19.11.13

Orang Hilang di Villa Nabila, Johor Bahru

Hello u olls,

Ni la orang kata....takdak kerja nak cari kerja. Duk tak duduk ampa nak masuk tempat angker macam ni.  Last sekali kena sembunyi dengan hantu tetek.  Teruih hilang tak dijumpai.
Tapi i olls (yang duk migrain dua tiga hari ni since last week) tak boleh nak baca banyak-banyak sangat info.  Ada yang ada 7 orang hilang.  Ada yang kata 1 orang hilang.  Mana satu yang betui ni?


Click bawah untuk cerita.


Nak salahkan filem-filem seram kat Malaysia ni tak juga.  Dari dulu pun memang kita disajikan dengan plot cerita sedemikian.  And since i olls kecik lagi,  selalu dengar cerita hantu di mana anak-anak muda teringin dan gatai pungkok pi masuk kat tempat-tempat berhantu dan saja pi test diri. Nasib baik,  tak jadi la apa.  Kalau nasib tak baik?  Haaa...jadilah lagu ni.




Gambar yang diambil dari blog blog lain tentang usaha mencari mangsa yang hilang.



Dua ni adalah dua budak yang hilang pastu dah dijumpai balik.  Aiiiiyoo yang baju biru tu.  Ellllokksss....untunglah Hantu Tek yang pi serkop dia. Ahaks.



Cerita-cerita seram yang diambil dari blog orang lain :


Rasanya dah ramai yang tahu akan cerita ini, villa yang dikatakan menyeramkan di Johor Bahru, berhampiran dengan Danga Bay. Memang banyak kisah misteri tentang rumah ini. Sebenarnya banyak kisah yang diceritakan orang mengenai kejadian di rumah ini, tetapi tak dapat nak dipastikan kesahihannya antaranya :

Versi 1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

Versi 2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.

Versi 3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

Versi 4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.

Versi 5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seseorang, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.
Versi 6 – Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut.







Gambar di dalam Villa Nabila.  NAK HARIAMM PUNYA ANGKER.  MENYESAINYA BUAT REVIEW PASAI CERITA NI.

Apa pun,  kepada adik-adik di luar sana,  ampa dah baca cerita ni kan?  Jadikanlah tauladan.  Jin ni semua pun makhluk tuhan juga.  Kita tak kacau dia,  dia tak kacau la kita.  Kalau kita sendiri pi sua badan kat dia...haaa dia seronokla.

Kepada keluarga-keluarga mangsa,  kuatkan hati dan jangan berhenti berdoa kepada Allah.


Sumber : Blog Mazeer


** Berita terkini,  budak yang hilang itu kisahnya telah dijumpai di rumah rakan.  NAHARIAMM PUNYA BUDAK BUDAK NI SEMUA.  Mai baca sini  :  http://www.beritaterkini.my/gambar-villa-nabila-johor-bahru-jb

7 comments:

  1. amboi kak...hahahah kemahen buat stori ni jugak. so percaya versi mana ni?

    ReplyDelete
  2. kt penang hat sekolah cina area dekat bgunan kwsp tu scary gak. apa tah nama sekolah tu. lani kt luaq2 dia jd parking bas.

    ReplyDelete
  3. kat penang, tepi sekolah chung ling ada orang angker.. hahahaahahahaha

    ReplyDelete
  4. mak aih....ketaq lutuit cheq baca hat ni pny post...tgk gambaq da takot...ape xde perasaan ka bdk2 yang g situ?????kompius la....

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...