8.2.14

A New Concept of Tuition Centre : KATZ ACADEMY

What is KATZ Academy?

KATZ Academy melatih calon SPM berdasarkan 4 teras yang utama iaitu Knowledge, Attitude, Transdisciplinary dan Zero-defect. Calon bukan sahaja akan dilatih mengikut subjek, malah pembentukan karektor, rentas bidang serta penguasaan softskills.




Apakah sesuatu yang dimiliki oleh KATZ Academy yang u olls nak share dengan orang lain? 

KATZ Academy akan melatih calon menggunakan pendekatan Neuro-linguistic Programming (NLP) dan Emotional Experiential Learning (EEL). Menyedari hakikat bahawa calon perlu mendapat dorongan secara berterusan, maka pihak akademi turut menawarkan program motivasi kepada semua calon secara PERCUMA setiap bulan. Selain itu, pelajar terbaik setiap bulan mengikut subjek akan mendapat kursus tambahan PERCUMA yang dapat memberikan pengalaman baru kepada calon. Contohnya kelas menembak, lawan pedang, menunggang kuda dan sebagainya.


Click to read more



Macam mana boleh dapat idea untuk membuat konsep tuition centre yang lain daripada yang lain ni?

Ideanya bermula daripada kejayaan pelaksanaan Seminar Explore the Unknown Potentials (EXP) di Dewan Sri Pinang (2013) & di Auditorium Dewan Budaya, USM (2013). Maklum balas yang diterima daripada alumni Seminar EXP yang menyatakan bahawa pelajaran mereka mula memberikan impak yang positif membuktikan keberkesanan seminar ini. Oleh itu, konsep seminar yang lebih umum ini ingin diterjemahkan ke dalam bentuk pusat tusyen yang dapat membimbing pelajar secara lebih khusus berdasarkan subjek yang dipilih.


Gambar sekitar Seminar Explore the Unkown Potentials (EXP) di USM dan Dewan Sri Pinang.










KATZ Academy menerima pelajar dari peringkat mana? 

Setakat ini, KATZ Academy melatih pelajar tingkatan 4 dan 5. Walau bagaimanapun, pihak akademi sedang menggubal modul Creative Arts for Kids (pelajar sekolah rendah)

Bagaimana kelainan konsep tuition yang dibawa oleh KATZ Academy boleh membantu golongan pelajar yang menyertai akademi kalian?

Penggabungan konsep yang digunakan di dalam Seminar EXP dan pusat tusyen Hong Kong ini merupakan konsep yang lebih mesra calon. Konsep ini sememangnya bertujuan untuk menarik minat golongan muda. Kelainan dan kepelbagaian ini dapat mendorong calon menerokai keseronokan menuntut ilmu.


Macam mana pelajar / ibu bapa boleh daftarkan anak-anak / diri sendiri untuk program tuition ini?
Untuk pendaftaran, hubungi : 0111-222-5575

Bagaimana pula dengan kadar bayaran / yuran ?

Yuran Pendaftaran = RM 30
Yuran Pengajian = 1 subjek RM 50 
2 subjek RM 95 
3 subjek RM 125 
4 subjek RM 160

Boleh terangkan sedikit mengenai cara pembelajaran yang akan dipraktikkan di KATZ Academy?

Calon akan mendaftarkan diri mengikut subjek yang mereka pilih. Untuk setiap sesi, mereka akan dibimbing oleh jurulatih akademik yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Selain teknik NLP dan EEL, proses pengajaran turut melibatkan pembentangan kumpulan, pengucapan awam, aktiviti fizikal dan penyelesaian masalah.

Terangkan mengenai jadual pengajaran dan lokasi?

Lokasi : Blok F27, Desasiswa Fajar Harapan, Universiti Sains Malaysia



*  KATZ Academy adalah usaha yang dibangunkan oleh para pelajar dan juga alumni yang saya kenali secara peribadi.  Azhar Jalil selaku Principal dan Solihin Razali selaku Inspirer merupakan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan juga kokurikulum sejak zaman sekolah menengah hingga ke era universiti mereka.  Barisan Coaches juga tidak kurang hebatnya.  Sebut ja nama diorang kat USM, memang rakan pelajar and pensyarah kenali mereka. Seronok bersembang dengan insan-insan ini semasa sesi interview dilakukan.  If you are sending your kids to them,  i am sure they are in good hands.

Sekian,  sokongan daripada anda semua saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Jumie Samsudin

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...