10.12.13

Sembah Ratu 99 Step Zapin untuk Tengku Puan Pahang

U olls semua,

Akak sembah ratu 99 step zapin untuk Tengku Puan Pahang,  Y.A.M. Tunku Hajjah Azizah Amina Maimuna Iskandariah binti Sultan Mahmud Iskandar al-Haj dalam usaha beliau yang tidak henti-henti membantu rakyat negeri Pahang yang sedang dilanda banjir.

Tatkala tragedi banjir yang sedang berlaku di beberapa kawasan utama di Pahang especially Kuantan,  dipolitikkan oleh banyak kaum-kaum marhaen di laman Facebook dan sebagainya (mendakwa bahawa kerajaan Malaysia tidak menyalurkan bantuan dengan baik dan membandingkan frasarana bantuan mangsa banjir di Malaysia dengan kecanggihan mangsa tsunami di Jepun) sedang asyik mengomel panjang pasal tragedi ini,  Tengku Puan Pahang dengan rasa rendah dirinya sanggup buang crown, buang segala maknena regalia pangkatnya untuk membantu mangsa-mangsa banjir di negerinya.


Memang betullah apa yang dia tulis di laman Instagramnya,  "Tunku Azizah Mahmood Iskandar :  To serve and not be served...."

Click read more


Akak follow beliau di IG after tengok repost by Dato Siti  Nurhaliza.  Bila tengok apa yang baginda buat,  mak aiiiiii akak ternganga okay.  Sangat kagum dengan beliau.  Dia bukan pose-pose jumpa rakyat hulur hamper dan goodie bag apa bagai,  dia dan anak-anak ber T SHIRT dan berslipper,  lipat seluar dan lengan baju terus buat kerja memasak ala-ala kawah hokay!!  KAU MAMPU???

Bukan masak untuk 20 30 orang ya.  Dia masak sekali untuk 3000 hingga 4000 orang di satu satu kawasan penempatan sementara.  And sometime satu hari dia pergi dua tiga tempat untuk memasak.  And she did it everyday!  Ampa follow IG dia hari hari dia akan post gambar!

Actually ini bukan kali pertama baginda turun padang buat kerja ni semua,  sejak tahun-tahun yang dulu lagi pun baginda memang selalu turun padang dan memasak untuk rakyat jelata.  Ampa pi cari kat Youtube banyak kot video dia memasak untuk mangsa banjir.

Dia tak hirau make up tebai dari Saidatulnisa,  dia tak takut naik sampan untuk pergi ke kawasan banjir,  dia tak kekwat untuk bergambar dengan rakyat dan paling penting sekali......anak dia Tengku Shah itu sangat kendu.  HAHAHAH tiba tiba kan.

Alangkah bagus kalau Kak Rosmah kita pun buat macam ni.  Feeling duk bercium pipi dengan Michelle Obama saja.....apa salah mai tolong Tunku Aminah potong kubis ka apa ka.  Ataupun Kak Ros lani sibuk nak pi South Africa untuk memorial service mendiang Mandella.

Apa pun,  syukur kerana walaupun keadaan banjir agak teruk dan sudah ada yang kehilangan nyawa,  tapi tidaklah seteruk apa yang berlaku di Filipina.  Simpang malaikat 44.  Harap orang-orang Pahang terutamanya Kuantan kuatkan hati dan banyak-banyak bersabar dengan dugaan ini.

Lagi cerita best pasai Tunku Puan Pahang  :  Tengku Puan Pahang Tegur Mangsa Banjir Minta Beri Kerjasama, Jangan Tahu 'Complain' Sahaja - TengokTVOnline

Follow IG Tengku Puan Pahang   :  http://instagram.com/tengkupuanpahang

Follow Twitter Tengku Puan Pahang  :  https://twitter.com/cheminahsayang

Saluran Sumbangan Mangsa Banjir Kuantan

Okay  u olls tengoklah beberapa gambar (yang agak banyak jugalah) yang telah akak curi daripada IG Tunku Azizah.

ps/  bestnya dihati patik kalau Tengku Shah yang hulur nasik kawah kat patik.....kereta tenggelam sampai cermin pun tak heran dah...hahaha























5 comments:

  1. ade yg kondem Tengku tp sy mmg tabik hormat la kt tengku puan pahang kite nih .

    ReplyDelete
    Replies
    1. org yg kondem tu mmg jenis hati busuk..buat baik salah, buat x baik laaaaaaagi lah salah..so abaikan org yg sakit mental mcmtu..hehehe bangsa yg jenis x boleh tgk org buat baik, ada je benda yg nk dikondem kan..sakit mental btol..heheheeee tabik kt tengku puan pahang..:)

      Delete
  2. Bangga nya ada jg pemimpin wanita contoh cam ni.. tak yah dok kalut nak glamer.... sampai berbalut tangan kanan tu hah... sakan ... pakaian pun besa2 ja.. sesetengah org yg dilahirkan tak berapa nak senang ni, dia pya jakun n kekwat bl dah senang ni pelik lebih pada org senang..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. faith in human restored

    ReplyDelete
  4. Bangge jadi rakyat Kuantan, Pahang. YM is very humble. :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...