2.10.13

Penceraian Di Awal Perkahwinan

Dear all,

Takutnya nak menulis catatan ini.  Tapi nak kena tulis juga point point dan hujah yang bermain dalam hati ku ini.  Sapa yang dah kawen,  mesti akan takut dengan perkataan ini.  CERAI. Ini bukan soal putus putus cinta atau 'break' gitu.  Penceraian antara pasangan suami isteri adalah besar impaknya dan kesannya,  bukan sahaja kepada pasangan yang terlibat,  tapi anak-anak (jika ada),  ibu bapa,  keluarga dan kawan-kawan.

Sebelum akak kawen dahulu,  akak tengok PENCERAIAN dalam cara yang berbeza.  Bila akak tau,  satu satu pasangan bercerai.  Terus akak akan tengok kepada point "SAPA SALAH?"  Its either suami or perempuan.  Mungkin ramai antara kita pun macam tu juga.

"Divorce With Regret" by Emiliano Ponzi

Tapi bila akak dah kawen,  perspektif akak berbeza.  Penceraian bagi akak bukanlah soal SIAPA SALAH tapi sebagai satu jalan penyelesaian yang terbaik.  Bila dua-dua pihak sudah tidak boleh menjumpai cara yang terbaik untuk membahagiakan kedua dua pihak,  berpisah adalah jawapannya.  Apabila dua-dua pihak sudah tidak boleh memberikan kerjasama dan persetujuan,  berpisahlah dengan cara yang terbaik.  Apabila kedua-dua pihak tidak boleh untuk maju kehadapan lagi bersama-sama,  biarlah mereka berdua meneruskan hidup dengan cara dan jalan masing-masing.


Faktor penceraian ada banyak.............(bukan soal salah siapa ya...)  Tapi i think,  3 main thing yang selalunya menjadi faktor besar.  SEKS,  DUIT dan RESPECT!  That's is 3 main thing yang kena jaga walau macam mana pun.

But of course,  mana ada perkahwinan yang sempurna.  Macam mana punya kita duk post 1893 keping gambar kat FB dan tulis "I love u HUBBY forever...." sampai semua kawan-kawan kat Facebook rasa macam nak pijak muka kita sat,  kalau dah tak bahagia di hati tu...memang tak akan bahagia pun aih.  Tak payah nak pemohong sangat.  That's why la jangan duk post sangat gambar kita mesra laki bini.  Duk bubuh banyak sangat,  orang meluat nanti apa pun tarak.

So back to my point tadi,  mana ada perkahwinan yang sempurna.  Especially perkahwinan yang baru terbina.  Setakat baru kawen 2 3 tahun ni,  actually kita masih lagi dalam ZON PERCUBAAN.  Macam-macam boleh jadi dan terjadi.  If u are not ready,  if you cannot change,  if u cannot berkorban.........................sama ada u sorang akan merana atapun dua dua merana ataupun pasangan u merana.

Tapi bila salah sorang saja merana,  tengok juga berapa lama seseorang tu boleh tahan.  Ada yang mampu tahan setahun dua.  Ada yang boleh tahan sampai 10 tahun.  Ada yang boleh tahan sampai mati.  Kes kes macam ni kita boleh tengok kat kasih sayang antara mak dan bapak kita.  Macam mana pelbagai rintangan dan susah payah yang dibuat oleh pasangan,  mak / bapak kita akan sabar dan terima pasangan kita tu as we say 'baik dan buruk'.

Ada juga yang tak tahan langsung walaupun satu kali buat salah,  dan bila tak tahan langsung ni la yang kena cepat-cepat cari solutions dan kalau takdak harapan langsung makanya penceraianlah jalan yang terbaik.

I dont want to look at penceraian sebagai satu perkara yang negative.  Itulah kesalahan kita sejak dulu.  Apa kata hari ini,  kita semua terima penceraian sebagai satu perkara yang baik dan maybe dengan cara ini,  kita tidak takut dengan penceraian dan kita akan rasa lebih berani untuk bertindak ke arah kebaikan diri dan pasangan kita.  Kerana itulah akak nak katakan kat sini,  penceraian itu TIDAK SALAH tetapi macam mana kita handle / tangani penceraian itu.

Kalau kita tidak ada anak,  oh mudah sahaja!  Penceraian itu tidak menyusahkan si kecil yang mengharapkan kasih sayang ibu dan ayah.  Tapi jangan lupa,  kita tetap ada ibu dan ayah mertua.  Janganlah sampai ada hubungan tidak baik antara bekas ibu dan ayah mertua kita itu.  Begitu juga dengan sanak saudara dan juga adik beradik.  Ada yang bila settle ja kes mahkamah,  terus delete adik beradik bekas suami punya Facebook bagai,  pastu teruih tukar imej rambut oren dan clubbing sana sini bagai.  Nasib baiklah bekas ibu mertua baik dan sampaikan maklumat perpisahan itu kepada saudara mara yang terdekat.  So kami tau la what's happening.

Bukanlah nak jadi kaypo....tapi macam mana kalau esok lusa kita nampak si perempuan ini berkepit dengan lelaki lain?

"Ehk...itu bukan menantu Saodah ka?  Awat dia duk berkepit dengan laki lain macam tu......laki dia tak tau ka??"  Haa gituu ayat kaypo sanak saudara yang mengundah fitnah.  Padahal,  depa tak tau yang perempuan tu dah bercerai dengan suami dia.

Apa salahnya kalau kita dah berpisah dengan pasangan kita,  kita pi mengadap cara baik dengan keluarga pasangan kita tu and tell them baik baik "Saya lani nak bagitau yang saya dan XXX dah berpisah.  Semuanya dah selesai dengan cara baik.  Saya harap hubungan kita tetaplah terus macam adik beradik juga.  Mohon halal la makan minum saya.  Mohon maaf kalau tersilap cakap ka apa lepas ni...."

Haaaaa sendu tak ayat akak kat atas tu.  Walaupun macam mana orang nak kepo pasai kes kita pun,  orang akan jadi kesian dan tak berani nak tanya lebih lebih.  Tapi mesti ada juga bangsat dua tiga ekok yang tak akan paham perasaan u and cakap benda benda tak guna semua walaupun u dah jumpa and cakap dengan dia elok elok.  Yang tu,  u kena sabar la.  Maybe orang tu,  tidak mendapat keperluan sosial yang cukup berdasarkan teori psikologi Abraham Maslow.  Haaa gituuuu akak terus keluar teori sosiologi.

That is how we handle dengan our adik beradik.  Macam mana pula kita nak handle kawan-kawan disekeliling kita.  Akak tak boleh bayangkan macam mana kita nak berdepan dan ceritakan semua kisah sedih dan kepayahan kita ni dengan kawan-kawan.  Bukan benda yang SENANG okay!!!  Sedang kawan-kawan bergembira dan bercintan cinton dengan pasangan dan keluarga masing-masing,  kita pula dilanda dengan pelbagai konflik dan dilema dengan pasangan kita.  Akak sangat memahami if seseorang itu memilih untuk tidak bercerita.  I REALLY TOTALLY RESPECT THAT.  Tapi kalau depa nak cerita,  akak akan jadi pendengar yang terbaik.

So kepada kawan-kawan disekeliling pula,  bila kita tau salah seorang kawan baik kita itu sedang mengalami tempoh yang sukar,  i think the best jalan untuk kita handle adalah stay natural dan tidak 'masuk kawasan larangan'.  Stay natural means,  kita kekal hubungan baik dengan kedua dua kawan itu,  si suami dan si isteri.  Remember the problem is among depa dua,  and not dengan kita.  And 'tidak masuk kawasan larangan' bermaksud.......................yes kita boleh amik tau.  Tapi ada batas-batas dan hadnya.  Yang mana kita 'tak patut tau'  kita tak payah la amik tau.  Satgi tersilap cakap.......kita yang kena.  Yes,  kita nak tolong depa.  Sapa yang tak mau tolong kan??? Tapi percayalah....lagi baik kita biarkan mereka settlekan masalah itu sendiri.  Kita jadi pendoa sudahlah......

Because insan-insan yang sedang melalui saat-saat gentir ini,  macam-macam pergolakan berlaku dalam diri depa.  Emosi dan hormon pun jadi tunggang tebalik.  Kesihatan minda dan fizikal pun boleh tercalar.  Tanggungan masalah itu amat berat sekali hanya dia saja yang tau seksanya.  Kenapa perlu kita beratkan lagi keadaan itu?

At the end of the day,  apa yang saya simpulkan sekali lagi adalah,  penceraian bukanlah suatu yang tidak baik,  tapi cara kamu handle penceraian itulah yang akan mengukir dan mencerminkan keperibadian diri kamu dan pasangan.  Jangan buat keputusan dalam keadaan yang marah.  Jangan pikir hanya untuk hari ini,  pikirlah untuk 1000 tahun lagi.  Jangan lupa,  macam mana kita susah Allah ada dengan kita.  Dengan niat yang baik,  masa akan ubati segalanya.

And for those yang sedang mengalami tempoh percubaan dalam perkahwinan macam saya,  yang baru setahun dua berkahwin,  cabaran yang mai memang besar.  Memang keluarga dan orang sekeliling akan menilai dan memberikan pelbagai impak dalam kehidupan kita suami isteri,  tapi ingat at the end of the day....yang nak susah dan yang nak senang bersama adalah pasangan kita.  BUKAN ORANG LAIN.  I know can be very demanding sometime, tapi ingatlah,  mak bapak mana yang nak tengok anak depa susah?

Kejayaan suatu rumah tangga,  tidak boleh diukur dengan berapa jumlah anak yang telah dilahirkan oleh si isteri,  berapa biji rumah yang telah dibeli,  berapa banyak kali depa pi honeymoon,  berapa besar kereta yang suami depa beli kat depa,  berapa bijik berlian mastora yang suami depa beli kat depa,  berapa ribu juta ringgit yang telah dikumpulkan......

Tapi bagi saya,  kejayaan suatu rumah tangga itu adalah diukur dengan macam mana orang menghormati hubungan kita suami isteri dan kita sebagai satu unit keluarga.

Sekian, i love my husband so much and we are going strong.  Terima kasih Allah sebab bagi kami kuat.

ps/  sendunyaa tulis artikel ni.................. :)


Love,
Jumie Samsudin

4 comments:

  1. kak jumie, meleleh airmata bella baca entry akak kali ini.... sebab bella sedang bergelut dgn masalah ini...mungkin perpisahan yang bakal berlaku....

    betol kak...tidak ada orang yang akan memahami kenapa semua ini terjadi...bella sendiri tidak minta untuk semua ini berlaku..tetapi bak kata akak....derita..seksa..hanya yang mengalami akan faham....

    benar, ini adalah jalan terbaik.....jalan penyelesaian....bella sendiri bergelut dengan seribu macam perasaan.....menyiapkan mental fizikal...untuk menghadapi semua ini...dengan keadaan sekarang....bella tak tahu bella akan kuat atau tidak...bella tidak tahu...adakah bella akan mampu hadapai perpisahan ini... orang mungkin akan menyalahkan bella...sekiranya mereka tidak tahu sebab sebenarnya... bella sendiri pun takde niat nak bagitahu sebab musabab.... biarlah jadi lipatan kenangan pahit bella....

    terima kasih kak utk entry ini....walau perit...bella dan yang lain2 kena hadapi.....

    ReplyDelete
  2. tqsm sis for this article :) memang susah hendak tukar mentaliti masyarakat & orang keliling kita.tapi apa yang penting "nawaitu" kita...insya allah.niat yang baik akan selalu mendatangkan hasil yang baik.
    suami dan isteri perlu saling melengkapi dan saling memerlukan.Bukannya syok sendiri.

    ReplyDelete
  3. Jumie sy setuju sgt dgn muqaddimah entry ni.. mmg slagi blom bergelar isteri sy pon duk tanya SALAH SIAPA, APA TERJADI (nyanyi nada lagu KRU).
    Tp ble dah jd isteri benarlah peringatan Allah pesanan Rasulullah pesanan org tua2 hal2 umah tangga ni jgn la duk chegita kt org lain... rahsia!
    Mmg bla bab suami isteri ni sgt suci n ble sentuh bab cerai sgt emosi. Sy setuju dgn pemerhatian jumie psl Sex, Duit & Respect tu..
    Last but not least, sy sukala nak kongsi kt sni pesanan dr suamiku " apa2 pon yg berlaku dlm perkahwinan kwn2, doakan la kemenangan buat mereka. Tak perlu justify cara yg mcmana sbb Allah je yg tau. Cuma samada bersama atau berpisah mgkn itulah kemenangan." Erti kata lain menemui kehidupan lbh baik.

    ReplyDelete
  4. i like this artikel yang ditulis, tulus dari hati jumie. your articles are so genuine. bukan pelastik! yes ... saya juga melihat perceraian sebagai suatu yang positif jika pasangan merasa lebih tertekan dan menyakitkan jiwa, raga dan emosi bila berada di bawah satu bumbung. cuma .. dari pengamatan saya, saya menyeru agar pasangan yang nak berpisah itu (especially yang ada si kecik), BERPISAHLAH SECARA PROFESIONAL! hanya hubungan perkahwinan antara hangpa bredua sahaja yang terputus. perhubungan anaks dengan ibu dan bapanya masih perlud DIKEKALKAN! once dah sah cerai, forgive each other, buang segala perasan menyampah, benchi, geram, marah dan yag berapi-api itu dan God's willing, hangpa akan move on in life dengan lebih smooth dan happy. hangpa juga tidak akan terganggu dengan status SINGLE, JANDA, DUDA yang hangpa carry itu sebab u all akan feel BEBAS aka LIGHT AND EASY! Kalau hak penjagaan anak tu pada you, then pastikan anak dilepaskan untuk bonding2 dengan ibu atau bapanya itu ... saya tekankan di sini yang saya menggunakan istilah ibu atau bapa kepada anak dan bukannya BEKAS pasangan you all. dah dah dah ... i pulak over-over nak tulis artikel kat blog orang. hmph ... kesimpulannya ... BE PROFESSIONAL!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...