16.12.13

Pementasan Teater Cumbuan Dosa Semalam 15 & 16 Disember 2013 Panggung Sasaran USM

Cumbuan Dosa Semalam merupakan sebuah karya Dudok a.k.a. Yusof Bakar dan diarahkan oleh Taufiq Sallehuddin Apek.

Naskhah adaptasi Teater Cumbuan Dosa Semalam ini telah berjaya merangkul Johan Festival Teater Pahang 2013, dan kini naskhah asal dipentaskan di Pulau Pinang pula.

Mengisahkan empat buah cerita berbeza iaitu:

Nafsu berkisar tentang hubungan songsang dua orang gadis. Mereka cuba merasionalkan dosa yang bakal mereka lakukan.

Kesal mengisahkan tentang seorang ibu yang kemurungan akibat kematian anak tunggalnya. Beliau kerap mengalami delusi kerana terlalu merindukan anaknya.

Setia memaparkan konflik kesetiaan seorang lelaki terhadap seorang wanita selepas diasak dengan tanggungjawab.

Panas merupakan cerita surirumah yang menjadi mangsa pukul suami yang panas baran. Akibat terlalu tertekan, satu tindakan telah dilakukan oleh surirumah itu.

15 & 16 Disember 2013

Panggung Sasaran, 8.30 malam, RM 5.00


No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...