18.12.13

I olls dah tengok The Hobbit: The Desolation of Smaug

Hello u olls,

Kami dah tengok The Hobbit: The Desolation of Smaug. Bagus cerita dia. Of courselah sambungan daripada cerita terdahulu. Tapi seperti biasa cerita ni tergantung, naga a.k.a Smaug tak mati lagi and kita semua tak akan tau sama ada Bilbo berjaya curi batu Arkenstone tu.

Disebabkan i olls membeli tiket Beaniplex (ala-ala tilam tu), makanya di akhir plot cerita ini masa dwarves semua duk faik dengan naga ...akak telah mentidurkan diri sampai habis.

So tunggulah akhir 2014 untuk sambungan cerita The Hobbit part III - There and Back Again.



Click read more

Sapa tak tengok lagi...silalah pi tengok.  here are some of the things yang i olls nak share dengan ampa semua.  

  • I olls pi tengok kat Beaniplex TGV Penang @ 1st Avenue.  Beaniplex ni dia macam tilam u olls.  So haruslah u olls boleh tengok sambil tidor kat rumah.  I olls siap bawak selimut okay.  En.  Khafi marah kat akak...dia kata "Hang ni suka feeling..."



  • Watak Legolas akan muncul dalam cerita ni.  Tapi a younger version.  I dont know what they did to muka Orlando Bloom (watak Legolas),  dia memang nampak macam gemok sikit.  Kira nampak muda sikit la.


  • Masa nilah first time Legolas jumpa dengan Gloin yang juga bapak kepada Gimli.  Gimli adalah pahlawan dwarf yang sama-sama jadi Fellowship of the Rings.


  • Effect style masa dwarves tu semua hanyut dalam sungai adalah meletops.  Rasa macam kita duk hanyut sama.  Perspektif effect itu adalah berbeza daripada yang kita selalu tengok.



  • Pada akhir filem ini,  I olls tidur.  Tapi ngamuan Smaug a.k.a naga kerapkali membuatkan akak terbangun daripada lena.  Celaka kau naga!

 

Takmau cerita over-over.  Ampa pi tengok sendiri.  Tapi macam biasa la...cerita ni untuk orang yang IQ tinggi ja.  Kalau ampa duk biasa layan cerita Hantu Dalam Botol Kicap ataupun Wawa Semput,  u olls maybe tak akan faham cerita ni.

Love,
Jumie Samsudin

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...