21.11.13

Dear Jumie : Suami Ku Yang Gilakan Perempuan Lain

Salam Jumie.. 
I selalu baca blog u dari sebelum kawen lagi.  Baru-baru ni I ada baca blog U tentang penceraian..so I nak share kisah I yang tak berapa nak best ni.

I kawen dengan my husband baru 2 tahun tapi cecah ulang tahun perkahwinan kami yang kedua kami dah bcerai taklik then rujuk balik.

Masalah bermula pas awal tahun 2013 ni bila I perasan sikap dan kelakuan husband I berubah. Husband I seorang yang baik,  taat pada ibu bapa.  Tak suka cakap banyak [agak pendiam dengan family and  kawan-kawan] tapi berubah jadi seorang yang panas baran dengan tiba-tiba.

Untuk pengetahuan u,  I dan husband adalah kawan lama dari sekolah menengah [ 1 kelas masa form 5 tapi masa tu kami tak bercinta]. Lepas message-message dah abes pengajian kat U baru kami jumpa balik and bercinta and kawen.


Berbalik pada cita tadi dalam pertengahan tahun 2013 I dapat tau yang X GF husband I cari dia balik & husband curang dengan I,  tapi I tak mengamuk.  I tanya my husband baik-baik &  dia mengaku yang X GF dia cari dia balik dan dia takleh lupakan pompuan tu.  So I babagitau kat mertua I tentang kecurangan husband I. 
Mertua I husband I dia suruh husband jaga I baik2. Rupanya hal tu tak abes di situ.  Diam-diam husband I pi jumpa pompuan tu di utara tanah air selama 2 hari.  Husband tipu cakap nak pergi umah kawan dia bersama kawan-kawan lain.  Tapi sebenarnya melencong dengan GF. 
Konflik jadi lebih teruk mejelang bulan posa bila husband I mehilangkn diri skali lagi kononnya ke rumah kawan jugak..bodohnya I terlalu percaya pada dia! Bila I message & kol tak berjawab.

Esok paginya I message husband skali lagi tapi dia terus kol I sambil menangis dan bagitau I yang dia kena tangkap basah [khalwat] kerana berzina dengan pompuan tu.  I pi jamin dan bawa dia balik.
 
Tapi sebelum balik I suruh husband pilih sama ada ceraikan I & kawen dengan pompuan tu or tinggalkan terus pompuan tu & I maafk n dia.  Masa tu dia cakap dia pilih I.  Bila balik rumah husband menangis mintak ampun  sujud di kaki mak bapak dia. Pada masa tu mak dia telah sumpah dia camni "Kalo hang ulang perangai camni lagi atau hang pi jejak kaki kat sana lagi cari pompuan tu,  hang takkan hidup senang sampi hang mati" 
I ingat bila mak dia sumpah dia camtu dia akan insaf.  Rupanya tidak.  Dia tetap berhubung dengan pompuan tu sampai 1 tahap bila I tegur dia,  dia hulur pisau suruh I tikam dia.  Dia cakap dia rela mati dari takleh dok dengan pompuan tu.

I bertahan kerana keluarga Jumie.  Family mertua I baik & sayang i.  Lebih sayang I dari suami sendiri sayang i.. I cakap kat my husband kalo dia takleh lepas pompuan tu tolong lepaskan i..bukan niat nak jadi derhaka sebab mintak tapi kalo dah dia dok gila kat pompuan lain buat apa ikat I lagi.  I pon nak cari bahagia I sendiri.  Seminggu sebelum hari raya husband telah bagi I taklik camni sebelum dia pegi keja "Kalo ayang kontek GF abang orang layan kol or message GF abang, kita bukan suami isteri lagi..dan kalo ayang mengadu masalah kita ni kat mak abang atau keluarga ayang pon kita bukan suami isteri lagi". I terus jadi tersentak..i terdiam lama.  Sebelum keluar husband I cakap dia tak izin I balik umah parent I hari tu. [kami sekampung].

Selepas dia pegi kerja dan I pikir masak-masak, I telah langgar taklik husband I dengan bagitau apa yang jadi pada mak mertua I dan secara automatikny talak telah jatuh.  Lepas berbuka posa dengan family mertua I,  I minta izin untuk balik ke rumah parent I sebab I bukan isteri anak dia lagi dah.  Husband I masa tu tak tau yang I dah langgar taklik dia.

Bila dia dapat tau dia bole buat drama swasta merayu-rayu minta rujuk balik pada malam tu jugak.  Tapi I tak nak.  I suruh dia pi kawen dengan GF dan stop dok buat dosa.  Dia tak henti-henti merayu.  Atas nasihat  kedua-dua family,  i setuju rujuk balik dengan dia dengan syarat dia mesti mai minta maaf & minta balik I pada mak bapak i.
 
Minta maaf sebab dah malukan depa.  Dah kecewakan depa & janji takkan ulang lagi salah ni.  Tapi masalah tak berakhir di situ,  bila tiba hari perbicaraan mahkamah kes khalwat, my husband buat hal lagi.  Husband I pegi diam-diam jumpa pompuan tu. 
Disebabkan duit denda husband ada pada I,  so I terpaksa pegi sana tapi lewat sikit.  Bila I sampai ja I nampak husband I tengah berjalan dengan pompuan tu.  I terus pegi kat diorang.  Husband I terkejut sebab tak sangka I sampai seawal tu sebab dia ingat I akan sampai lewat. 
Then kitorang gaduh kat situ jugak sebab husband I minta duit dan suruh I balik.  Masa kami gaduh husband nyaris nak pukul I.  Dah la kat tempat awam.  Semua orang tengok kami gaduh sampai ke parking lot & sampai ke tepi jalan.  Lepas tu husband I tinggalkan I sorang-sorang kat tepi jalan tu. I taktau nak tuju kemana Jumie sebab I memang tak familiar dengan tempat tu apatah lagi dengan negeri tu.  Nasib I baik sebab pada masa I gaduh dengan husband I tu ada 1 hamba Allah yang saksikan pgaduhan kami tu. Dalam ramai-ramai manusia kat situ dia datang hulurkan bantuan bersama anak-anak buah dia yang turut tengok kami gaduh tadi. Diorang bersimpati dengan apa yang jadi kat i.  I rasa bersyukur sebab mereka bantu I untuk settlekan tempahan pengangkutan untuk I balik ke rumah I. husband I langsung tak call I,  message apatah lagi cari I lepas tu. 
Esok paginya,  suami I ada menghubungi I melalui telefon.  Tetapi I malas nak layan. Sejak kejadian tu,  I terus jadi tawar hati.  Family kami telah panggil kami berdua untuk berbincang.  Husband I mengaku,  dia kata dia masih sayangkan I tapi pada masa yang sama dia sayang pada perempuan itu.  Tapi bila diorang tanya I,  I terus terang,  I kata “I tak boleh hidup dengan suami yang gilakan perempuan lain.
So I deciced untuk tuntut fasakh memandangkan husband I taknak ceraikan i.  Alasan dia sebab dia tak bersedia nak lepaskan I lagi.  Hari-hari dia merayu-rayu jangan tinggalkan dia.  I jadi pening Jumie.  Dah taktau nak buat apa.  Pada masa yang sama I sayang family husband I sebab depa syang I dan sentiasa menyokong i.  Depa sendiri kata walaupun husband I anak depa, salah tetap salah. Dan depa sokong apa saja keputusan i.  Sebab dah banyak kali depa nasihat tapi husband I tetap taknak berubah & bertaubat.

Apa pandangan u Jumie dengan masalah ini.  Adakah I patut minta cerai ja or bagi peluang pada husband i.
 
Azlina

Hello Azlina,

Thank you so much for sharing this story with me.  Walaupun panjiang,  tapi takpa!  Sepanjang duk bacia dan duk pebetui u punya ejaan yang sangatlah banyak shortform tu kan.......i punya duk geram dan tak sabar-sabar nak menulis pasai benda ni.

Sebenaknya u olls,  lepas yang u tolong dia kena tangkap khalwat tu.  I think that's the end of it la.  Memang bagus,  sebagai manusia,  u pi tolong dia,  jamin dan keluarkan dia daripada kena tangkap tu kan.  Tapi lepas tu,  pasaipa u pi bagi lagi peluang kat dia.  FOR ME,  lepas daripada tu dah cukup dah.  U mau tinggai dia terus seketoi.

Memangla dia buat drama swasta,  drama Astro Ria,  drama Korea malah drama Tamil sekali pun,  itu dia!  Pasaipa u nak 'beli' apa yang dia cakap tu semua?

For me,  tindakan u untuk tuntut fasakh adalah satu perkara yang amatlah betul.  Memanglah depa semua selalu duk kata "Kalau isteri tuntut cerai...bergegar arash jannah,"  gitu!!  Habih tu kalau laki perangai macam syaiton nirojim,  pi berdehem dengan isteri orang,  bukankah api kat neraka jahanam lagi duk berapi kuat.  Siap ada bunga api lagi percik-percik.

It's good that u have a good relationship with your in laws family.  Ada wanita lain yang tak punyai nasib baik seperti u.  Tapi tak semestinya kalau u berpisah dengan your suami nanti, u kena putus hubungan dengan keluarga dia.  Tak lojik u olls.  U still boleh pi visit depa,  pi jumpa depa dan teruskan tanggungjawab u sebagai anak,  selagi mana yang mampu.  Tak salah aih!!  So kenapa u nak feeling tak mau bercerai sebab pikiak depa baik dengan u.

Yang hidup dengan anak depa yang syaiton nirojim tu adalah u!  Depa tak rasa tu semua.  Depa tumpang kesian ja.  Apa lebih saja yang depa boleh buat.

Jangan rasa sedih sebab u berkahwin dengan lelaki itu.  Allah nak uji u olls.  Dan jadikan u kuat!  U can do it u olls.

Lelaki yang tak boleh kawal nafsu,  apa beza dia dengan binatang?   Jahatnya aku menuduh sebegini tapi geram la u olls.  Kalau dapat anak dara ka,  minah Indon kocok-kocok ka...i rasa macam meletops la jugak kan.  Ni pi cari bini orang.  Apakah sungguh?  Apa cerita laki si perempuan tu?  Laki dia tak mau mai baling asid ka kat muka laki u?

Okay lani,  u jangan duk raplah-raplah.  Held your chin up high,  tengok straight dan terus catwalk dengan fiercenya.  Lagipun u takdak anak kan?  Aiiiyooo lagi senang okay.  Plan hidup u satu persatu.  Ada banyak benda yang u boleh capai sendiri apabila u betul betul focus untuk berjaya dalam hidup,  di dunia dan akhirat.  Kenapa bazirkan tenaga dan kudrat untuk insan yang tak tau menghargai hidup u.  U deserve a better life darling.

Kalau u nak terus juga hidup dalam drama swasta suami u tu,  kami tak ada hak nak halang.  Selagi mana u larat nak layan dia...layanlah.  Tapi jangan duk merungut la kat kami lepas tu kalau hidup u sendu.  Kebanyakan wanita,  depa ada banyak peluang depan mata,  tapi depa takut nak buat pilihan.  Instead,  depa lebih rela duduk bersimpuh feeling menyanyi 'pohon beringin' di tepi kolam ikan kaloi (Macam mana ikan kaloi nak timbui...dah silap lagu kan?) U get what i mean?

And bukan nak kondem dengan sistem syariah untuk institusi Islam kat negara kita.  Undang-undang tu baguih,  tapi orang yang handle dan mengaturcarakan benda tu yang membuatkan benda ni berat sebelah dan macam celaka nohorom.  Berapa banyak kes wanita tuntut cerai kat mahkamah kita yang tak sette-settle sampai lani?  Macam u kes suami yang curang.  Suami yang pukul dan tendang isteri sampai masuk police case pun sampai lani tak settle-settle.

So kalau u betui betui nak tuntut cerai,  find a very good lawyer and buat sampai betui betui settle.  Jangan duk cari peguam yang sendu-sendu dan langsung tak care pasai u punya case.  Bila masuk mahkamah,  jangan berdiam!  Kena buat bising-bising sikit.  And kalau u pandai,  cari BF baru siap-siap (pelakon pun takpa),  bagitau kat mahkamah,  SAYA NUSYUZ...ADA BF LAIN...haaa senang!  *cadangan i olls sangat radikal.  Mohon tidak ikut.

Kepada kawan-kawan yang baca blog ni.  Hope u olls bagi input dan komen meletops bagi lagi semangat kat Azlina.

Love,
Jumie Samsudin

14 comments:

  1. mula2, adakah puan bahagia dengan diri puan sekarang setelah lalui semua ini? pada saya, jika kita ingin hidup sihat, hidup ceria, kita kena utamakan kehidupan diri kita sendiri sebab jika kita asyik mengutamakan kehidupan orang lain sampai bila pun orang tidak akan puas/gembira/cukup dengan apa yang telah kita lakukan ke atas mereka kerana itu adalah resamnya manusia.

    persoalan samada nak beri peluang atau tidak bergantung kepada sejauh mana keyakinan puan yang dia tidak akan mengulangi perbuatannya, sejauh puan mahu disakiti/dilukai lagi dan sejauh manakah kesediaan puan untuk berhadapan dengan "sandiwara/drama" dari pihak suami puan lagi.

    saya mendoakan yang terbaik untuk puan.

    ReplyDelete
  2. Suami Azlina taknak melepaskan Azlina mungkin kerana ada agenda lain.. Mungkin rumah, kereta, atas nama Azlina. Sebab tu dia kata "tak bersedia nak lepaskan".. Kalau takda anak, lebih senang.. Tiada sesiapa yang akan jadi mangsa keadaan.. Azlina boleh mulakan hidup baru, bak kata Jumie.. Kalau ada anak-anak,kita kena pikir perasaan anak-anak pulak kan.. Jangan ulangi kesilapan yang sama, atas alasan, family dia baik n sayang Azlina.. Ikatan antara mertua tu xkan putus miski pun u dan anak dia dah xda jodoh..

    ReplyDelete
  3. Salam Puan Azlina,
    Saya xd pengalaman nak menasihati tapi saya bersependapat dengan Puan JUmie. Better awak bawak haluan masing2. Hubungan dengan mertua tu masih boleh berjalan seperti biasa, xd masalah. Insyaallah akan ada lelaki yang lebih baik dan sesuai untuk anda kd luaq sana.
    Bdw, saya boleh rekomen seorang Peguam Syarie yg popular di Penang. Beliau pun dlu ex jiran saya, Selalu muncul di radio2 memberikan nasihat ttg kes2 sebegini. Nama beliau Ustaz Muneer Farid Al HAfiz. Kalau nak, saya boleh bagi no fon beliau....
    All the best to you.

    ReplyDelete
  4. susah bila lelaki mcm ni..smp bila nak terima tekanan dari sikap suami???dari idop menyakitkan ati, lebih baik idop sorg...masalahnya azlina dah byk kali bg peluang..tp hubby dia ttp buat perangai..utk ape nak idop bersama lg???jgn kerana sayang, diri merana...kerana sayang elok lepaskan...supaya 2 2 idop lebih bahagia..

    peace

    ReplyDelete
  5. Mau penyapu bagi kat muka jantan macam ni. Buat malu kaum suami saja. Sebagai salah satu etnik yang percaya kepada benda tahyul, aku nak tanya 'hang kena mandrem' ka dengan bini orang tu?

    Untuk Puan Azlina, saya setuju tuntut fasakh. Sekali mungkin orang buat salah, dan deserve 2nd chance. Tapi kalau dah beberapa kali dok ulang salah, tu bukan terbuat, tapi sengaja cari pasai. Setuju dengan pendapat Puan Jumie, kalau cerai pun, tak semestinya tak boleh ada hubungan baik dengan keluarga mertua.

    Buatlah keputusan yang bijak, mohon petunjuk dari Allah.

    ReplyDelete
  6. Dah jelas segalanya....buah dah dpn mata kalau lapaq abik makan....pilihan terletak di minda sendiri....

    ReplyDelete
  7. sokong 100 n 10% dengan pendapatan jumie!! wat pe nak tunggu lagi weiii blah la...

    ReplyDelete
  8. betul cakap Jumie tu Azlina..tak payah nak kesian2 lagi kalo husband u dok merayu2 ke apa ke..maybe dia ada agenda lain..laki camtu akai dia panjang..ok tgk balik 1 sebab ..bila dia susah ..u ada tolong dia..cth masa dia kena tangkap khalwat tu..u ada jamin dia kan..so..tak payah nak toleh ke belakang lagi..sebab dia buat macam2 kat U..ada hikmah sebab apa Allah belum kurniakan u anak..ini lah sebabnya sebab Allah tahu hamba2 Nya..kalo ada anak u lagi teruk azlina..nak pikirkan anak lagi dan lain-lain. U solat u mintak petunjuk Allah..Insyallah Allah sentiasa mendengar luahan hati hamba2Nya.. mengadu pada DIA.

    ReplyDelete
  9. Salam Puan.
    Saya setuju dengan pendapat puan jumie. Saya sendiri pernah mengalami dan hidup dalam "drama swasta" selama 12 tahun bermula dari awal perkahwinan lagi. Banyak yang saya korbankan termasuk masa depan anak2 kerana terlalu banyak memberi peluang kepada orang yang tidak pandai menghargai. Kisah puan banyak persamaan dengan kisah saya dan saya sendiri boleh agak apa auta suami puan selepas ni. Pada saya jika suami puan betul2 insaf dia tak akan mengejar puan, sebaliknya dia akan mengejar keampunan dari Allah SWT dan juga kedua ibu bapanya. Dia akan berubah menjadi sebaik mungkin dan meletakkan jodoh dia dengan puan pada ketentuan Allah SWT. Dosa zina adalah dosa besar. Jika suami kita berterusan dengan maksiat, tidak akan aman rumahtangga. Saya kini dalam proses penceraian. Alhadulillah hidup saya dan anak2 semakin berubah dan kami lebih bahagia walaupun saya bakal berdepan dengan title seorang "Janda". Walaupun takut tapi ini lebih bermakna dan gembira buat kehidupan kami.

    ReplyDelete
  10. Puan Azlina,

    Yes kuatkan semangat and pergi ajer tuntut apa yang perlu di tuntut. Kalau masih lagi melayan perangai buruk lelaki tu, lama kelamaan nanti you pulak yang akan jadi curang. Seriously, tuntut apa yg perlu di tuntut..sebelum ke Mahkamah..do a negotiations dgn suami, supaya senang terus ajer bercerai with settlement apa yg patut.Kebanyakan penceraian stuck kat Malaysia ni, because nak urus perihal settlement itu ini yang susah.Then, lepas negotiations dgn suami, terus buat fasakh..and cakap memang nak cerai..Jgn layan mahkamah ni, kadang dia saiko kita.."suami setuju ker" or mcm2 cikadak citer mahkamah nie.
    You boleh terus bercerai and kalau dia buat tak dtg ke mahkamah (mostly jantan tak guna mmg buat mcm tu..sebab takde telur) so teruskan ajer..ckp ngn Hakim..That's it..

    All the best.
    p/s: ada orang lagi yang bole ambik u jadi isteri..When a man are really pain jerk..he really are..takkan berubah!

    ReplyDelete
  11. Kalau pada i la...husband u da melampau..die ingat u ape? bola? tendang sane sini...die boleh tinggalkn u...lgsung xrisau....tinggalkan je la..kalau sekali bole dimaafkan lg..ni da berkali2..pada i da lebih limit...tp terpulang pada u..tanya hati u...kalau u sanggup rasa sakit tu..just go ahead..teruskan..tp kalau rasa xmampu...lepaskan je...cari gembira u sndiri..mungkin kat luar sane ade laki yg jauh lebih baik untuk u..

    ReplyDelete
  12. Mertua baik itu adalah satu alasan utk menutup rasa sayang dihati.Maaf jika bunyi mcm kasar tapi itu adalah kenyataannya.manusia akan mencari sesuatu utk menutup sesuatu yg lain.Agama itu adil dan tidak menganiaya wanita malah mengangkat tinggi darjat wanita.Bukan minta berpisah suka2 tanpa alasan tapi terang-terang suami puan bukanlah seorang suami yg boleh memimpin keluarga.Terlalu byk kelukaan yg telah dilakukan pada puan.Sekali mungkin kesilapan tetapi jika berkali-kali itu adalah pilihan yg dibuat suami utk mengulangi benda maksiat.Memang susah nk mulakan sesuatu yg baru sendiri tapi lama kelamaan akan menjadi biasa.Biarlah sakit sekejap dari menderita yg tak berpenghujung.

    ReplyDelete
  13. Wow banyak yang bagi komen. Semoga *Azlina akan baca semua ni dan dapat semangat baru!

    ReplyDelete
  14. Jumie, I bagi standing ovation dengan jawapan uollss... X guna tunggu jantan syaitan nirrojim cenggitu... Yang betina tu pulak awat gatai sangat??? Laki hang x bg hang ka???
    Hanjengggg sangats!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...