20.12.13

Tempat Akak Blogging

Hello u olls,

Ever wondered dimana dan bila akak blogging setiap hari?  Well inilah tempatnya.

Taken from my Instagram album  @jumiekhafi

Dulu akak blogging kat ruang tamu.  Kat meja makan.  Kat sofa.  Mana - mana yang dan la dengan laptop office (dulu akak takdak laptop sendiri.  Akak pinjam office punya bok balik).  Then, lani akak dah ada laptop sendiri.  Acer Aspire 4752.  Beli second hand dari kawan En.  Khafi.  Lepas ada laptop sendiri pun akak feeling duk blogging kat ruang tamu jugak.

Then one day,  family akak datang berkunjung di rumah akak di hujung minggu.  So bila Abang Manap and Kak Edeh mengkongker ruang tamu untuk aktiviti makan-makan depa dan tengok TV.  Akak takdak port la pulak nak menulis blog.  Nak tulis dalam bilik tidur akak macam sendu la plaks.

So macam mana ka,  akak kemas ruang tamu kat tingkat atas rumah akak dan terus placing meja kat tepi tingkap macam ni.  And lani,  kat sinilah akak bertenggek almost every night (bila mood mai) menulis blog.  

Kalau mood baik,  akak boleh spend time kat sini sampai 3-5 jam.  Tapi kalau takdak mood tu...erm....faham-fahamlah.  



Okaylah...dah ada tempat yang damai walaupun yes,  tingkap rumah akak ini kelihatan sedikit angker.  Akak saja tak mau bubuh kain langsir.  Biar jer macam ni.  Jaring-jaring tu,  dulu Abang Manap pasang sebab tak mau bagi kucing masuk.  Sikit hari,  akak suruh la En.  Khafi buka sangkar tu.  Tingkap klasik ni nampak huduh sangat bila ada sangkar macam tu kan.

Harapnya lepas ni,  dengan adanya tempat yang lebih kondusif,  akak akan menghasilkan lebih banyak artikel.  Target 2014,  5 artikel satu hari.  Tak kisahlah,  u olls tak rajin komen pun takpa.....

Sekian,  wabila hi taufik wall hidayah.  Wasalam mualaikum warahmatullah hi waba rakatuh.

Love,
Jumie Samsudin


11 comments:

  1. Antiknya tingkap kak.. Mmg angker la..

    ReplyDelete
  2. Jumie, hampa tak taku ka kot2 ternampa 'entiti' dok main aci ligan masa awai pagi/tgh2 malam masa dok blogging tu?

    ReplyDelete
  3. very the klasik ok tempat menulis blog..hahaha..macam cerita blok 404..

    ReplyDelete
  4. tulung buang jaring tu dan pasang sheer curtain warna putih meletup!!

    ReplyDelete
  5. Coi la ampa ni semua. Yes memang rumah akak ni adalah sedikit angker. Nanti akak akan cerita dalam blog. Tapi kalau kita lagi takut....lagi tak boleh jadi apa. So akak duduk ja kat sini....akak solat pun kat sebelah meja ni ja u ollss....So far takdak apa-apa.....alhamdulillah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah cerita ke keangkeran rumah yg duduk la nie? Mcm xde je, dah nak dekat setahun lepas u janji nk story.

      Delete
    2. Thanks reminder kat kami...insat kami tulih.

      Delete
  6. melayu klasik sangat.. xpayah ubah pun xpa.. kami suka!!! fefeeling crita p.ramlee kot.. :D

    ReplyDelete
  7. hang buh yasin kat situ...kot2 tibah maya karin mai depan tingkap sok meminta award oscar hang "pulangkannnn....pulangkan...." bahahaha

    ReplyDelete
  8. kak jumie, kalau ampa tulis 10 artikel pun kami sanggup baca. Sebab best!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...