16.12.13

Ulasan Majlis Berinai Rozita Che Wan & Zain Saidin RCWZS

Hello u olls, 
Okay now let's continue with gambar-gambar majlis  berinai untuk Rozita Che Wan dan Zain Saidin.  Before I olls sambung dengan lebih lanjut lagi,  i bagitau siap-siap,  tiada komen sindiran dan kutukan yang i olls akan buat dala ulasan ini.  Bukan sebab I olls adalah nak bodek Che Ta kita,  dia bukan kenal i olls pun,  and she is not my favorite artist pun.  (Artist feveret akak hanya Beyonce) tapi siriesly...walaupun ramai yang kata beliau over dan segala persalinan yang beliau pakai untuk majlis perkahwinan beliau adalah supernova berlebihan tapi dalam jiwa i olls yang sediakala overnova merasakan,  I olls sangat suka dengan setiap pilihan persalinan dan rekaan busana yang dibuat untuk semua majlis perkahwinan beliau.  
Dan kalau Che Ta nak pilih something very plain simple for her wedding....siriesly!!  Beliau akan menjadi orang lain.  
Don't compare dia dengan wedding Jovian Mandagie.  U olls macam nak compare Shiela Majid dengan Wahida Wasini.  Sebab dua dua ada taste dan style sendiri u olls.
And please janganlah nak bandingkan umur dia dan Zain Saidin.  So what kalau Zain Saidin 29 dan dia adalah 40 tahun.  Memang I olls akui depa berdua nampak berbeza.  Tapi age is just a number right?  And to be frank,  Rozita Che Wan walaupun beliau dah umur 40 tahun,  tapi beliau jauh nampak lebih vouge,  muda,  bergetah berbanding dengan u olls u ollls Kak Nab yang baru mencecah 35 tahun kan?????  Jangan dengki u olls.  Memang kenyataan.
Okay i olls akan sambung ulasan i olls.  But please do not expect i olls carut carutan. I totally like all the looks for Che Ta wedding.  
She and Zain deserve a good happy marriage life.  Kita semua pun ada hak untuk dapat kebahagiaan itu juga kan?
Love,
Jumie Samsudin 

Zain sedang diinaikan oleh penginai daripada My Beautiful Inai.  Kerlas u ollls.

Click read more


 Petikan daripada blog Budie.Com  :
Pelakon Rozita Che Wan tampil menawan apabila menggayakan barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM11 juta sempena malam berinai yang berlangsung di Dewan N’Dah Shah Alam di sini, malam Selasa tadi. Che Ta, 40, memasuki dewan kira-kira pukul 9 sambil menggayakan kebaya moden berwarna ungu gelap rekaan Rizman Ruzaini ditemani bakal suaminya aktor Zain Saidin, 29.
Pelakon drama Kiah Pekasam itu menggayakan barangan kemas pertama delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta. Duduk di atas pelamin yang dihiasi bunga putih, Rozita dan Zain turut memakai inai tajaan My Beautiful Henna. 
Selepas selesai majlis berinai, pasangan tersebut menukar persalinan kedua dari rona putih rekaan Bianco Mimosa. 
Pada sesi kedua itu Rozita turut menggayakan set berlian merangkumi sebentuk tiara, cokar mutiara kuning dan berlian, dua bentuk cincin berlian kuning, sepasang anting-anting labuh serta dua pasang rantai tangan berlian lebar bernilai RM5 juta. 
Seramai 200 orang tetamu hadir yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, media dan rakan-rakan artis antaranya Datuk Aznil Nawawi, Ayu Raudhah, Sharifah Shahora dan Mazlan Pet Pet. 
Sementara itu, anak sulung kepada Rozita, Ammar Effendy, 17, gembira ibunya bakal mengakhiri zaman jandanya dan berharap kebahagiaan tersebut kekal ke akhir hayat. 
“Tiada apa yang lebih penting dari melihat ibu gembira dan Uncle Zain juga saya lihat seorang yang bertanggungjawab dan baik hati.” 
Pasangan itu akan dinikahkan pada hari ini, 11 Disember 2013 jam 8 malam di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam selepas solat Maghrib. Sumber: Mstar Online 
Budiey rasa, memang layak pasangan ini digelar wedding of the year, buktinya? Haa, tengok sendiri Majlis Berinai yang telah berlangsung malam tadi. Grand! kedua orang selebriti ini nampaknya baru saja menjalani majlis berinai mereka sebentar tadi. 
Menerusi laman Instagram beberapa orang selebriti seperti Aznil Nawawi dan juga Azza Elite, nampaknya sudah terpancar sinar kebahagiaan diwajah Zain Saidin dan Rozita Che Wan. 
Berlainan dari selebriti-selebriti sebelum ini, majlis berinai Zain dan Che Ta sememangnya fabulous dan meriah sekali.

Pasangan pengantin with designer Rizman Ruzaimi.  (Tapi mana Ruzaimi....ni Rizman je...)


Barangan kemas tajaan Habib Jewels yang terdiri daripada permata delima terdiri daripada tiara berlian, dua bentuk cincin, sepasang anting-anting labuh, rantai leher dan dua pasang rantai tangan bernilai RM6.5 juta.
  




Untuk sesi kedua Che Ta muncul dengan busana warna putih rekaan Bianco Mimosa dan diserikan dengan set berlian merangkumi sebentuk tiara, cokar mutiara kuning dan berlian, dua bentuk cincin berlian kuning, sepasang anting-anting labuh serta dua pasang rantai tangan berlian lebar bernilai RM5 juta.

Meriahnya tengok majlis malam berinai beliau.  Siap ada Dee Dee (Jangan Ketawa) menjadi MC. Tentu meriahhhh dan gamat suasana.  Mak ayam besar jaga pengantin u olls.




 



 


3 comments:

  1. sukanya ayat jumie..positif sangat.kena improve myself to be more positive thinker

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui la u olls. Kami pun bukan saja-saja nak puji. Bila kami baca banyak blog kutuk kutuk dia...rasa macam kesian pulak. Kami pun feeling sentap sebab dulu kami bernikah pun kami feeling pakai mahkota...HAHAHAHAHA

      Delete
  2. Aku tatau pasaipa, tapi aku takut tengok inai dia. Aku terbayang kisah yg aku penah baca (tatau la betui ka tipu pasai inai yg dalam tube tu ada setengah boleh buat kulit melepuh)

    Fuhh...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...