23.12.13

What Goes Around, Comes Around

Hello u olls,

Hari ini akak nak story yang telah terjadi kepada akak baru baru ini.  Best jugak cerita ini harus dikongsi bersama u olls semua.  Menjadi pedoman di hari Isnin yang fana.

Dua tahun lalu,  masa akak feeling nak kawen,  maka akak pun gigihlah pergi membuat jemputan kawen kepada semua rakan-rakan.  Yang mana jauh,  kita Facebook and hantar kad sahajalah.  Yang mana dekat,  kita pergilah hantar kad tu kat rumah.  Ikut mana yang dan.

Nak dijadikan cerita,  ketika akak pergi hantar kad kat rumah kawan baik akak yang bernama Hamid,  ketika itu adalah beberapa rakan kepada kawan baik akak ni yang boleh dikatakan kenalan kepada akak juga.  Akak tak sangka they olls semua berada di rumah kawan baik akak ni.

Oleh itu,  apabila akak dah alang-alang jumpa dengan they olls ni semua,  akak pun bersuara

"U olls...since ampa dah ada sini.  Nanti 3 September ampa sudi sudi lah mai ke kenduri aku.  Minta maaflah aku takdak kad ni.  Anggaplah kad aku untuk Hamid ni kira untuk ampa semua jugak la..."  kata akak dengan penuh sopan santun ikhlasnya.

Tiba tiba..........................................


Click read more



Tiba tiba Kader bersuara dengan lantangnya dan mengejutkan we olls semua yang berada dalam mood gembira.

"Niihhhhhhhhhhhhhhhhhhh blah la.  Kalau aku takdak sini hang bukan ingat kat aku.  Hang takkan nak jemput punya,"

Akak tersentap seketika.  Astaghfirullah.  Memang betul akak lupa dan tak ingat kat dia.  Yalah u olls.  Kami semua bukan jumpa hari hari.  Akak ni pulak ada kawan beribu ribu lemon.  Kawan macam dia yang selalu fly sana sini lagilah akak jarang jumpa.  Kader ialah seorang pramugara ya tuan tuan semua.

"Kader,  jangan la cakap macam tu.  Aku bukan sengaja.  Takpalah...kalau hang free...hang mai la nanti naa..."  kata akak cuba memujuk.

Actually orang Penang kalau melawak memang kasar.  Kalau silap hari bulan orang ingat kita bergaduh.  So akak ingatkan Kader ni kira melawak ala-ala mamak celaka ka.  Akak tak terasa sangat masa tu lagi.

Tiba tiba dia menyentapkan akak lagi,

"Blah la....aku tak hingin nak pi kenduri hang.  Setakat jemput macam tak ikhlas ni semua.  Aku tarak nak pi punya...."  kata Kader siap dengan gerak tangan yang betul betul menunjukkan dia tak puas hati dengan akak.  Malah dia langsung tidak melihat ke mata akak.  Dia bercakap sambil tengok ke arah lain.

Akak betul betul rasa terhina u olls.  Akak malu depan Hamid,  ibu Hamid,  adik adik Hamid dan beberapa rakan we olls yang lain.

"Takpalah Kader kalau hang kata macam tu,"  lepas bersalam dengan semua orang.  Akak pun mengundurkan diri.  Hamid menemani akakhingga ke kereta akak.

"Jumie hang janganlah nak terasa hati dengan Kader tu.  Dia memang macam tu.  Takpa...lagi dua minggu hang dah nak kawen.  Jangan duk sedih sedih.  Nanti hang nak kena jadi cantek di hari kawen,"  pujuk Hamid.  Ish Hamid ni dah la hemsem,  awatlah hang tak mau kawen dengan aku.  (HAHAHAH tibaaa tibaa....)

Akak pun dengan sendunya mengucapkan salam dan terus balik ke rumah.  Apabila sampai di rumah,  akak pun bercerita pengalaman ngeri akak ini kepada ibu akak.  Akak pun feeling nangis nangis sikit u olls.  Tak sangka perbualan akak ini didengari oleh abang kandung akak iaitu Budie.

"Sapa budak tu yang duk maki hang?  Apa nama dia?  Mai aku nak pi cari dia lani,"  kata abang Budie.

"Tak payah la abang Budie....biar pi la,"

"Awat hang tak maki dia.  Selalu hang bukan main punya garang.  Hang mau keriau terus kat dia. MEMANG AKU TAK HINGIN NAK JEMPUT HANG KAMJAT,"  kata abang Budie dengan penuh perasaan.  Dia memang tau adiknya ini amatlah kepala angin.  Kalau silap haribulan,  bila mengamuk hutan dara boleh rata 1 hektar.

"Bukan abang Budie.  Lani bulan posa.  Orang pun duk relaks saja lani...ada mak Hamid semua.  Saya hormat kat mami tu,"  kata akak.  Memang sungguh pun u olls.  Akak menikah pada hari raya ketiga.  Dan akak selalunya keluar menjemput orang di hari puasa.

INTERMEDIATE (ala-ala cerita Hindustan)  Selang 2 tahun!

Tiba-tiba last week,  ketika akak sedang sibuk di office,  akak menerima notification di Facebook "Kader Kerengga wants to add u as friend"

Akak terkejut.  Omaigod.  Selama ni dia dah remove aku ka dari FB?  And then why tiba tiba dia nak add aku?  Belum sempat akak nak approve beliau di FB tiba tiba akak dapat call daripada no yang tak dikenali.  Ketika itu akak sedang discussion dengan boss akak di cubicle akak.  Boss akak memberikan isyarat its okay for me to answer the call.

"Hello...Jumie...."

"Yaa saya...."

"Ni aku...Kader ni..."

HAAAAAAAAAAAAAAAA????? Kader callled aku?  Akak terkejut.  Tapi akak buat cool.

"Haa...Kader apa habak.  Apa hal hang called aku?"

"Dak....aku nak mintak tolong hang ni.  Aku nak kawen pada bulan Januari ni.  Aku nak cari dewan...bla bla bla bla...kat mana nak buat pelamin...bla bla bla bla...kat mana nak cari baju? bla bla bla...hang boleh make up bini aku ka?"

Yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tiba tiba Mr.  Kader yang sangat kekwat dulu menjadi sangat lemah lembut dalam perbualan telefon.  Kenapa?  Kerana dia nak minta tolong akak untuk menguruskan hal hal perkahwinannya.

HAAAAAAAAAAAAAA.........................................................................................tudiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......pandai pun hang kalut nak cari aku kan.

Hati akak menyirap u olls.  Semua yang Kader cakap dalam fon akak tak dapat dengar dengan baik.  Akak rasa macam lava gunung berapi Karakatoa telah menaik sampai ke paras bahu akak.  Lagi sikit nak sampai tengkuk.  Kalau dia mai sampai mulut....habisss laa......

Tapi entah mengapa...akak menarik nafas panjang dan kembali tenang.

"Kader....takpa takpa.  Aku duk sibuk kat office ni.  Boss aku ada depan aku ni.  Satgi aku called hang balik boleh?"  jawab akak dengan baiknya.

"Haa...okay okay...satgi aku msg hang okay,"

Akak pun meletakkan telefon.  Memang akak rasa macam bara gila.  Tapi lava gunung berapi Karakatoa itu seolah olah naik turun dalam badan akak.  Mungkin sebab lately akak banyak dengar lagu nasyid kat Youtube.

Tak sampai beberapa saat lepas akak letak fon tu,  tiba tiba akak dapat msg melalui Facebook MSG "Jumie,  saya ni kakak Kader.  Boleh tak saya nak minta no telefon Jumie.  Sebab adik saya Kader nak kawen tak lama lagi.  Dia nak minta tolong Jumie,"

OMAIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII.....

Then,  akak dapat wassap pula daripada Kader "Jumie...malam ni kita jumpa boleh? Kita jumpa kat Kapitan??

WATHEHELLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL

Menyirap satu badan akak rasanya.  Sebelum akak membuat apa-apa tindakan yang membodohkan diri akak sendiri.  Akak pun berkongsi status sendu di Facebook  :


Akak menulis status ini untuk mendapatkan kekuatan.  Kekuatan yang positif.   And yes,  i got it from kawan-kawan Facebook sekalian.


Sapa kata Facebook ni semuanya jahat dan tak bagus?  Siriesly kalau bukan sebab komen komen membina daripada rakan - rakan ini,  i olls dah lama membuat onar kepada Kader.

Yes,  i olls mengambil keputusan untuk tolong Kader setakat mana yang mampu.

Akak pun msg kat dia dengan baiknya

"Kader...sorryla aku busy tadi ada boss aku.  Anyway malam ni aku tak boleh nak jumpa hang.  Sebab kalau aku jumpa hang pun.  Aku tak boleh nak buat apa.  Lani aku bagi hang nombor fon semua wedding planner yang baguih punya kat Penang yang aku percaya...hang call depa and buat pilihan mana yang hang suka,"  kata I olls sambil mengforwardkan contact contact number wedding planner penting di Penang ini :)

"Ala...yaka Jumie.  Takpala...Hang boleh dak make up bini aku?"

"Sorry Kader.  Kebetulan tarikh tu office aku ada event.  Aku lani kerja kat International Office USM.  Memang kami ni banyak event.  Aku kena standby la.  Event ni pun kat KL,"

"Alaa....so hang tak boleh la make up bini aku?"

"Nampaknya tak boleh la...."

"Laa......alaa.....kira aku tak boleh la dapat make up murah................." baru ja akak feeling nak hati murni.  Tiba tiba akak tersentap sekali lagi disitu.  Memang dulu masa Hamid kawen,  akak offer harga khidmat make up yang amat murah.  Of coursela hadiah untuk Hamid.  He is a very good friend of mine.  Tapi untuk Kader???????????????????????????????????????????????

Akak tarik nafas panjang dan mengingatkan zikir di dalam hati akak ~~~~ tuhan ku...aku tidak daya...untuk syurga mu...tapi aku tidak mahu masuk nerakamu.......

"Sorry Kader...aku tak dapatlaaa......"

Maka perbualan kami di situ.  Kader mengucapkan terima kasih kepada akak.  Dia kata dia akan contact semua wedding planner yang akak rekemen tu.  Akak pesan kat dia,  "Kata ja hang kawan aku...im sure depa akan bagi layanan yang first class!"

Kejadian yang berlaku kepada diri akak itu betul betul mencabar diri akak.  Pernahkah benda yang sama ini terjadi kepada u olls semua?  Apa tindakan u olls semua?

Akak bukanlah nak kata akak angels.  Akak pun celaka kamjat juga.  Tapi akak bangga dan amat kagum dengan diri akak sendiri kerana berjaya mengawal diri pada hari tersebut.  Kader akak lepaskan begitu sahaja tanpa rasa dendam dan lahar neraka.

Beberapa lepas kejadian,  akak pun mengecall Hamid dan berkaknam (bergosip) dengan beliau tentang perihal Kader.

"Welll Jumie...what goes around comes around.  Allah tu maha besar.....bagus la hang tetap nak tolong dia,"  kata Hamid dengan tenang.

Sekian sahajalah cerita akak.  Cerpen ini simple.  Tapi bagus untuk dishare dengan u olls.  Siriesly,  kalau macam mana teruk pun orang tu buat kita,  its okay to tolong dia balik di kala susah. Kita tak rugi apaaaaaaaaaa pun.  Malah secara tak langsung hati kita jadi sangat ringan dan aman.

Moral of the story,  layanlah selalu lagu lagu nasyid dan juga zikir di Youtube.  Jangan duk layan Rihanna Shainig Braik Laik A Daimen all the time.  Tapi takpaa.....untuk artikel ini...ampa dengarlah lagu What Goes Around Come Around by abang angkat I,  Justin Timberlake!

Love,
Jumie Samsudin


7 comments:

  1. perangai mamat tu mengingatkan aku kat seorang mamak kamjat penang yg aku kenai gak.. juga seorang steward. sorry no offense to mamak penang k, aku pun ada darah mamak gak..

    ReplyDelete
  2. hebat kekuatan jiwa kental akak, tang menahan lava dari pelimpah tu lagi kagum... :)

    ReplyDelete
  3. Salute akak. Kalau saya, silap2 nak cakap pon xmampu dah :)

    ReplyDelete
  4. Rupanya dia pulun cr blik sbb nk makeup murah jaa.. Ish3.. Cobaan..

    ReplyDelete
  5. Bertabahnya kak jumie.. Salute. Org yang positif mmg akan bawa kebaikan kepada org sekelilingnya. Very inspired story. Thnks kak jumie..

    ReplyDelete
  6. dear jumie,
    i've seen all of them. tak semua macam kita. Kebanyakan kawan memang macam ni.... mak i kata "lepas tengkok diorang je". People are getting greedy and manipulative sampai dah tak kenal mana kawan mana lawan. But normally kalau jadi macam ni i selalu tolong la like how u did to him. You know you are way better than them. That's enough.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...