12.12.13

Malam Persembahan Kebudayaan Hari Warga Staf USM 2013

Hello u olls,

Baru-baru ini seluruh ahli keluarga USM telah bersuka ria dalam program ala-ala family day yang dipanggil HARI WARGA STAF USM.  Family day besar-besaran ini melibatkan semua kampus USM iaitu Nibong Tebal,  Kelantan dan Bertam.  Kali ini program ini diadakan di KAMPUS INDUK iaitu yang berada di Penang.  Memang meriah lah u olls.....kira macam kalau beraya...beraya di rumah KAK LONG paling tua :)

Macam-macam aktiviti yang dibuat sepanjang hari itu,  dari pagi sampai malam.  Ada marathon,  pertandingan mewarna,  MASTERCHEF,  treasure hunt,  sukaneka dan macam-macam lagi.  Kemuncak HARI WARGA STAF USM adalah malam persembahan kebudayaan dimana setiap kontijen akan menghantar team yang akan buat persembahan drama muzikal.




Tema 60an dan hadiah khas 'King & Queen' Malam Persembahan Kebudayaan Hari Warga Staf USM 2013

TEMA 60an : Kenangan Mengusik Jiwa
Pihak urus setia menambahkan kemeriahan Malam Persembahan Kebudayaan dengan menyediakan hadiah khas kepada hadirin yang mengenakan pakaian mengikut tema. Hadiah yang disediakan merupakan jam tangan, hamper dan barangan elektrik bernilai RM500.00 setiap orang.  Semua warga staf USM dijemput hadir.

Tarikh : 30 November 2013
Masa  : 8.00  - 11.30 malam
Tempat : Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) USM
Click read more




Of course,  untuk kontijen akak...  akak menvolunteerkan diri untuk menjadi ketua kumpulan.  Kami pun buat skrip dan jalan cerita semua,  cari pelakon semua,  and kami pun startla latihan.  Tapi dalam pada tu...macam-macam halangan yang berlaku...  KEKANGAN TUGAS.  TAK BOLEH TURUN TRAINING dan macam-macam lagi.  

Namun akhirnya,  atas kesungguhan dan juga semangat yang disuntik daripada Timbalan Ketua Kontijen kami iaitu Prof.  Madya Dr.  Rodzi Ismail yang juga turut berlakon dalam team kami..............AKHIRNYA persembahan kami yang merupakan persembahan utama pada malam itu mendapat tepukan,  digelak oleh penonton dan ramai yang puji depa kata terhibur dengan drama kami.

Walaupun kami tak menang apa-apa namun,  kami satu pasukan amatlah happy!!  And sangat bergelak sakan lepas persembahan kami settle.  We are so blessed sebab dapat persembahan pertama sebab lepas tu kami dah boleh lepak and relaks-relaks tengok persembahan orang lain.

Pementasan Drama Muzikal kami bertajuk "Jangan Pandang Belakang...Kalau Berani..."

Sinopsis cerita kami lebih kurang macam ni  :


Di sebuah kampong yang bernama Kampung Tampung Bajau yang aman dan damai,  tinggalkan 3 anak dara sunti Lijah,  Bedah dan Peah.  Mereka bertiga selalu diganggu oleh anak-anak muda kampong apabila mereka pulang daripada belajar mengaji Al Quran.  Hinggalah pada suatu hari,  muncul seekor HANTU POCONG yang telah menyergah tiga bersahabat ini dengan pemuda kampong yang lain.

Gangguan ini menjadi lebih serius apabila Tok Penghulu dan Lebai Leman sendiri telah diganggu oleh sosok hantu pocong itu.  Oleh itu,  Tok Penghulu dengan anak-anak kampong telah bersepakat untuk menyelesaikan gangguan ini.

Bagaimana hantu pocong itu ditangkap?  Adakah benar Kampung Tampung Bajau ini berhantu?  Jangan pandang belakang…..kalau berani.   

Sayangnya akak tak amik video untuk persembahan kami ni.  Tak tau nak minta tolong kat sapa...ruginyaaa!!!!  Actually sebab akak adalah sangat sibuk and banyak benda kelang kelibut yang berlaku before pementasan.  Tapi takpalaaa...PTPM buat rakaman untuk sepanjang program ini.  Hope sangat depa edit persembahan untuk semua kontijen and share to all staff USM.  Nanti kalau ada i olls share kat blog.

Persembahan pasukan lain pun buleh tahan best jugakkkkkk!!!  Merbah Surih (PASUKAN JUARA) yang mana semua yang berlakon dan menari dan tulis skrip untuk pasukan itu adalah mereka yang merupakan orang-orang pegawai pegawai kebudayaan USM.  Memang patutlah sangat depa menang...  depa prektis 2 jam pun dah cukup.....nak banding dengan kami semua ni amatur.

I sangat suka Kontijen daripada Kelantan.  Daripada kostum,  prop!!  Memang akak tabik salut kat depa.  Especially tangga yang Lola menari mula mula tu.  Siap ada lampu lampu okay.  And pelakon wanita depa...yang menang pelakon wanita terbaik.  Memang pandai berlakon dan mempunyai suara yang sangat sedap.

Team Nibong Tebal pun best jugak.  Drama depa lawak kot.  Depa buat macam scene nak mesyuarat...tapi setiap kali nak mesyuarat....setiap kali tu ada gangguan.  HAHAH last sekali depa semua duduk kat atas pentas makan KFC!! Hahahaha

And team Library pun best juga.......depa buat cerita ala-ala keluarga 69.  Last sekali NORA kawen dengan bapak HERO.  HAHAHAH.  Tapi paling meletops dalam pementasan team Library tu adalah....apabila ada satu pelakon depa nama Honey Comotz dia berlompat lompat kat pentas macam bolaaaa melanton.  HAHAHAHAH siriesssss.

Kepada u olls (especially rakan-rakan staf USM) rugiiiiiiiiiiiii besakkkkkkkkkkkkk kalau ampa tak mai tengok show show kami semua malam tu.  Pada malam tu,  takdak istilah hang N17 hang DS54.  Contohnya dalam group I,  i rasa i yang paling gred rendah kot.....N27 yang lain semuaaaa adalah pangkat PENOLONG BENDAHARI,  Ketua Penolong Pendaftar,  Pengarah dan Pengurus.....okay!  

And kalau u olls nak tau pada malam tu,  team Merbah Surih (yang menang persembahan TERBAIK) pada malam itu menampilkan TNC HEPP iaitu Profesor Adnan Hussein tampil untuk menyanyikan lagu di dalam scene kelab malam.  Gila meletopsss!  Prof.  Adnan siap pakai spek mata baguih punya nyanyi lagu Keindahan Pantai tak salah saya.

Selain ampa rugi sebab boleh tengok persembahan semua kontijen yang gila-gila,  ampa juga adalah rugi kerana ampa mungkin telah menang hadiah CABUTAN BERTUAH yang hebat-hebat belaka!!  Omaigooodddddddd.  Antara hadiah paling meletops adalah peti ais,  2 ticket (for two person) naik cruise 4 hari 3 malam ke Phuket dan Krabi,  motor,  mesin basuh dan macam-macam lagi.  

AND.................u olls tau tak...akak lagi sikit nak dapat TV plasma SONY 42 inchi.  No yang kena adalah 1072....akak punya no adalah 1073!!  Arghsss......

Okaylah.....itu sahajalah nak cerita.  Banyak lagi yang best pada hari itu.  Satu program yang amat best.  Tahniah kepada pihak penganjur iaitu Jabatan Pendaftar USM.  Bukan nak bodek En.  Khairul Eruwan ehkk....(cececececee) tapi siriesly,  inilah kali pertama I olls join program ini and of course tahun depan nak join lain!!

Okay bye u olls!

Tengoklah gambar-gambar kat bawah dan and selamat bergembira.  Tapi gambar ni semua adalah gambar daripada camera I olls sendiri.  So banyak gambar team i la saja.  Masa event tu,  ada banyak kot fotographer duk amik gambar...tapi takdak pun upload kat mana-mana........

Love,
Jumie Samsudin


Dr. Rodzi a.k.a Penghulu sedang buat last practice dalam bilik persalinan.

En. Saiful and Kak Aein sedang chilling

Mr. Subra and Kak Faridah yang meletops.



En. Deen, pocong yang amat meletops. Dia la hero cerita kami ni. HEHEH

With MC 'tak formal' untuk malam itu MAMU!! I pi jumpa and kata "Wehs...sayangnya ampa dah terkeluak Maharajalawak," Pastu depa maki i...."Wehss mana ada kami keluak lagi...hang tengok ka tak???" Haree betui. Aku tengok rakaman. Keputusan tak tau. Tapi memang duk undi depa kot seminggu RM10.  Tapi lepas event ni....iaitu last week...Depa terkeluak betui betui.  :( Takpalah MAMU...ampa dah buat the best.

With Kak Afifah Ahmad. Orang kuat Boss PM Omar Bidin.


Yang tengah tu paling smart kat Dewan Budaya...nama dia Murshid Md Hussain 

Halijah Lampoyang Samprit Puncak Mahligai, Peah Lampin and Bedah Gagap.


Pak Penghulu, Pocong, Kasman and Lebai Leman. 


Pose pasrah di belakang pentas sementara nak tunggu event starts.

Kak Lijah and Pocong terkesima apabila bertemu dengan Tengku Omar Osman.

Tengku Omar Osman dan pocong. 

Sebok ja baru biruuu tuuuu!


Kami punya satu satunya prop iaitu POKOK. Thank you pihak Muzium USM. Depa satu team dengan kami. Daun daun tu, last minute me and En. Zamzani pi kerabat pokok nangka belakang DTSP and bubuh kat pokok ni.

With my beloved bro Abang Shah. Tapi jumpanya setahun sekali. HAHAH kan Abang Shah. 


Kumpulan kami posing gembira di luar DTSP lepas show kami yang merupakan persembahan pertama. Lepas tu kami CHILAAAXXX!

2 comments:

  1. masin la mulut hang jumie...truih tekeluaq MAMU...kalau p LIVE aku sorang dok jerit MAMU tengah2 crowd SEPAHTU. pacitaaaa...hahaha

    ReplyDelete
  2. Overrrrrr sangattttttt kannnnn!! hihihi!! Terbaek!! Dapat gak tenyeh MAC kat muka aku!!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...