi berpagar. Tapi SMU terletak betul-betul tengah bandar.  So no boundries,  no pagar.  Contohnya macam kalau kat Jalan TAR tu....Sogo is the admin building,  Jakel adalah library.  Haa ko faham?

Mak tak mau cerita banyak.  Aku tau ampa ni pemalaih nak baca.  Komen pun sejemput tahi,  apatah pula nak membaca tulisan akak yang akademik ni.  So akak letak je gambar banyak-banyak and description kat korang okay.



Sorrylah mak dressing skema sikik u olls. Seluar itam dan baju korporat katanya. Menapak la kami dengan peluh peluhan ni semua. Boss kami tak arrange van/kereta untuk menyenangkan kami ke sana ke sini untuk meeting, kami kena naik public transportation along the way. Yes, memang hazab! Kalau akak ada kaki macam Barbie Doll kan best? Cabut kaki sat dan urut sendiri. Tapi tak boleh noks. Menapak la kami semua selama dua hari. Thank god akak memakai kasut sport. :) Persis Mizz Nina kan akak?

So this is my picture di depan entrance ke bangunan pentadbiran, SMU.


Salah seorang pegawai pentadbiran SMU sedang memberikan simple warm welcome kepada kami sebelum dia meng-intro kami kepada seorang pelajar tahun 2 dalam bidang Ekonomi mereka iaitu Bob untuk membawa kami dalam SMU tour.  

Sorry ehk,  datang universiti besar macam ni,  walaupun kami datang dengan Pengarah kami iaitu Prof.  Madya Dr.  Anees Janee Ali,  tapi kami dilayan ala-ala jer noks.  Yang bawak kami tour pun hanya students.  Depa punya Dekan pun datang at last minute masa kat University Lounge masa kami buat simple meeting / discussion and of course depa serve kami some snacks.

Berbeza kalau kita menerima pelawat daripada luar negara di tempat kita,  kita akan hidang depa dengan pelbagai kehebatan makanan dan red carpet sebagainya.  In fact Dekan,  TNC dan segala pengarah yang ada perlu ada untuk memberikan layanan kepada tetamu istimewa ini.  

Bukanlah kerana mereka tidak sopan okay.  NO!!  They were very helpful dan mesra dengan kami,  cumanya kita kena faham inilah cara kerja mereka.  Orientasi barat.  Simple dan straight to the point.  No hanky panky bagai dalam urusan rasmi.


Bob (kanan sekali dalam gambar) sedang membawa kami jalan-jalan daripada Bangunan Pentadbiran ke bangunan lain.  Altogether,  SMU memiliki 6 buah bangunan.  Iaitu Lee Kong Chian School of Business,  School of Accountancy / School of Law,  Li Ka Shing Library,  School of Information Systems,  School of Economics / School of Social Sciences dan Bangunan Pentadbiran.  Semua bangunan ini bersambung dengan jalan-jalan bawah tanah (subway) yang juga menempatkan pelbagai kemudahan lain seperti kedai,  gym,  klinik dan sebagainya.  So,  walaupun hujan or ribut,  warga SMU tiada masalah untuk berjalan dari satu bangunan ke bangunan yang lain.  No problem.


Kebanyakan sign board utama di Singapura ditulis dalam Bahasa Inggeris.  Tapi banyak juga papan tanda ditulis dengan 4 bahasa iaitu Bahasa,  English,  Tamil dan Mandarin.  

Apabila berdiri di bawah sign board ini,  di tengah-tengah kawasan urbanisasi Singapore,  akak tak rasa pun macam duduk kat negara Asia.  Akak rasa macam ada di negara Barat.


Seperti yang akak ceritakan tadi,  jalan-jalan subway dan ground level di bangunan-bangunan SMU juga menempatkan pelbagai kedai dan kemudahan lain yang bukan sahaja untuk warga SMU malah untuk orang awam.  Tapi of coursela,  untuk kedai cenderahati,  cafe and restaurant dibuka untuk warga SMU dan orang awam.  Kemudahan seperti klinik,  gym dan perpustakaan adalah khas untuk warga SMU sahaja. 


Ini bukan Padini store ye.  Ini adalah kedai cenderehati SMU.  Kerlas tak noks?  I tak beli apa-apa ruginya!!  Sebab T shirt dia semua macam cool ala ala design GAP gitu.  


Kepada warga USM yang membawa blog akak,  u guys mesti tau pasai UPTOWN USM right?  Kawasan khas di mana para pelajar sendiri membina gerai makan / kedai dan sebagainya dan segala perniagaan diuruskan oleh pelajar sendiri. Haa...ini adalah cafe 4point3 sebuah cafe yang diuruskan oleh pelajar sendiri.  Walaupun sedikit mahal daripada kedai-kedai lain,  tapi ramai pelajar datang dan bagi support kepada perniagaan rakan mereka.  Akak dan rakan-rakan USM amat impressed dengan cafe ini.  Sangat bukan standard pelajar.  Ini dah sangat profesional u olls!



Seperti yang akak nyatakan tadi,  kesemua 6 bangunan SMU dihubungkan dengan jalan-jalan bawah tanah.  Tapi setiap ruang yang ada digunakan dengan sungguh baik.  Contohnya,  tangga ini menjadi ruang untuk para pelajar menjalankan pertandingan yang dipanggil So You Think You Can Host?  Kerlas tak u ollls?


Kalau kat USM,  ini adalah Pusat Sejahtera.  (Klinik Kampus)


Tangga besar ini terletak di salah sebuah bangunan (akak tak tau bangunan apa dah...sebab duk jalan kat subway je).  Tangga besar ini (seperti kata Bob) akan digunakan oleh pelajar untuk mengadakan macam-macam aktiviti seperti concert dan sebagainya.  Acara yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pelajar kat sini adalah,  setiap akhir semester,  sebelum datangnya minggu peperiksaan,  (end of study week),  semua pelajar akan berkumpul di sini untuk mendengar hiburan seperti live music dan sebagainya.  Depa panggil malam istimewa itu sebagai Starry Night.


Ini adalah pintu masuk ke gymnasium SMU.  Sangat besar dan boleh memuatkan almost 100 orang pada satu satu masa.  Kami tak dapat masuk tempat ni.  Tapi yang bestnya,  gym ini adalah ruang khas yang hanya perempuan boleh masuk :)


Nenjia rombongan Cik Kiah dari USM.  Ketwok laa kami dua hari penat u olls.



Sekarang kami masuk ke sebuah bangunan yang menempat dewan-dewan kuliah dan bilik diskusi. Kat ruang legar bawah ni,  ada banyak kerusi dan meja khas untuk para pelajar duduk buat rujukan dan sebagainya.  Sangat selesa dan luas dan tak panas.  


Apa yang u olls sedang tengok sekarang adalah dewan-dewan kuliah dan bilik diskusi.  Tapi sorry,  kat sini depa tak panggil dewan kuliah,  depa panggil dewan seminar.  Why?  Sat i cerita. 




Bob sedang memberikan taklimat tentang SMU kepada kami.


Kami berada dalam dewan seminar sekarang.  So now u understand why dewan ini dipanggil dewan seminar,  not dewan kuliah? Yes ampa pandai.  Kerana dewan ini bukan dibina agar pensyarah sahaja yang bising di depan memberikan kuliah.  Dewan dibina agar pembelajaran dua hala berjalan dengan lebih kondusif.  Pensyarah berpeluang untuk melihat semua pelajar yang attend kelas dia.

Sebuah kelas,  selalunya menempatkan 45 orang pelajar sahaja (itu adalah maksima).  Sila ambil perhatian kepada bahagian depan meja kayu pelajar,  ada parit kecil di bahagian kayu itu.  Well,  parit kecil itu adalah untuk pelajar menulis nama depa atas kertas dan diselitkan di situ.  So pensyarah senang nak panggil nama mereka nanti.  Setiap intipitasi pelajar sepanjang sesi kelas berlangsung,  sama adalah pelajar bertanya soalan yang bagus ataupun pelajar berkongsi pendapat dan input argument yang baik untuk sessi pembelajaran,  pelajar akan dinilai untuk perkara itu.  Kalau pensyarah ada assistant,  pembantu tu la yang akan catat semua soalan yang ditanya oleh pelajar sebagai penilaian.  Tapi ada sesetengah pensyarah,  dia akan suruh pelajar tu sendiri tulis I soalan dia tadi atas kertas dan dia akan buat penilaian later.  

Mungkin sebab itu para pelajar SMU contohnya Bob,  boleh bercakap dengan baik walaupun di depan tetamu dari luar negara.  Pembinaan personaliti yang baik daripada praktis ini.



TV besar di belakang kelas adalah untuk pensyarah tengok apakah slide show yang dia sedang paparkan tanpa dia perlu toleh belakang.



Apa sahaja yang u nak guna kat sini,  u just have to tag in your card.  :)


Bob sedang menceritakan kepada kami tentang bilik diskusi.  Depa ada banyak bilik diskusi macam ni untuk kegunaan pelajar.  Bilik ini lengkap berhawa dingin,  white board dan of course ada internet.  Tempahan bilik dibuat secara online :) Kat USM,  semuanya manual lagi kan?


Saja amik gambar ni untuk tunjuk kat u olls semua macam mana profesionallnya gambar depa diambil.  Gambar ini adalah ahli jawatankuasa SMU Business Student Society.  Kerlas tak npl?  Gambar pun ala-ala models gitu.



Para pelajar sedang melintas jalan.  And so are we going to another building yang menempatkan Li Ka-Shing Library.  SMU ada dua library.  Another one is Kwa Geok Choo Law Library.  So macam mana library ini semua mendapat nama?  Of course daripada insan-insan yang telah menyumbang kepada pembangunan universiti ini.  Ramai orang persendirian (ahli pernigaan yang kaya raya) akan bina yayasan dan bagi sumbangan seperti biasiswa dan bina bangunan dan sebagainya untuk universiti-universiti kat Singapore.



Sayangnya,  kami tak berpeluang untuk masuk librari ini.  Kesuntukan masa,  u see people.....disebabkan bangunan SMU semuanya terletak di tengah-tengah bandar Singapura,  dan seperti saya cerita tadi,  pelbagai kedai yang terletak di SMU adalah terbuka untuk orang awam.  Tapi untuk kemudahan SMU seperti library macam ni,  depa buat pintu macam ni.  Senang nak monitor sapa boleh masuk...sapa tak boleh!


Dari tingkat satu bangunan ini,  kita boleh nampak banguna putih kat depan tu yang happened to be Muzium Seni Singapura.  Dan kat tengah-tengah gambar tu ampa boleh nampak tak macam swimming pool? Its not swimming pool.  Itu adalah bumbung berair yang sebenarnya adalah bumbung untuk pejalan kaki yang nak naik MRT.  Satu sistem pencahayaan untuk bangunan bawah tanah yang sangat bagus.


Selepas melawat beberapa bangunan,  kami berjalan pulang balik ke bangunan pentadbiran.  Bangunan moden tapi masih ada ciri ciri hijau.



Dinding putih yang berada disepanjang jalan bawah tanah SMU tidak dibiarkan kosong.  Ada banyak pameran seni fotografi dan lukisan yang dipaparkan.  Tapi ada satu paparan istimewa yang menarik perhatian akak iaitu The Malaysian Chinese Board.  Depa letak baju sekolah,  baju PLKN dan gambar lukisan masa kat sekolah.  Guess what lukisan tu ??? Puteri Gunung Ledang.  Kau mampu!!!


By the end of the day,  kami dibawa ke University Lounge.  Sesi perbincangan yang dijalankan berlangsung secara santai.  3 orang staf daripada SMU memberikan penerangan tentang proses kerja mereka dan of course later on kami pun cerita part kami.  Since im new in HEAA and International Office USM,  akak tak banyak join the discussion sebab akak pun masih belajar.  Beberapa perbezaan dan juga SOP yang dijalankan oleh pihak SMU telah diambil perhatian oleh pihak kami.  




Kesimpulan  :

  • Memang tak bolehlah nak bandingkan kecanggihan dan kecantikan insfrastruktur SMU yang bernilai lebih kurang 250 juta Singapore Dollar ini dengan mana mana universiti awam di Malaysia.  Bayaran yuran untuk satu semester di sini adalah RM10 000 untuk warga Singapura manakala bukan warganegara Singapura,  u kena bayar RM20 000 satu semester.
  • Saya paling suka bilik seminar mereka.  Walaupun kecil tapi sangat praktikal dan kondusif.  Ciri ciri binaan mempunyai objektif yang menepati visi dan misi universiti.  If you can go to that detail.....no wonderlah perkembangan dan pembangunan sahsiah pelajar dan pendidik semakin maju.
  • Saya suka kerana SOP pejabat mereka kebanyakannya dijalankan secara online.  Paperless dan menjimatkan dalam banyak cara lagi.  Sistem online ini bukan saja memudahkan pihak pelajar dan universiti,  sokongan daripada kerajaan tempatan juga amat penting untuk memastikan perkara ini berjalan lancar.
For more info,  please look up this webpage  :  http://www.smu.edu.sg/

Okay dahh....nanti akak cerita yang lain pula.

Love,
Jumie Samsudin

2 comments:

  1. Terbaek! In sya Allah USM dapat maju dan develop sehebat University Antarabangsa!!! Just perlu management yang lebih mantap, dengan pelaksana visi yang lebih efisien :D

    ReplyDelete
  2. Penah mai sini jugak. Tak berpeluang masuk je sebab bukan student situ. Mampu tunggu2 jenguk2 luar je la...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...