18.10.13

My Trip To Singapore 2013 : Singapura, Kota Barat dalam Asia

Hello u olls,

So u olls dah tengok dan baca semua kisah kisah akak di Singapura.  Daripada cerita lawatan kerja sampailah makan-makan dan happy di Universal Studio.  Sebagai penutup dan catatan kesimpulan daripada semua pemerhatian yang akak lakukan sepanjang 4 hari di Singapura,  walaupun lawatan akak ini sangat ringkas namun segala tanggapan yang akak catat dalam fikiran akak tentang Singapura telah bertukar.

Kali terakhir akak menjejakkan kaki di kota Singapura ini adalah bersama ibu akak,  Kak Edeh dan adik akak iaitu Cakcing a.k.a Surianie.


Kami ketika itu berusia 9 dan 7 tahun.  Kami datang ke Johor Bahru untuk menziarah Tok Long (belah Kak Edeh) yang menetap di sini.  In one of the day,  Tok Long offer Kak Edeh.  "Kamu ada bawa passport?  Kalau ada jom pi Singapore,"

Esoknya,  kami 4 beranak pun menapak ke Singapura.  Tok Long bawa kami ke Singapura naik bas.  Akak yang masa itu baru 9 tahun merungut kepenatan,  "Mak...pasaipa kita kena beratur panjang nak naik bas,"  Kak Edeh pun menerangkan dengan tenang kepada akak bahawa kerajaan Singapura lain caranya.  Sesiapa yang naik bas tapi tak beratur akan kena denda / saman.  Kita juga tidak boleh memakan gula-gula getah malah tak boleh buang sampah merata-rata.  Akak yang sangat kecil waktu itu rasa macam takut pulak nak mai negara Singapura ni.

Tok Long bawa kami jalan-jalan makan dan tengok shopping mall di area Woodlands.  Kami tak jalan jauh.  Tapi yang paling akak ingat adalah,  akak makan ais kacang yang sebesar sarang anai-anai.  (Besiakkk gilaaa u ollls).  Tak ingatlah sedap atau tidak.  Yang penting rasa best sebab first time tengok ais kacang besar macam tu.

Lepas 20 tahun,  akak datang lagi ke Singapura.  Actually,  Singapura bukanlah salah satu senarai "Tempat yang ingin akak lawati sebelum akak mati".  Walaupun acapkali akak tengok album photo kakak,  saudara mara dan kawan akak yang selalu berlibur di Kota Singa ini.  Depa posing kat Marina Bay,  posing kat big globe Universal Studio dan macam-macam lagi.  Akak dan En.  Khafi lebih suka bercuti di kawasan kampung dan ada keindahan alam sekitar.  Kota-kota bising ni semua......tak payahlah.  Pening kepala sajaa.....

Pernah tak u olls dengar penyataan ini?  "Singapore tu negara Cina u olls!  Orang Cina suka la pi sana.....Cina saja-saja.  Melayu sana mana ada suara,"  gitu penyataannya.  I bet u olls mesti pernah dengar penyataan itu.  Entahlah sama ada u olls sendiri yang pernah menyatakannya sebab u requote apa yang orang kata ataupun u sendiri pernah bermastautin di Singapura.

Tapi bagi akak,  yang menetap di Penang (yang majoritinya Melayu tapi Cina lebih ramai kelihatan di bandar),  akak tak nampak Singapore sebagai sebuah bandar yang CINA!.  Akak nampak Singapura sebagai sebuah bandar yang sungguh barat.  Akak tidak pernah sampai ke Eropah ataupun Amerika.  Tapi akak pernah pergi ke Australia,  kira negara orang Putih la kan.

Kalau banding Singapore dan Perth...lebih kurang sama.  Bersih,  teratur,  maju.  Penduduknya pentingkan kesihatan dan mereka tidak ada masa untuk tengok 'kita Malaysian' atas bawah.  Depa focus,  berjalan pantas melalui lorong-lorong MRT untuk menuju ke destinasi yang diinginkan.  Mereka tidak ada masa untuk sembang kuat-kuat,  buat bising dan ganggu ketenteraman orang awam yang lain.  Peringatan kepada orang Malaysia yang naik escelator (tangga karen),  kalau naik terus rapat ke kiri,  kerana laluan kanan untuk pejalan kaki lain memotong dan jalan lebih laju.

Dulu,  akak pernah get offended kalau kawan-kawan Cina akak berkata "Im Singaporean...." and after being an exchanged student for one semester in one of their universities...depa terus bangga dan buang all the info pasai USM dalam FB they olls.  Akak sangat marah dengan gelagat kawan-kawan akak tu.  Tapi lani,  bila dah tengok negara membangun ini dan kecanggihan universiti mereka,  akak pun rasa macam nak suruh anak-anak akak masuk NUS or SMU nanti!  Gituuuuuuuuuuuuuuuuu.................

Orang kata,  do not stare at Singaporean yang pakai pelik-pelik.  Depa boleh saman kita.  Well....so far akak tak nampak pun yang pakai pelik-pelik.  Tapi yang dressing stylo adalah sangat banyak.  Most of the woman / man kat Singapore,  tak pakai baju ikut trend.  Depa pakai apa yang depa rasa selesa dan depa suka.  Oleh itu,  fesyen tudung Fareeda mungkin sukar mendapat tempat di sini kerana orang Singapore tak layan trend.  HAHAHA......Kat Malaysia ni,  sorang pakai Fareeda,  esok 6 juta lagi orang merebuk pakai Fareeda.

And yes,  kembali kepada kes orang sombong.  Siriesly,  masa akak naik MRT dan jalan-jalan di sekitar Singapura....akak jumpa ramai rakyat Singapore yang sangat tidak sombong.  Tak kisahlah Chinese,  Malay ataupun Indian.  Walaupun mereka tidak sempat untuk bersembang panjang dengan kita.  Tapi depa sempat melontarkan senyuman kepada kita apabila satu hadiah senyuman dilontarkan kepada mereka.  Ada sekali tu,  akak berdiri depan satu budak perempuan Cina yang sedang duduk di atas kerusi dalam MRT.  Akak nampak ayahnya membisikkan sesuatu kepada gadis kecil itu.  Tiba tiba anak kecil itu berdiri dan berkata kepada akak "Miss...would you like to have my seat please?"  Pastu terus budak kecik tu duduk atas riba bapak dia.

Akak rasa sangat terharu u olls.  Dengan ucapan terima kasih akak senyum lebar kepada gadis itu yang kini duduk disebelah akak.  Akak bisik kepada diri akak sendiri  "Depa ni ingat aku mengandung kot...sebab tu depa offer aku duduk...."  HAHAHAHHA

Kesimpulannya di sini,  walaupun akak berada di Singapore untuk 4 hari,  tapi alhamdulilah my stayed had been the pleasant one and i am happy with the city.  Mudah dan senang.  Teratur dan bergaya :)  How i wish Penang akan jadi macam Singapore.  Tapi pesan kawan baru ku daripada Finland,  Toni and Noora  "We like Penang more...because u still maintain the Asianness.  In Singapore...its feels like one of those busy cities in my country..."

Love,
Jumie Samsudin

6 comments:

  1. I love this entry..a good one Jumie..erk..salam perkenalan..:)

    ReplyDelete
  2. kak JUmiee, saye pi singapore same time ngn kak Jumie pi.!! sayang nye saye tak bertembung ngn kak Jumie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiiiyoo adik. orang punya ramai macam ulat taik.....Ish ruginya tak jumpa.....kalau dak mesti akak akan rasa sangat ARTISSSSSSSSSSSSSs

      Delete
  3. Haha, kan? How i wish penang to be like singapore... In terms of cleanliness & organize. Lain2 tu takpa aih... Penang memang dok best dah...

    Cuma tatau la mentaliti orang luar penang camne. Asal harap camtu je dah pikir macam2... Padahal banyak je bende kite boleh buat contoh yg baik :)

    ReplyDelete
  4. jumie. lama x komen. hehe.
    kami nak cakap pasai tudung Fareeda tu. haha. MMge betoi la.. setakat kami dok jupak sedara mara Talip / my SIL etc, mmg xd sapa pakai tudung Fareeda. Kecuali mak mertua kami, tu pun pakai tudung ala2 Ariani tu la, y serlum teruih tu.. hehe.. Kebanyakan depa suka pakai shawl :))
    intankintan

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...