6.12.13

Dear Jumie : Toyol Belaan Makan Janin Ku

Dear Jumie,
Terdetik di hati nak kongsi kisah aku ni.  Perasaan aku berkecamuk.  Malu ada,  marah ada,  takut pun ada.  Tapi aku kuatkan hati aku untuk tulis emel yang panjang berjela ini untuk hang.  Kalau hang sudi,  mohon publish dalam blog hang.  Semoga mendapat iktibar dan juga menjadi pengajaran kepada kita semua. 
Kisah yang aku nak ceritakan ini bukanlah rekaan.  Bukan ciptaan.  Bukan fiksyen.  Aku karang cerita ini berdasarkan pengalaman aku sendiri.  Pengalaman hidup aku sebagai seorang  perempuan yang membela toyol dan memakai susuk untuk melariskan perniagaan aku.

Ya!  Kalian mesti tak percaya langsung dengan kata-kata aku inikan?  Zaman moden macam sekarang ni,  mana ada lagi orang membela toyol dan memakai susuk?  Sekarang ni dah masuk dekad kedua dalam kurus ke 21 ni.  Tapi memang betul Jumie,  aku bela toyol dan memakai susuk untuk kepentingan peribadi ku.

Umur aku lebih kurang sama dengan hang Jumie.  Aku berniaga barangan kecantikan.  So berniaga seperti aku kenalah always tapil vouge dan cantek meletops sentiasa.  Alhamdulillah business aku memang menguntungkan pada permulaannya.  Tapi lama-kelamaan,  aku rasa macam keuntungunan aku ni macam tak cukup jer.   
Aku perlu usaha lebih.  Bukanlah sebab aku tamak nak untung banyak,  tapi zaman sekarang memang kena pakai duit banyak kan?  Anak-anak aku dah makin besar.  Diorang dah masuk sekolah.  Duit kena la pakai banyak.

Suami aku kerja sebagai kontraktor.  So far business dia bagus juga.  Tapi  nak bayar hutang rumah,  hutang kereta,  bil itu dan ini,  memang rasanya macam tak cukup.


Sampailah satu hari,  kami didatangi oleh seorang kawan.  Nama dia Kader.  Dia tengok business kami ni macam kadang-kadang naik,  kadang-kadang jatuh.  So one day,  dia pun cakap secara berseloroh "Ampa ni aku tengok kerja bukan main siang malam.  Tapi tak kaya-kaya pun.....ampa silap cara ni," kata kawan kami tu.
Kami pun tengok dia dengan rasa pelik.  Kawan kami tu kerja kerajaan sahaja,  dia adalah buat business MLM sikit-sikit,  tapi tengok dia punya cara hidup memang mewah.  Dia punya income memang ribu riban setiap bulan.

"Kalau ampa nak tau rahsia aku,  Sabtu ni mai la rumah...kita sembang-sembang,"
Tanpa pikir panjang,  pada hari Sabtu itu,  aku dan suami pun pergi menziarah kawan kami di rumahnya.  Lepas makan-makan dan sembang-sembang,  maka Kader pun buka cerita. 

"Aku nak share la dengan ampa dorang.  Tapi ampa janganla cerita dengan orang,"  kami berdua pun mendengar dengan teliti. 

"Ampa tengok business aku steady ja kan?  Kalau jumpa orang untuk ajak join masuk business under aku...cepat ja orang join kan?"  kata Kader lagi.  Kami pun diam.  Apalah yang Kader ni nak cakap ni. 
"Aku sebenarnya bela toyol and pakai susuk...."  kata Kader. 
Gambar Hiasan :  Scene Sidek Bachok bersama toyol dalam filem 1981 bertajuk Toyol.

Aku dan suami rasa macam nak terberak dengar penyataan Kader.  Aku tengok Kader taklah handsome.  Anak mamak Jelutong.  Pakai pun macam jual mee goreng ja.  Tak smart pun. 

"Hang pakai susuk apa?  Aku tengok hang tak hemsem pun,"  kata aku berseloroh.
"Pakai susuk ni bukan untuk cantek ja dik oi.  Haaa....kalau ampa mau.  Aku buleh bawak ampa pi jumpa satu bomoh Siam ni.  Aku cadangkan ampa bela toyol seekor and ampa dua dua pakai susuk.  Ini untuk perniagaan ampa jugak.  Takpayah kerja susah payah.  Ampa cakap apa saja pun client akan suka dan nak ikut," 

Aku dan suami terdiam tidak terkata.  Aku tengok muka laki aku.  Laki aku tengok muka aku balik. 

"Ish Kader...hang ni....syirik benda ni..." kata suami aku memecahkan suasana yang hening. 

"Apa pulak syirik....kita bukan pi sembah toyol tu.  Kita suruh dia kerja untuk kita.  Tak syirik aihhh,"  kata Kader. 

"Kader....bini hang Zarina tak marah ka hang buat macam ni?"  tanya aku kepada Kader. 

"Zarina tau...dia okay ja....Zarina tak pa.  Janji duit masuk.  Cukup bulan tukak gelang kat Habib,"  kata Kader sambil gelak besar. 

Itulah kali pertama perjumpaan kami dengan Kader.  Bermalam-malam aku dan suami memikirkan perkara ini.  Entah macam mana,  dipendekkan cerita,  kami bersetuju dengan cadangan Kader.  Khamis malam Jumaat berikutnya,  aku,  Kader dan suami aku bertolak ke Kangar,  Perlis.  Pada siangnya,  Kader bawak kami ke satu kedai untuk beli perkakas sebelum jumpa dengan Tok Sami pada malam tu.  Semua temujanji telah diaturkan oleh Kader. 

Barangan yang Kader belikan untuk persiapan malam itu adalah dua bungkus colok gaharu,  bunga bungaan tujuh warna,  limau purut,  kain kuning 1 meter,  bakul raga,  botol susu baby dan beberapa benda lagi yang aku dah tak ingat.

Dipendekkan cerita,  malam itu maka berlangsunglah sesi pemujaan oleh Tok Sami di depan kami bertiga.  Tok Sami tu dah tau tentang perniagaan kami.  Habis segala ritual yang dia buat,  Tok Sami pun menerangkan kepada kami.

"Lani ampa bawak balik bakul ni....dalam ni ada 'anak' ampa.  Ampa kena bagi dia makan hari hari.  Dia minum susu,  telur dan apa-apa benda manis.  Ampa saji dia makan dalam bakul ni.  Bakul ni...letak la kat dalam rumah.  Jangan bagi orang tengok,"  kata Tok Sami tu. 

Selepas itu,  dia suruh aku dan suami berbaring.  Sebab dia nak masukkan susuk.  Aku pun tak tanya banyak apa benda dia pakai.  Rasa macma kena pukau.  Kami ikut saja apa yang Kader dan Tok Sami suruh buat.

"Susuh untuk hang ni orang perempuan aku buat lain sikit.  Sebab hang kan berniaga beauty beauty ni...."  aku ingat lagi kata-kata Tok Sami.

Lepas kami balik dari situ.  Kami kena mandi bunga yang disediakan oleh Tok Sami sebanyak 3 hari.  Tiada bacaan yang dia suruh kami bacakan.  Dia kata,  semua dah ada siap kat bunga.  Lepas mandi,  dia just suruh kami kutip bunga tu dan tanam.  Jangan bagi orang lain pegang.

Bayaran yang kami kena bagi kat Tok Sami itu mencecah RM3000.  Kami tak tau pasaipa.  Kami bayar juga tanpa pikir panjang.  Mungkin perasaan tamak kami menusuk di jiwa kot. 

Lepas beberapa hari kami balik ke rumah kami,  aku tak dapat rasa lagi apa-apa kelainan.  Tapi memang ramai customer yang puji kata aku ni lawa lain macam sejak dua menjak ini. 

Pengalaman yang aku paling tak lupakan adalah pada suatu hari,  ketika aku sedang drive balik rumah sorang-sorang.  Masa tu dah nak Maghrib,  tiba-tiba aku nampak ada satu budak Cina,  kepala botak,  pakai seluar pendek,  tak pakai baju,  dia duduk kat kerusi belakang.  Dia panggil 'Mak...." 
TERKEJUT AKU!! Nasib baik tak eksiden. 
"Hey....hang sapaa....."  tanya aku. 
"Mak...saya laparr...."  kata budak itu.  Budak itu tak buka mulut tapi aku buleh dengar suara dia masuk ke dalam otak dan kepala aku.  Then masa tu aku realize,  dialah TOYOL yang aku bela.  Dia lapar tak makan.  Aku dan suami tak bagi dia makan.  Omaigood!!

Aku terus tak pandang cermin belakang terus bergegas balik.  Aku terus ke dapur dan bancuh susu.  Aku masukkan dalam botol susu dan berlari ke atas bilik ku.  Suami aku sedang baring-baring atas katil.  Aku pun cepat-cepat letak botol susu dalam bakul raga di bawah katil kami.  Lepas tu,  aku letakkan dua keping biskut dalam bakul itu. 

"U kenapa ni?" tanya my husband. 

"Lupa bagi makan kat dia....dia mai mintak tadi kat i...."  suami aku tercengang dengan jawapan yang aku berikan.  Then i explained what happened to him.  Dia punyalah terkejut. 

"Wow...u special na.  Dia mai jumpa U.  Hey....toyol bukan warna hijau ka?"  kata suami i duk buat lawak. 

"Mana i tau.......i tengok dia macam budak la....macam Chinese look..." 
Gambar hiasan  :  Salina kata dia selalu mimpi budak kecik macam ni.  

Sejak kejadian itu,  tiada lagi kejadian pelik yang berlaku.  Kecuali,  anak-anak aku (anak kandung betul) bagitau yang depa selalu jumpa serangga seperti lipan banyak mati di belakang rumah.  Macam ada orang duk tekan kepala lipan tu bagi mati.  Selain dari tu tak ada la.  Aku pernah mimpi 'anak' aku tu,  malam-malam dia duk main keliling rumah dan tangkap makan semua lipan yang duk ada kat celah pasu.  
Sejak itu,  aku lebih berhati hati dengan makanan dan sajian untuk anak kami tu. 
Aku tak pernah lupa lagi.  Kalau aku nak kena pergi outstation,  aku bawak bakul tu dalam bonet kereta,  so aku boleh bagi dia makan any time.  And dia pun boleh ikut aku ke mana sahaja. 
Perniagaan kami bertambah baik.  Aku pun sekarang dah boleh lantik pekerja untuk memudahkan proses penghantaran produk kepada customer yang beli barang secara online.  Suami aku pun makin bagus.  Dia lani dah dapat banyak projek kerajaan.  Memang kami happy sangat dan bahagia sangat. 

Then,  one day,  rezeki lagi mendatang.  Aku disahkan mengandung.  Kami berdua dah lama nak try dapat anak lagi.  Tapi takut duit tak cukup.  Tapi tengok lani business pun meletops,  so why not.  Tak sangka,  baru beberapa kali percubaan,  aku disahkan mengandung.  Kami punyalah happy hanya Tuhan yang tau. 

 
Tapi berita sedih melanda hidup aku,  lepas kandungan aku dah masuk 3 bulan,  aku pun pi check doktor.  Tiba-tiba doktor kata,  kantung anak aku kosong.  Tiada janin lagi.  Aku punyalah terkejut.  Feeling aku perut dah besar,  pakai baju mengandung and siap alahan punyalah teruk,  tiba tiba doktor kata,  janin aku tak menjadi.  Maka,  kami pun terpaksa gugurkan (cuci rahim) kandungan itu.

Hati memang berat.  Tapi takpa apa...maybe aku kerja banyak.  Tak cukup rehat.
Lepas 2 bulan.  Aku disahkan mengandung lagi.  Kali ini aku lebih berhati hati.  Aku tak keluar kerja banyak sangat.  Tambahan now dah ada maid kat rumah.  So senang la.....aku just baring sahaja di rumah.  And bergerak bila perlu.  Masuk 4 bulan,  aku pergi scan baby.  Sekali lagi,  baby yang aku kandung itu tiba-tiba bertukar menjadi ketulan darah yang tiada nyawa.  Aku meraung sakit hati dan amat kecewa dengan kejadian itu. 

Rasanya baru minggu lepas doktor scan dan buleh nampak bentuk kepala dan badan baby aku.  Berkuit-kuit denyutan jantungnya.  Tapi hari ini,  doktor kata,  dalam kantung tu yang ada cuma gumpalan darah yang tidak bernyawa.

Doktor membuat pemeriksaan secara terperinci dengan keadaan tubuh badan aku.  Aku pun kena duduk ward hampir seminggu.  Dia check darah dan sebagainya.  Tapi depa kata,  body aku okay!  Tak ada apa masalah pun.  Tapi kenapa baby aku tidak menjadi. 

Lepas balik daripada hospital,  sekali lagi aku kena berpantang macam hari tu juga.  Untuk kesihatan diri u olls.  Aku ikut pantang larang macam orang lain juga.  Aku siap berbarut dan sebagainya.  Dan kali ini,  kakak aku,  dia kata dia nak sponsor satu makcik tukang urut best punya.  Mak cik tukang urut ni adalah pakar dalam urutan wanita.

"Mana nak tau....rahim hang herot ka apa ka...dia boleh tolong tengok,"  kata kakak aku. 

Lepas 3 kali urut,  kakak aku dan makcik urut tu duduk dengan aku.  Depa kata depa ada benda nak story.  Aku pun tak pikiak apa....duduk jela.  Badan dah penat.
"Makcik ni bukanlah orang pandai-pandai.  Tapi makcik tau apa sebenarnya yang jadi kat hang,"  kata makcik itu dengan nada serius.  Kakak aku buat muka ranggi kat sebelah.  Mungkin masa tu dia dah tau apa yang berlaku.  Tapi dia biar makcik urut yang bercakap. 

"Apa dia makcik,"  tanya aku.  Pada ketika itu aku langsung takdak clue.
"Hang ni ada bela bela benda ka?  Sebab sebenarnya rahim hang ni elok.  Tapi benda hang duk makan anak hang,"  kata makcik itu. 

Pada ketika itu,  air mata aku terus mengalir laju.  Aku menangis dan meraung.  Suami aku yang kebetulan ada dirumah pun masuk ke bilik tempat kami sedang berurut.  Dalam keadaan menangis teresak-esak,  aku dan suami pun menceritakan apa yang telah kami lakukan. 

"Hampa dorang ni kena bertaubat......ampa dah meduakan Allah!"  tengking kakak ku.

"Kami minta maaf kak.  Kami tak sangka buleh jadi teruk sampai macam ni.  Tujuan kami nak berniaga saja.  Nak bagi senang urusan.  Tapi tak sangka ini balasannya,"  kata suami aku. 

"Berkawan dengan jin dan syaitan...tak pernahnya betui.  Depa memang kerja penipu anak Adam saja...."  kata makcik urut. 

"Lani tok sah duk menangis apa semua.  Ampa pi jumpa alim ulama yang pandai.  Suruh depa buang benda ni semua.  Jangan duk buang sat sat.  Kalau boleh bagi pemati terus.  Nak berniaga ni...biarlah untung sikit-sikit.  Janji diberkati Allah,"  kata makcik itu sedas kepada akak dan suami. 

Tak lama lepas itu,  kami pun mengaturkan pertemuan dengan seorang ustaz di area Penang.  Dia memang buleh buang benda benda ni semua.  Bayaran pun,  dia tak kisah.  Berapa nak bagi dia amik.  Sedekah.

Dipendekkan cerita,  sekarang dah hampir 1 tahun benda ni berlaku.  Alhamdulillah business kami lebih maju dan lebih berkat sekarang.  And aku juga sedang menantikan kelahiran anak ketiga aku pada bulan Februari 2014 ini insya allah. 
Kader pun tau kami dah buang benda tu.  Dia marah kat kami.  Tapi untuk jaga persahabatan,  kami biarkan dia marah dengan kami.  Kami tak salahkan Kader.  Bagi kami,  ini adalah salah kami berdua.  Kalaupun Kader ajak kami teruk-teruk kalau bukan kami yang meng-iyakan benda ini tak akan menjadi. 
 
Itulah kisah saya.  Please share this story to all.  Ini bukan cerita main-main.  Ini cerita betul betul.  Zaman sekarang,  Facebook,  Twitter dan blog...tapi benda kurafat tu masih ada.  Kalau nak buat,  terpulanglah kepada individu.  Tapi kalau nak tanggung natijahnya...cubalah.
Yang benar,Salina


*  Cerita ini adalah berdasarkan catatan dalam satu sesi temubual bersama seorang wanita dari kotaraya Kuala Lumpur yang ingin dikenali sebagai Salina melalui SKYPE.  Cerita ini akak telah edit sebanyak mungkin supaya tidak begitu horror.  Nak cantek............ambillah wuduk.  Macam Kak Nita...makan ulam ulaman.  Sekian bye! Aku dah rasa seram sejuk dah menaip artikel ini ditepi tingkap. Untuk sesiapa yang ingin membuat temujanji SKPYE,  u can please email to me at jumiess@gmail.com.


9 comments:

  1. Kita ayaq semayang jer.... Kan jumie kannn...

    ReplyDelete
  2. As Salam Jumie.. Huiyooo nasib baca siang2.. Hari Jumaat plk tu.. kalu memalam dak pun lewat petang cam selalu dok baca, mampuih ketaq lutut.. seram ooo

    ReplyDelete
  3. Inilah antara entri blog hang yang paling menarik dan kemas Jumie!
    Angker banget!
    Boleh buat teater ni!
    Saya pun dok meremang bulu roma baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks En. Usop.....tula. Patut buat skrip ni. Nanti saya cuba buat menjadi skrip!

      Delete
  4. 'mana dia button 'like' nih??'.... tetiba baru teringat yg ni blog.. bukan fb.... hahahhahahha.....

    sama mcm pendapat en usop, entry ni terbaekkkk......

    ReplyDelete
  5. Gilalaaahhh... Tapi first time aku baca toyol version lain. Slalu dok baca kaler hijau, pendek, botak. Ni rare ni sbb chinese look...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...