6.11.13

Dear Jumie : Pengalaman Penceraian yang Menyedihkan

Salam perkenalan dari saya, Ezan.  
Saya baru je membaca blog sis mengenai isu penceraian.   
Ni cerita saya pula. Semasa saya 5 hari dalam pantang, ibu mertua telah menyuruh bekas suami mnceraikan saya apabila saya memberitahu bahawa bekas suami mempunyai hubungan dgn wanita lain. Sepanjang saya berkahwin, bekas suami juga lalai dlm tanggungjawabnya, kerap meninggalkan saya sendirian pd waktu mlm kerana bermain badminton bersama kawan2nya, suka memandu kereta dengan laju2, berlumba sedangkan pd masa tersebut saya sarat mengandung (saya ada bersama dlm kereta). Perbelanjaan persiapan bayi juga 90% saya yg sediakan, begitu juga perbelanjaan rawatan saya dan bayi semuanya atas saya. Bekas suami juga ada hubungan dengan ramai wanita. Semua ini saya rahsiakan dpd keluarga saya dan keluarganya kerana saya masih berharap suami untuk berubah, malangnya lain pula yg jadi. Saya bertahan pada masa itu kerana memikirkan ini merupakan anak sulung saya dan saya mahu dia mendapat kasih sayang ibu bapanya. 




Untuk pengetahuan sis, saya pulang berpantang di kampung diuruskan oleh keluarga saya. Adik saya bertanya secara baik kepada bekas suami, kenapa dia tidak menghantar saya dan bayi pulang, hal ini telah membuatkan bekas suami marah dan tidak boleh menerima teguran tersebut. Terus dia memfitnah memburukkan saya dan family saya kepada ibu bapanya. Sehingga ibu bapanya datang menyerang ibu bapa saya, mengeluarkan kata-kata kesat, memaki hamun ibu bapa saya dan bekas bapa mertua telah memukul adik saya sehingga berdarah. Kejadian itu menyebabkan ibu saya sakit dan ulang alik ke hospital untuk dptkan rawatan. Bayangkan, saya dlm pantang, bayi pula kena demam kuning dan ditahan di hospital, saya juga perlu menjaga ibu yg sakit. Semua ini membuatkan saya trauma.Boleh saya katakan, suami dan family sangat ego, sebab tu semua ni terjadi. Hanya disebabkan teguran adik saya, dia dan keluarganya melenting, merasakan tindakannya semua betul. Yang saya kecewa itu, sanggup seorang ibu menyuruh anaknya menceraikan isteri yg dalam pantang. Baru 5 hari pd masa tu.. sedih.. 
Tetapi bekas suami dan keluarganya tidak rasa menyesal membuat perkara itu semua.Semasa kejadian keluarga bekas suami menyerang ibu dan ayah saya, saya memberanikan diri menceritakan hubungan suami dgn wanita lain, malangnya bekas ibu mertua tak percaya dan suruh bekas suami menceraikan saya. Saya menunjukkan bukti kepada bekas bapa mertua, dan dia terdiam. Dia memberitahu akan menasihati bekas suami. Malangnya tiada. Sepanjang saya berpantang di kampung, bekas suami tiada datang langsung menjenguk kami berdua, sedangkan dia boleh pulang ke rumah ibu bapanya. (kami sekampung). Hancur hati saya bila diperlakukan begitu. Nafkah anak memang tiada, semuanya saya yg tanggung. 
Sis, panjang lak cerita saya ni. Sebenarnya banyak lagi tp nanti boring lak baca...:) Kini saya telah diceraikan, anak dengan saya. Bekas suami tidak pernah bertanya mengenai anak, mahupun menjenguk anak. Nafkah anak juga tidak diberi tetapi bekas suami ada masa untuk melayan wanita2 di fb, update status di fb dan lain2. Ada ye lelaki jenis macam ini. Untuk pengetahuan sis jumie, usia perkahwinan kami baru setahun. 
Saya mohon sis beri panduan pada saya untuk menghadapi smua ini. Saya cuba untuk melupakan smua peristiwa hitam ini, tp sesekali teringat juga..macamana nk wat ya. Bila saya fikirkan masa depan anak, lagi saya risau. Macamana nak beritahu tentang ayahnya? Tolong saya sis. Macamana sis handle smua tu dulu. Jujur saya ckp, sehingga kini saya masih lagi trauma. Kalau saya lihat kereta yg sama macam kereta bekas suami mahupun kereta bekas bapa mertua, peristiwa serang menyerang, maki hamun tu terus terbayang dpn mata. Terus terbayang ibu saya yg sakit lepas kejadian itu. Alhamdulillah, ibu saya sekarang semakin pulih. Anak saya la jadi terapi dia.hehe.. 
Maaf kalau email ni mengganggu hidup sis. Cuma saya nk bercerita dengan org yg berpengalaman tentang perceraian. Sehingga skrg, hanya ibu ayah dan adik bradik saya saja yg tau saya telah bercerai. Perlu ke saya beritahu pada kawan2? majikan? Perlu ke saya berpindah kerja dan duduk bersama ibu ayah saya. Pd masa sekarang ibu ayah saya tolong jaga anak saya dan duduk bersama saya. Anak saya baru 6 bulan. Saya bekerja di negeri lain dengan tempat tinggal ibu bapa saya.  Agak jauh....  Tapi takkan selamanya ibu ayah nk duduk dgn saya.. org tua mane bole tinggal rumah mereka lama2. 
Ok, sis. Kalo sis ade masa, balas la ye. terima kasih. 
Sekian, wassalam. 
Hello Ezan,

Thank you for sharing this with us. Apa pun,  thank you so much sebab sudi berkongsi dengan we olls.  Bak kata pepatah,  berat mata memandang,  berat lagi bahu yang memikul.  Sebagai seorang wanita yang baru 2 tahun berkahwin (yang masih sangat sangat kecik pengalaman berumah tangga ini) i olls speechless dan tak tau apa nak dijawab.

Berdasarkan cerita u olls ini,  sah-sahlah u olls berkahwin dengan seorang yang matsalleh panggil sebagai jerk.  Tak tau ke jerk tu apa?  Haa tu la duk tengok sangat banyak cerita Korea dan cerita Astro Ria!
Urban Dictionary  :  Jerks are selfish, manipulative bastards who see women as little more then sexual conquests to brag about to their buddies or mere objects that are there for personal pleasure.
I wonder macam mana ampa boleh kawen dorang.  Jangan salahkan jodoh semata-mata okay.  Sebab bukan susah nak detect seorang JERK.  Actually sebelum kawen kita dah boleh nampak macam-macam 'sign' yang menunjukkan lelaki itu seorang JERK.  Tapi because kita duk cinta kuat.....haaa......inilah padahnya.

Ada wanita yang boleh bertoleransi dan menerima sikap-sikap jantan pundek seperti ini,  (i wonder how they got up from bed every morning).  Apa pun,  tepuk dada tanya selera.

I olls tidak berniat nak bagi u olls rasa lagi down dan bersalah.  Apa yang dah jadi tu jadilah......okay?  Yang penting lani,  bangun,  tengok depan dan terus catwalk!  Jangn duk sendu sendu lagi.

Akak akan cuba bagi beberapa cadangan dan pendapat ikhlas berdasarkan beberapa soalan yang u olls tanya.  Mungkin u olls boleh jadikan panduan.


Soalan 1 :
Saya mohon sis beri panduan pada saya untuk menghadapi smua ini.

Ada banyak artikel yang akak tulis dalam blog akak yang boleh dijadikan panduan kepada u olls.  Antaranya  "Siapa Diri Kamu Sebagai Seorang Perempuan?"  I think artikel ini boleh bagi gambaran secara menyeluruh.  Jangan anggap penceraian ini sebagai satu pengakhiran.  Be OPTIMISTIK.  Anggaplah penceraian ini sebagai satu permulaan yang BAIK.

Akak lihat ramai kawan-kawan akak (yang umur lebih kurang akak ni) lepas depa bercerai...depa jadi lebih cantek,  lebih yakin dan lebih kuat.  Lebih kuat untuk diri sendiri dan untuk anak-anak.  U can do it.  Hentikan bersandiwara dengan khayalan berdasarkan cerita-cerita Astro Ria.  Get up and smell the coffee girl.  U CAN DO IT!



Soalan 2 :

Macamana nak beritahu tentang ayahnya?

Perkara ini bukanlah satu kesusahan untuk dijelaskan kepada anak u olls nanti.  Dipetik daripada dialog Mrs.  Doubtfire :

"Oh, my dear Katie. You know, some parents get along much better when they don't live together. They don't fight all the time and they can become better people. Much better mommies and daddies for you. And sometimes they get back together. And sometimes they don't, dear. And if they don't... don't blame yourself. Just because they don't love each other doesn't mean that they don't love you. There are all sorts of different families, Katie. Some families have one mommy, some families have one daddy, or two families. Some children live with their uncle or aunt. Some live with their grandparents, and some children live with foster parents. Some live in separate homes and neighborhoods, in different areas of the country. They may not see each other for days, weeks, months or even years at a time. But if there's love, dear, those are the ties that bind. And you'll have a family in your heart forever. All my love to you, poppet. You're going to be all right. Bye-bye."


Soalan 3 :

Perlu ke saya beritahu pada kawan2? majikan?

Pada hemah saya,  yes,  i think u should tell your majikan.  That's the most important part.  Kepada kawan-kawan,  i think yes u kena bagitau juga.  Jangan biarkan mereka bermain dengan pelbagai andaian yang boleh membawa fitnah.


Sekian dulu.  Thank you so much atas perkongsian yang panjang ini.  Love  u olls and semoga hari hari yang mendatang adalah lebih bermakna untuk u olls dan anak :)

Love,

Jumie Samsudin

1 comment:

  1. Salam Ezan,

    Saya terpanggil untuk meninggalkan komen on Jumie's post ni. Walaupun saya rasa saya mcm tak layak utk memberi nasihat sebab saya pon baru berkahwin 3 tahun n memiliki seorang anak yang bakal berusia 2 tahun next month but I hope what i write here will help you somehow.

    What u went through is hard. Tak semua orang mampu utk menghadapinya termasuklah saya. I can't imagine how my life would be if I were in your shoes tapi Ezan, percayalah ada hikmah disebaliknya.

    Recovering process needs time dan Ezan ada hak utk bersedih atas kejadian ini. Tapi Ezan kene fikir Ezan ada anak yang sedang membesar. Kalau Ezan still bersedih siapa nak tolong Ezan utk jaga anak Ezan? Apa bekas suami Ezan buat pada Ezan mmg kejam but screw him. Now is your turn to show him that you can live without him and u need to show him that he is just a piece of rubbish and tanpa die Ezan mampu berdiri dengan kaki sendiri. By this u are also showing ur ex-parents in law that THEY ARE WRONG!

    Of course, your family support is very important and I'm sure your parents akan faham dgn keadaan u. If you can talk to them maybe they don't mind staying with you for awhile sampai u betol2 yakin utk hidup sendirian. U need your family support. U need them to be around u. Percayalah, kalau u ddk sendirian, u akan jadi lebih teruk.

    betol kata jumie, berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya tapi Ezan, kita kan ada ALLAH. Berdoa utk diberikan kekuatan, berusaha utk pulihkan diri Ezan & utk anak Ezan & bertawakal dgn apa yang telah ditentukan. Ezan kena ubah diri n hidup Ezan sbb tiada siapa yg akan ubah hidup Ezan melainkan diri Ezan sendiri. And pls, yakin kan diri Ezan yang Ezan mmg tak akan dpt suami Ezan balik sbb die manusia yg tak berguna dan tak bertanggungjawab. U need to live your life girl for the sake of your child. Sbb ada perempuan diluar sana yang mampu hidup dgn berjaya tanpa suami di sisi. Sbb ade ibu tunggal yg mampu berjaya tanpa lelaki disisi. Ezan kena kuat.

    Saya paham ape saya tulis ni hanyalah senang ditulis dan sukar utk dilakukan. As what I said earlier, tiada siapa yg mampu ubah hidup Ezan melainkan diri Ezan sendiri. Be positive. Think Positive. Insya Allah, tuhan akan tolong. Good luck Ezan. My prayers will always be with you.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...