25.11.13

Dear Kak Jumie : Isteri Yang Tak Pandai Memasak

Salam Kak Jumie,

How are you? Hope u are always Happy, Cool, Chantek as always.

Actly kak, saya ni nak mintak TIPS and nasihat serta semangat dari Kak Jumie skit.

Sebenarnya to be FRANK , saya ni mmg TAK TAHU MASAK and Baloq liat gila nak MASAK . I dont know why kak. Serious. 

Dulu time zaman sekolah "boleh kata" adala pegang senduk jugak nak masak sausage, buat scramble egg, masak air and masak nasi. Itu ja yang saya tau nak masak pun.I did try 2-3 times nk masak some kind of lauk but end up it turns out to be "DISASTER" and rasa tu mmg tak sedap lansung.

For kak punya info , saya dah kahwin dekat 1 tahun lebih dah, but I'm a monthly wife, kira sebulan sekali or dua bulan sekali , baru Mr. Husband balik sbb dia kerja kat KL and I am in Penang (working and taking care of my "patti" yang tak sihat).So bila Mr. Husband balik mmg dia "expect" saya masaklah something kat dia. 
Tapi seriously, hari tu buat sambal belacan kat dia pun tak jadi kak ooi..sampai Mr. Husband kata "Aku dah tak tau nak ajar hang masak lagu mana dah, senang cerita,  hang pi mintak petua Kak Jumie macamna nak buat masakan hang "menjadi" and hang tak baloq liat nak masak dh.


Maklumlah kak , time bercinta tak tau masak pun tak pa, sanggup beli nasi bungkus hari-hari , ni dah kahwin Mr. Husband duk bg segala macam punya resipi kat google utk try tp tula try-try pun tak jadi jugak. Sampai dia fedup , kalau dia balik penang , dia pulak yang nnt pi market and masak.  Yang mak mertua pulak every week akan call tanya masak apa hari ni , sampai kena dah tahap kena "perli" dengan mertua.

Please kak, I need ur advice.
Truly, 
Nur

CLICK READ MORE 



Dear Nur,

Thank you for emailing this.  Im sure ramai isteri-isteri muda (BUKAN BINI NO DUA YA....) yang can relate to your masalah.  Boleh ka kata benda ni masalah?  Ermmm try to be optimistik.  BUKAN MASALAH tapi cabaran.  Haaa gitu.

Saya mulakan dengan quote meletops daripada my bestfriend Aishah Aljuned.  "Memasak bukan bakat.  Memasak adalah kemahiran survival yang perlu ada pada semua orang!"

Yes,  saya sangat setuju.  Sama ada lelaki ataupun perempuan.  Semua orang kena at least tahu masak nasik,  goreng telur dan buat air teh o.

Kesilapan Nur sejak before kahwin adalah totally mengabaikan kemahiran di dapur kerana men-jangka-kan bahawa kerja dapur itu adalah tugas ibu/orang tua di rumah.  Bukan kata Nur,  ramai lagi anak-anak muda yang berpikiran sama macam u olls.  Tak boleh nak salahkan Nur bulat-bulat,  ada ibu bapa yang langsung tidak memberikan galakan kepada anak-anak untuk tau memasak.

1.  Belajar dari pemerhatian

When i was a small girl,  saya memang minat menolong mak di dapur.  Seawal umur 10 tahun,  i dah pandai buat kuih raya sendiri.  Walaupun kuih raya itu bentuknya tidak seperti kuih raya kadang-kadang.  Tapi my mother,  Kak Edeh selalu bagi galakan.  Cara Kak Edeh train kat di dapur adalah macam ni.

Bila dia memasak,  dia akan suruh kami berdiri / duduk kat tepi dapur sambil kata "Apa mak buat....ampa tengok dulu dan ingat.  Nanti kalau aku sakit ka apa ka.  Ampa tau nak buat macam mana.  Kalau tak tau buat...nanti orang kata apa la anak Edeh ni tak reti nak masuk dapur,"  Haaaa....maka pembelajaran melalui pemerhatian adalah amat membantu.

Dari cara pegang pisau,  cara potong sayur,  cara perah santan,  cara cuci beras,  semuanya kami belajar melalui pemerhatian.  And of course,  diselang seli dengan pelbagai soalan yang dijawab oleh Kak Edeh tanpa jemu.

Sekarang,  tak lambat untuk Nur belajar masak.  Bila ada peluang masuk dapur bersama keluarga mertua,  kawan-kawan yang pandai masak,  or simply tengok rancangan masak memasak,  perhatikan cara depa buat kerja!  And kalau tak faham tanya.

Once in a while,  Kak Edeh akan bagi prektikal session kat kami.  Masa nila kami dapat try sikik-sikik,  kacau kari,  tumis sayur,  blend bawang dan sebagainya.  Walaupun kami memberikan small contribution,  tapi mak kami selalu puji pada masa makan.  Dia akan kata kat bapak kami "Ha....kari ni Jumie tolong masak...."  Meletops padahal kita tolong bok masuk bawang and halba campur sahaja.



2.  Try and Error

Seperti Aishah,  dia lebih yakin untuk masak adalah dia terpaksa go through try and error apabila duduk sendirian di kota Polland.  Mak ayam ni kena study kat Polland for one semester,  so bila duduk negara orang,  dia terpaksa men-try-and-error kan dirinya dalam pelbagai jenis makanan yang dia amat teringin nak makan.  Especially,  Malaysian food.  Sebab kat Polland nak makan di luar adalah tak sedap dan kalau nak pi makan di Asian restaurant adalah amat mahal.

Dalam kami geng semua,  Aishah yang paling jarang memasak even sebelum dan after kawen.  Tapi sebab dia beranikan diri untuk try-and-error,  dia lani dah tau masak laksa,  kari,  karipap pusing,  kuah kacang,  sambal tumis,  nasi minyak,  roti canai!!  Akak terpaksa sembah ratu kat beliau.  Haruslah lepas ni kena pi tuntut ilmu dengan dia.

Sama macam kemahiran lain,  tanpa kerajinan,  usaha dan kesungguhan,  u olls tak akan dapat kemahiran itu dengan senangnya.  Of courselah first time buat sesuatu resepi,  terkadang  itu kita akan jadi macam serr.  Tapi kalau kita yakin dan selalu nak try,  insya allah boleh punya aih.

Contohnya,  I olls memang boleh masak.  Bagi la resepi apa pun,  apa yang i pernah makan and I suka,  i boleh buat punya sendiri kat rumah (dilengkapi dengan kerajinan dan bahan yang sesuai) HAHAHA.  Tapi one thing sejak kawen dengan En.  Khafi adalah i tak reti buat sambal tumis.  Siriesly!

Kami kat rumah dulu,  mak I olls jarang masak sambal.  Dia selalu masak kari / asam pedas / parpu dan sebagainya.  Sambal tu adalah,  tapi i olls sendiri tak berapa minat.  So bila kawen dengan Khafi dia selalu request nasi lemak dengan sambal telur.  Nak jadi cerita,  sambal I olls tak pernah menjadi.  Padahal masak sambal tu punya la senang gila.

I pi menuntut dengan macam-macam.  Tengok cara depa buat sambal.  Daripada dengan makcik Khafi di Tangkak sampailah Tok Ije I sendiri yang duduk di Nibong Tebal.  Tak menjadi-jadi sambal I.

Sampailah satu hari,  i bercerita dan bertanya dengan kakak ipar I,  Kak Qinah,  "Apa masalah sambal hang?"

"Jumie masak cabai tu 6 jam pun tapi duk bau lagi cabai tak masak,"  cabai means cili.

"Macam ni.....kalau hang dah tumis bawang tu semua.  Bila dah wangi hang masuk cabai boh tu kan?  Tunggu sampai cabai tu pecah minyak baru tambah air / air asam.  Barulah cabai hang akan masak,"

KISAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!  Maknanya selama ini,  I olls memang salah teknik iaitu cabai tu belum pecah minyak I dah bok masuk air.  Sebab tu la cabai i tak masak-masak.


3.  Masa Yang Banyak Untuk Belajar

Macam u olls yang duduk jauh dari suami,  lagi la senang u olls.  U olls ada banyak masa untuk try -and-error untuk try satu satu masakan.  So bila suami u olls balik rumah,  u olls boleh masak untuk dia.  Tak apa,  kalaupun masakan u olls tak sedap.  Janji u olls usaha dan niat u olls adalah untuk membagi suami u olls makan.  I think,  kalau suami u olls baik hatinya,  dia tidak akan kutuk u olls,  janji u olls try and dia akan puji for your effort walaupun tak berapa nak sedap.

Makanan yang dimasak dengan sedap adalah masakan yang dimasak dengan kasih sayang.  Bukan nak masak untuk tunggu orang puji and mengharap yang orang akan bagi u pingat MASTERCHEF.

Bila i kata macam ni,  makanya u olls kena always usahalah.  Janganla sekali u olls try masak tak sedap.  Terus tak mau masak dan salahkan bakat dan kurang pengalaman sebagai alasan untuk u olls tidak mahu masak lagi.  Yang penting tu niat.

Mula perlahan-lahan.  Amik tau apa yang suami u suka makan.  Contohnya,  dia suka nasik ayam.  So u belajar buat resepi nasi ayam dulu.  How to make the nasi,  the perapan ayam,  the sos and the soup.  Bila dia balik u masak tu.  Haaa....meletops u olls.  Tak sedap takpa...tapi pelan-pelan.  Bila dah terror nanti,  try belajar buat resepi lain pula.


5.  Rajin buat Research
Rajin-rajinlah tengok rancangan memasak.  Tengok rancangan 703 ataupun 727.  Kalau rumah takdak Astro,  belambak-lambak video masak yang ada kat Youtube.  Tengok la u olls.  Selain daripada tu,  belajar dengan kawan-kawan yang pandai masak.  Baca blog.  And paling i suka adalah tanya dengan orang-orang tua.  Kalau i rasa masakan makcik,  mak and tok tok I yang sedap-sedap,  i suka bertanya and terus salin dalam handphone.  Esok lusa i try la.  :)

Okay,  at the end of the day,  rasa menyesal tak dulu tak pernah amik tau langsung pasai masak memasak ni semua?  Haaa!!  Lepas ni bila ada anak,  suruh anak ampa lelaki or perempuan untuk masuk dapur.  Walaupun I ni takdak anak,  tapi i selalu encourage anak-anak menakan I untuk belajar masak.  Bila pi Tesco or Giant,  i selalu ajar depa cara-cara nak beli bahan masakan and cerita bahan-bahan ni dari mana and apa kegunaan dan khasiat dia.  Secara tak langsung,  kita ajar anak-anak kita untuk tau tentang apa yang dia makan everyday.    Jangan jauhkan depa dengan ilmu-ilmu ini yang kita clichekan sebagai kerja orang tua.

Sekian u olls,  kirim salam kat suami u olls.  Pandai na dia...suruh belajar dengan Kak Jumie.  Macamlah Kak Jumie hang  ni pandai sangat masak.  I suka memasak,  tapi kadang-kadang beli luar adalah LEBIH MURAH DAN PRAKTIKAL untuk keluarga dua orang ni.  AHAKS.  Maka oleh itu,  dah lama i olls tak masak meletops dan bubuh kat Facebook.  Tapi sekali sekala,  like SEBULAN SEKALI (especially untuk kita yang bekerjaya ni),  buatlah masak-masak yang meletops sikit.

Macam mana modern pun kita ni,  tapi memang betul,  kalau nak jaga suami kita adalah di kawasan satu jengkal atas pusat dan satu jengkal bawah pusat. Kalau satu jengkal atas pusat tu,  perut la kan noks?  Kalau satu jengkal bawah pusat tu?  Nak ke mak letak gambarajah kat sini kan?

Belajar masak sampai jadi expert ni semua bukanlah semata-mata untuk husband kita jadikan kita trophy wife,  tapi siriesly,  En.  Khafi adalah sangat dan amat bangga bila balik kampung,  arwah mak dia (mak mentua akak) boleh berehat dan tak perlu masuk dapur.  Semuanya bini dia buat.


ps / Akhir kata,  tak guna bagi 2398723 alasan kalau cubaan nya hanya sekali dua.

Sekian,  selamat maju jaya.

Jumie Samsudin

10 comments:

  1. setuju tu kak jumie..mmg kena try n error,,insyallah cnfirm boleh punya..
    mcm saya, saya belum berkahwin..tp alhamdulillah saya selalu praktikkan dirumah sewa saya utk belajar masak mcm2..hehheheee yg jadi mangsa teman2 serumah la..klu masakan saya menjadi maka selamatlah tekak diaorg, klu masakan saya x menjadi..hahahaha saya akan cakap " makan jerk, jgn banyak bunyi..habiskan! " hahahhaaa tp klu da jenis diaorg tu tekak yg tolak kayu n batu jerk..semuanya licinnnn..hahhahahaa :) so saya setuju dgn semua apa yg kak jumie cakap..

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat kak jumie.aiolls masa zaman anak dara selalu nak protes asyik kena duk dapur je.huhu.tp biasa tolong2 mak je. tolong potong sayur, kacau gulai macam tu je. Bila dah kawin ni otomatik kita ada rasa nak masak. dan tok guru aiolls yang paling sejati adalah en.gugel. Heheh. Dan yang paling penting balik umah mak mertua mesti tanya cara beliau masak itu ini, sebab cara dia berbeza dengan mak kita. Dan opkos la kita nak masak untuk anak beliau yang dah bertahun-tahun makan masakan mak beliau kan. gud luck Nur.

    ReplyDelete
  3. aku bukan nak cakap la... aku pun tak reti masak jugak dulu sebelum kawin.. lepas dh kawin baru tau masak ni tak susah. cuma kena guna common sense je....

    ReplyDelete
  4. yuhu kak jumie...saya ada idea..kalau suka nak cuba la...
    di market kepala batas..( saya rasa semua market ada)..ada orang juai rempah siap...sambai tumis..kurma..masak merah..masak hitam..sweet sour..asam pedas...semua ada..habaq ja nak masak apa..dan berapa ketui ayam ka..berapa ekor ikan ka...dia buh siap..balik..tak yah buh apa..tumis bagi pecah minyak...tambah gula garam sesedap rasa..yang kena buh santan..agak agak buh santan.. tapi sedap..:)

    ReplyDelete
  5. Ahahah... Aku pon jarang masak da skang ni. Sbb barang dapo limited dan takleh "cross-boundary" haha... Tapi dulu masa dok ngan kak syima tetiap weekend kitorang try masak macam2 makanan... Belasah ja boh apa pun, nama masakan takdak pun takpa. Yang penting outcome mesti sedap.

    Terlebih pedas, terlebih masin adalah perkara biasa, yg penting memang perlu sangat try n error. Bila tak try, kita tatau tahap kita kat mana, betui dak? Bila dah try, kita akan slow2 tau camana nak pebaik apa yang kita dah buat.

    Memasak ni syiok apa. Takyah berkecah dapoq sangat pon kalo minat tengok siri memasak kat astro/youtube...

    ReplyDelete
  6. Eh nak tambah sikit. Bak kata arwah ayah aku, "selagi takdak sapa masuk hospital akibat keracunan makanan pasai hang masak, selagi tu cara hang masak dah betui. Cuma tang sedap tu nanti dia pelan2 mai kalo hang pandai ejas rasa"

    Memang encouragement yang paling best penah aku dapat.

    ReplyDelete
  7. "Memasak bukan bakat. Memasak adalah kemahiran survival yang perlu ada pada semua orang!"

    betui sangat.kami ni takdakla nak kata terer masak tapi reti la masak, sedap tak sedap belakang cerita.
    dulu masa bujang, kebanyakan masakan tu timbul sbb teringin. contohnya ketam, nak makan kat luaq kalau takdak rm20 sekoq ketam, jangan mimpi la nak merasa.kalau beli kat market rm20 dah boleh dpt 3ekoq ketam, makan pun puaih. resepi banyaknya google saja.sambai belacan pun kami pun kami google.punya la haru lupa nk buat smbai belacan mcm mana.

    mau dengan takmau belajaq ja cerita dia la ni.

    ReplyDelete
  8. senasib dgn Nor.. saya dah kawen almost 5 years mmg hari2 tapau.. sbb dok dua org, balik kerja penat nak masak belum tentu jadi n sedap.. boleh kira setahun sekali jaa masak tu pun belum tentu jadi... salah satu solution my parents kasi precook gravy ( bolognaise, maccaroni , daging hameediyah frozen diimport khas dari penang etc) soo panaskan jer.. hikhikhik....

    ReplyDelete
  9. kami kalo masak parpu teloq mmg ikut resepi jumie... arwah tok kami suka masak tp kami takdak resepi, sngt teringin nak makan skali tgk jumie share resepi kat blog! sukaaa! TQ jumie! sedappp resepi tu!

    ReplyDelete
  10. Walaupun tak pandai sangat masak, at least kita cuba bagi yang terbaik ye dakk?

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...