3.1.14

Azam Tahun Baru 2014

Hello u olls,

Artikel ini ditulis pada 29th Disember 2013 (at around 12.15am).  Badan dah tak panas.  Selsema masih ada and batuk masih lagi bergelema.  Lagi beberapa hari dah nak tahun baru.  Awalnya,  bila nak masuk tahun 2013,  i was very excited dengan tahun baru ini.  Macam-macam azam yang ditulis dan dicatatkan dalam anganan ku.

Kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan.  Namun,  jangan jadikan alasan ini 100% hingga kita tidak mahu bangun dan terus mencipta kebahagiaan dalam diri kita.  Memang susah nak bandingkan diri kita dengan mereka yang lebih murah dan mudah rezekinya.  Cuba lihat diri kita berbanding mereka yang lebih susah dan tidak terdaya.

Saya bersyukur dengan segala yang telah berlaku kepada diri saya.  Benda baik dijadikan kenangan indah.  Yang tidak baik itu,  aku simpan sebagai satu pengajaran positif untuk diri sendiri.  Belajar untuk 'letting go' bukan satu yang mudah,  tapi satu proses yang baik dalam diri kita.


Like ive said in one of my catatan,  this year has been a bit rough to me.  Tapi tak mengapa.  Kita halalkan semuanya.  Kita teruskan untuk catatan catatan baru tahun hadapan.  Insya Allah,  kalau niat selalu baik,  semuanya akan berjalan lancar.

Sebelum ditulis lebih banyak azam-azam untuk tahun depan,  let's tengok recap benda benda best dan tak best yang terjadi kepada diri ku sepanjang tahun 2013.

Click Read More


Travel
I love travelling.  Malangnya duit saya tidaklah banyak dan masa pun tidak begitu mengizinkan.  Tapi,  I think the best highlight of my travelling is bila saya pi Australia dan Singapore tahun ini.  Bukan senang nak dapat berjalan ke luar negara.  Walaupun pengembaraan itu untuk tujuan tanggungjawab kerja namun pada masa yang sama peluang itulah yang kita gunakan juga untuk lihat tempat orang.  Untuk tahun hadapan,  teringin nak sampai tempat-tempat yang duk teringin lama nak pi...tapi tak sampai sampai........

Perth Australia



Cerita Autralia Part 1 : Dari Desasiswa Fajar Harapan USM - LCCT Sepang - Perth International Airport - The Alderney Apartments

Cerita Australia Part 2 : Ronda Ronda di Perth City and Fremantle

Cerita Australia Part 3 : Masjid Hepburn, Sorrento Beach and SHOW DAY

Cerita Ostolia Part 4 : Caversham Wildlife Park and Margaret River Chocolate Factory






Teluk Intan



Bukit Kepong



Port Dickson





Performances
Ada adik-adik first year USM contact akak "Kak Jumie sudi tak nak berlakon lagi...."  Aiyooooooooo haruslah sudi.  Tapi tahun depan,  kita teringin nak berlakon watak watak yang siries pulak.  Asyik lawak sajaa.....

  1. THE USM Peace Week 2013 dengan tema "Peace is Our Culture" : Pengalaman Menyanyi Dengan Ramli Sarip


  2. Pementasan Teater Siapa Aku?


  3. Jane The Musical & Video Lakonan sebagai Mrs. Rochester dalam Teater Jane The Musical & Pengalaman Berlakon sebagai Mrs. Rochester dalam Teater Jane The Musical


  4. Pengalaman Jadi Make Up Retis untuk Teater Zeus : Rise of The Dead


  5. Malam Persembahan Kebudayaan Hari Warga Staf USM 2013


Pengalaman Best
Pengalaman best memang macam-macam.  Tahun 2014 kena usaha untuk kejar lebih banyak ilmu dan pengalaman baru.

  1. Menang Best Dress!!
    First time dalam hidup akak pergi dinner dan menang best dress. Kerana hakikatnya akak kalau pi mana-mana event meletops,  akak memang suka drag.  Sama ada drag secara light-light ataupun secara OTT.  Tapi memang best la.......feeling artist sangat!  Cerita penuh kat sini  :  International Office Gala Night Hollywood Glam 2013 @ Park Royal Penang [ Akak menang best dress u olls! ]




  2. Pindah ke International Office,  USM
    Bermula 1 September 2013,  akak telah berpindah ke Pejabat Antarabangsa USM.  Tapi sebenarnya, jawatan akak ini di bawah Pejabat Timbalan Pendaftar,  Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa.  Tapi office akak di Pejabat Antarabangsa USM.  Inilah kali pertama bertukar tempat kerja setelah 8 tahun bertugas di USM.  Satu pengalaman yang meng-eksaitingkan.  Memang betul....hijrah membawa pelbagai kebaikan.  :)  Baca kat sini  :  Goodbye School of Social Sciences USM :( Hello International Office USM :)


  3. Potong Rambut
    Bila saya sedih dan down.....saya memang suka potong rambut dan ubah gaya rambut saya.  Sejak dulu lagi.  Tapi maybe orang tak tiau.  Saya selalu kata..."Ala...suka suka.  Dah boring..."  Lepas tempoh tempoh sedih yang saya lalui antara Jun-Ogos,  saya decide untuk potong rambut and ubah gaya rambut.  Percaya atau tidak,  lepas saya ada duit (hanya RM200) masa tu,  saya terus pi cari kedai gunting rambut yang saya tak pernah pi pun (area Jelutong).  Sebab kedai-kedai yang saya selalu pi (Beyond The Fringe BJ) tidak buka pada hari tu.  Cerita penuh  :  http://www.jumiesamsudin.com/2013/09/potong-rambut.html



  4. Bagi Ceramah
    Saya berpeluang bagi ceramah sebanyak dua kali.  Walaupun hakikat,  pengalaman dan ilmu saya adalah amatlah cetek.  Tapi,  terima kasih atas penghargaan dan peluang yang diberikan oleh penganjur yang sudi menjemput saya.  Cerita selanjutnya  :  Pengalaman Menjadi Penceramah untuk Program Touch Point Penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)Sesi Perkongsian Ilmu bersama Jumie Samsudin sempena Hari Terbuka Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang



  5. Audition untuk 3R
    Walaupun saya tidak dapat pergi ke peringkat akhir (shortlist) tapi yang penting............ramai orang sokong and suka percubaan saya ini.  Thanks ampa semua :)  Ampa membuatkan I olls rasa sangat sangat OPRAH.  Cerita selanjutnya  :  Its Official | #Projek3R Result & Pengalaman Ujibakat Hos Rancangan 3R


  6. Jadi Juri untuk THE VOICE CONVEX USM '13
    Akak berharap pertandingan nyanyian ini diadakan setiap tahun!!!  Siries best!!  Baca penuh kat sini  :  Protege Jumie Samsudin : The Voice of Convex'13 USM


Kenangan Pahit
Bacalah sendiri.......ada lagi lain.  Tapi tak mau ingat.
  1. Aidilfitri Tanpa Mu : Al Fatihah Buat Ibu Mertua Ku, Allahyarhamah Jumanah Hj Azali
  2. Stress Dark Hours
  3. Kena Maki dengan Kak Zah And Abang Kirin



Bila buat senarai ni semua banyak-banyak,  baru I sedari betapa banyaknya benda best yang jadi kat diri I olls selain benda benda tak best.  Kita selalunya akan focus kat benda tak bestnya sahaja sampai kat benda best-best ni semua kita lupa.  Itulah lumrah manusia.


Sebelum berakhir,  ini akak nak tulis siap-siap pencapaian yang akak nak LAKUKAN untuk tahun 2014.   Senarai ni adalah yang di-carry-forward daripada last year.  Kita try lagi tahun depan insya Allah!
  1. Nak memasarkan Kuih Kacang Mazola ke peringkat nasional. GITUUUUUUUUUU!!! Insya Allah. - Carry forward
  2. Nak beli rumah untuk investment.- Carry forward
  3. Nak sambung buat degree (WOOT WOOT....terima kasih kepada kawan-kawan enjel saya yang memberikan inspirasi).- Carry forward
  4. Buat ruangan office di rumah yang lebih selesa untuk menulis blog di hujung minggu. Tulis 2 artikel sehari! :)FEWWWITTT! - DONE!!!
  5. Nak tulih lagi banyak artikel blog yang berkualiti untuk tatapan ampa semua! Sumbangan idea amat I olls hargai!! - DONE!! Lani pembaca pun dah naik dari 2000- 7000 setiap hari.  Kerlass ampa semua.  Takpaa...tak komen pun takpa. HAHAHAAHHA
  6. Nak tukar kereta baru. (Ikut hati nak pakai HUMMER….senang parking dalam USM. Kalau banyak sangat kereta….bawak naik kot ataih kereta lain semua. HAHAHHA) - Cancel la...nak beli rumah dulu.  Kereta Viva tu macam okay jeee
  7. Nak bagi eksesais at least 3 kali seminggu. BUKAN NAK KURUIH……TAPI UNTUK KESIHATAN. - Carry Forward...HAHAHAH
  8. Nak dapat ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG. Sebelum ni dapat tahun 2008. Kena kerja kuat.  - Carry forward
  9. Nak melancong ke Perhatian Island, Haadyai, Phuket, Pulau Bawean, Gunung Jerai……- Carry forward

Apa pun,  harap ampa semua bergembira menjelang tahun baru ini.  Dont give up.  Dont feel down.  Teruskan hidup.  Walaupun sederhana,  janji kita meriah.  Always bersyukur kepada Allah.  Jangan bongkak dan jangan jadi sombong bila dah senang.  Ingat bila kita rasa kita ni baguih,  ada 10 orang lagi baguih daripada kita.  Kalau kita rasa kita ser,  ada 3873873 orang lebih serr daripada kita.

Sekian,
Love u olls,

Jumie Samsudin

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...