9.10.13

Sungei Wang Plaza : Jumbo Queen 2013, Shine Bright Like A Diamond!

Hello u olls semua,

Thanks to my anak ayam Fadzli Zainol yang telah mengshare event pertandingan ratu cantik Jumbo Queen "Shine Bright Like A Diamond!" yang dianjurkan oleh Sungei Wang Plaza,  Kuala Lumpur.  Pertandingan ini bermula sejak awal Oktober  yang lalu dan acara akhir akan berlangsung pada Ahad,  13 Oktober akan datang.  8 peserta telah terpilih daripada ramai gadis-gadis dan wanita agam yang mencuba nasib untuk menjadi Jumbo Queen 2013.

I tell u people...kalau benda ni ada kat Penang.  OF COURSE akak nak masuk.  Alang-alang dapat saguhati pun okay la.  Tapi akak tau....kalau akak masuk,  of course akak akan menjadi pemenang pertama.  Paling teruk pun,  first runner up gitu.  Kan????

So here are some of the pictures akak amik daripada depa punya Facebook Page.  Satu penganjuran yang bagus kerana bagi semangat dan 'boost' of keyakinan kepada wanita-wanita agam yang menyertai pertandingan ini malah kepada wanita wanita agam yang menonton pertandingan ini.  Yes,  walaupun kita AGAM,  with the right attitude....we are the same with the everybody after all.

Tapi apa pun,  ini pendapat dan peringatan kepada diri akak dan kita semua ya.  Yes,  akak wanita agam dan akak seorang yang sangatlah mementingkan keyakinan diri sebagai wanita agam,  tetapi akak tidak menggalakkan u olls untuk terus agam sebegini.  Pertandingan seperti ini dan kempen LOVE YOUR BODY yang akak selalu anjurkan dalam blog akak tidak bermakna akak nak u olls terus agam dan obis selama-lamanya.  Being terlalu gemuk is not a good thing.  If possible kita cubalah menjalani hidup sihat,  exercise and eat healthily.  

Jangan feeling makan ubat Korea dan korset kita akan terus cantek kurus meletops.

Sekian,  jom layan gambar Jumbo Queen 2013!

ps/  GOOD LUCK FOR ALL THE FINALIST!!  Apa pun....nasib baiklah korang akak tak masuk pertandingan ni........








Jumbo Queen 2013 - Selection 2_24/09/2013@7.30pm















Jumbo Queen 2013 Finalists Meet & Greet Session

















Jangan lupa untuk vote your favorite contestants kat sini,    :  JUMBO QUEEN 2013 “ MOST ONLINE VOTES ON FACEBOOK”

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...