26.11.13

Perbezaan Drama Melayu Dan Drama Amerika Syarikat

Hello u olls,

Baru baru ini,  Beautifulnara mata kecik telah memaparkan sebuah artikel bertajuk "Perbezaan Drama Melayu dan Drama Amerika Syarikat" hasil nukilan seorang lelaki bernama Mizan Hasri di laman Facebooknya.  Penulisan yang sungguh akademik,  tajam,  santai dan bermata ini telah menjadi viral kerana telah dikongsikan hampir sebanyak 3000 kali (and maybe now makin lebih).


Jom baca artikel penuh Mizan Hashri di bawah.



Kebelakangan ini (atau sebenarnya sejak sekian lama sebab perkataan kebelakangan ini diletak hanya sebagai penyedap, kakakaka!) drama-drama siri melayu berjaya mewujudkan komuniti peminatnya sendiri.

Meskipun sebahagian besar plotnya diseragamkan kepada konflik percintaan, peminatnya tetap tidak jemu menagih cerita yang berakarkan emosi berlebihan.
Antagonis mengoda protagonis (unsur seks dan curang). Anak kepada hartawan atau tokoh korporat. Makan di restoran eksklusif. Memandu kereta mewah. Ini semua adalah apa yang yang sering kita lihat dari drama melayu. Seakan tidak mencerminkan pendapatan perkapita negara dan fakta 78.6% pekerja bergaji dibawah RM3000.

Apa yang kita dapat belajar dari semua ini? Ya, ada mesej kesetiaan dan kekeluargaan. Tapi semuanya dihidangkan berlebihan seperti menjadi hamba kepada hubungan barbarik.

Memandangkan premis artikel ini adalah untuk dijelaskan bagaimana drama TV dapat merevolusikan individu ke arah progresif seperti menjadi lebih produktif, maka perbandingan antara drama melayu dan drama dari Amerika perlu dijadikan sampel untuk meneliti lakaran seni yang berbeza dan sumbangannya kepada penonton.

Perbandingan Plot dan Idea Dari Kepelbagaian Disiplin

Perhatikan senarai drama-drama popular tempatan dan drama TV dari Amerika ini (dipilih secara rawak tanpa kronologi):

Tentang Dhia (cinta/cinta seorang isteri yang suci)
Setia Hujung Nyawa (cinta/kahwin segera)
Dejavu di Kinabalu (cinta/pertemuan tiba-tiba)
Adam & Hawa (cinta/bertemu selepas berpisah)
Sehangat Asmara (cinta/pasangan suami/isteri bertemu kembali)
Cinta Jannah (cinta/kahwin segera)
Sebenarnya Saya Isteri Dia (cinta/kahwin segera)
Teduhan Kasih (Cinta/cemburu/kemelut perkahwinan)
Love You Mr. Arrogant (cinta/kahwin paksa)
Jodoh Itu Milik Kita (cinta/kahwin paksa)

Sementara itu drama TV Amerika pula:

House MD (perubatan/socratic method)
Breaking Bad (sains/guru kimia bertukar kerjaya menjadi raja dadah)
Lie to Me (penyiasatan/applied psychological)
Under the Dome (sains fiksyen)
Elementary (penyiasatan/deductive reasoning)
Hostages (thriller/rancangan membunuh presiden)
The Big Bang Theory (sains/komedi sekumpulan saintis)
The Walking Dead (ikhtiar hidup/konflik kemanusiaan)
Suits (legal/case management strategy)
The Mentalist (penyiasatan/social engineering)

Barisan drama melayu popular seperti dijangka majoritinya berkonsepkan tema yang sama, melestarikan emosi. Sementara drama TV Amerika menampilkan ledakan kerjaya dan fokus kepada ikhitar kehidupan dari segi ekonomi dan sosial. Skrip digarap kemas dan secara falsafahnya membuat komentar terhadap kehidupan.

Sementara skrip melayu seperti biasa terikat dengan emosi, emosi dan emosi.
Penonton drama TV Amerika terdedah kepada berbagai-bagai lapangan ilmu. Input berbentuk cerita mengenai sains, perubatan, psikologi, pemikiran saintifik dan ikhtiar hidup boleh menjadi sumber inspirasi kepada prestasi peribadi sama ada dalam bidang pendidikan dan kerjaya. Dalam hal ini, penulis drama tv Amerika seakan berjaya mempromosi ilmu pengetahuan sebagai sesuatu yang kool untuk dikuasai.

Tun Dr. Mahathir sendiri sebelum ini yang pernah menghalang cerita seram semasa pentadbirannya berkata filem seram ini tidak mengalakkan masyarakat menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik. Even seorang Perdana Menteri pun sempat lagi meneliti kesan rancangan TV. Dalam kata yang lain, dia akan menyokong drama atau filem yang menyubur budaya saintifik.

Produktivi
Harvey Specter dalam cerita Suits tekun menaip di laptopnya sebaik sahaja masuk ke biliknya, begitu juga Mike Ross, dengan keupayaan memori fotografik, dia bekerja keras dalam menyelesaikan satu-satu kes. Dari timbunan fail dan dokumen, dia menganalisa sehingga menemui ‘peluru’ untuk mengalahkan pihak lawan. Sherlock Holmes dalam versi New York di Elementary bukan sekadar duduk bersahaja sambil meneka. Di beberapa babaknya dia kelihatan meneliti berpuluh-puluh lembaran dokumen serentak dengan tekun.

TV Melayu sebaliknya berbeza, meskipun agak kerap diwacanakan watak-watak yang bekerjaya tinggi, babak kerjaya hanya sepintas lalu. Walau berada di pejabat tapi wataknya seakan terperangkap dengan isu-isu emosi. Duduk di pejabat tetapi fikiran ke arah lain. Dalam dunia sebenar, pekerja seperti ini kemungkinan besar akan menghadapi masalah untuk berdepan dengan performance appraisal.

Bahasa Inggeris
Beberapa tahun kebelakangan ini ada polemik tentang pengajaran sains dan metamatik dalam bahasa inggeris, sehingga pejuang bahasa atau penentangnya duduk protes di jalanan.

Realitinya, isu ini bukan hendak membunuh bahasa melayu. Isu import bahasa inggeris ke bahasa melayu yang berterusan sehingga kinilah yang patut dikritik seperti perkataan koreksional dan destini.

Disebabkan polemik dan sikap komik yang tidak berkesudahan ini, kita terpaksa mengambil langkah sendiri untuk memantapkan penguasaan bahasa inggeris. Menonton drama TV berbahasa inggeris adalah salah satu daripada cara yang kreatif untuk menambahkan kemahiran berbahasa inggeris tanpa perlu mengharapkan kerajaan atau mana-mana ahli politik. Pendidikan adalah tanggungjawab peribadi dan cara untuk belajar sebenarnya bebas. Jadi, lebih banyak drama TV berbahasa inggeris yang ditonton, lebih meluas pendedahan kepada bahasa inggeris. Malahan ada diantara skrip drama TV ini boleh digunakan ketika perbualan, semasa mesyuarat dan juga untuk diabstrakkan ke kertas kerja.

Semasa artikel ini sedang ditulis, TV3 baru sahaja menyiarkan siri terbaru berjudul “Playboy Itu Suami Aku”. Ini adalah antara adaptasi dari novel-novel yang mana plot seirasnya bergelimpangan di kedai buku-buku. Habis apa selepas ini? “Isteriku Seorang MILF”?, “Suamiku Dulu Ganas Kini Manja”?

Entah lah. Saya hanya mampu mengeleng kepala. Terpulang kepada mereka sama ada mahu mengunakan hiburan dari drama TV sebagai hiburan berintelektual yang memberi semangat dan inspirasi, atau mahu terus horny dengan emosi.

Pilihlah sendiri.
Tahniah saudara Mizan Hashri.  Isu ini dah banyak kali dinaikkan,  tapi tetap tidak lapuk.  Kepada yang selalu membaca blog saya,  ampa semua pun tau,  JUMIE SAMSUDIN memang tidak layan drama Melayu.  Susah nak buat pengakuan macam ni,  nanti ampa kata aku belagak la pulak kan.  Overnya mak ayam layan cerita mat salleh je yang penuh dengan cerita tunjuk tetek dan lawak 18 seks yang tidak tercover.

Tapi hakikat,  tolak tepi kisah seks and tunjuk tetek,  lepas baca kupasan Mizan Hashri,  tidak kah ampa semua bersetuju dengan apa yang dia kata?

Saya tidak menonton drama Melayu,  drama Korea,  Indonesia and yes...drama La Usur Padora (Mexican / Spanish drama) kerana drama ini semua sangat berat emosinya.  Emosi berat yang entah apa-apa dan seringkali membuatkan kita rasa terfantasi dalam hidup kita sendiri.  Sebab itu wanita yang suka tengok drama drama macam ni,  suka feeling mangsa keadaan,  suka feeling posing menyanyi lagu ikan kaloi di tepi kolam dengan sayur keladi,  suka feeling cantek dengan tudung 3 lapis dan make up 4 kati,  suka feeling dalam semua hal!!!



Apa yang Mizan Hashri kata bukanlah nak menyokong 100 % drama mat salleh adalah best.  Ada juga drama depa yang tahi contohnya Client List (cerita ibu tunggal yang jadi tukang urut erotik and bergelora dengan cinta dan tuntutan kerjaya).  Tapi apa yang cuba Mizan Hashri katakan adalah bagaimana rancangan TV di Amerika memberikan kepelbagaian kepada penonton.  The better the choices the better we can gain.

Tapi usaha ini tidak datang dari sebelah pihak sahaja.

Pengusaha produksi rancangan TV kena kerja kuat untuk make sure sajian yang diberikan adalah bermutu tinggi (tak perlu guna produksi mahal dengan effect bagai).  Kalau skrip berisi,  boleh sampaikan mesej jelas kepada komuniti kita.

And kalau pun ada pengusaha produksi yang sanggup pecah kepala untuk buat cerita yang best,  berapa kerat orang Malaysia yang berminat untuk tengok rancangan berat macam ni.  Disebabkan kurangnya orang Melayu Malaysia yang minat nak tengok skrip yang lebih 'berat' pengisiannya sebab itulah talk show PRIMADONA boleh dapat rating tinggi.  Arghhhs!!!  Bilalah Malaysia nak ada rancangan talk show yang betul betul ada mutu and bukan cakap pasai gosip and kisah lapuk seperti SALIH YAACOB kahwen 4 semata-mata.

Tepuk dada tanya selera.

Takpalah Mizan,  kita teruskanlah tengok rancangan yang sesuai dengan selera kita.


Pada ketika ini,  akak suka tengok The Walking Dead (memang sejak dahulu lagi).  En.  Khafi kata,  inilah cerita hantu yang Jumie berani tengok sorang-sorang.  HAHAHA.  Celaka sungguh.  First and second season,  cerita ini memang banyak kejutan.  Karakter berlari sana sini untuk selamatkan diri daripada zombie.  Elemen kejutan memang banyak.  Tapi bila masuk musim ke 4 ni,  issue nya bukan soal takut pada ZOMBIE lagi.  Karakter lebih takut kepada ancaman sesama manusia.  Naluri survival menyebabkan seorang wanita yang penuh dengan watak keibuan sanggup membunuh rakan dengan membakarnya hidup hidup.

Ada juga kisah cinta dalam The Walking Dead,  perasaan dambaan cinta tidak akan hilang walaupun pada ketika hanya mungkin 10 orang sahaja di dunia ini yang kita kenal dan hidup di depan kita.


Satu lagi drama Amerika yang saya duk ikut lani adalah Hello Ladies.  Cerita pasai Stuart seorang lelaki UK yang tinggal di Hollywood.  Stuart ni muka nerd macam nakhariam tapi feeling nak kapel and dating dengan wanita tahap model,  malaikat dan ke atas.  Musibat tak?  Tiap-tiap minggu akak sanggup sabarkan diri untuk tengok perangai bodo dia yang cuba sedaya upaya untuk tambat hati wanita yang gila super lawa and stylo.

Tapi at the end of the day,  untuk menawan hati seseorang,  seorang lelaki itu tidak seharunya mempunyai perawakan ala model ataupun punyai banyak duit,  tapi keikhlasan,  'not trying so hard attitude' and menjadi diri sendiri akan membuatkan personalitinya lebih menonjol dalam kalangan wanita.

Ohhhh i;ve so many losers like this in my life.  Akak akui,  akak bukanlah hot supernova.  Akak hot paras Nora Danish sahaja.  (BEDEHEMM....)  Tapi akak mempunyai ramai kawan-kawan yang super hot setanding Cara Delevingne.  So,  akak selalu didampingi oleh lelaki-lelaki NAN HADO seperti Stuart yang akan memaksa and menyuruh akak sedaya upaya untuk datingkan kawan akak kepada mereka.

Nak suruh depa cermin diri sendiri...macam tak sanggup pulak kan?  At the end of the day,  kita bagi ja depa kenai.  Tapi lepas tu....kita yang rasa macam kasihan yang nak tendang (pathetic).

Okaylah,  tutup dulu tirai malam ni.  Duk merapu apa panjang sangat.  Ampa semua tetap suka tengok Astro Ria kan?

Love,
Jumie Samsudin
Wanita Meletops
Lambang Kecantikan

7 comments:

  1. saya pun setuju...sama jugak dgn novel...berapa kerat yang nak beli novel genre thriller dan sebagai nya...asyik2 novel cinta...tiada proses percambahan ilmu...

    ReplyDelete
  2. semua senarai drama melayu di atas tak pernah tengok. Bila orang kat ofis sembang, kita mampu sengih sengih je la....hahahaha..

    ReplyDelete
  3. saya juga antara yang tak berapa nak tengok cerita melayu..especially filem2 melayu..adoiiyaii, tak berkembang langsung minda..asikla cerita hantu, gangster2, cinta2..takpela, tengok jela cerita yang kita suka..

    ReplyDelete
  4. Salam kak jumie..setuju dengan pendapat kak jumie..drama melayu sekarang semua sama saja, dulu2 (masa sekolah) layan jgk la drama melayu, tp bila dah mai besaq ni jadi menyampah and xlarat nak tengok..kenapa? sebab jalan cerita yang sangat boring and sama sampai kita dah tau ending dia macam mana bila kta tgk first episod citer tu..tapi kawan2 sy ramai jgk yang duk tgk drama tu pastu mula feeling bagai..huahuahua....

    ReplyDelete
  5. I pun setuju dengan u. Dulu2 ada gak layan drama melayu pastu sama je...bava novel melayu..sama je
    In the end I layan drama inggeris. Pastu buki melayu I baca keluaran fixi sebab fiksyen sangat dari drama leleh melayu yang skeptikal.

    ReplyDelete
  6. Bersetuju..lepas nih mintak akak buat artikel pasai filem melesia vs filem barat plak la..hahahaha..

    ReplyDelete
  7. Tertunggu2 pengarah mana berani nak amik koleksi ramlee awang murshid buat drama series kat tv. Dpt mandatori pun jadik ah...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...