7.1.14

Akak Dapat Tawaran Berlakon (lagi)

Hello u olls,

Dah lama akak tak berlakon kan? Lepas Jane the Musical early last year, akak terus sengap tak amik apa-apa job. Bila pi tengok orang lain berlakon teater...aiiyooo rasa macam jeles sangat. I rasa macam...aishhhh bestnya kalau dapat duduk atas pentas tu and mainkan watak tu!

Baru - baru ni akak pi tengok teater Bisikan Cinta sebuah teater yang mendapat anugerah Teater Modern terbaik for Festival Teater Penang 2013. Memang cerita ni ditambah dengan para pelakon yang meletops. I will review that teater in blog :) Nanti ampa baca.

Tapi tak sangka pulak, baru baru ini, pengarah untuk Bisikan Cinta, Tantan Othman mengkontek akak.

Read more


Tantan : kak jumie nak tnya rasa2 kak jumie berminat tak nak join teater lagi?heee
Akak : Of course nak sayang.....
saya sangat rindu nak berlakon
tapi teringin juga nak try watak lain selain komedi or mak ayam......
Tantan : haaa..kalau cam tu apa kata kak jumie join FYP intan..
skrip Razali Ridzuan-Dalam Kehadiran Sofea
nak bagi watak kat kak Jumie ni..boleh tak?
kalau kak Jumie setuju nnti intan bg skrip
Akak : Saya setuju!
Please bak mai skrip and sinopsis pasai watak.....
Tapi training malam ja tau....siang tak bolehhhh 
Tantan : Lusa intan bg kat kak..yay!tenkiu kak na..nnti meeting intan pggil na

Begitulah perbualan ringkas kami. Actually En. Khafi telah memberikan warning kepada akak. Next time nak berlakon, jangan terima semua tawaran. Pilih satu sahaja. And discuss betul betul jadual berlakon dan sebagainya. Nanti hang penat balik rumah merungut-rungut, aku tumbuk hang. Begitulah kata suami akak. Tapi dia tak pernah la tumbuk akak pun. Dia feeling saja....


Reaksi kawan-kawan dalam produksi Kersani lepas nama saya di-announce untuk watak Julia.  Yang Amy Sam tu dia kata 'loorr..." akak tak tau pasai pa.  Macam tak puas hati ja kan?  HAHAHHA

So i think, lepas baca skrip pendek yang dihantar oleh Tantan kepada akak, akak dah boleh rasa macam happy and sudi untuk menerima tawaran ini. Ampa rasa-rasa akak berlakon jadi apa?

HAHAHAHHAHA

Noksss!!  Akak dapat watak yang sangat meletops.  Akak tak akan cerita kepada u olls semua.  Yang  penting sekarang ni,  akak kena buat research dan belajar bersungguh-sungguh.  Bukan main-main lagi,  lagi seminggu nak pementasan baru nak hafal skrip.  NO!!  Actually from now pun akak dah start buat research sendiri walaupun akak masih belum dapat skrip penuh daripada Tantan.

Sorry akak tak mau bagitau kat u olls semua sebab nanti habislah suprise.

Tapi i janji,  bila poster for this teater ni semua dah dapat,  akak akan cerita kepada u olls semua.

And really hope ampa mai tengok akak berlakon nanti.

Sekian,  love u olls.

Yang benar,
Jumie Samsudin

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...