18.10.13

My Trip To Singapore 2013 : Universal Studio

Hello u olls,

Tak lengkap kalau mai Singapore tapi tak masuk Universal Studio.  Selepas berhempas pulas dua hari setengah kami menapak seluruh Singapore menaiki MRT untuk bermesyuarat kerja dengan 3 buah universiti di sini,  so pada hari terakhir kami di Singapore,  akak dan rakan-rakan pun berkunjung ke Universal Studio a.k.a USS.  Sebagai memudahkan penceritaan,  berikut ada beberapa tips yang boleh akak kongsi dengan u olls sekiranya u olls nak mai USS  :

Shitlah gambar ni ja yang boleh diambil.  Dahla aku minta tolong orang amik...(sebab takdak En.  Khafi) pastu kat belakang stail ramai orang...serrr!
Tips untuk U olls Yang nak Masuk USS


  1. Ticket masuk ke USS adalah lebih kurang SGD 74 bagi dewasa dan SGD 54 untuk kanak-kanak,  tapi u olls watch out website coupon sebagai GROUPON kerana depa selalu jual tiket VVIP USS dengan harga yang sangat sangat murah.
  2. Sila beli baju ujan (ponco) siap siap di Malaysia.  Kat Guardian lebih kurang RM3 sahaja.  Baju ujan ni boleh dipakai bila main game yang basah-basah.
  3. Kalau u olls nak main game kereta api tu semua,  tak payah feeling nak pakai kasut kulit / kasut sport or anything yang tak sesuai...pakai slipper sudah!!!!  Nanti basah u olls.
  4. Untuk u olls yang datang dalam group besar,  u olls kenalah beratur panjang apabila nak main satu satu game tu.  Tapi kepada individu yang nak main sorang-sorang,  ada lane khas untuk u olls dipanggil SINGLE RIDER.  Macam akak,  akak tinggal semua kawan-kawan IO dan jalan sorang-sorang.  Memang best sebab dapat mai main dengan cepat tanpa beratur panjang...cumanya rasa macam loser main sorang sorang takdak kawan.  HAHAHAHAHAH
  5. Bila masuk entrance Universal Studio,  ambil satu flyer dan take your time untuk rancang apa game nak main dan tempat mana nak pi dulu.  Kenal pasti game apa yang sesuai dengan minat u olls.  Jangan duk rasa macam perak buih,  pi masuk ja apa game pun,  last sekali jadi macam akak......masuk The Mummy punya RIDE nohoroommmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm punya lagi serrr daripada roller coaster.  Akak rasa macam nak pengsan naik benda tu.  Tulaaa...dahla masuk sorang sorang macam loser!!
  6. Jangan bawa beg besar.  Kalau bawa pun,  share dengan kawan-kawan untuk sewa satu locker.  Satu hari 10SGD.  Macam akak,  akak just bawa camera,  sunglass dan sedikit duit yang diselit celah bra.  Kalau nak main game yang tak boleh bawa beg,  cari locker berdekatan,  kerana the first 45 minutes selalunya FREE.
  7. Most of the makanan yang dijual dalam USS dikuatiri non halal.  Tapi jangan risau,  kat luar Malaysian Food Street yang ada Nasi Briyani,  sate,  nasi lemak dan roti canai.  Lebih kurang SGD 5 dan ke atas.
  8. Kalau nak amik gambar dengan live kerekter,  sila beratur ya!!!  Kepada u olls yang nak ambil gambar beramai-ramai,  depa akan suruh u olls amik satu gambar je secara berkumpulan....melainkan u olls single rider macam akak.  Bolehla feeling amik gambar sorang sorang :)
  9. Last but not least,  belilah Ameltz Yoko Yoko.  Kerana selepas penat seharian berdiri dan bermain...................u olls harus sapur Ameltz Yoko Yoko keseluruh kaki untuk memastikan u olls tidak paralized di keesokan hari.
Sekian,  jom tengok gambar akak yang vouge semuanya :)
Love,
Jumie Samsudin





The first thing akak masuk adalah Lights Camera Action dengan Cik Syahnaz.  Lepas tu,  akak terus feeling jalan sorang-sorang.  Thanks to Cik Syahnaz yang ajar selok belok semua nak buat apa...dia dah banyak kali kot mai USS.




Sentap dengan kakak Nefatiti ni pose ketwok sebelah akak.

Kat dalam ni la ada Revenge of the Mummy™.  Memang celaka punya laa...menyesaiii naikkk!  HAHAHAH lepas naik tu.....masuk semua benda pun rasa gayat.

Kerlas tak?????


Yang dalam lori tu adalah mesin saja.  Tapi masa mesin dinasour tu buat bunyi aku pun macam nak lari...bodo betuiiiii!!

Shrek 4-D Adventure adalah sangat best.  Tayangan movie 4D.  Tapi tak boleh belah...akak masuk Donkey Show.  Dah la masuk sorang sorang tak kenai sapa-sapa lain.  Pastu aku duduk depan sekali dengan budak budak lain.  HAHAHA serrr nya aku.



















7 comments:

  1. yg The Mummy tu syok pe kak... sy siap naik 3 kali. Tapi kali ke 3 br rase penyesalan yg amats.hahaha.. dah la entrance dlm piramid nak ke tempat ride tu horror... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HANG NI MESTI ADA ENZIM TERLEBIH DALAM BADAN!!!

      Delete
  2. Amboi kak jumie bestnyer pi jalan2...mksh ats info nie menarik..

    ReplyDelete
  3. kami pn sama..hat MUMMY tu mmg sepanjang2 naik kami tutup mata..
    cina sebelah kami menangis truih..hahaha..
    its was a great amusement park..
    arap2 yg dok tgk buat kt Genting tu pn best cmtu juga..

    lg 1 info.surau dlm USS adalah amat sempit & kecik..4 org ja blh muat dlm satu masa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak,tumpang tanya.Surau pompuan still share dengan lelaki dalam 1 bilik ka?Dulu saya pi depa buat mcm tu.Tadak kain ka apa kot nk pisahkan antara laki & pompuan...sighhh

      Delete
  4. Hahahhaaa!! Semua benda aku naik masa p dulu... Err... Rasanya makanan okey2 la kat dalam tu, kami ngan family cousin kami makan kat madagascar punye food court... Sedap kot...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...