7.11.13

Che Ta Shooting di Paris, Rihanna Shooting di Abu Dhabi

Hello u olls,

Hari tu kawan USM saya telah mengetag di Facebook perihal Kak Ta kita yang membuat rakaman fotografi di Kota Paris dan London sempena majlis perkahwinannya kelak.  Menggayakan koleksi rekaan busana terkini daripada Rizman Ruzaimi,  beliau nampak kerlas vas-vas u olls.  Haruslah ramai kakak-kakak dan adik-adik di Malaysia yang makan hati.


Baca lagi kisah di bawah.



Maka ramailah yang akan makan hati dengan keDIVAAN beliau.  Walaupun kak janz namun mampu membuat photoshoot pre wedding di kota barat u olls.  

Nescaya perkara ini akan menjadi kayu pengukur untuk retis-retis di Malaysia.  Nak photoshoot pre wedding jer...kena buat kat luar negara.  Paling lekeh pun....buat kat Thailand or Indonesia.  Tapi sorry ehk....kawan akak...Aishah dan Edros dah lama buat dah.  Pre wedding depa di Bali.  Kerlass sangat u olls.  Tapi depa tak banyak share pun gambar-gambar meletops tu kat Fb dan sebagainya. Kami-kami yang close dengan depa ja pernah tengok.  Soooo....sweettt u olls.

Oleh itu,  pendek kata,  kalau ada duit dan perancangan yang baik...why not u olls?  Inilah masanya u olls nak feeling-feeling pengantinwati kan?  Lepas ni dah kawen mengandung bagai...hang duduk la busuk baju dengan susu tek.  Dah tak dapat nak feeling dah sangat sangat.

Kepada Kak Ta...biak pi la orang nak kata apa.  Duit ampa kan...lagipun untungla ampa kawan bek dengan designer and photographer letops.  Kalau pun bukan sebab fotoshoot ni,  ampa pun memang rajin duk pi negara Kate Middleton kan.

Jom tengok gambar-gambar Kak Ta photoshoot di London dan Paris.  Katanya pre wedding....pasaipa Zain takdak?









Apa pun,  lebih bagusla Kak Ta buat photoshoot di kota barat yang indah di kala musim luruh ini.  Kalau ikut kisah Rihanna, sedih u olls. Beliau dengan baju ala-ala jubah pun membuat photoshoot di Sheikh Zayed Grand Mosque,  Abu Dhabi,  UAE kisahnya kena halau.

Bukan sebab dia pakai tak sopan ke apa u olls.  Tapi kisahnya,  sebab team photoshoot tidak mendapatkan kebenaran daripada penjaga masjid.  APAKAH la depa ni?  Dah tau nak masuk kawasan orang.....sila la minta kebenaran.  Akak pernah ikut pengantin pi photoshoot....nak photoshoot kat stesyen kereta api kisahnya.  Kami tak minta kebenaran kepada ketua stesen...last-last kami kena maki u olls.  Tapi pakcik ketua stesen tu takdakla halau kami.  Dia bagi jer kami feeling photoshoot sampai habis....tapi last kopek....dia tegur kami "Lain kali...minta la kebenaran nak masuk tempat orang..."

Gitu kan?





 

Sekian,

ps/  teringinnya nak buat photoshooottt lagi..........

Love,
Jumie Samsudin

1 comment:

  1. sy cadang akak buat kat jambatan baru..... rare!!! :D

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...