6.12.13

Erma Fatima Bayar Saman Guna Duit 5 Sen dan Senaskah Al Quran?

Hello u olls,

Sapa ikut perkembangan Erma Fatimah dan Rebeca Nur Islam.  Kalau sapa yang tak tau,  sila pi godek-godek sendiri dalam Beautifulnara ataupun apa-apa blog gossip yang best.

Lepas gendung gendang,  pihak mahkamah memutuskan bahawa Erma Fatimah kena juga bayar kepada Rebeca Nur Islam sebanyak RM11,200.  



Baca lagi





Dalam isu ini,  bila dah pakai peguam bagai,  makanya pihak yang berkenaan akan meneliti dan menggunakan undang-undang dan perjanjian yang sedia ada sebagai garis panduan.  Erma Fatimah tak seharusnya rasa pereng apabila dia diminta akur untuk membuat bayaran penuh kepada Rebecca Nur Islam.

So,  beberapa hari ini kita dikejutkan dalam blog gossip semua apabila Erma Fatimah membuat bayaran kepada Rebeca Nur Islam sebanyak RM11 200 dengan menggunakan duit syiling 5 sen.  

Aiiiiiyoooo...berapa bank yang Kak Erma Fatima terpaksa tempuh untuk tukar duit syiling sejumlah ini.  Satu usaha yang amat gigih.  Dia juga turut membuat bayaran ini kepada pihak Rebbeca dengan menyertakan sebuah naskah Al Quran.

Satu tindakan yang amat sinis.  Tapi Erma Fatima melalui laman Twitternya berkata "Orang selalu bagi Al Quran sebagai hantaran perkahwinan.  Adakah itu satu sindiran?"  Ohh.  Sungguh pandai Kak Erma berkata-kata.  I memang suka baca tindakbalas orang pandai macam ni.  Cara depa membidas daripada perspektif yang lain boleh buat kita ketawa and the same time tersendawa.

Patutnya lepas semua yang dah jadi ni,  Kak Erma kena cool and buat jer bayaran dengan cara yang betul.  Tulis sahaja check ataupun buat bayaran secara tunai.  Tak perlu memperbesarkan lagi isu ini dengan cara sedemikian.  Bila Kak Erma buat macam ni,  orang akan nampak macam Kak Erma ni tak matang pula.

Kalau dia buat bayaran secara cool,  minta maaf secara terbuka dan relaks sahaja,  sudah pasti orang lebih hormati dia dan kita pun akan terpikir "Alaa...Kak Erma tu tak kisah.  Setakat RM11 200 tu celah gigi jah.  Dia punya hasil karya seni tidak boleh diukur dengan wang ringgit.  Esok lusa dia boleh cari any pelakon biasa dan top kan artist tu!!"


Tapi kita ni tengok sajalah.  Mampu komen dalam blog yang takdak X factor ni sahajalah.  Sapa la peduli apa yang kita katakan.

Tapi harap kejadian ini jadi iktibar kita.  There are so many times in my life yang akak pernah jadi amat-amat dan teramat pereng dengan sesuatu situasi.  Walaupun kita salah dan secara terang-terang terinaya,  tapi kadang-kadang pihak yang bersalah itu mendapat belas kasihan daripada orang ramai dan dia berjaya jual diri dia sebagai mangsa keadaan.  Yes,  akak pernah lalui perkara itu banyak kali.

Dan sebanyak banyak kali itu juga,  akak akan cuba apa daya pun untuk lawan baik dengan situasi dan tunjukkan yang akak juga mampu mengamuk / pereng dengan harapan orang akan tau yang akak berhak untuk marah kerana akak tidak bersalah.

Tapi acapkali itu juga,  akak salah.  Bila kita bertindak secara negatif,  orang akan lebih pandang serong pada kita.  Biarlah macam mana pun kita buat,  musuh kita itu lebih disayangi oleh mereka-mereka semua.

Sebab itulah,  kalau kita teraniaya,  kita relaks sahaja.  Fahami situasi,  try to be as positive as posible (support system seperti suami,  keluarga dan kawan-kawan yang best) adalah amat penting dan cubalah untuk muhasabah diri.  At the end of the day,  kita tak payah susah-susah buka pekung dan busuk orang.  Sampah busuk,  kalau ikat dalam pelastik ketat macam mana pun,  akan berulat juga kan?

Bak kata Mama Regina "Dunia u dah tak berputar kah?"

So next time kita rasa terinaya.....kita tarik nafas dan prektis tarian ballet.

Sekian,  love u olls.

Yang benar,
Jumie Samsudin

3 comments:

  1. thatt's right Jumie..dalam situasi macam ni, semakin kita cuba lawan, kita akan semakin terasa sakit..bukannya kita akan rasa puas..malah akan terus buat diri kita sakit utk lawan keadaan..apa ygpenting bak kita cuba utk perbaiki diri dan muhasabah diri..byk2 berdoa dan terus berdoa..

    ReplyDelete
  2. Hahahah~
    Kak.. Thnks..

    "So next time kita rasa terinaya.....kita tarik nafas dan prektis tarian ballet"

    I love u kak jumie. Lillah~

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...