8.11.13

Bila Baca Blog Gossip....

Hello u olls,

Yes,  walaupun akak tak suka tengok Astro Ria,  tapi akak sangat suka membaca blog blog gossip.  Kalau kat Malaysia ni akak sangat suka baca Beautifulnara.Com.  Walaupun muka Abang Nara tu sangatlah tak artist dan membuatkan akak rasa macam nak duku dia...(siriesly akak rasa wajah beliau tak komersial langsung...hahaha) sorry Abang Nara.  Tapi blog dia mempunyai lay out paling tak pening kepala dan dia selalu dapat info terkini dan lengkap dengan gambar dan respons daripada kedua-dua pihak.  Ditulis dengan jelas dan tiada shortform.  I have to salute him for that.  Keep up the good work.


Gossip artist Malaysia ni rentak dan rona warnanya lebih kurang sama sejak dulu sampai sekarang.  Artist pakai seksi,  kawen sembunyi-sembunyi,  janda bercinta dengan dato bla bla bla dan sebagainya.  Walaupun lakonan dan mutu nyanyian tak kemana...tapi sebab gossip dan juga cerita belakang yang merapu rapan itu,  seseorang artist di Malaysia ini boleh BANGUN atau JATUH begitu sahaja.  

Media memang 'pegang' retis-retis kat Malaysia.  Kalau dulu,  retis Malaysia kena berbaik dengan para wartawan hiburan untuk menjaga 'nama baik' depa dalam industri.  Lani....retis kena terus juga buat baik dengan blogger-blogger hiburan seperti Abang Nara yang bermata kecik itu.  


Kalau gossip mat saleh,  akak sangat suka tengok TMZ dan Dailymail UK.  Kedua dua ni memang tercepat dan mempunyai gambar-gambar yang tercantik dan paling jelas.  Tapi retis mat salleh ni biasalah...depa punyai gossip takdaklah sandiwara asmaradana macam retis kat Malaysia.  Sebab artis Mat Salleh ni macam mana serr pun depa,  depa profesional.  Kalau depa pakai seksi,  tertunjuk tetek dan sebagainya...itu adalah semata-mata untuk buat duit dan naikkan rating populariti.  Bila terlibat dengan dadah dan kes-kes mahkamah lain barulah benda tu jadi sesuatu yang menghorrorkan.

Memang betul....kat negara mat salleh pun,  media pegang jatuh dan bangun seseorang artist.  Tapi semuanya bermain dengan keuntungan duit.  Siriesly!  Kalau macam tu....Kim Kardashian takdak lah sepopular dan sekaya sekarang.

Rangkaian ekosistem antara artis dan media barat dan tempatan memang lain u olls.  In term of agama dan budaya,  cara kerja memang berbeza.  Kalau kat Malaysia,  satu artist buat salah statement sikik saja...mampuihla kerjaya seseorang itu.

Contohnya dulu,  Sharifah Amani pi silap kata "I sound stupid in Malay...." haaa kan?  Pastu maybe u olls dah lupa Ning Baizura buat statement meletops dalam FHM "Fantasi untuk tidur dengan 6 orang lelaki sekaligus..." KAU MAMPU???

Di barat pula.....kalau bukan sebab video seks Kim Kardashian tak akan popular macam sekarang.  Lani Miley Cyrus pulak duk buat gila tak pakai baju menari atas bola besi.  She knows the game already.  Senang sahaja sekarang...media semua mencari-cari dan ternanti-nanti kegilaan yang akan dicetuskan oleh Miley Cyrus.  Kan??




Anyway....cerita panjang pasai benda ni bukan apa.  Bukan sahaja nak bagi ampa paham pasai dunia artist ni.  Pop culture gitu.  Akak just nak bagitau...bila baca blog gossip...ampa suka baca apa?

Akak suka baca komen pembaca!  HAHAHAHAHAH.  Sebabnya,  blogger mungkin akan lapik mulut dengan piring untuk memastikan penulisan mereka tidak mengguriskan hati mana-mana pihak terutamanya artist tu sendiri.  Tapi pembaca blog.....depa nak kira apa.  Komen-komen yang disampaikan ada yang ditulis secara anonymous...ada yang berindentiti.  Tapi yang pastinya,  komen komen depa memang stret forward dan LAWAK!

Contohnya,  lani gossip yang saya duk suka ikut adalah pasai Nadeem dan Nora Danish.  Hihihihi...Sapa Nadeem?  Ampa pi la baca sendiri kat blog Beautifulnara.Com.  Baca tang komen tu.....haaaa!

Sekian,  love u olls semua.

ps/  Artikel ini tidak mendapat bayaran daripada Abang Nara.

Love,
Jumie Samsudin

3 comments:

  1. wahhh..i like too! baca gosip is must do! hahahaha
    betul tu..pengomen mmg lg hebak dari Abg Nara..kihkih..Forum pun best jumie ;)

    ReplyDelete
  2. jumie, better you lepak kt Forum Cari. Kat sana information sgt cepat, sgt uptodate..even wartawan & blogger cm beautiful Nara ni pun selalu gak cedok gosip drpd sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju ngan kak zura..hahahahaa hurmm ape la agaknya id akak kt forum eh? hahahahaaa

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...