22.11.13

Dear Kak Jumie : Bakal Suami Berpangkat Rendah

Hi Kak Jumie,

Saya ni silent reader of ur blog. I always read your blog. Sekarang ni niat saya hanya la nak berkongsi kisah saya dan nak mintak pendapat akak la.

I am in a great stress right now. Dilema dalam percintaan. saya berumur 26 tahun, masih single kak. Dah rasa jodoh dah sampai. Untuk pengetahuan kak Jumie, saya ni pensyarah bahasa Inggeris bertugas di sebuah kolej swasta.

Saya berkawan dengan lelaki ini. Dia duduk dekat ngan rumah saya. Masalahnya dia hanya kerja biasa2 je yang saya rasa family saya takkan terima. Biasa2 tu maksudnye dia kerja pembantu am. Si dia pun agak sceptical untuk meneruskan perhubungan ini. Saya terima dia seadanya. Cuma bimbang akan penerimaan mama dan family saya.

Saya terima dia kerana agamanya. Saya sangat ikhlas menerimanya. Saya tak kesah gaji ke ape ke. As for me marriage is about sharing and i am ready to share the burden of life together and ofcourse the happiness together.

Please give me some courage to tell my mama about this.

I am not desperate to get married or what. i just feel that he is the one.  Im doing this for Allah.
Hope u can comment on this.

Thanks a lot Kak Jumie
you are the ultimate Lambang kecantikan Ever!!




Hello u olls,

Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita ini dengan saya.  Dalam soal ini,  kadang-kadang kita terlupa untuk menerima seseorang itu kerana dia juga manusia.  Kita nilai orang itu dari pangkat dan harta.  Kita lupa yang dia juga seorang manusia,  ada hati dan perasaan.

U kata,  u takut family u tak boleh terima.  Soalannya,  u guys dah cuba ka tanya?

Padia ampa feeling mengalah,  terai pun tidak~!!


I think u should go for it if you two adalah betul betul ikhlas untuk bina hidup bersama.  Engineer Petronas gaji RM15 ribu sebelum belum tentu boleh bagi u bahagia.  Kalau hari ini u bangga kerja sebagai pensyarah,  esok lusa,  eksiden kereta,  terus cacat seumur hidup,  gaji sebagai PAR tu yang nak sara u sampai mati macam mana?  Sapa nak pi tau kan?  *CHOOOIIIIIIIIIIIIIIIIII mulut mak ayam masin okay.

Yang penting u olls berdua tahu menghormati dan menghargai hidup kedua-duanya.  Sama-sama sanggup susah.  Sama-sama berkongsi bahagia.  Kena kuat dengan tohmahan dan mulut orang.  Jangan jadikan kutuk dan kejian orang sebagai landasan,  kelak goyang hubungan kamu.

Actually saya pernah review perkara ini dalam beberapa artikel yang lalu.  Cuba korek-korek sat artikel yang lama-lama.

Rancang baik-baik dan pertimbangkan segala risiko,  kelebihan dan kelemahan yang mungkin ada lepas kalian pergi sedikit jauh dalam hubungan ini.  Tak salah mencuba.  Why not?

Tak mau cerita panjang.  U try dulu baru u story sini!

Love,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan


2 comments:

  1. its true zah...pensyarah belum tentu smp bila2 jd pensyarah..aku sokong hang zah

    ReplyDelete
  2. Kisah kita serupa. Tunang kerja biasa saje. Driver LRT..Gaji hanya rm 1,300... Sy engineer gaji 4k. Tunang sy ni satu harta pun tak ade. tak ade lesen, tak de kereta and tak ade rumah. Sebab dia memang tak mampu.Hubungan kami cukup simple dan sederhana.but alhamdulillah kami bahagia sebab we respect each other. Itu yang penting dalam any relationship. Bukan duit,bukan harta.Respect!!
    Kami pernah kene kutuk. Dengan member die and member sy. Die org ckp tunang sy nak kat saya sebab berduit.

    Saya pernah luahkan perasaan mengenai hal ni dekat kak Jumie and she did wrote about it in her blog afew months ago. Semua terpulang pada diri sendiri. If you betul betul boleh terima dia, go ahead. Kenapa nak takut if family tak boleh terima dia? Selagi you tak cuba approach your family, selagi itu kita tak tau. Mula - mula berkias dengan your family like i did. I asked my mom cmni " mane mak lagi prefer.. ade menantu yang gaji besaq tapi agame tungang langang or menantu yang sederhana tapi kuat agama dan boleh bimbing ke jalan yang betul"... once my mom said die prefer menantu yang sederhana tp kuat agame, esok nya saya bawak tunang saya jumpe parent and teruih kami set date nak tunang. Simple! and alhamdulillah parents sy terima and depa cukup punye sayang dengan tunang sy..duit bukan penentu kehidupan seseorang. macam kak jumie cakap.

    Try appoach your family first.. All the best :))

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...