Ulasan BB Cream by Seqy Beauty



Hello and Assalamualaikum to all,

Hari ini I olls nak memperkenalkan satu produk kosmetik yang direka, dicipta dan diedarkan oleh anak Bumiputera, seorang blogger yang meleps juga iaitu Sepet a.k.a Zuhana.  Thank you kepada beliau and team kerana sudi memperkenalkan produk ini kepada I olls.  Bukan sebab I olls dapat PERCUMA and I olls feeling nak buat review ini,  I olls buat review ni sebab I olls sendiri amat suka dengan produk ni and I olls sangat-sangat suka nak share dengan orang ramai.

Kalau ampa nak tau, I olls memang dapat banyak produk untuk di-review, tapi I olls bagitau dah siap-siap kepada pengsponsor barang, I olls akan bagi review seikhlasnya.




BB Cream by Seqy Beauty

Ampa semua mesti tau apa benda BB Cream kan?  Dulu I olls memang suka pakai BB Cream,   dulu-dulu aku promote kat dalam blog aku Miracle Multiplex BB Cream (SPF 25 PA +), pastu memang berlambak orang duk tanya pasai produk tu kat aku.   Mesti ramai orang suka nak pi beli jugak kan? Tapi lepas tu, aku rasakan Miracle Multiplex BB Cream (SPF 25 PA +) makin lama makin tak best. So aku stop pakai BB Cream and aku cuba beberapa jenis BB Cream lain seperti yang dipromote oleh kawan-kawan tapi takdak pun yang berkenan di hati.  Tapi nenjia, bila dapat this produk I olls falls in love!


Ini gambar i olls masa first time pakai BB Cream by Seqy Beauty.  Gambar amik gambar handphone I olls Lenovo S860.  NO EDITING.  Natural light.  Meletops kan?



Victoria Secret Fashion Show 2013 Part VI Angel Ball

Angel Ball

Seductive glamour takes center stage at an opulent black and white ball - complete with elaborate wings,  dark bodices, delicate beading and strappy details.

Tema ni menjadi segmen penutup Victoria's Secret Fashion Show London 2014.  Seperti biasa,  bila penutup ni kena la bubuh baju dalam koleksi yang jenis mak-mak duk pakai.  Warna hitam gitu.  Koleksi ini sangat seksi sebab warna hitam,  kain lace yang seksi and korset.  I olls suka dengan koleksi baju dalam ini.  

Rekaan sayap sangat simple and tidak menenggelamkan reka baju dalam.  Maybe itu sebabnya.  Tapi I olls nak jugakkkkkkkkkkk rekaan SAYAP YANG MELETOPS!!  Dalam banyak-banyak baju dalam,  paling meletops sekali adalah baju dalam Karlie Kloss pakai.  Yang tu paling seksi bagi I olls.

Persembahan Taylor Swift untuk yang ini tidak mengecewakan.  Sangat suka set baju dalam yang Taylor Swift pakai.  Very the meletops.  I nak beli la satu macam ni. AHAKS.



click read more

Victoria Secret Fashion Show 2013 Part IV Fairy Tale

Fairy Tale
Get swept away with romantic,  ethereal creations in earthy tones and glistening gossamer wings.


Yang ni pun adalah satu lagi segmen yang bagi i olls adalah fantasi light-light.  Tema-tema feeling pompuan bak kata Fadzli Zainol.  Siriesly,  tolonglah bagi idea yang pondan-pondan sikit.  Yang va-va-vum gitu. 

Rekaan sayap dalam segmen ni pun,  cantek,  tapi tak berapa nak va-va-vum.  Mungkin sebab pilihan colour-colour earth yang I olls selalu kata "colour orang tua".  Style macam lembut-lembut tapi colour ni macam nak berhabuk macam mana ka.

Baju dalam untuk koleksi ini pulak very the pastel colour yang nampak sweet.  Seorang penyanyi bernama Hozier mengiringi persembahan ini dengan lagu beliau berjudul "Take Me to Church".  What?


Victoria Secret Fashion Show 2013 Part IV University of Pink

University of Pink
The runwar goes wild for animal prints,  colorful patterns,  puffer paskas and bold grafitti wings.

Tiap-tiap tahun depa mesti kena buat punya segmen PINK sempena untuk cancer awareness.  Kali ini,  untuk segmen ini depa bagi Ariana Grande nyanyi untuk runaway ini.  Pompuan ni 4 buah lagu.  Tapi siriesly,  beliau sangat nampak tak serasi dengan semua para model.  Dia dah la kecik dan pendek.  Pastu duk pakai seksi macam tu.  Encik Khafi pun kata "Awat budak kecik ni duk pakai seluak dalam dengan boot pastu duk menari over-over?"

Jurukamera sempat rakam gambar models nak terlanggar Ariana si kenit itu.


Aku tengok depa (producer) pun sangat struggle nak cari focus point yang sesuai untuk tidak menampakkan dengan lebih ketara yang Ariana ni jauh lebih pendek berbanding dengan para models.

Actually pendek or tinggi bukanlah pengukurnya,  tapi confident hang atas pentas.  Kalau hang pendek pun,  tapi stage appearance hang meletops,  hang boleh compliment ketwok para models yang meletops itu.  

Bercakap pasai rekaan dalam segmen ni,  semuanya seperti biasa FUN and FUNKY!!  And of course,  suka tengok segmen ini sebab dipenuhi dengan para models muda dan baru yang sungguh menyegarkan.  


Victoria Secret Fashion Show 2013 Part III Exotic Traveler

Exotic Traveler
Cultures collide on a runway bursting with vibrants colors,  unique textures and sparkling jewels.

Inilah satu-satunya segmen unik yang aku suka.  Tajuk dia pun dah menerujakan kepala otak untuk berfantasi secara luar biasa.  Rekaan baju dalam dalam segmen ini terdiri dari warna-warna berani dan berahi seperti merah,  purple,  pink dan kuning.  Tiada sayap yang direka khas untuk segmen ini,  tapi para Angels dilengkapkan dengan jaket atau padanan kostum yang menggambarkan negara-negara eksotik seperti Sepanyol dan lain-lain.


Sangat suka butiran seperti sulaman,  bulu-bulu burung dan manik-manik.  Rekaan kasut untuk segmen ini juga meletops.  Warna-warna terang dan tali-tali halus itu membuatkan rasa seksi sangat.


Ed Sheeran menyanyikan lagu Thinking Out Loud secara live mengiringi para Angels ketika persembahan ini yang keluar sebaik sahaja Fantasy Bras keluar pentas.

Kate Grigorieva


click read more

Victoria Secret Fashion Show 2013 Part II Dreamgirl

Dreamgirl
The boudoir babe beguile with playful looks and push-up silhouettes-all in a powder-puff pallette.


Segmen Dreamgirl actually adalah tajuk yang amatlah boring. I was expecting something yang ver-very kinky, naughty, fierce and briliant. Tajuk Dreamgirl macam no brainer sangat. Bubuh pilah tajuk yang gempak sikit macam wet dream ka, Dream of me ka...hahah gitu. Tajuk aku pastinya akan membawa kepada seksualiti.


Persembahan selingan oleh artist yang merupakan gadis kesayangan Amerika iaitu Taylor Swift adalah agak memboringkan. Lagu Blank Spaces yang dinyanyikan oleh beliau mungkin kedengar meletops di corong radio, tapi di pentas peragaan macam biasa jer u olls.


Now, i faham pasaipa Taylor Swift lately makin kuruih kedekiang persis cikcak kobeng, katanya perhubungan rapat antara beliau dan Victoria's Secret Angels telah memberikan beliau gelaran Honorary Angels. Matilah. Sampai ada rumors mengatakan beliau dan Karlie Kloss adalah berkapel sebab ternampak depa duk cium mulut dalam kelab malam. I olls rasa takdak apa pun, bialah orang putih kalau dah mabok.


Koleksi dalam segmen ini boleh dikatakan boring juga, penuh dengan renda dan rona-rona lembut. Ampa tengok la!





Lily Aldridge






Victoria Secret Fashion Show 2013 Part I Gilded Angels

Gilded Angels
The iconic Victoria's Secret Angel comes to life in gold-drenched wings,  crystal-studded corsets and over-the-top touches.

Persembahan segmen Gilded Angels atau Malaikat Bersalut ini dimulakan sebaik sahaja tirai persembahan dimulakan.  Tiada penyanyi yang membuat persembahan secara live,  hanya music dari Bob Seger bertajuk Hollywood Nights,  Is There Anybody Out There? by Bassheads and I Want Your Love by Transvision Vamps yang menjadi lagu latar ketika semua Angels ini membuat ketwok kekwat.

Baju dalam dalam koleksi ini adalah dari warna-warna nude  polos yang seringkali tidak menjadi pilihan wanita sebab terlalu selamat dan tidak seksi.  Tapi koleksi VSFS kali ini menyangkal dakwaan ramai wanita ini.  

Namun rekaan kasut rasanya macam tiada yang baru untuk memuaskan hati penonton.  

Sayap yang direka khas sesuai dengan tajuknya,  bersalut dengan pelbagai rona emas yang menarik perhatian.  Seni reka cahaya LED yang menghiasi lantai dan latar belakang pentas membuatkan para Angels ini bagai benar-benar baru keluar dari tujahan api membara.  

Doutzen Kroes




Click read more

Victoria's Secret Fashion Show 2014


Hello ampa semua,

Harap ampa semua sudah menonton rancangan meletops yang dinantikan oleh semua kakak-kakak and adik-adik sepanjang tahun ini iaitu Victoria's Secret Fashion Show 2014.  Pelbagai kelainan yang cuba dibawakan untuk tahun ini,  tapi kesimpulannya bagi I olls,  tahun ini takdaklah meletops sangat berbanding tahun-tahun dahulu.

Victoria's Secret Fashion Show 2014
Lokasi :  London's Earl's Court

Models pun semuanya muka yang sama,  duk ulang hat tu la.  Takdak muka baru yang va-va-vum pun.  Kamonlah,  Adriana Lima,  I olls bukan nak dengki dengan dia ka apa ka,  dia dah jadi Angels for the past 14 years.  Gila babs.  Bagila orang lain pulak u olls.  Muka-muka yang duk keluar dalam ANTM,  The Face tu semua apa jadi?  Betui dak?  Entahlah mungkin i olls seorang yang mempunyai perasaan ini.

Katanya adik Kim K iaitu Kendall Jenner sepatutnya menjadi salah seorang Angels baru dalam fashion ini tapi dia dan Cara Delevigne akhirnya memilih untuk berketwok untuk Chanel Métiers d’Art.  Haruslah depa nak pi ketwok untuk Channel.  Lagi meleps kot.

Ulasan VSFS2014 kali ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian besar untuk senang u olls melayan gambar-gambar sepsi ni semua.  So jom enjoiss!

click read more

ANTM Cycle 21 Episode 8 : Lenox Rocks!


Denzel Drama

Lepas kena maki dengan Tyra Banks last week,  Denzel mai bersembang dengan Will.  Tak taula deni ikhlas ka dak?  Bagi aku deni adalah spisyis douchbag yang sangat typical dalam kalangan jantan.  Kalau bukan sebab nak rancangan ni,  aku tak rasa dia ikhlas betui nak mai cakap dengan Will.  

Samala dengan cerita dia dengan Marjaina,  depan sundalina tu dia feeling tunjuk macam cinta kuat segala.  Tapi apabila depan kawan-kawan lain dia style tak mengaku yang dia suka kat Marjaina,  dia just kata dia main-main sahaja.  Bila Lenox menyampai apa yang dia kata kat Sundalina tu,  Marjaina mengamok gila and 'DUMP' dia.  

Tapi lepas tu,  baru dia jadi macam menyesal and mai pujuk Marjaina balik.  Pastu Marjaina macam bodo gila,  dia boleh mau balik kat deni.  Memang spisyis puki duk muik muik.  Bagi aku depa dua dua ni memang sesuai.  Sangat bangang dua dua ekok ni.  Baguih la.  Tapi bila depa nak terkeluak aku tak tau la.  

Jangan Lupa Victoria’s Secret Fashion Show 2014


The annual Victoria’s Secret Fashion Show, one of the biggest, most-anticipated events on U.S. network television, showcases one of the world’s most unique and recognizable brands. This one-hour extravaganza packed with supermodels, like Cara Delevingne, Alessandra Ambrosio and Adriana Lima, and star musicians, is seen by more people than all other fashion shows combined. 

Join in on the “secret” with television’s sexiest special of the year – the Victoria’s Secret Fashion Show 2014!

Premiere on Wed, December 24th @ 7.50pm
Encore airing on Thu, December 25th @ 8.45pm

ps/  Actually depa dah buat show ni kat London last 9th December,  tapi akak nak tunggu keluak show ni kat Malaysia dulu baru kita buat review okay!  MUAH

Tak Sabar Nak Tengok Cinderella 2015



Apakah cerita paling dekat dengan hati budak pompuan?  Of course Cinderella.  KECUALI BUDAK BUDAK YANG LAHIR PADA TAHUN 2010 DAN SETERUSNYA DEPA SEMUA SUKA ELSA PROZEN.  Kalau pompuan zaman-zaman kita semuanya feeling Cinderella kan?

Kecik-kecik bapak kita beli video tape cartoon Cinderella dari Disney.  Ampa tau dak?  Disney akan buat cerita Cinderella versi maknusia.

I olls memang super expecited dengan info ni and tak sabiaq gila nak tengok Cinderella maknusia ni.  Lily James akan berlakon sebagai Ella atau Cinderella.  Kalau dak,  Emma Watson (Hermoine Granger) yang berlakon jadi Cinderella tapi dia tolak tawaran meletops ni.  Tak tau la pasaipa).  Richard Madden yang berlakon sebagai Robb Stark dalam Game of Thrones berlakon sebagai putera.  And dua marhayam besar,  pemenang Oscar Cate Blanchett akan berlakon jadi mak tiri and Helena Bonham Carter akan berlakon sebagai fairy god mother.

click read more

Berani atau Desperate ?





Hai Kak Jumie


Saya ada baca blog akak pasal Lelaki Kura-kura dan Perigi Cari Timba. Kalau pasal cinta mesti nak dengar pendapat Kak Jumie jugak. Hehee.


Masa saya handle program dekat universiti, saya tercrush dengan seorang lelaki. Dia muda 2 tahun tapi saya tak pernah kesah pasal umur, dia biasa-biasa tak hensem sangat tapi ada rupa dan style macam tak ada hati dan perasaan sebab saya tengah berbincang dengan anak buah dia pun die nak tak nak cakap. Dari situ saya macam suka tapi saya penuh confident rasa dia mungkin ada someone dah. Jadi saya pun diam macam tu jugak.


Dalam 6 bulan macam tu saya join program lain dan kawan satu program saya rapat dengan lelaki tu. Kawan saya bagitahu lelaki tu single lagi dan agak kaya. Bab kaya tu risau juga sebab saya ni non hado tapi itu hal lain lah dan sedikit terbuka jugak hati saya bila dapat tahu dia single. Start dari situ saya suruh kawan saya kirim salam. Semua kawan program saya kata saya main-main tapi senang cerita saya memang suka dia.


Saya cari dia kat Facebook dan Twitter. Dalam masa tu saya confius nak bagitahu atau tak tapi saya memang betul-betul suka dia. Boleh kata lelaki pertama di U saya suka. Saya cuma sampaikan salam dan ayat-ayat je dari kawan.


Entah macam mana saya berani gila saya tegur die kat Facebook dan saya cakap saya suka dia. Saya bagitau kalau ada siap-siap or tak suka cara saya just bagitahu. DIa kata mana ada tak selesa dan saya memang nak dia cakap dia nak bagi peluang atau tak pada saya. Tapi tak tahu sama ada dia paham atau buat-buat tak paham. Sebab dia kata setakat ni dia tak nak ada apa-apa jenis hubungan. Dia jugak cakap dia takut mainkan perasaan perempuan. Bagi saya, saya nak the answer direct. Yay or Nay. Tak ade lah macam orang bodoh dok berangan tunggu dia at the end nothing kan. Tapi dia macam tarik tali.


Sebab saya ada tanya suka sangat ke main tarik tali then dia kata best main tarik tali. Saya rasa dia, rasa macam market dia tinggi bila orang perempuan syok kat dia. Sebab tu dia dok main tolak tolak. Memang dia ada kata kenal-kenal dulu. Tapi cara dia tu saya tak pasti sama ada kalau kenal-kenal tu ada peluang ke hubungan seterusnya atau saja-saja je nak kenal-kenal dulu .


Saya sangat confius Kak Jumie. Saya dah start dulu, walaupun kawan rapat kata gila berani dan macam desperate. Saya tak tahu sama ada saya nak terus push tanya dia atau terus blah jangan harap kat dia. Nak move on pun hati memang suka.


I really need some advise dari Kak Jumie kot-kot menyedarkan saya ni.


Yang benar,


Darina



click read more

BFF Yang Over Clingy

Sumber gambar  :  https://www.flickr.com/photos/chr15u/

Salam Kak Jumie,


Nak mintak advice dari akak if u dont mind. I cut things short. I have a bestfriend. Kami dah berkawan sejak we were 20 years old and she was my roomate masa di college and we were really close back then. Memang kami BFF sangatlah. Tapi now both of us dah kawen and she has 2 beautiful kids which I adore and love so dearly macam anak sendiri. Saya pula, baru ada seorang anak. And yes, dia sayang anak saya sangat-sangat.


Beliau adalah suri rumah sepenuh masa. Even after college dia terus menikah dan tak pernah kerja langsung till now. So basically her life is her husband and her kids. Berlainan dengan saya yang bekerja di sebuah syarikat multinasional dan saya mempunyai jadual tugas dan kerja yang padat. Dan apabila saya dapat rezeki naik pangkat baru-baru ini, workload saya amatlah banyak sampai kadang-kadang tu takdak masa pun nak mesej dengan kawan baik saya ni.


Yang menyedihkan, I notice shes very clingy dan langsung tidak memahami kerja saya. She would call, text and Watssap me all the time. Even I tengah meeting die call. If I dont answer her, she will text me sampai die penat. I did told her my work load and my work environment camner and I told her I’m working and bukan housewife cam die yang ade free time.


She did understand at first. And when Im free I do take a day off and drive to her place. Spend time with her and all. Tapi bile I da lame tak datang jumpa and layan call and her text, die mule buat perangai.


I told her again the same thing and she couldn't accept it. This time alasan die, husband die pun engineer ade jugak masa tuk family.


Now I da fed up and I dont know what else to do. I love her dearly. And she is my bestfriend. She always ask me to put her in my priority list. But then I have my own family, husband dan anak-anak juga kan?


Lagi satu I tak berape suke perangai dia is bile die gaduh dengan husband die, she will drag me into it as well. Tak pasal-pasal kadang-kadang saya nak kena jadi orang tengah kepada dia dan suami. Macamlah rumah tangga saya ni perfect sangat.


So now I nak mintak pendapat and nasihat akak. If akak rase tindakan I ni salah then I will take ur advice and try to improve.


Yang benar,

BFF Yang Raplah

click read more

Hati Perempuanku Hanya Untuk Perempuan

Sumber gambar  : www.forwallpaper.com


Salam Kak Jumie,


Kak Jumie pekabo? Harap sihat walafiat dan ceria selalu.


Saya ada 1 masalah yang bagi saya sangat berat untuk saya tanggung dan saya memerlukan nasihat dari akak. Saya merupakan seorang anak gadis yang di besarkan dalam keluarga yang biasa seperti orang lain dan diberi didikan agama yang baik dari orang tua.


Ketika umur saya mencecah 22 tahun saya merasakan ada suatu yang tak kena pada diri saya iaitu saya lebih tertarik pada kaum sejenis. Saya cuba abaikan namun makin lama perasaan ni seolah-olah cuba membunuh saya dari dalam.


Keluarga saya pulak biasalah, sibuk bertanya pasal dah ada boyfriend ke belum? Mak nak sangat timang cucu sulung. Nak aje saya menjerit bagi tau keadaan sebenar. Saya rasa macam dah takde sapa-sapa dalam hidup saya untuk berkongsi masalah saya sebab kesemua diorang hanya tahu judge tapi tak tahu menilai.


Pernah bebrapa kali saya terfikirkan suicide. Astagfirullah, semoga dijauhkan dari saya. Ada orang kata suicide tu sebab bacul nak hadapi masalah sendiri. Tapi kadang-kadang orang suicide bukan nak lari dari masalah tapi nak kesakitan itu lenyap.


Saya tak cuba untuk berbincang dengan keluarga kerana saya tahu mereka conservative dan bukanlah senang untuk saya mengakui keadaan ini. Sekarang umur saya sudah memasuki 30 dan saya dah tak boleh sembunyikan lagi perasaan.


Saya ada lah bagi-bagi hint pada family kekonon bertanya pasal LGBTQ ni, tapi jawapan mereka sangat menakutkan. Saya ada confess dengan few friends yang rapat dengan saya, namun mereka seolah-olah mengatakan ini cuma fasa dalam hidup saya, nanti tiba masanya boleh la ubat apa yang saya alami ni.


Hello korang ingat aku bangun memalam tadah tangan dekat Tuhan mintak aku jadi lesbian pagi esok? Lesbian ni penyakit? Ko ingat kurap ke apa ni? Saya pernah cuba nak jadi straight tapi memang tak boleh. Bagilah gambo jantan sesegak mana pun, bagilah gambo jantan bogel sekalipun, nafsu tertarik memang tak de langsung.


Tapi kalo gambo gadis-gadis, haa tudia nafsu lain macam betul. Dup dap dup dap hati gitu. Bab-bab mimpi-mimpi tu toksah tanya la, dah banyak kali saya alami.

Apa yang saya perlu buat Kak Jumie ? Adakah saya perlu stay saja dalam lemari dan berpura-pura normal macam orang lain? Atau perlukah saya keluar dari lemari tersebut dan mencanang pada 1 donia seperti mana Ellen Degeneres buat walaupn saya tahu saya bakal dihencap? Dan kenapa saya? Saya tak mampu lagi nak hadap masalah ni sorang-sorang. Jika saya mati, saya nak semua yang mengenali saya tahu siapa saya sebenarnya.


Thanks Kak Jumie sebab sudi membaca email saya.

Princess Charming




click read more

ANTM Cycle 21 Episode 7 : Adam Yang Mencairkan



Cabaran lakonan

Akak rasa nak lempang la bila tengok sifat si sundalina Mirjana tu. Walaupun dia sah-sah duk isap kote Denzel dah, tapi mai time cabaran dia nak kapel dengan Keith. Dia kata, dia pilih Keith sebab Keith lebih berbakat la (bagi dia). Tapi aku rasa dia memang saja nak try Keith jugak. Biasalah, dasar “penyerah puki” macam ni memang pandai manipulasi strategi. In the end macam manaka, lakonan Denzel dan Shei adalah lebih menonjol sampai Denzel menang cabaran ni. Pastu tak pasai-pasai si Mirjana ni feeling nak jeles pulak. Memang sesuai aku panggil dia Sundalina.



Apa pun, lakonan Mirjana and Keith memang sangat boring. Shei and Denzel memang nampak meyakinkan. Adam and Lenox pun baguih, ramai puji Adam jugak. Matthew and Raelia aku tak berapa nak dapat sangat sebab banyak scene depa kena potong. Will and Kari, WILL BERLAKON SANGAT POMPUANNN. Deni sangat kakak-kakak. Siap pose balerina lepas habis berlakon. Harems.

click read more

ANTM Cycle 21 Episode 6 : Lenox Yang Meletops


Hello u olls.  Thanks to Syahmi Ibrahim sebab telah memberi peringatan kepada I olls untuk buat review ini. Baru I olls perasan bahawasanya I olls terlupa untuk buat review episod 6. I duk feeling apa tak tau, duk rasa macam dah buat review tu. Tapi tak buat lagi rupanya. Baiklah, hari ni ampa akan baca dua review sekaligus. I olls dah setting review episod 6 dan 7 dipublish pada hari yang sama. So enjois!



Will Dapat Best Photo

I olls duk ingat dia nak ajak Matthew duduk sekali dalam Tyra Suite tapi kisahnya dia bawak Raelia untuk duduk sebilik dengan dia. Mak sedih sikit sebab kalau dia duduk dengan Matthew mesti nanti akan ada story meletops.

click read more

Sumbangan untuk Sekolah Damai (Sekolah Anak-Anak Rohingya di Pulau Pinang)


Assalamualaikum u olls semua,

Semuanya bermula apabila Prof Zam menjemput aku menjadi pengacara majlis merangkap penyanyi selingan untuk Konsert Perdamaian USM pada September 2013 yang lalu.  Datuk Ramli Sarip,  bapa ROCK MALAYSIA dijemput sebagai penyanyi utama.  Konsert yang diadakan di Dewan Budaya USM ini terbuka kepada orang ramai dan tiket adalah percuma.  Terdapat pelbagai pengisian sepanjang konsert itu yang merupakan sebahagian daripada Peace Week USM.  Aku sangat bertuah kerana pada malam itu juga,  aku berpeluang untuk berduet dengan Datuk Ramli Sarip secara akustik. YEHA!  Read here  :  THE USM Peace Week 2013 dengan tema "Peace is Our Culture" : Pengalaman Menyanyi Dengan Ramli Sarip


Okay, dah tersasar sikit daripada cerita utama.  Pada malam konsert itu juga, pihak penganjur turut menjemput beberapa anak pelarian Rohingya untuk membuat persembahan nasyid. So, Kak Ina (pembantu Prof. Zam) menyerahkan budak-budak ni kat aku masa di back stage.


”Jumie, hang tolongla depa suruh prektis nyanyi dulu sebelum naik pentas. And bagitau and ajak depa satgi nak buat macam mana”


5 orang anak Rohingya join aku di bilik persalinan. Depa berpakaian biasa, sedikit lusuh. Yang lelaki pakai seluar dengan T shirt atau baju kemeja dan bersongkok, manakala yang perempuan berbaju kurung dan bertudung. Kalau anak-anak kita, pakat nak naik pentas, mesti dah berbling-bling baju kan?


Depa mudah mesra dengan aku. Selepas depa dah faham apa nak kena buat bila aku jemput depa naik pentas nanti, aku pun melayan kerenah depa. Si Jamaluddin yang paling heboh sekali. Dia sibuk suruh aku amik gambar dia menggunakan camera telefon. Posing mengalahkan guru silat, silang panggung atas kerusi. Dia seronok tengok gambar dia sendiri dalam camera phone aku. Yang perempuan, bernama Sabikanur turut ambil kesempatan. Dia posing 1 Malaysia, sambil jari telunjuk di tuju ke atas. Aku duk terbayang kenangan dengan depa lagi.


Itu setahun yang lalu, tahun ini sekitar Julai 2014, Kak Ina jemput aku untuk menghadiri majlis perasmian Sekolah Damai. Sekolah yang ditubuhkan atas inisiatif kemanusiaan oleh Unit Penyelidikan dan Pendidikan untuk Perdamaian (REPUSM a.k.a Peace Unit USM) dengan kerjasama dari Kelab Perdamaian Universiti Sains Malaysia (KeDAMAI-USM) dan Rohingya Society Malaysia (RSM) bagi membantu anak-anak pelarian terutamanya Rohingya bagi mendapatkan asas pendidikan.


“Kak Ina....sorry. I busy tak boleh nak singgah pi kat program U,” majlis perasmian diadakan pada waktu kerja. So I tak sempat la nak pi.


“Takpa Kak Ina, nanti Jumie cari masa, Jumie pi sendiri sekolah tu. Bawak makanan ka apa apa la. Nanti Jumie buat review bubuh dalam blog. Kita boleh warwarkan kepada orang awam,” kata aku lagi.


Ting tong tiang. Cepat masa berlalu, nenjia pada 10 Disember 2014 yang lalu barulah aku berkesempatan untuk melawat Sekolah Damai. Pada hari istimewa itu, aku bawak Kak Eder (my mother) untuk bersama melawat Sekolah Damai.


Sekolah ini telah didaftarkan dibawah UNHCR (United Nation High Commissioner for Refugees),  bahagian pendidikan.  Pelajar-pelajar ini juga telah didaftarkan di bawah UNHCR di Kuala Lumpur.  Bermula dengan sekolah hujung minggu dengan dibantu oleh pelajar-pelajar kelab Perdamaian USM (KeDAMAI-USM), kini sekolah tersebut telah dibuka sebagai sekolah harian dari Isnin hingga Jumaat dengan menempatkan seramai 60 orang pelajar dengan dibantu oleh 3 orang guru sepenuh masa.  Atas permintaan,  jumlah pelajar akan ditambah sehingga 120 orang pada tahun hadapan.  Buat masa ini,  operasi sekolah ini dibiayai sepenuhnya oleh rakan-rakan dan orang luar yang bermurah hati membantu dalam aktiviti kemasyarakatan ini.



Kami tiba lebih kurang 10 pagi,  ditemani oleh Faiz and Naim,  rakan pelajar USM yang rapat dengan aku.  Depa yang tunjuk jalan.  Setibanya kami di Sekolah Damai, kami disambut oleh beberapa pelajar dari KeDAMAI-USM.


Sibuk kami mengangkat makanan dan hadiah masuk ke dalam sekolah yang merupakan sebuah rumah 2 tingkat, si anak-anak pelajar yang tadi belajar tiba-tiba jadi eksaited. Mereka berlari-lari, menjerit-jerit dan melompat-lompat. Cikgu-cikgu terpaksa mengawal pergerakan anak-anak ini semua. Kak Ina pula dah macam cikgu besaq, dia yang paling garang sekali.


”Jumie...sorryla depa bising sikit. Selalu depa behave. Maybe hari ni sebab ampa mai kot. Depa eksaited lebih,”


Semua pelajar diminta berkumpul dan membuat bulatan, aku memang tak ada apa-apa perancangan pun. Ikut jer apa yang Kak Ina nak buat.


”Murid-murid, hari ini kita ada tetamu iaitu Aunty Jumie and Nenek Eder, depa bawak makanan untuk kita semua dan juga hadiah. Cikgu tengok cupcakes pun ada. Baiklah, sebelum kita semua makan, cikgu nak jemput Nenek Eder untuk bagi sepatah dua kata,” tiba-tiba Kak Ina suruh mak I bagi ucapan.


Cupcake yang sedap dari Rina's Bake With Love



Mak I terkedu, pastu dia kalih kat aku “Jumie....Mak tak boleh cakap...satgi mak nak nangeh,” bahagian atas mulut mak aku mula nak jadi panjang sebab tahan menangis. Apala punya turr. So I pun bercakaplah.


”Assalamualaikum murid-murid semua. Terima kasih semua kerana sudi menjemput kami ke sekolah kamu semua hari ini. Bersempena dengan itu, Aunty ada berita gembira untuk semua, Aunty bawak nasik dengan ayam masak kurma. Kawan Aunty masak...sedappp....” aku nampak muka budak budak tu duk eksaited. Ada yang duk goncang badan kawan depa kat sebelah sebab seronok.


”Aunty juga bawak hadiah untuk semua, ada alatulis, pencil box dan buku. Bila kamu semua dah dapat hadiah, Aunty nak kamu semua belajar rajin-rajin dan dengar cakap cikgu. Tadi Aunty tengok semua orang tak tau duduk diam. Tak dengar cakap cikgu. Lepas ni, kalau kamu nakal, cikgu-cikgu kamu akan report kat Aunty...lepas ni Aunty tak mau datang sini dah,” gituuu akak membuat ucapan ala-ala Cikgu Sekolah Rendah di hadapan perhimpunan. Suasana riuh dalam kalangan pelajar-pelajar semua. Ada yang buat muka-muka macam takut reaksi kepada peringatan garang I. Comels sungguh depa ni.


Sesi memberi ucapan ala-ala cikgu sekolah.






Selepas beratur, kami pun mengagihkan hadiah-hadiah kepada para pelajar. Setiap pelajar yang nak ambil hadiah, aku tanya “Nak pencil box colour apa?” sajalah bagi depa seronok boleh pilih. Hati aku tersentuh bila seorang tu kata kat aku “Cikgu...cikgu...terima kasih!! Saya punya pensel memang sudah pendek,” dia tunjuk ukuran penselnya menggunakan jari. Aku macam nak menangis. Tapi aku sambung buat lawak kat dia “Haa...kamu dapat pensel baru jangan duk gerumit (sharpen) banyak-banyak. Nanti pendek lagi cikgu tak bagi dah,” budak itu tersengeh dan berlalu.

Berpeluh-peluh I olls dan Faiz duk membagi hadiah.  Habis dah semua rambut blow kepok-kepok semua.  LOL


Masa makan menjadi riuh. Depa seronok makan nasi putih, ayam masak kurma dan sayur ubi yang kawan I olls masak khas untuk depa. Depa duk pi kat mak I, “Nenek...nenek....sedap......” Mak aku duk mai nak sebak dah. Tapi syukur mak tak menangis. Ish tak maula nangis depan depa kan. Kita kena happy happy.


Thanks Nizal sebab sponsor kami makan meletops.  U olls semua boleh tempah catering for mesyuarat,  kenduri dan lain-lain dengan Nizal di Barak's Best.  Specialty MURTABAK and NASIK TOMATO!!  Sila layari  :  Barak's Best






Usai makan, tanpa kami suruh dan bagi arahan, semua pelajar cuci pinggan mereka sendiri dan pulangkan kepada meja kami. Masa rehat yang terluang ini, depa juga ambil kesempatan untuk bersembang dengan aku.


Jamaluddin, yang dulu menyanyi nasyid dengan aku adalah yang paling eksaited.


”Cikgu dulu menyanyi USM kan....haa...saya ingat,”


Aku gelak sambil menggosok-gosok kepala dia. Gigi arnab dia tersembul keluar sebab senyuman dia tak berenti.


”Cikgu...nanti saya mau pi US,”


”Hang nak pi US? US apa?” tanya I lagi.


”Saya sudah dapat card. Saya satu family semua dapat pi USA. Nanti saya duduk sana la cikgu...” WOHHHOO! USA bak hiang.


Untuk pengetahuan kalian, RePUSM bekerja rapat dengan United Nation dan mereka membantu untuk mengenalpasti pelajar-pelajar yang berpotensi untuk dihantar ke Amerika Syarikat sekaligus mendapat kerakyatan.


Satu usaha yang sangat bagus, sekurang-kurangnya kita tau masa depan depa ni terjamin. UN dah target ada 2-3 family untuk dihantar ke Amerika Syarikat pada awal tahun hadapan. Malaysia tidak mempunyai kuata untuk menerima kerakyatan daripada pelarian perang. Tapi, negara kita melalui NGO dan juga badan kerajaan tertentu bekerja untuk memastikan kebajikan pelarian perang di Malaysia terjaga.


“Haa.......bestlah hang pi Amerika. Nanti mesti hang akan kawen Negro...HAHAHA,” usik aku pada Jamaluddin.


”Takdak la cikgu....hahahaha....” kami gelak seronok.



Sesi membeli hadiah dengan kawan-kawan.  Suhaila,  Yana,  Kak Shuk and Faridza.  Kami nak bawak Nurul tapi kereta I besak sangat so tak cukup untuk dia.





Lebih kurang 1130 pagi, sesi kelas bermula. Buat masa ini, mereka mempunyai dua kelas utama iaitu kelas asas yang mengajar membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, asas matematik seperti tambah dan tolak, kiraan masa dan wang dan pada setiap Jumaat, kumpulan pelajar PRO M USM datang ke Sekolah Damai untuk memberikan pelajaran agama Islam.


Sekolah mereka dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 1 tengahari. Mereka tidak ada sukatan pelajaran khas. Tapi pihak Sekolah Damai ingin wujudkan silibus pembelajaran oleh itu mereka mengalu-alukan pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini untuk berkongsi pengalaman dan memberi maklumbalas agar sistem pembelajaran yang anak-anak ini lebih teratur. Target jangka panjang, depa nak pastikan agar pelajar ini dapat menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM sebagai calon persendirian. Insya Allah.


Namun, buat masa ini tenaga pengajar tidak lupa untuk menfokuskan kepada pembelajaran agama dan akhlak selain pendidikan asas iaitu kebolehan tulis, baca, kira dan faham Bahasa Melayu dan Inggeris.  Pihak Sekolah Damai juga membuat lawatan ke rumah keluarga pelajar selain untuk mendapatkan maklumbalas depa juga nak tau kebajikan para pelajar.  Yalah, takut satgi kat rumah ada masalah apa ka. Satu mesyuarat PIBG antara ibubapa dan pengurusan sekolah juga akan diadakan pada 28 Disember 2014 ini. Kak Ina kata, satu dia puji dengan sikap ibu bapa pelajar ini, depa memberikan kerjasama yang sangat baik kepada pihak sekolah. Depa tau, sekolah ini atas ehsan kemanusiaan. Depa ikut sahaja apa yang terbaik.


Sekolah tamat jam 1 tengahari. Sebelum semua balik, kami memberikan cupcakes seorang satu. Ya Allah bukan main eksaited depa semua dapat cupcakes yang comels berperisa cokelat. Masa tu, aku rasa sangat KECIK DI DUNIA YANG FANA INI. Hari hari kita komplen dengan kehidupan kita, tidak tahu bersyukur. Depa ni dapat cupcake sebijik pun rasa macam dapat jongkong emas.

Sopi yang tengah,  Jamaluddin yang kanan sekali.  Yang pak gemok comei ni tak ingat pulak nama dia.


Semua pun berjalan berpimpin tangan untuk menuju ke stesyen bas. Pelajar-pelajar ini semuanya datang dari rumah keluarga mereka yang terdapat di sekitar Pulau Pinang. Ada yang duduk di Jelutong, Bayan Baru, Bukit Gedong dan Bayan Lepas. Depa naik Bus Rapid setiap hari untuk datang ke sekolah. Duit bas adalah atas belanja pelajar sendiri. Ada juga yang tinggal berdekatan Taman Tun Sardon. Depa ni mai la jalan kaki sahaja.


Sopi dan Jamaluddin tidak terus bergegas balik. Depa macam syiok melayan aku dan Nenek. Depa tolong kami kemas barang makanan.


”Nenek sorrylah sudah cuci tapi sabun takdak...takdak bersih,” jelas Sopi kepada mak aku.  Kami tak suruh pun depa cuci.  Tapi depa sendiri yang cuci.  Depa pun tolong kami angkat pinggan and tray masuk dalam kereta.  Depa tau,  orang dah memberi,  depa tau nak layan balik dengan elok.  Tahniah pihak pengurusan Sekolah Damai,  ampa didik depa jadi manusia.  


Ish baguihlah depa ni. Aku macam nak hantar depa balik tapi masalahnya aku kan pakai POLO SPORT (EHKK HEMMMM....) soo seat belakang and bonet dah penuh barang. Depa takdak tempat nak duduk.


”Okay bye bye Jamaluddin, minggu depan-depan kita jumpa lagi. Cikgu bawak kawan Cikgu. Kita belajar tarian Hindustan,” Pada Januari 2015 nanti, Jamaluddin dan 5 orang rakan pelajar Sekolah Damai akan menyertai pertandingan tarian anjuran UNHCR untuk wakil sekolah-sekolah pelarian di Malaysia. Pertandingan ini melibatkan 120 buah sekolah.


Kak Ina kata kat aku masa bincang tentang pertandingan tarian, “Kami bukan nak menang pun Jumie....tapi kami nak bagi exposure kepada pelajar ni and at least biar orang nampak, kami buat aktiviti macam-macam untuk pelajar,”


“Cikgu....tak mau la itu lagu Boley Chudiya....saya mau itu lagu Chamiya Chamiya....” celah Sopi. Dia pun duk menari step patah pinggang ala-ala Salman Khan depan aku. Memang dari tadi, dia tak puas hati bila aku kata aku cadang nak menari lagu Boley Chudiya.


“Hang nak pi KL dak? Kalau mau...kena ikut cakap cikgu,” hahah aku saja buat garang. Depa ni memang macam nakal sikit. Budak-budak biasalah.


Dari dalam kereta, aku nampak Sopi dan Jamaluddin berjalan bersaing.  Depa galas beg sekolah dan beg plastik berisi makanan kami yang ada belen tadi. Balik rumah satgi,  si Sopi akan tolong mengemas surau dirumahnya.  Nanti ada la sikit upah dari kariah masjid.  Duit upah tu untuk bantu keluarganya.  Jamaluddin pulak,  bila balik rumah nanti dia akan tolong bapak dia yang bekerja di kedai menjual nasi di Bukit Gedong.

Sama macam anak-anak Rohingya yang lain dalam Sekolah Damai.  Ada juga yang bekerja menjual sirih.

Aku teringat kata-kata Kak Ina tadi, “Jumie...harap sangat lepas orang baca blog Jumie...orang ramai bagi derma kat kami. Sebab terus terang Kak Ina cakap. Lani duit dana belanja sekolah ni tinggal untuk cover sampai Februari 2015 sahaja. Kalau lepas ni kami takdak dana dah. Kami terpaksa katop sekolah ni Jumie. Dan budak-budak ni nanti takdakla aktiviti depa kat rumah kenalah tolong bapak depa bekerja. Jaga surau, kerja kedai, jual sirih....tapi Kak Ina paling tak mau....depa buat balik aktiviti lama depa sebelum mai sekolah dulu....MINTAK SEDEKAH,”


Aku tutup cerita aku hari ini.  Dibawah, aku share beberapa maklumat lagi tentang Sekolah Damai. Aku menggesa orang ramai untuk membuat sumbangan kepada pihak Sekolah Damai. Kalau nak bagi sumbangan selain kewangan, ampa boleh contact pihak pengurusan sekolah. No problem. Depa ni kira macam kecik tapak tangan, talam masjid depa tadahkan.


Salam terima kasih buat keluarga dan sahabat handai ku yang bersama memberikan sumbangan kewangan, tenaga dan juga masa untuk kita menjayakan lawatan mesra ini :

Encik Nizal Ashrif, Barak’ Best atas sumbangan jamuan tengahari
Puan Noreena Rosdi, sumbangan manisan
Kak Julie
Kak Ita
Abang Budie
Surianie
Mak Edeh and Pak Manap
Kak Ara a.k.a Kak Nab
Lenny Zaini
Ezal
Kak Shuk
Faridza
Suhaila and Yana
Faiz and Naim
Dewi Karina and friends


Trivia Sekolah Damai

  • Sekolah ini merupakan sekolah pertama yang diwujudkan di bahagian Pulau dalam membantu anak-anak pelarian. Terdapat 3 buah sekolah seumpama ini di bahagian Seberang, Penang.
  • Sekolah Damai dalam proses mendapatkan status sekolah NGO berdaftar. Masih dalam perbincangan dengan pihak peguam dan mungkin mengambil sedikit masa.
  • Terdapat NGO yang datang untuk memberikan perkhidmatan seperti klinik bergerak percuma pada setiap Ahad minggu pertama untuk keluarga pelajar sekolah ini.
  • Mengalu-alukan pihak media, orang persendirian, persatuan, kelab, NGO untuk datang ke Sekolah Damai untuk melihat sendiri pengurusan sekolah, mengadakan sebarang aktiviti yang membawa faedah kepada para pelajar disamping membangkitkan kesedaran masyarakat umum supaya lebih peka akan permasalahan dialami masyarakat pelarian supaya turut sama membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka.
  • Sekolah Damai telah dapat kelulusan bagi pemberian fidyah dari Pusat Urus Zakat Selangor.



Jumlah Murid dan Agihan Kelas

Jumlah keseluruhan murid adalah seramai 60 orang
Linkungan usia murid: 5 tahun sehingga 16 tahun
Kelas Tahap Satu: 20 orang.
Kelas Tahap Dua : 25 orang.

Kelas Tahap Tiga : 15 orang







Perbelanjaan Bulanan

Sewa premis (sekolah) RM1,850.00 sebulan

Gaji tenaga pengajar RM3,000.00 (untuk tiga orang guru)

Bil air dan elektrik RM300.00

Perbelanjaan lain (alatan dan perkakas persekolahan) RM300.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 5,450.00 sebulan


Sekolah Damai turut memerlukan kos-kos lain seperti perjalanan sara hidup dimana guru-guru dan wakil dari pihak sekolah perlu menghadiri latihan yang disediakan oleh pihak UNHCR bertempat di Kuala Lumpur. Selain itu, kos pengangkutan barang-barang, komunikasi, bahan-bahan mentah seperti pembaikan, buku-buku bagi aktiviti pembelajaran dan lain-lain peralatan mengajar.



Contact Info

Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah terus menghubungi wakil SEKOLAH DAMAI seperti berikut :

Puan Norazrina Md Jabrullah / Ina : 012-551 6891/ 04-6532123

Prof. Kamarulzaman Askandar : 012-423 5327

Cikgu Ratna : 017-827 3643




Alamat Sekolah

Sekolah Damai-School of Peace
No 56, Cangkat Minden Jalan 12
11700 Gelugor
Pulau Pinang

Google Maps  :  Sekolah Damai Minden


Gambar Sekolah Damai.  Yang biru tu la POLO SPORT I.  HAHA




Facebook Sekolah Damai

Sekolah Damai Minden




Maklumat Akaun

Nama Bank : Bank Islam Cawangan Butterworth
Nama pemegang akaun : NORAZRINA MD JABARULLAH
No akaun : 07016020737991


Nama Bank : CIMB
Nama pemegang akaun : NORAZRINA MD JABARULLAH
No akaun : 7604388289

Catatan : Buat masa ini Sekolah Damai terpaksa menggunakan akaun peribadi untuk urusan pengumpulan dana. Akaun menggunakan daftar NGO masih dalam proses. Resit akan dikeluarkan kepada penderma.


Jom tengok gambar-gambar 

 click read more untuk lihat gambar-gambar anak Rohingya

Kembalikan Rani #ReturnRania

Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua pembaca blog,

Hari ini saya ada benda penting nak share dengan ampa secepat mungkin.  Thanks to Ms.  Nurazreena dan Ms.  Nunu yang mesej saya dan mohon saya buat paparan pasai isu ini dalam blog saya secepat mungkin.


When Rania asks, "Ibu mana?" what do you tell her Azam? Please don't tell Rania that I abandoned her. Please don't tell Rania that I left. Please don't teach her to hate. Azam you can lie to Rania now, but one day she will know the truth. That it was YOU who deprived her of her mother's love.#returnrania - Sumber Facebook RETURN RANIA

click read more

Sesi Berposing bersama Kak Eder di Interactive Museum Penang

Hello u olls, hari ini I olls mengambil cuti rehat. Sebab ada urusan yang telah dirancang (nanti I olls akan cerita dalam blog juga okay). I olls pun memang nak perabih cuti tahunan kalau dak nak kena foward setakat sehari dua macam takdak apa sangat. Oleh itu, secara otak seminit, I olls pun berkata kepada mak I olls iaitu Kak Eder untuk mengajak beliau melawat Interactive Museum Penang atau lebih dikenali sebagai Muzium 3D. Mak I olls memang super cool and sangat selamber gila. Walaupun tidak membuat sebarang planning, dia kira nak JOIN SAHAJA! Steady Kak Eder.

Muzium ini adalah sebuah muzium interaktif yang mempunyai banyak gambar-gambar 3D yang memaparkan keunikan negeri Pulau Pinang di mana pengunjung boleh bergambar dengan membuat gaya meletops pada gambar 3 D itu. Hasilnya, kelakar tapi fun!!

Setelah penat berposing,  kami pun lepak minum kopi dengan Ketua Menteri Pulau Pinang,  Encik Lim Guan Eng.



click read more

Pengantin Ku Naik Kuda


Hello u olls,

Seperti yang u olls tahu,  tahun ini 2014,  akak begitu mengurangkan aktiviti make up pengantin.  Bukan sebab akak dah nak berhenti daripada mencari rezeki dari bakat dan ilmu yang Allah berikan kepada akak ini,  tapi honestly,  akak rasa akak nak slow down sikit untuk tahun 2014 ini dan akak nak buat lebih utamakan kepada aktiviti bersama keluarga dan kawan-kawan.  Alhamdulilah,  akak rasa happy sebab tahun ini akak berkesempatan untuk berjalan-jalan dengan lebih jauh lagi dan mempunyai ruang masa yang lebih banyak untuk diri akak sendiri.

Tapi nak share dengan u olls antara customer make up akak tahun ini,  nama beliau ialah Illyani Latif dan suami beliau Rafael Rizal.  Depa dua book akak make up untuk sesi majlis bertandang di Penang.  Menariknya,  pada hari perkahwinan mereka ini yang bertemakan Inggeris,  depa berdua naik kereta kuda.

Gambar i olls make up Illyana.

click read more


Roti Canai Shaik Gemas Road


Roti canai kosong 2 biji dengan daging dan bawang mentah.


Hello u olls,

Kepada u olls yang suka makan roti canai,  I olls nak rekemen satu lagi kedai roti canai kat Georgetown yang sesungguhnya lebih sedap dari roti canai Transfer Road or roti canai Argyll Road (at least according to me).

Memperkenalkan Roti Canai Shaik Gemas Road,  tapi kalau tengok kat Foursquare / Waze depa rujuk kepada Roti Canai Fairuz No.1.

Actually Shaik ialah abang sulong dalam keluarga pengusaha roti canai ini.  Fairuz ialah nama salah seorang adik beradik depa.  Tapi sejak dulu memang Abang Shaik yang penguli roti canai.  Daulat a.k.a Tholat ialah adik beradik depa yang bertanggungjawab buat air.  Teh tarik beliau sangat meletops.  Adik beradik lain,  tolong serve tetamu :)

Akak bersama Abang Shaik masa majlis persandingan Zafirah Yusak.  Kat belakang tu,  ada photobomb brother pakai baju hijau itulah Daulat a.k.a Tholat.


Gerai Roti Canai ini terletak di Gemas Road Pulau Pinang,  di tengah kampung Kebun Lama,  iaitu kampung tempat I olls membesar.  Berhampiran dengan Sekolah Menengah Abdullah Munshi dan juga Sekolah Menengah Sri Mutiara.

Akak dua dari kiri.  Gambar ini dirakam pada tahun 2006.  Inilah STARBUCKS untuk akak dan rakan sekampung yang lain.

click read more

Surat untuk Fynn Jamal



Dear Kak Jumie,

Thanks sebab membuat olahan tentang Fynn Jamal. Dah banyak kali saya baca tentang beliau, tapi cara olahan akak membuatkan saya terpanggil untuk menghubungi akak dan bercerita tentang pengalaman saya. Mohon kongsikan kisah saya ini dalam blog akak agar dapat dimanfaatkan kepada orang ramai.

Actually i admire her (Fynn Jamal). Bagi saya, Fynn bukanlah bangga yang anak dia tu anak tidak sah taraf. Dia cuba memperjelaskan kedudukan Arjuna di mata masyarakat yang selama ini melabelkan anak-anak tidak sah taraf ini sebagai hina. Dan dia ada usahakan bantuan untuk menguruskan gadis-gadis yang bermasalah dan mengandung anak luar nikah ini untuk diserahkan pada pasangan yang memerlukan.

Saya pandang dari sudut yang positif di mana anak-anak itu daripada dibuang lebih baik diuruskan dan diserahkan kepada keluarga yang boleh mendidik mereka untuk menjadi orang yang berguna. Kerana kesalahan itu bukan pada anak ini, dosa itu pada ibu dan ayah mereka sedangkan setiap anak yang lahir itu suci dan bersih.

click read more

Mak Su Selera Kampung Ikan Bakar

Hello u olls semua,

Sebenaknya akak mai makan kat tempat sedaplazoh ini pada 16 November yang lalu.  Tapi sorry sangat sangat terlupa macam mana ka,  lani baru akak nak share dengan u olls.

Sebelum apa-apa mai sini akak nak layor gambak makanan yang sedap kepada u olls.  Semoga ketika u olls membaca artikel ini u olls tidak dalam keadaan berpuasa sunat.




click read more

Hulurkan Bantuan untuk Qysstina Syafieka

Qysstina Syafieka binti Erman Shah


Bismillah.

Kali pertama menatap wajah adik Qysstina Syafieka Bt Erman Shah (7 tahun) hanya Allah S.W.T sajalah yang tahu betapa pilunya hati mengenangkan insan sekerdil itu harus menjalani nasib yang sedemikian. Tidak terjangkau akal saya untuk menggambarkan betapa sengsaranya dia menahan kesakitan yang Allah S.W.T turunkan sebagai ujian untuknya dan kedua ibu ayah.

Bibirnya tidak putus-putus merintih dalam esak tangis "Tak selesa badan ibu..tak selesa badan ibu....lenguh ibu....."

Kerapkali juga dia memanggil ibunya dan meminta dipeluk ibu. Seketika dalam pelukan ibu, dia pun terlelap dan pelukan pun terlerai. Dia mula mengidap luekimia atau kanser darah pada usia 4 tahun. Bermula saat itu., kedua ibu ayah yang berniaga barang-barang mainan di pasar malam tidak pernah jemu berusaha. Berkorban segalanya atas impian ingin melihat anak tersayang pulih seperti sediakala.


click read more


Pusat Jualan Perabot & Barangan Hotel

Pusat Jualan Perabot dan Barangan Hotel memasarkan pelbagai jenis perabot dan barangan yang kebanyakannya didatangkan dari hotel 4 dan 5 bintang tempatan yang mana dijamin mutu dan kualitinya disamping rekabentuk yang menarik namun harganya sangat berpatutan.


Perabot-perabot yang dijual juga akan menjalani proses 'retouch' dan baikpulih agar pembeli dapat memiliki perabot seperti 'condition' yang masih baru dan cantik.
Sesuai bagi para pengusaha homestay, hotel budget mahupun pemilik kediaman yang ingin melengkapkan serta menghias rumah anda dengan perabot impian laksana hotel dengan budget yang sangat rendah dan berbaloi-baloi.

Pastinya anda akan berpuas hati.

Memandangkan kebanyakan dari barangan ini stoknya adalah terhad, peminat barangan ini digalakkan untuk datang terus ke pusat jualan kami dan melihat sendiri kualiti semua barangan sebelum ianya kehabisan stok.

Jemput berkunjung ke Pusat Jualan Perabot dan Barangan Hotel di cawangan-cawangan berikut :


Cawangan Bukit Mertajam, Penang

Lot G13, Aras Bawah, 
Kompleks Bukit Mertajam,
14000 Bukit Mertajam, Penang




Cawangan Alor Star

No.7 & 7A, 
Tingkat Bawah, 
Jalan Sg. Korok, 
Bt. 2 3/4, 
Tandop, Alor Setar


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 012-511 9531.




click read more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...