11.11.13

Visiting Alor Star, Kedah Part I : Tanah Tumpah Darah Ku

Hello u olls,

Back to Back Visit

Dah lama simpan gambak-gambak ni semua.  Hari ni baru nak cerita dengan ampa.  Within end of Oct and early of November i olls berpeluang untuk melawat ke Alor Star.  Dua kali ulang aling dalam dua minggu berturut-turut.  On the first weekend,  i olls pergi memake up Arep Kamen and Ain for their nikah and sanding day in Tandop,  Alor Star and later next Saturday,  i olls dan rakan-rakan office International Office USM telah pergi memakan nasik kenduri Cik Farah Man,  one of our officer.  So cerita jalan-jalan kat bawah ni bukan cerita satu hari punya jalan,  tapi jalan-jalan yang merangkumi dua minggu.  Takpala...janji ampa faham informasi yang i olls nak share.



Cerita panjiang kat bawah.......




IC akak adalah 02

Siapa yang dilahirkan di Kedah Darul Aman makanya IC depa kat tengah-tengah adalah 02.  Contohnya saya :).  Yes i was born in Alor Star Kedah back in 1985.  Masa tu Abang Manap kena transfer mai duduk Alor Star (dia kerja dengan Nestle).  Mulanya dia mai duduk sorang for a few months,  later lepas dapat rumah sewa yang sesuai dan sebagainya barulah satu family we olls ikut mai duduk situ.  Masa tu,  my mother,  Kak Edeh mengandungkan i olls lebih kurang 5 bulan already.

Mak kata,  masa bapak mai duduk menyewa sorang-sorang di Alor Star ni,  first time and the only time dalam perkahwinan depa,  bapak tulis surat kat mak di Penang.  Surat tu sangat simple.  Untuk pengetahuan u olls,  Abang Manap bersekolah sampai sekolah rendah sahaja.  And disebabkan dia selalu ponteng pi Kebun Bunga so dia tak berapa pandai menulis dan mengeja.  Just basic writing for importants works and message.  Apatah pula nak mengarang surat cinta atau Sonnet 18 kepada isteri tercinta.

Apabila Kak Edeh dapat surat daripada bapak kami di Alor Star,  mak sangat terkejut.  Dan surat ringkas itu berbunyi ;

"Jangan lupa bagi makan burung,"

HAHAHHAHAHA.......klasik tak bapak I olls?  Bapak i sanggup tulis surat kepada mak untuk ingatkan dia agar jangan lupa bagi makan kat burung-burung peliharaan bapak dalam sangkar.  Sayangnya mak i tak simpan dah surat tu.  Tapi kalau dia simpan,  memang patut frame surat tu.

Kami sekeluarga banyak kenangan di Alor Star walaupun duduk di sana untuk 3 tahun sahaja.  Lepas i olls dilahirkan dan satu lagi adik diperoleh iaitu Cakcing (Pemilik butik pengantin The House of Red Gincu) barulah we olls balik semula ke Penang.  Walaupun i olls masa tu sangatlah kecik iaitu usia 3 tahun,  tapi still i can remember memory itu macam masih clear bermain-main di mata.  Maybe orang IQ tinggi ni memang baguih kut ingatan dia.

Rumah yang kami sewa adalah sebuah kayu dua tingkat yang terletak di Jalan Langgar,  depan Masjid Tanjung Bendahara.  Sebelah rumah kami adalah rumah kepada tuan rumah kami iaitu Mak Aji.  Dulu kecik-kecik,  bila boring duduk rumah i olls akan pi kacau Mak Aji duk masak.  Pastu dia tak tau nak buat apa kat I olls yang cakap banyak ni,  dia akan bagi makan biskut raya lama-lama.  Tak taula biskut apa tapi biskut tu rasa macam ubat nyamuk yang ditumbuk.  Tak sedap gila.  Pastu I olls akan lari balik ke rumah.

Kat belah kanan,  ada rumah lagi yang disewa oleh lelaki-lelaki bujang.  Ada sorang abang tu,  akak panggil dia Abang Spek.  Tak tau apa nama betui dia,  tapi dia selalu mai main dengan akak kat rumah.  Mesti sebab akak adalah comels masa kecik-kecik tu sebab dia duk mai main dengan akak.  Apa la jadi kat Abang Spek tu lani pun tak tau la.

Satu lagi memori kat rumah kami tu adalah rumah tu sangat banyak ular.  Bapak kami senang-senang ja tangkap anak ular senduk,  and dia akan simpan dalam balang kaca Horlicks yang tudung plastiknya dilubangkan untuk membiarkan udara masuk. Ada banyak botol Horlicks berisi anak ular tedung (lebih kurang 1 kaki panjang) tersusun di atas para kayu di sebelah rumah kami.  Satu balang untuk satu ekor ular.  Semuanya hidup.  I olls masih ingat,  bila bosan,  I olls akan amik kayu kecik dan ketuk ketuk balang itu dan anak-anak ular tedung tadi akan 'kembangkan' lehernya dan cuba 'berlawan' dengan kayu akak.

Kak Edeh yang merupakan seorang wanita yang penakut ular tahap fobia teruk punya sampai boleh kancing gigi,  rasa tak senang duduk bila anak kecik dia yang nama Jumie ni duk main dengan anak ular senduk dalam balang kaca Horlicks tu.  So one day,  tau apa dia buat?  Dia masak ayer panas dan dia tuang dalam balang kaca Horlicks tu semua.  Maka matilah semua anak-anak ular senduk tu.

So with the help of Waze Applications,  akak pun cuba mencari rumah yang menjadi kenangan kami sekeluarga.  Pusing dua kali depan Masjid Tanjung Bendahara tu,  tak sure sama betul atau tidak.  Kak Ita (my elder sister) pesan  "Rumah tu sama ja...depa tak renovate apa pun.  Cumanya hang tak akan perasan sebab bila depa dah pebesak jalan so halaman depan rumah tu dah jadi kecik.  Rumah Mak Aji pun depa dah renovate lain...."

Tapi setelah pusing dua kali dan muka En.  Khafi duk mai macam sengkuang merah dah,  so i think this is our old house.


I posted this picture dalam Facebook and tagged my sisters,  depa kata "YESS!!  This is the house.  And depa start telling crazy stories pasai depa kecik-kecik dulu.  Bukan sahaja my siblings,  malah my cousins from KL also putting down their funny memories in the comments.  Most of it i dont and cannot remember.  Apa pun,  berbaloi i olls sanggup turun amik gambar rumah ni.  Memang sangat lain.  Dulu tepi tepi ni ada banyak rumah lagi.  Tapi lani dah takdak.  Paya kat belakang rumah semua dah jadi taman perumahan.  

Panjiang cerita pasai rumah sewa kami ni.  I dont have gambar masa kami dulu dulu kat rumah ni.  Maybe ada kat rumah kakak-kakak i olls.  Tapi begitulah ceritanya.  

Sekian dulu cerita Alor Star part I.  Nanti ampa sambung bab-bab lain.

Love, 
Jumie Samsudin

1 comment:

  1. Sangat jujur dan I tergelak2 baca ular kena jirus air panas.. adoiiii cian ular2 tu..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...