Akak Masuk Paper Mingguan Malaysia - Ahad, 24 November 2013

Hello u olls!

Sapa beli paper Mingguan Malaysia pada hari Ahad yang lalu bersamaan 24 November 2013.  Alangkah terkejutnya pagi itu,  bila bangun tidok and check fon semua penuh dengan message Wassap "Ceeeee...masuk paper...steady!!"

Akak terus feeling Kim Kardashian ni!!  Macam mana akak boleh masuk paper?  Apakah kisahnya?

So kawan-kawan akak pun amik gambar and tagged akak di Facebook.  Makanya,  akak pun tak tau cerita apa and artikel apa, tapi penulis tu maybe just Google gambar 'kereta lama' and terus amik gambar ini yang diambil daripada artikel dalam blog akak yang bertajuk "
Membeli Kereta Buat Kali Pertama". 



Thanks Kak Razita Rahim and Suraimi Rawang yang share gambar ni.

Oleh itu kepada sesiapa yang ada paper Mingguan Malaysia ahad yang lalu,  can u please kerat the artikel yang mengandungi gambar akak ini,  scan and email to me at jumiess@gmail.com.

Thank you so much people!!

Yang benar,
Jumie Samsudin

13 Things Mentally Strong People Don’t Do

Thanks Nawal Shahril sebab share this link.  So i share dengan u olls.  Simple things yang boleh ubah cara kita setiap hari.  Insya allah.

Positive healthy habits. They manage their emotions, thoughts, and behaviors in ways that set them up for success in life. Check out these things that mentally strong people don’t do so that you too can become more mentally strong.



Read more here. 

Perbezaan Drama Melayu Dan Drama Amerika Syarikat

Hello u olls,

Baru baru ini,  Beautifulnara mata kecik telah memaparkan sebuah artikel bertajuk "Perbezaan Drama Melayu dan Drama Amerika Syarikat" hasil nukilan seorang lelaki bernama Mizan Hasri di laman Facebooknya.  Penulisan yang sungguh akademik,  tajam,  santai dan bermata ini telah menjadi viral kerana telah dikongsikan hampir sebanyak 3000 kali (and maybe now makin lebih).


Jom baca artikel penuh Mizan Hashri di bawah.

Pemenang ANTM Cycle 20 - Jourdan Miller

Hello u olls,

ANTM Cycle 20 adalah pertama kali pertandingan ini mempelawa pesaing daripada jantina berlawanan dengan wanita untuk sama-sama berebut gelaran America's Next Top Model.  Hence,  Cycle 20 ini dikenali sebagai GUYS GIRLS.


Lebih menarik,  pada peringkat akhir ANTM Cycle 20 ini adalah mereka terbang ke Bali untuk cabaran akhir.  Ramai yang kata,  Tyra Banks bercinta dengan seorang jutawan Indonesia sebab tu dia pilih untuk terbangkan peserta ANTM kali ini ke Indonesia.

Click Read More

Dear Kak Jumie : Isteri Yang Tak Pandai Memasak

Salam Kak Jumie,

How are you? Hope u are always Happy, Cool, Chantek as always.

Actly kak, saya ni nak mintak TIPS and nasihat serta semangat dari Kak Jumie skit.

Sebenarnya to be FRANK , saya ni mmg TAK TAHU MASAK and Baloq liat gila nak MASAK . I dont know why kak. Serious. 

Dulu time zaman sekolah "boleh kata" adala pegang senduk jugak nak masak sausage, buat scramble egg, masak air and masak nasi. Itu ja yang saya tau nak masak pun.I did try 2-3 times nk masak some kind of lauk but end up it turns out to be "DISASTER" and rasa tu mmg tak sedap lansung.

For kak punya info , saya dah kahwin dekat 1 tahun lebih dah, but I'm a monthly wife, kira sebulan sekali or dua bulan sekali , baru Mr. Husband balik sbb dia kerja kat KL and I am in Penang (working and taking care of my "patti" yang tak sihat).So bila Mr. Husband balik mmg dia "expect" saya masaklah something kat dia. 
Tapi seriously, hari tu buat sambal belacan kat dia pun tak jadi kak ooi..sampai Mr. Husband kata "Aku dah tak tau nak ajar hang masak lagu mana dah, senang cerita,  hang pi mintak petua Kak Jumie macamna nak buat masakan hang "menjadi" and hang tak baloq liat nak masak dh.


Maklumlah kak , time bercinta tak tau masak pun tak pa, sanggup beli nasi bungkus hari-hari , ni dah kahwin Mr. Husband duk bg segala macam punya resipi kat google utk try tp tula try-try pun tak jadi jugak. Sampai dia fedup , kalau dia balik penang , dia pulak yang nnt pi market and masak.  Yang mak mertua pulak every week akan call tanya masak apa hari ni , sampai kena dah tahap kena "perli" dengan mertua.

Please kak, I need ur advice.
Truly, 
Nur

CLICK READ MORE 

Lelaki Paling Seksi 2013

Holla,

Depa pilih Adam Lavine sebagai lelaki paling seksi untuk tahun 2013 oleh Majalah People,  Amerika.  Sapa tak kenal dia? Penyanyi Marroon 5 yang bersuara pipih itu.  Dia adalah tunangan kepada Victoria Secret's Angel iaitu Behati Prinsloo .  Katanya,  Adam Lavine memilih Behati Prinloo sebagai tunangannya kerana wanita ini telah berjaya mengubah persepsi dia tentang dunia perkahwinan.  Aiiyooo feeling la abang Adam Lavine ni.

So apa pendapat u olls tentang pemilihan ini?




Dear Kak Jumie : Bakal Suami Berpangkat Rendah

Hi Kak Jumie,

Saya ni silent reader of ur blog. I always read your blog. Sekarang ni niat saya hanya la nak berkongsi kisah saya dan nak mintak pendapat akak la.

I am in a great stress right now. Dilema dalam percintaan. saya berumur 26 tahun, masih single kak. Dah rasa jodoh dah sampai. Untuk pengetahuan kak Jumie, saya ni pensyarah bahasa Inggeris bertugas di sebuah kolej swasta.

Saya berkawan dengan lelaki ini. Dia duduk dekat ngan rumah saya. Masalahnya dia hanya kerja biasa2 je yang saya rasa family saya takkan terima. Biasa2 tu maksudnye dia kerja pembantu am. Si dia pun agak sceptical untuk meneruskan perhubungan ini. Saya terima dia seadanya. Cuma bimbang akan penerimaan mama dan family saya.

Saya terima dia kerana agamanya. Saya sangat ikhlas menerimanya. Saya tak kesah gaji ke ape ke. As for me marriage is about sharing and i am ready to share the burden of life together and ofcourse the happiness together.

Please give me some courage to tell my mama about this.

I am not desperate to get married or what. i just feel that he is the one.  Im doing this for Allah.
Hope u can comment on this.

Thanks a lot Kak Jumie
you are the ultimate Lambang kecantikan Ever!!


Baru Feeling Bestnya Cerita Twilight Saga

Hello u olls,

Sapa sini peminat Twilight.  Dulu i olls tak berapa suka cerita ni.  Rasa macam poyo-poyo saja kisah cinta dracula dengan Bella Swan yang berlakon ala-ala tarik mengkarung.  Tak faham pasaipa dia selalu buat eksperesi wajah yang macam dia kena tarikh mengkarung (kebas kat kaki bila time nak tidok).  Pastu pasai pa Jacob tengkok besak tu boleh love kuat tiga segi dengan Edward Cullen semua.  Buat sek sampai katil pecah semua.  Gilaaa babi.

I betul tak faham.  Apa motif cerita cinta ni?  Depa ni fantasi tapi duk buat teruk-teruk pasaipa.



Sampailah baru baru ni i olls tengok Twilight Breaking the Dawn Part II,  kira penghabisan cerita.  So bila tengok penghabisan cerita baru kita boleh faham kisah disebalik karakter depa ni semua.  Pasai pa deni lagu ni.  Pasai pa detu lagu tu.

And i have to say.....CERITA NI NOT BAD AFTER ALL.

Maka oleh itu, tidak lama lagi i olls akan membeli semua novel ini untuk koleksi bacaan I olls.

Sekian.

Love,
Jumie Samsudin
Team En.  Khafi

Dear Jumie : Suami Ku Yang Gilakan Perempuan Lain

Salam Jumie.. 
I selalu baca blog u dari sebelum kawen lagi.  Baru-baru ni I ada baca blog U tentang penceraian..so I nak share kisah I yang tak berapa nak best ni.

I kawen dengan my husband baru 2 tahun tapi cecah ulang tahun perkahwinan kami yang kedua kami dah bcerai taklik then rujuk balik.

Masalah bermula pas awal tahun 2013 ni bila I perasan sikap dan kelakuan husband I berubah. Husband I seorang yang baik,  taat pada ibu bapa.  Tak suka cakap banyak [agak pendiam dengan family and  kawan-kawan] tapi berubah jadi seorang yang panas baran dengan tiba-tiba.

Untuk pengetahuan u,  I dan husband adalah kawan lama dari sekolah menengah [ 1 kelas masa form 5 tapi masa tu kami tak bercinta]. Lepas message-message dah abes pengajian kat U baru kami jumpa balik and bercinta and kawen.

My First Halloween Party

Hello u olls,

Untuk pertama kali dalam hidup i olls meng-attend party Halloween.  Siriesly.  Walaupun hakikat I olls sangat ala-ala wanita Amerikana,  tapi feelingnya,  i olls tak pernah attend apa-apa party Halloween.  Kisahnya,  Heidi Klum acapkali jemput i untuk attend party dia di LA tapi i olls selalu busy tak sempat la nak pi kan.

So,  kami kat Pejabat Antabarangsa,  USM baru-baru ni, telah mendapat request daripada pelajar-pelajar antarabangsa untuk buat party Halloween.  Atas usaha dan peruntukan para pelajar sendiri,  so kami pun buat lah secara kecil-kecilan.

Hanya dua staf iaitu I olls dan Dr.  Hafizal yang attend the party dan memeriahkan majlis.  Yang lain tu student buat.  Walaupun simple tapi best.  Dapat la kami semua feeling mai pakai baju hantu-hantu dan sebagainya.

Ampa tengok la gambar-gambar kami kat bawah.

Orang Hilang di Villa Nabila, Johor Bahru

Hello u olls,

Ni la orang kata....takdak kerja nak cari kerja. Duk tak duduk ampa nak masuk tempat angker macam ni.  Last sekali kena sembunyi dengan hantu tetek.  Teruih hilang tak dijumpai.
Tapi i olls (yang duk migrain dua tiga hari ni since last week) tak boleh nak baca banyak-banyak sangat info.  Ada yang ada 7 orang hilang.  Ada yang kata 1 orang hilang.  Mana satu yang betui ni?


Click bawah untuk cerita.

Victoria Secret Fashion Show 2013 Part VII "Fantasy Bra"

Tak lengkap pertunjukan fesyen VS tanpa penampilan Fantasy Bra.  Tahun ini,  Fantasy Bra ini digayakan dengan megahnya oleh peragawati daripada Afrika Selatan,  Candice Swanepoel. Inilah kali pertama peragawati ini dipilih untuk menggayakan fantasy bra for VS.

Fantasy Bra untuk tahun ini di-nicknamed sebagai Royal.  Berharga  10 juta USD sesuai dengan 52 karat permata rubi,  4200 butir batu-batu permata seperti berlian,  yellow sapphires,  rubi dan emas 18 karat.  Fantasy Bra ini juga dilengkapkan dondonan talipinggang.

Kata Dr.  Pitt,  "Dah ada orang beli dah baju dalam ni...."

WOW!!  Dahsyatnya!!  Sapa la kot yang beli.



Victoria Secret Fashion Show 2013 Part VI "Snow Angels"

Holla,

The second last show of that day was "Snow Angels" theme. My most favorite theme of all. Rekaan pakaian dalam untuk tema ini adalah amat seksi dengan warna-warna kristil putih, biru salji dan kilauan berlian.

Kesemua kecantikan yang kita lihat pada pertunjukan fesyen ini bukanlah datang dengan mudahnya.  Tanpa kepakaran dan kerjasama pasukan yang terdiri daripada 26 make up artist,  22 hairstylist,  8 manicurists semua ini tidak akan menjadi kepakaran.  

Taylor Swift and Lily Aldridge

CLICK BAWAH

Victoria Secret Fashion Show 2013 Part V "Shipwrecked"

Holla,

At first,  bila tengok semua gambar rekaan kostum untuk koleksi ni i macam tak faham.  Apa tema ni?  Kekain organza nipis melayang.  Obor-obor sendu ka?  Then i know,  tema ini adalah Shipwrecked ataupun kapal pecah.  Gitu....

Kalau orang Melayu peribahasa 'tongkang pecah' (tongkang tu kapal la) bermaksud keadaan bilik yang berselerak dan berceramuk menandakan keadaan yang kelang kabut dalam kabin kapal yang telah pecah.

After seeing this creation,  baru aku mengerti,  di sebalik kejadian ngeri 'tongkang pecah' ini,  ada keindahan yang mengirinya.  Bebuih ombak,  tali kapal yang lesu,  layar yang terkoyak dan rumpai yang tersangkut di batu-batu karang.  Semua itu indah kalau kita optismiskan minda.

Gitu!


Jom tengok!

Victoria Secret Fashion Show 2013 Part IV "British Invasion"

Hello u olls,

Kerlas kan?  Akak buat banyak banyak part untuk ulasan ini.  Supaya senang u olls nak tengok gambar dan fesyen yang banyak ni.  Kategori BRITISH INVASION ni memaparkan rekaan yang agak posh,  elegen,  sedikit konservatif namun tetap ranggi.  Sesuai dengan ciri-ciri negara Inggeris  ini yang amat sinonim dengan muzik rock,  keluarga royalnya,  Scottish people and of course BOLA SEPAK.

Taylor Swift menghiasi persembahan extravaganza ini sambil menyanyikan lagu "I Knew U Were Trouble" dengan kostume Union Jack.

Meleps.


Jom tengok bawah.

Victoria Secret Fashion Show 2013 Part III "Parisian Nights"

Bonjour....

Gitu terus speaking French.  Untuk segmen Parisian...bukan PERSIAN ya,  rekaan pakaian dalam adalah lebih misteri dan menggoda.  Padanan lace rona gelap menghiasi rekaan ini.  Peragawati yang menggayakan rekaan Parisian dipadankan dengan tambahan seni reka kostum yang melambangkan kota cinta,  Paris.  Menara Eiffel dan nota muzik menghangatkan koleksi ini.

Malam ni,  (kepada yang dah kawen) apa kata,  apa pose tampa seutas benang di atas katil dan kata kat laki ampa "I want u to draw me like one of your French ladies,"  GITUU...


Victoria Secret Fashion Show 2013 Part II "Pink Network"

Hello u olls,

Kategore seterusnya adalah PINK NETWORK.  Maybe sebagai satu segmen khas yang didedikasikan kepada kesedaran kanser payudara.  Isu sinonim dalam  bicara wanita.

Rekaan pakaian dalam untuk kategori ini adalah lebih fun dan berwarna warni.  Tapi tetap ada sedikit sentuhan PINK sempena temanya.

So let's check it out.



Click BAWAH.

Victoria Secret Fashion Show 2013 Part I "Birds of Paradise"

Hello u olls,

It's Victoria Secret Fashion Show 2013.  Upacara fesyen tahunan yang dinantikan saban tahun oleh akak dan u olls semua kan.  Walaupun kita tak mampu nak pakai seluar dan baju dalam mahai-mahai ni semua (maybe size pun takdak kot...LOLZ) tapi takpa.  Pertunjukan fesyen ini telah berlangsung semalam,  13 November 2013 di Lexington Avenue Armory in New York City.

Pertunjukan fesyen yang diserikan oleh artist seperti Taylor Swift,  Fall Out and beberapa lagi artist yang tak berapa terkenal.  Rasanya tahun lepas punya retis jemputan lebih meleps.  Justin Bieber pun ada tahun lepas kan?

Okay !!  Jom kita start dengan kategori "sayap malaikat" yang pertama iaitu Birds of Paradise.


JOM TENGOK LAGI.

Gambar Halloween Yang Mangkak (Taken from 9Gag)

Dear u olls,

Ampa pun tau kan,  akak sangat suka follow up tentang event hari Halloween yang selalunya diraikan di negara-negara orang putih.  Sejarahnya,  hari Halloween diraikan oleh penganut agama Kristian agar depa pi menziarah kubur dan mengingati orang-orang yang telah mati dengan berdoa dan sebagainya.

Tapi lani,  hari Halloween ni lebih kepada parti parti menari dan makan dan main game sambil pakai kostum yang merepek.  Dan juga "Treat or Trick" di mana anak-anak kecil akan berjalan dari rumah ke rumah jiran untuk meminta cokelat.  Its more kepada keseronokkan takdak pengisian keagamaan dah.

Sebagai pembaca 9GAG yang tegar,  (setiap malam before tidok akan baca 9Gag),  pada minggu Halloween yang lalu (end of Oktober) maka 9Gag penuh dengan macam-macam gambar orang yang pakai baju macam-macam merepek sempena Halloween.

I olls save semua gambar tu and nak share kat sini!

Jom tengok!

Anjing pun depa dressap bagi jadi Gandalf the Grey.

Visiting Alor Star, Kedah Part IV : Universiti Kemanusiaan, Albukhary International University

Hello u olls,

Cerita seterusnya,  kalau ampa mai Alor Star,  mesti u olls akan lalu dan akan tengok satu masjid yang amatlah cantik berwarna putih dan berkubah biru.  Senibina masjid itu juga tidak sama macam masjid yang sedia ada di negara Malaysia.  Nampak macam more kepada seni bina Turki dan negara Arab yang menghampiri Eropah.

Disitu jugalah terletaknya Universiti Kemanusiaan atau The Humaniversity iaitu Albukhary International University.


Jom baca lagi!

Visiting Alor Star, Kedah Part III : Muzium Padi

Hello u olls,

Okay,  hari ini nak cerita pasai hari tu I olls pi Muzium Padi di Gunung Keriang,  Kedah Darul Aman.  Terletak lebih kurang 30 minit drive daripada Bandar Alor Star betul-betul di sebalik Gunung Keriang yang tersergam megahnya.

Sepanjang perjalanan kita akan melalui banyak petak sawah padi.  Sayangnya masa kami pi,  banyak padi dah dituai.  Banyak sawah kosong dan ada juga yang masih baru nak tumbuh.  Warna pucuk padi hijau floresen gitu.  So at first i wonder why Muzium Padi ini terletak jauh dari Kota Alor Star,  now i understand and sangat bersetuju.  Barulah feel u olls!  Sebelum kita pi Muzium Padi...kita lalu dulu semua jalan-jalan yang kiri kanan ada sawah padi.


Posing sendu di hadapan bangunan Muzium Padi yang cantek dan sangat saintifik u olls.
Jom baca lagi cerita kat bawah.

Visiting Alor Star, Kedah Part II : Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad


Rumah Kelahiran Tun Dr.  Mahathir Mohamad.  
Gambar dari album Instagram i olls.
Jangan lupa follow i olls di IG  :  http://instagram.com/jumiekhafi

Lagi cerita panjiang...ampa tekan bawah....

Visiting Alor Star, Kedah Part I : Tanah Tumpah Darah Ku

Hello u olls,

Back to Back Visit

Dah lama simpan gambak-gambak ni semua.  Hari ni baru nak cerita dengan ampa.  Within end of Oct and early of November i olls berpeluang untuk melawat ke Alor Star.  Dua kali ulang aling dalam dua minggu berturut-turut.  On the first weekend,  i olls pergi memake up Arep Kamen and Ain for their nikah and sanding day in Tandop,  Alor Star and later next Saturday,  i olls dan rakan-rakan office International Office USM telah pergi memakan nasik kenduri Cik Farah Man,  one of our officer.  So cerita jalan-jalan kat bawah ni bukan cerita satu hari punya jalan,  tapi jalan-jalan yang merangkumi dua minggu.  Takpala...janji ampa faham informasi yang i olls nak share.



Cerita panjiang kat bawah.......


Bila Baca Blog Gossip....

Hello u olls,

Yes,  walaupun akak tak suka tengok Astro Ria,  tapi akak sangat suka membaca blog blog gossip.  Kalau kat Malaysia ni akak sangat suka baca Beautifulnara.Com.  Walaupun muka Abang Nara tu sangatlah tak artist dan membuatkan akak rasa macam nak duku dia...(siriesly akak rasa wajah beliau tak komersial langsung...hahaha) sorry Abang Nara.  Tapi blog dia mempunyai lay out paling tak pening kepala dan dia selalu dapat info terkini dan lengkap dengan gambar dan respons daripada kedua-dua pihak.  Ditulis dengan jelas dan tiada shortform.  I have to salute him for that.  Keep up the good work.


Che Ta Shooting di Paris, Rihanna Shooting di Abu Dhabi

Hello u olls,

Hari tu kawan USM saya telah mengetag di Facebook perihal Kak Ta kita yang membuat rakaman fotografi di Kota Paris dan London sempena majlis perkahwinannya kelak.  Menggayakan koleksi rekaan busana terkini daripada Rizman Ruzaimi,  beliau nampak kerlas vas-vas u olls.  Haruslah ramai kakak-kakak dan adik-adik di Malaysia yang makan hati.


Baca lagi kisah di bawah.

Heidi Klum Halloween Costume 2013

Hello u olls,

Tiap-tiap tahun,  kita menantikan apakah kostum yang akan dipakai oleh Heidi Klum untuk party Halloween beliau.  Usaha dan kretiviti beliau memang amat dikagumi oleh para peminatnya.  Tahun ini,  beliau telah menggunakan peluang Haloween untuk tampil sebagai seorang Heidi Klum versi tua.

Kerlass u ollls!

Make up kesan khas menjadi tua ini telah dilakukan oleh Bill Corso and Mike Marino.  Memang tabek la dengan make up depa dorang ni.

Tapi apapun,  adakah Heidi akan tua jadi macam ni?  Ataupun jadi muka kucing macam artist-artist Hollywood yang lain.  Habis la operations semua kan u ollls!

Love,
Jumie Samsudin


Kim K dah Bertunang Dengan Kanye West

Hello u olls,

Ucapan tahniah kepada kawan baik kepada sepupu ipar I olls,  Kanye West yang kini telah pun selamat bertunang dengan Kim Kardashian.  Meletops okay,  Kanye West buat proposal kat tengah-tengah stadium dengan segala bagai okestra.  Pertunangan ini dipersembahkan dengan sepasang cincin DIAMOND 15 karat.

Seronok i olls mengikut cerita Kim K ini.  Walaupun Mama Regina tak berapa suka bila i duk puji-puji Kim K punya fashion sense tapi i tetap suka.  I rasa perempuan ini sangat fabolous dan cantek.

Yes,  suka atau tidak akan akan terus mengikuti perkembangan perempuan ini.  HAHAHA.

Kisahnya,  Kanye West first time tengok Kim K masa Kim K dan Paris Hilton bercuti di Australia pada tahun 2006.  Sejak tu,  macam-macam jadi,  and depa dua dua pun ada pasangan masing-masgin...tapi after 9 years,  depa pun dapat anak bersama and lani dah bertunang.  Gicchuuu.....

Kita tak payah la susah-susah nak gaduh sesama kita dan mengutuk artist ni semua teruk-teruk.  Depa duk buat duit berjuta-juta,  kita duk buang tenaga kerana membenci depa.


Sekian,  akak pose pakai bikini sambil naik bola besi sambil menjerit "I came in like a wrecking balls...."

Love,
Jumie Samsudin

Dear Jumie : Pengalaman Penceraian yang Menyedihkan

Salam perkenalan dari saya, Ezan.  
Saya baru je membaca blog sis mengenai isu penceraian.   
Ni cerita saya pula. Semasa saya 5 hari dalam pantang, ibu mertua telah menyuruh bekas suami mnceraikan saya apabila saya memberitahu bahawa bekas suami mempunyai hubungan dgn wanita lain. Sepanjang saya berkahwin, bekas suami juga lalai dlm tanggungjawabnya, kerap meninggalkan saya sendirian pd waktu mlm kerana bermain badminton bersama kawan2nya, suka memandu kereta dengan laju2, berlumba sedangkan pd masa tersebut saya sarat mengandung (saya ada bersama dlm kereta). Perbelanjaan persiapan bayi juga 90% saya yg sediakan, begitu juga perbelanjaan rawatan saya dan bayi semuanya atas saya. Bekas suami juga ada hubungan dengan ramai wanita. Semua ini saya rahsiakan dpd keluarga saya dan keluarganya kerana saya masih berharap suami untuk berubah, malangnya lain pula yg jadi. Saya bertahan pada masa itu kerana memikirkan ini merupakan anak sulung saya dan saya mahu dia mendapat kasih sayang ibu bapanya. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...